Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Showing posts with label SMKDRI. Show all posts
Showing posts with label SMKDRI. Show all posts

Beratnya melepaskan mereka.....=')

Tuesday, 4 June 2013


Assalamualaikum,
I'm here again.

Firstly,
as always, my birthday, 24 Mei yang lalu, takde benda yang special untuk dikongsikan.
Cuma,
kali ini,
ulang tahun yang ke-19,
menandakan tinggal setahun lagi sebelum aku
mengharungi era baru dalam hidup aku.

InsyaAllah,
tibanya saat itu nanti,
aku akan menamatkan pengajian sebagai pelajar asasi UIA.

Dah 2 minggu sejak aku pulang ke Terengganu,
banyak benda dah aku buat,
novel,
main video games,
spending time with my little sisters,
also with my close friends,
especially Kak Nadia and Tisya,
yang tak jemu tengok muka aku setiap kali outing.

Bowling & Picnic 1 Jun lepas,
event yang ambil masa beberapa hari untuk plan,
berbaloi walaupun ada jugak yang tak dapat datang.

Tiba lewat kat TER, around 11.30,
nasib baik bowling banyak kosong time tu,
datang je terus masuk.
Walaupun aku tak main bowling,
memikirkan bekas luka dalaman kat kaki ni,
tambah pulak mood yang membuatkan aku tak terasa nak main,
tapi, aku still jugak main menggunakan nama orang lain.

Pukul 2 lebih seperti dirancang,
kitorang sampai kat Pantai Cendering,
sampai je terus siap-siap dengan tikar,
susun makanan, minuman,
semua mata dah macam orang jumpa berlian,
kalau dalam kartun, mesti bersinar-sinar mata tu,
maklum la masing-masing dah lapar.

Then,
main-main kat pantai, aku dengan snap picture,
zaty ngan keek,
macam-macam gelagat la.
Lastly,
semua tak nak balik.
Bajet pukul 5 dah gerak balik, 5.30 duk terpacak lagi,
yang nak lari balik kat air pun ada.
Aku cakap kat orang. aku pun berat jugak.
Lagipun,
ni la last boleh kumpul ramai-ramai sebelum
semester baru bermula.

Sesuai dengan tajuk post ni,
beratnya melepaskan mereka.....







Sepanjang tu jugak,
melalui handphone aku,
terhasil gambar-gambar kat atas.
I like all of this pictures.
Cantik.
Selalu jugak aku belek gambar kat atas ni dalam phone.
Anyway, camne phone aku yang rabak tu boleh hasilkan gambar camni ?
Persoalan tu akan terjawab dalam post seterusnya.


Waktu panjang berlalu dirasakan singkat (^_~)"

Sunday, 17 March 2013


Hello readers,
this is the 2nd post for today.
Just nak citer apa yang berlaku sepanjang bulan lepas.

Bermula dengan minggu kemuncak Rafest yang hampir tiba,
office SDD (Student Development Department) mula menjadi tempat tumpuan
semua committee. Masing-masing dengan tugas diorang.
Persediaan untuk majlis pembukaan sedikit mengganggu study & kesihatan aku.

Nasib baik aku dapat catch up lepas habis je Rafest.
Disebabkan persediaan untuk Rafest jugak aku batalkan plan untuk balik rumah
time cuti chinese new year lepas.

Disebabkan keputusan tu,
aku telah kecewakan Kak Nadia. (-_-)
Aritu bukan main lagi plan nak outing dengan geng
time cuti chinese new year.

Oh, Kak Nadia, maafkan diriku ini.
Bukan ku benci padamu sampai tak nak balik, tapi,
komitmen ku pada Rafest menjadi keutamaan. >>> Skrip drama slot telenutella. Nutella best apa. :D

Sebagai ganti untuk tu, special part untuk hang dalam post ni.
Just want to say:

**************************************************
 ~~~~~~~~~~~~~~~
Happy Belated Birthday
(13th February)
`````````````````
Hopefully, 
your life will be better and better.
And,
you'll always be an awesome sister.
Sori lambat wish dalam blog.
Jangan marah naa....=)

***************************************************

About study & kesihatan yang terganggu time CIBE & RAFEST,
first time aku hadapi keadaan camtu, macam tenaga badan dah fully empty.
Maybe sebab kurang makan & tidur, 
lepas tu bergerak sana sini dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang 
time seminggu sebelum minggu kemuncak Rafest, 
tak masuk bahagian malam lagi.

Hasilnya, aku terbaring semalaman beberapa hari sebelum chinese new year,
then, esoknya demam & sakit tekak. 
Jumpa doktor, terkejut bila doktor suruh telan 4 biji sekaligus lepas makan.
Campur ubat sakit tekak lagi.
Mabuk ubat aku jadinya.

Tapi, dalam menghadapi keadaan tu,
ada jugak yang sudi tanya khabar & jadi teman sembang,
thanks a lot to Kak N & Cik adik N.
Double N ?...(^_~)"

Minggu lepas pulak,
cuti sem untuk CFS IIUM,
sayangnya tak sempat nak jumpa geng.
Tapi, sempat ke sekolah untuk ambil sijil SPM.
Sempat jugak habiskan 2 video games, bajet balik cuti nak study.
Last2, lain plan, lain jadinya.

Lastly,
start minggu ni, aku akan hadapi 3 quiz & 2 mid-sem exam,
hopefully I can do the best for these quiz & exam.
So, readers, pray for me kay'.
Thanks. (^_^)..

That's all kot.
Memandangkan post untuk "CIBE & RAFEST" dah digabungkan,
so tak jadi marathon, 2 post je untuk hari ni.
See ya next time.
Assalamualaikum.

2012 : Year of Challenge and Desperation

Tuesday, 1 January 2013


Assalamualaikum.
Another long break from blogging.
I'm having boring days since my holidays started.

Year of Challenge and Desperation.
Bagi aku, tajuk tu sesuai dengan tahun 2012 untuk hidup aku.
Lebih banyak perkara buruk berbanding perkara baik.
yang berlaku dalam hidup aku bagi tahun ni.

Selain tu, aku kurang aktif sebagai blogger,
buktinya, jumlah post untuk tahun 2012 mencatatkan penurunan berbanding
tahun-tahun yang sebelumnya.
Mungkin kekurangan masa, cerita, & idea.

Untuk tahun ni,
dari segi sosial, aku dapat 2-3 orang kawan rapat. Yup, dalam 2-3 orang je.
Pelik kan ? Dalam setahun cuma banyak tu je kawan rapat yang baru.
Tapi, itu la fakta tentang aku, aku susah nak bergaul, apatah lagi mendapatkan
seorang kawan rapat.
Lebih teruk lagi, aku susah nak percayakan seseorang, melainkan diorang
tu aku dah anggap teman rapat.
Kebiasaanya, untuk teman-teman rapat aku, dikalangan kitorang akan
ada nickname atau panggilan tertentu. (Ex: Kakak, Nenek, Doranifa, Ralf, Semek, etc..)
Itu la antara tanda-tanda special seseorang tu kawan rapat aku.

Back to the title;
'2012: Year of Challenge and Desperation',
here the review of my 2012 life base on the post of this blog.

.............................................................................................
Januari
'''''''''''''
Dapat lesen P untuk kereta. Takde benda lain yang menarik berlaku.
Hari-hari berlalu sementara menunggu keputusan SPM keluar.

Februari
'''''''''''''''
Pertama kali menjejak Langkawi, trip anjuran Koperasi SMKDRI.
Happy dapat pergi ke sana, banyak tempat best. By the way, di penghujung lawatan
berlaku sedikit perkara negatif.
Selain tu, hari-hari berlalu tanpa ada benda yang menarik berlaku selain ditemani novel-novel.

Mac
'''''''
Outing sket dengan friends.
Result SPM keluar. Dapat 5A je. Agak sedih pasal tu. Camne pun, tu dah jadi
sejarah, dan aku dah tak nak ingat sejarah lepas.
Then, sibuk dengan portal UPU, pilih course sana, pilih U sini.

April
'''''''''
Banyak aktiviti tentang sambung belajar lepas SPM.
Pergi Karnival Mara, apply UniKL.
Dapat tawaran dari UniKL terus sedia untuk sahkan tempat sebgai backup
untuk sambung belajar. Dapat jugak tawaran dari GMI & Matrik Gambang.
Akhir sekali, last reunion 5 Al-Kindi 2011.

Mei
''''''
Blog ini secara rasminya bertukar wajah.
Dapat tawaran untuk ke UIA. Doaku termakbul. Alhamdulillah.
Maka, persediaan untuk ke sana mula dibuat.
Outing last with some friends.
Having gathering for IIUM buddies from all over Terengganu.
Selain tu, aku beli handphone baru, Nokia X2-02.



Jun
'''''''
Aku mula menjejakkan kaki ke UIA.
Melalui masa sukar sebagai pelajar first-year. I got a little culture shock.


Julai
'''''''''
I bought an Asus Notebook. My first personal notebook.
Ulang tahun ke-3 untuk blog ni.


Ogos
''''''''
Kali pertama berpuasa di perantauan.
Even aku baru first year, aku join jugak FSCC & aku dilantik sebagai
setiausaha untuk biro aku.
Bila cuti, dapat balik ke Terengganu & sempat berpuasa di sana.
Sempat jugak berbuka puasa dengan friends. Then, konvoi raya dengan kawan-kawan
rapat aku.

September
'''''''''''''''''
Kem bersama FSCC di N.S.
First time berlakon depan orang kat kem tu.
Having a great time at the camp.


Oktober
''''''''''''''
Takde benda menarik berlaku.
Rutin harian yang agak bosan.

November
'''''''''''''''''
Having hard time. A lot of bad things happened to me.
My first semester at IIUM gone wrong, and that situation became
my life's turning point.
Aku menghadapi tekanan yang kuat sejak itu.
Tapi, ternyata sikap berpura-pura aku menyembunyikan semua tu dari 
orang lain.



Disember

''''''''''''''''
Juga tiada catatan menarik untuk dikongsi selain
trip aku bersama family ke Kelantan. Aku banyak drive time trip tu.
Satu pengalaman baru bagi aku.
Selain tu, aku cuma duduk rumah dengan rutin harian yang
membosankan.


.............................................................................................


They are my ex-classmates, but not ex-friends

Thursday, 26 April 2012


25 April
```````````

Reunion 5 Al-Kindi.
Maybe ni last reunion sebelum memasuki Universiti@Matrik@Form 6.

Venue ?
Tempat biasa di Kuala Terengganu.
Pantai Batu Burok.

Takde tempat lain dah ke ?
Sori la, bandar KT ni bukan sebesar bandar JB @ KL.

Tapi, 
kitorang still happy.

First, berkumpul kat KFC tepi pantai tu.
Aku sengaja datang lewat sket sebab dah tau sesetengah daripada 
diorang ni memang akan datang lewat.

Akhirnya, 
yang organise reunion datang lewat. 
Janji pukul 2, nak pukul 3 baru sampai. 
fuuhhh.

Start ambik tempat. 
Bertembung dengan satu lagi group reunion lain.
Nasib baik ada tempat.

Lepas makan serbu pantai la pulak.
Bergambar dekat 2 jam. 
Campur main-main lagi.

However,
kegembiraan tu diganti dengan keletihan 
lepas sampai rumah. 
Letih giler kot.


:Here some pictures:





Aku nak citer dua benda......(feat Usop)

Saturday, 21 April 2012


Apa khabar, blog ?
Kesian kau. 
Dah nak dekat 4 hari aku tak jenguk kau.
Maaf ler. 
Bukan tak nak post, cuma tak ada cerita menarik nak kongsikan kat sini.


Bak kata >Ezatty< dalam blog beliau;

"dulu mmg byk story yg nak cerita sbb stiap hari perkara berbeza yg aku lalui.. (kat skoloh ) skrg ni rutin ak samee je. pagi bgn , makan , online , tolong mak masok , tgk tv sat , online tgk tv online.. sampai malam. awal2 emang rase WAHH ! NIKMATNYAAAA CUTI PANJANG.. tpi skrg, haishh, boleh aku nak masuk skolah balik ? :("


Tapi sekarang,
aku dah ada benda yang nak diceritakan.
Baca ea !

Pada suatu hari, burung-burung berkicauan hari itu.
Ada yang berkerja, ada yang bergembira
............................

Please stop that !!!

.......................................

Tengok, merajuk pulak dah Abg Usop.
Takpe.

Now, cerita sebenar.
Kolej Yayasan Johor call. 
Dia tanya aku nak masuk tak kolej tu.

Aku pun bermonolog,
"Ish, awalnya call. UPU tak keluar lagi."

Aku balas,
"Tak confirm lagi la encik, nak tunggu UPU dulu."

Bla, bla, bla, bla..............................

Last, dia cakap,
"Kalau macam tu saya akan call "Encik" Faris sekitar 1 Mei nanti untuk pengesahan. 
Terima kasih "Encik" Faris.

Lepas ni, maybe aku akan tolak terus je kot.
Aku dah ada pilihan lain.

UniKL pun dah terima acceptance form aku.
Baru je check tadi.
So, kalau takdir menentukan tempat aku adalah di UniKL,
13 Mei ni adalah hari pendaftaran aku.

But, UPU is still there.
Just wait and see. 

Ada satu benda lagi ni,
Koperasi SMKDRI baru je buat e-mail baru,
e-mail tu pulak akan digunakan untuk pembinaan laman web.
Laman web tu akan dibuat oleh pihak 
ANGKASA(Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad).

Tak tau sama ada laman web tu kumpulkan semua koperasi seluruh Malaysia
atau
setiap koperasi akan miliki laman web sendiri.
Aku nak bagi alamat e-mail koperasi SMKDRI kat sini,
tapi, memandangkan e-mail tu still tak rasmi, nanti la dulu.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
BIRTHDAY !
```````````

#Engku Faris a.k.a >Kupareh< (15 April)

#Hadrami a.k.a >Domi Domo< (18 April)

#Bukhary a.k.a >Korie< (21 April)


 Happy birthday to you guys. May Allah bless you.
Make sure you don't waste your life.
Happy Birthday !!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Langkawi !!!

Tuesday, 21 February 2012


Some random pictures of the trip to Langkawi on 16th February.


Dataran Helang


Padang Mat Sirat


Lots of chocolates


Cable car, Mat Cincang Mountain


Sky Bridge, Mat Cincang Mountain


Kilim Geoforest Park


Black Sand Beach


Kilim Geoforest Park


In the ferry


Makam Mahsuri


Trip members !!


2011 ~ The last chapter of school saga

Sunday, 1 January 2012

It's 2012.
New year. New journey. New challenge. New target.
Sekarang, review untuk tahun 2011....

=~=~=~=
Januari
=~=~=~=

~Januari memang sinonim dengan TOV. Awal-awal dah exam.
~Merentas desa, aku hampir nak dapat pingat, tapi dah nak sampai, something happened. I got nothing.
~Beli beberapa buah novel.
~Jam Edicife aku hilang.
~Lastly, persediaan untuk event favourite aku di sekolah menengah, Hari Sukan.

=~=~=~=
Febuari
=~=~=~=

~Aku diberitahu seseorang tentang perkara yang agak mengejutkan. Jawapan kepada perkara yang berlarutan sejak akhir 2009. Apa pun, aku agak perkara tu dah selesai.
~TOV tamat.
~Hari Sukan !. Aku berjaya ulangi sejarah 2009, dua pingat emas (lempar cakera & lontar peluru).
Lagi best, aku pecahkan rekod lontar peluru.

=~=~
Mac
=~=~
~Konflik, antara yang terbesar dalam hidup aku sebagai pelajar SMKDRI.
~Training untuk event MSSMKTS.
~Cincin silver aku hilang. Aku tak tau camne boleh hilang. :-(..
~MSSMKTS, lempar cakera cuma dapat nombor 4, sikit je lagi. Damn !.

=~=~=
April
=~=~=

~Krisis remaja melanda diri aku. Bulan ni aku banyak masalah.
~Konflik memnuncak.
~Getting ready for mid-year exam.
~Program Kecemerlangan Anjung Ilmu.

=~=~=
Mei
=~=~=
~Mid-year exam.
~Hari guru. Aku terlibat secara langsung kali ni. Buat video-video anugerah guru. Team video berjaya siapkan dalam masa kurang 4 hari.
~Tiba hari guru, krew-krew kat belakang tungkus-lumus sediakan semuanya. Sound system problem sket. Tapi, cara tradisional saved the day. Berpeluh krew-krew kat belakang tabir.
~ELSO party, atas kejayaan persembahan hari guru.
~I was 17 years old. Suprise party. Thanks all of you. Nice one.




=~=~
Jun
=~=~
~Result mid-year, sure naik mendadak.
~Dapat hadiah sempena birthday. (Thanks to Afiqah, Anifa, Asma', Nadhirah)
~Konflik selesai selepas 4 bulan.
~Terlibat dengan Konvensyen PUM. Aku berjaya hasilkan sebuah video untuk Alpha Elite,(yg terbaik bagi aku setakat ni)
~Aku sertai Konvensyen PUM kat Suria Resort, Setiu. This time, aku ambil alih jawatan Pengurus ICT atas sebab-sebab tertentu.
~Nombor handphone aku yang lama dah kena block. Terima kasih sebab berkhidmat untuk aku selama 7 tahun. Aku ambil keputusan untuk beli nombor handphone yang baru.
~Hajah Zah, pengetua SMKDRI bertukar ke SMK Padang Midin. :-(..
=~=~=
Julai
=~=~
=
~Baca novel Hero, karya Hilal Asyraf, novel tu sedikit mengubah diri aku. Ubah diri tentang apa? Hurm. Biar aku je la tahu.
~Kerja khusus Add Math.
~Pemilihan ke PLKN, "sedihnya" tak terpilih.
~Camp di SMK Panji Alam.
~Something nice happened. :-)..
~Tetiba je dapat title adik-beradik dengan Siti, suka ati je dia tuduh kitorang camtu.


=~=~=
Ogos
=~=~
=
~Bulan Ramadhan tiba.
~Trial-SPM
~Orang tu dah kembali.
~Secara tak rasmi menyertai geng Sarang. Dijemput berbuka puasa bersama diorang.
~Aidilfitri.
=~=~=~=~=
September
=~=~
=~=~=
~Konvoi raya, tapi tak semeriah 2010.
~Mentor-mentee program. (Asyraf, Azhar, Nik, and Pqah as my foster siblings)
~Secara rasmi menyertai geng Sarang. Perkelahan. Nice..
~New eyewear.

=~=~=~=
Oktober
=~=~
=~=
~Accel Camp kat Sumai Resort.
~Barbecue.
~Graduation day, pretty good.
~Preparing for SPM.

=~=~=~=
November

=~=~
=~=
~SPM begins.

=~=~=~=
Disember
=~=~
=~=
~SPM tamat.
~Start buat lesen kereta.
~BBQ untuk ex-5 Al-Kindi.
~QTI test untuk lesen kereta. Overall. Teruk !!
~Banjir hampir seluruh Malaysia.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Overall review.
Banyak perkara berlaku dalam 2011.
Kenangan manis yang takkan dilupakan, dan kenangan pahit yang mahu dilupakan.
Geng Sarang. This group suits me a lot.
Hidup aku baru je mula melangkah untuk ke masa depan.
Target aku dah jelas sekarang, tunggu masa dan peluang je.
Thanks for everyone who made my life colourful in 2011.


My 30th follower is a girl and she is......

Thursday, 22 December 2011


First thing,
congratz to students yang dapat straight A's PMR,
especially to junior Ajk Koperasi, Nelly, Farhanah,
and the girl who always call me "budak earphone", Wani.
Aku tak kesah pun kau panggil aku macam tu, coz aku mmg suka pakai earphone.

Second thing,
aku tak tau apasal semacam je aku hari ni. Mungkin letih kot.
Parking bukit beberapa kali jugak sangkut.
Parking biasa pun ada silap sket.
Tak tau la apa nak jadi.

Third thing,
yesterday, this blog got it's 30th follower and she is
my beloved sister, Nadia.
And she became a blogger !!!
Selamat datang ke dunia blogger.
So, kalau ade tak puas hati, sakit hati, pedih ulu hati dan sebagainya
boleh la luah kat blog yup.

 

Kat sekolah tadi sempat jugak tengok junior-junior ambil result diorang.
Lepas tu, aku lepak kat pondok berhampiran padang.
Maka, terhasil dua gambar di bawah ni.


 

BBQ made dreams came true

Sunday, 11 December 2011


Alhamdulillah, semua berjalan lancar. 
BBQ start dari pagi lagi, dalam pukul 10. 
Semua habis dalam pukul 3.15.
Main-main, bakar-bakar, makan-makan dan macam-macam.
Susah nak cerita, tengok gambar je la senang sikit sebab 
gambar boleh menceritakan segala-galanya(ya ke ?)


These guys were difficult to understand 
except the guy in yellow
coz' it's me.

Chicken being BBQ-ed

  
These gurlz are very understanding
especially about "L" things.


#########################################################

Other than that,
lepas BBQ, geng lelaki pergi main bowling sekali.

'Bowl 11'(blue) is easy to handle.

 For the first time, I got triple strike and double spare.
I got 129 points but it's still didn't break
my personal record.
 
 
 Second game, I lost. I just got 94 points.

 Bowling Centre at Kuala Ibai



Tamatnya journey aku sebagai budak sekolah.....

Friday, 2 December 2011


Dulu, 
aku menulis kat blog ni sebagai seorang pelajar sekolah.
Setiap minggu pakai baju sekolah.
Pergi sekolah, tengok buku teks, tie dan macam-macam lagi.

Sekarang,
hampir semua dah berubah.

Why ?
Semuanya sebab saya dah berjaya menamatkan SPM 2 hari lepas.
Buku teks pun dah hantar pagi tadi.
No more buku teks. 





Apa yang tinggal cuma novel !
Nak baca novel, nak tulis novel.
Novel aku ? Akan diubah sepenuhnya.
Dua-dua nih aku nak buat.

Disebabkan dah sebulan aku tinggalkan blog ni sorang-sorang (kesian dia),
aku akan review balik apa yang dah jadi sepanjang bulan lepas.

Nothing much happened,
dalam kepala aku masa tu satu je,
"Aku nak hadapi SPM".
Perangai last minute aku pun mula menunjukkan taringnya. grrrr....
Aku start study.

Hari-hari berlalu,
boleh dikatakan setiap petang aku kat dalam kelas 5 al-Farabi,
tepi tingkap, tempat yang menjadi laluan tiupan angin.
Thanks to Aqilah sebab benarkan aku duduk tempat dia tu.

Then,
14 November 2011, SPM started.
Overall, InsyaAllah aku akan dapat seberapa banyak A yang aku nak.
Tapi, subjek Kimia dah hampir musnahkan harapan aku.
Anyway, kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti.
Jadi, just wait and see.

Pakcik "rambo" cakap kat aku pagi tadi,
"Kalau Allah nok bagi kat kita, kita dok tahu. Kita seroh kat Allah belaka."(slang Terengganu)
Heh......
What he said to just made me believe in my hope and my fate.

I won't forget my life as a form 5 student.
Living as a form 5 student surely created a lot of beautiful memories.
I got a lot of friends, becoming one of SARANG's members,
shocking my sister, Nadia and my foster grandma, Zati, almost every day,
laughing with my best friends, and others.
I won't forget all of these memories.


------((^_^))------


The final accel !!!

Friday, 4 November 2011


This post will be the first, the last, and the only one for this month.

This is it.
My final days as a SMKDRI students.
The last 9 days for SPM.

Wow.
The time has come.
The time is now.
Here I come.

To:

-my frenzy friends,
-my brothers, Azhar, Asyraf, Syafiq,
-my cute sisters, Eifa, Nadia, Pikah Nasuha, Nik.
-SARANG's members
-my friends in 5 Kindi, espcially, Fathi, Siti, Kiella and others
-my friends in 5 Razi, Cat, Naim, Alif,

-my friends in 5 Farabi, Nehi, Syeira, M.B., Mak Yong.
-my friends in 5 Biruni, Hadi, Hafiz, Kay, Amirah,
-Lee yong dae's fan, Asmaa'.
-Tunaz's student, Nadiah,
-My primary school friends
-The others that always talk to me.

All of you good luck, I hope that you will do you best for SPM.
May these last days will push you to your limit.
The last thing, you should break the limit.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Goodbye Mr. Billy
Kelmarin, kali terakhir jumpa Mr. Billy,
On the way pergi aiport tu jalan sesak.

Kat airport pun ramai orang.


The last words from him to me:

"Do you best for exam. Goodbye."

The last words from me to him:

"I hope I will see you in MLS."



I don't know why....(^_~)"

Wednesday, 26 October 2011


Hi, everyone.
Nak citer ape entah.
Tapi, 'aku tak tahu kenapa' aku rasa happy je kat sekolah tadi.
Tak stress, tak serabut, benda yang aku buat semuanya mudah je.
First, Alhamdulillah, aku harap benda ni berterusan.

Kimia, Sejarah.
~Dua subjek ni still melekat dalam minda aku. Aku tak tau macam mana nak luangkan masa untuk buat ..homework daripada dua subjek ni. Come on, man. Asal nak buat Kimia@Sejarah, ada je subjek lain yang ..mengacau sampai aku tak sempat nak date ngan diorang.


Petang tadi.
kelas habis awal dari biasa, kelas tambahan dibatalkan.
So, aku bawak apa yng patut masuk dalam kelas 5 Farabi,
best giler study masa tu, dah la sunyi, angin mendayu-dayu, selesa !!!.
Study Kimia paper 2005 bahagian esei.
Dengan, keadaan time tu, minda aku dengan relanya membuka laluan untuk semua yang aku study.

Lepas siap,
jumpa Cg. Long, tulis nama untuk gambar graduasi.
Mula-mula pergi dengan Anifa je, lepas tu Aqilah ngan Ummi ikut sama.
Sempat sembang dengan Cg. Long.

Tengok2 gambar.
Dalam pukul 5, balik la.


#####################################################
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR

TINGKATAN 5 YANG ADA DALAM GAMBAR
KAT BAWAH NI,
SILA JUMPA CG. LONG UNTUK TULIS NAMA.
NAMA SEMUA PELAJAR GRADUASI AKAN DICETAK
ATAS GAMBAR
KAT BAWAH NI
(MACAM DALAM MAJALAH SEKOLAH).


#################################################

A month left ? Huh !!!

Friday, 7 October 2011


Seize it !!!
Dah dua minggu aku tinggalkan blog ni. Rindu sangat nak mengarut kat sini. Tapi, banyak benda yang menghalang. Mood, sibuk, letih.

Minggu lepas, aku join kem Pecutan SPM, kat Sumai Apartment Hotel.
It's good.
Tapi, bilik kitorang menghadapi krisis makanan yang kurang melampau.
At least, I got something from that camp.

+_+_+_+_+_+_+_+_+
Here my roommates
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


------------------------------------------------------------------

I created a banner for SARANG.
I hope they like it.




----------------------------------------------------------------

Start minggu ni, aku berhijrah tempat duduk dalam kelas.
Orang kanan aku sekarang pulak adalah Adi.
Nak tau kenapa aku tukar tempat ???

~jawapannya ada dalam gambar kat bawah ni.




-------------------------------------------------------------

For SPM:
I'm hurry on, 'cuz I'm coming to the end,
I know that I could be the one from millions...

CHARGE AND UP !!!

Triple events !!!

Saturday, 10 September 2011

Seminggu lebih tak tulis blog.
Busy dengan benda yang berlaku kat sekolah sekarang.
Juga dengan benda yang aku perlu buat.

~~~~~~~~~~
First Event !!!
~~~~~~~~~~
Mentor-mentee program.
I got Pn. Norbaya as my mentor.
Ahli lain dalam group ni:
Azhar, Asyraf, Nik Farhana, Syafiqah Nasuha.

3 of us had been targeted to get straight A's.
Pn. Norbaya said that it's not imposible to get A in SPM although you got E in your Trial.
She said that his daugther's friend done it. From E to A. It's not impossible.



Jadi, aku pun kena usaha habis baik kali ni. Tak mustahil.
Macam main bola sepak, selagi wisel penamat tak bunyi, perlawanan tak akan tamat.
So, selagi SPM belum tiba, peluang masih terbuka.



~~~~~~~~~~~
Second Event !!!
~~~~~~~~~~~
Hari raya kat sekolah. Takde ape yang menarik pun.
Just makan-makan, ambik gambar, then balik.
Persembahan takde langsung.
Majlis yang agak mengecewakan memandangkan ni sambutan raya terakhir kat sekolah.



Lepas balik sekolah,
aku main futsal ngan geng-geng futsal.
Tak feel mana time main, maybe sebab sebulan cuti puasa kot.
Jadi kekok sket. Tapi, team aku tetap menang.


~~~~~~~~~~
Third event !!!
~~~~~~~~~~
Berkelah time.
Event paling buat aku happy.
Kitorang berkelah kat Pantai Pandak.
Mula-mula rancang nak pergi pukul 8, akhir-akhir dekat pukul 10 jugak baru sampai kat sana.

Makanan ~ mee goreng, drumet chicken, french fries, smarties.
Lepas makan, kitorang main air. Perang-perang pasir. Basah weh.
Panjat batu, ambik gambar.

Time ni jugak,
cermin mata aku patah.
Tamatlah khidmatnya sebagai cermin mata aku.
Nanti nak keluar pergi beli yang baru punya.

Lepas tu, rompak kereta Azhar jap.
Best ar bawak kereta dia.
Dekat 10 kali jugak main pusing-pusing.

Dalam pukul 12,
kitorang balik.