Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

The War !!!!

Sunday, 25 April 2010

The WAR !!!!.....

Bukan perang la, mid-year exam je. Mid-year exam tinggal tak sampai sebulan je gi. Ni memang kena fight betul2 ar. Sebab tu tajuk post ni The War !!!!

Kelmarin ade Anugerah KecemerlanganPelajar PMR dan SPM. Tahniah kepada semua yang berjaya. Adi, your sister dapat straight A's. Boleh ke kau nak challenge Adi ? Lepas abis majlis anugerah tu, sambung pulak dengan Mesyuarat PIBG. Tapi, pelajar2 tak terlibat so ? Keluar la. Capturing pic time


VIP


.Plak Anugerah


Story for today,
Oleh sebab bosan duk kat rumah, ber"facebook" tak sudah2. Aku pun membawa diri ke sekolah. Mula2 samapai tu terkejut ar. Ramai sangat orang. Kawad baru abis rupanya. Masuk dalam sekolah jumpa Aiman ngan Nasir (betul tak nama dia ?) main basketball. Aku pun join la sama. Best ar main. Entah berapa kali masuk tadi. Tapi, banyak ar. Tengah2 main hujan pulak. "Ada aku kesah ?". Teruskan permainan kata pengadil. Sejuk je main tengah hujan. Nasib baik tak demam.


Hujan lebat doe


Masa ni renyai2 je


Aiman ngan Nasir

Wei, exam tak sampai sebulan je gi. Kena atur strategi betul2 kali ni. Sekurang-kurangnya biar lepas GPA 4. Biology ngan Addmath. Rasanya bukan subjek tu susah, kita sendirik yang fikir subjek tu susah. Kalau orang lain boleh 96 % Addmath. Mustahil kita tak boleh buat macam tu jugak.

Tu je la untuk post kali ni. Nak makan pulak. lapar.......

Persiapan Mesyuarat PIBG dan Anugerah Kecemerlangan SMKDRI

Friday, 23 April 2010

Hari ni nak citer sket pasal persiapan Mesyuarat PIBG dan Anugerah SMKDRI. Pukul 3 aku sampai kat skolah. Masa tu Yong, Azhar, Hanafiah, Muslim dan beberapa orang lagi termasuk cikgu2 dah ade kat dewan. Masuk dewan je terus tolong angkat2 meja. Lepas tu, susun kerusi atas pentas, susun bunga, susun pasu dan lain2.

Lepas tuh, gi 7-E jap ngan Hanafiah. Beli air 100+ ngan 7UP. Balik smula skolah tengok Syafiq rempit. Gile bebenor dia pecut. Macam nak lumba halal je. Syafiq bawak laptop. Muslim nbawak pendrive dia. Syafiq, scan laptop tu. Pendrive Muslim tu bawak virus.


Then, ambik gambar dalam dewan lepas siap susun sume. Bermulalah sesi bergambar.


Berehat sebentar bersama air mineral


Sesuka hati


Bakal2 VIP masa depan.


Syafiq Sempit the movie




Masa nak balik, sesuatu telah berlaku. Motor Muslim rosak. Tak idup2 sampai la ayah dia datang. Ayah dia datang pun tak idup2 jugak. Akhir sekali, tunda manual. (tunda sendiri la). Kesian Muslim

Kepada pelajar2 cemerlang PMR dan SPM SMKDRI 2009, hadirkanlah diri anda yep.. Jangan tak datang pulak......................................


Result exam..................(EPISODE 2)

Monday, 19 April 2010

Hoya hoi....................

Dengan dapatnya result exam untuk BI, maka lengkaplah result exam untuk UP1. Dan keputusan rasminya adalah:

BM ~ 64 % ~ B
BI ~ 76 % ~ A-
SJ ~ 64 % ~ B
PAI ~ 88 % ~ A
Math Mod ~ 64 % ~ B
Add Math ~ 32 % ~ E
Biology ~ 41 % ~ D
Chemistry ~ 68 % ~ B+
Physic ~ 54 % ~ C

1A 1A- 1B+ 3B 1C 1D 1E (2A 4B 1C 1D 1E)

GPA ~ 4.33

551/900 = 61.22 %
Okay ar tu, walaupun tak cemerlang sekurang-kurangnya tak ada G. Markah keseluruhan pun meningkat 61 markah. Tapi, Bio ngan Addmath, aduhaiii.... Teruk. Makah turun mendadak. Tak per. Mid-year exam aku try selesai masalah tu. (kene tunggu exam dulu ke ?)

Hari Sabtu ni ada Mesyuarat PIBG & Majlis Anugerah Kecemerlangan. Untuk Pelajar Cemerlang PMR 2009 pun terlibat sekali. Tapi, yang dah tukar sekolah tu tak tau la nak datang ke tak. Hari sebelum tu pulak,(hari Jumaat la) kena datang sekolah pukul 3.00 petang untuk kemaskan dewan. Antara yang konfirm terlibat aku, Syafiq Zainal, Amirul Azhar dan............Sape lagi ek ? Syafiq, sape lagi yang terlibat ? Tolong bagitahu sket.

Ok tu je la untuk post kali ni.

Izinkan saya menamatkan post ni dengan serangkap pantun dua kerat,

Exam kali ni tak excellent lagi,
Mid-year exam cuba lagi.


Result exam..................

Friday, 16 April 2010

Aduhhhh.........nak cerita malu..............teruk bebenor result exam UP1 nih. Tapi ade ar peningkatan sket. Stakat ni BI je tak dapat gi. Keputusan setakat yang ada ni cuma 1A 1B+ 3B 1C 1D 1E (1A 4B 1C 1D 1E). BI tak tau lagi. kena tunggu ari ahad ni baru dapat kot. Syukur ar tak ada G. D ngan E tu Addmath dan Bio. Gilerr ar.....Dua2 turun mendadak.
Diumumkan bahawa minggu lepas merupakan minggu berpantun untuk tingkatan 4 SMKDRI. Acara ini dimulakan oleh Hafizullah Zahid (http://zahidluffy0089.blogspot.com/).
Antara pantun2 dia:
Sheikh Muzafar naik roket,
Nak air sket.
Undang2 mesti patuh,
tadi aku jatuh.
Tu la antara pantun2 rekaannya. Kalau nak tengok yang lain tengok ar blog dia. Klik link kat tepi nama dia tu. Kem ibadah untuk perempuan diadakan di sekolah kelmarin dan hari ni. Masalahnya, lelaki akan kena jugak ke? Malas rasanya nak pergi kalau ada jugak. Tak payah buat la cikgu2 ye. Lelaki dah okay dah. (Walaupun ada segelintir yang patut masuk kem ibadah).
Mak Cik bedah pergi keje,
Aku blogging sampai sini saje
Pergi klinik cabut gigi,
Ade masa aku blogging lagi.......................................................

aDuuhHaiiii ExAm .................

Friday, 9 April 2010

gambar sekadar
takde kena mengena ngan post

Tekanan bebenor exam untuk Fizik. Satu lagi yang menyakitkan kepale Biologi. Yang lain okay je.

Addmath - Okay ar. Kali ni tinggal 6 soalan je dari 14 soalan. Exam lepas tinggal 7 soalan.
MathMod - Baik punyer.. Ade harapan nak dapat A+....
B. Inggeris - Hu hu...Ada harapan jugak nak dapat A+
Chemistry - Opss...susah sket....rasenye harapan untuk dapat sekurang-kurangnya A- tertutup terus.
Sejarah - Maybe ade harapan nak dapat A.
B. Melayu - Tak tau la. Ade harapan nak dapat A kot.
PAI - Rasanye akan dapat A kot. Soalan boleh jawab semua.

Waduh....story for the week of SMKDRI.

Dua fight/pergaduhan/perbalahan atau perkataan2 yang sewaktunya berlaku ni kalangan rakyat form 4. First, pergaduhan individu atau one on one( 1 on 1) antara Che Ku dan Khalil. Giler. Bengkak muka Khalil. Tapi semalan dah berdamai dah. Kebetulan pulak, masa diorang berdamai tu, ada satu lagi pergaduhan,. Kali ni three on one( 3 on 1) !!! Din and the gang, Faris Rosli ngan Najib lawan Zarif( ntah betul tak nama dia nih) kat pondok tepi tasik. Najib menggunakan kaki terlebih saiznya untuk menerajang tulang belakang Zarif. Memang kesian ar tengok dia kena.

Apa ni ? Pengawas skolah mana ? Pengawas duk diam je. Kepada pengawas2 SMKDRI, sila tinggalkan komen anda.

Wehh, esok skolah ganti larr.... Malas rasanyer nak pegi skolah ari Sabtu. Guna jadual ari isnin kan ? Apsal la kena ganti jugak. Kalau korang sume tengok kalendar, hari raya aidilfitri jatuh pada hari jumaat dan sabtu. Tapi, hari-hari sebelum tu adalah cuti pertengahan pernggal. Apasal cuti tu tak dianjakkan ke hari selepas raya ? Tak sekolah betul la yang susun cuti tu. Anak sape ntah.

Okay la. tu je untuk post kali ni. Kepada pengawas2 SMKDRI. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang pergaduhan yang berlaku yep.......

Petanque is over......Get ready for the next mission !!!

Saturday, 3 April 2010

Letih weh....giler ar main petanque. Nak tunggu giliran lame giler. Nasib baik sempat gi TTC. Petanque kalah dua2 perlawanan peringkat kumpulan kategori lelaki. Perempuan punye sampai peringkat suku akhir. Lama giler perlawanan. Dari pukul 8.00 pagi. pukul 4.00 baru balik. Tu kira balik awal ar tu. Kalau pasukan yang menang, lama lagi kena tunggu.



Ok ar, macam tajuk kat atas, "Petanque is over......Get ready for the next mission !!!". Petanque dah berakhir. Tapi. "Get ready for the next mission !!!" ? Amende pulak tu??

Jawapannya......


Exam week !!!!

Ha ha....minggu peperiksaan dah tiba. So, aku akan buat yang terbaik untuk exam kali ni. Exam untuk esok, BM, BI, SJ. Tiga mata pelajaran tak susah sangat. Especially for Sejarah. Aku nak study bebaik untuk Sejarah sampai dapat A.

Then, selamat menghadapi peperiksaan diucapkan kepada pelajar2 form 1,2 dan 4 SMKDRI dan sekolah2 yang sewaktu dengannyer..................

Petanque and exam !!!!

Thursday, 1 April 2010


Hari sabtu nih bertanding petanque kat SMK Sultan Mansor. Minggu depan pulak exam....hu hu.......

Ok, mula2 petanque. Aku baru je berlatih minggu ni ari Sabtu ni dah bertanding. Walaupun tahap amatur, tapi aku kire boleh ar main. Harap2 dapat lepas saringan. Team tahun lepas, saringan pun tak lepas. Ok ar. Kepada pelajar SMKDRI sume doakanlah team petanque SMKDRI berjaya ye

Petanque court

Petanque ball

Dan pasal exam pulak. Weh, aku baru 40% ready. Addmath, Kimia ngan Fizik masih memeningkan kepala aku. Tapi, harap2 tak ar dapat G lagi lepas ni. Dan sekurang-kurangnya dapat 3A. Mathmod kena dapat 90% ke atas. Kalau tak, ada denda menanti. 2 lagi A tu tak kira ar A+, A, atau A-. Asal A sudah.

Kepada pelajar form 4 SMKDRI semua, study la bebaik ye. Harap korang semua dapat buat yang terbaik untuk exam kali ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~