Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

hai........

Wednesday, 21 October 2009

Lama betul aku tak tulis blog. Sume ni sebab masalah internet. Mungkin aku akan dapat main internet dalam masa 3-4 minggu lagi. Lama gile nak tunggu. Tapi nak buat buat macam mana, dah takdir.
Banyak peristiwa yang aku nak tulis kat blog ni tapi keadaan tidak mengizinkan. Mungkin lepas internet aku o.k. balik aku akan tulis semuanya. See you soon. Ntah apa-apa.

Last Day before PMR

Tuesday, 6 October 2009

Tinggal lebih kurang 15 jam lagi sebelum bermulanya Penilaian Menengah Rendah 2009. Debor giler!!



Hari ni agak special untuk form 3 coz hari ni ada Majlis Restu Ilmu lepas waktu rehat. Sebelum rehat, cuma BM je blajar. Tu pun tak sempat sbb lepas perhimpunan, kebanyakan pelajar sibuk mencari guru untuk meminta signature for borang ko-kurikulum. Pkul 8.40 pagi baru Cikgu Saadiah masuk ke kelas. Lepas tu, Cikgu Paridah masuk tapi tak mengajar dan suruh buat ulangkaji je. Kemudian Cikgu Shamsudin masuk dan juga tidak mengajar.

Masuk waktu rehat, Cikgu Ramlah ngan Cikgu Latifah masuk ke kelas dan suruh susun meja coz kelas akan digunakan sebagai bilik peperiksaan khas untuk pelajar yang disyaki/positif/ada kaitan ngan H1N1. Paling best mase rampas buku2 pelajar yg ada dlm meja. Tu la, cikgu suruh bawak balik tak nak. Lepas habis kemas kelas, pergi koperasi then pergi Dataran Nilam and jumpa Naim,Yong, Muiz, Syahin and Faiz.

Tak lama lepas tu, cikgu suruh masuk dalam dewan. Majlis bermula dengan pesanan dari Cikgu Paridah. Kemudian, pesanan dari Cikgu Ramlah. Lepas tu, pengetua memberi ucapan. Semua pelajar diberi sebotol air solat hajat beserta sebekas kismis. Majlis berakhir dgn acara bersalam-salaman dengan guru.

Sebelum balik, Cikgu Latifah dan Cikgu Ramlah meminta aku, Syahin, Yong, Muiz, Faiz, Naim, Nik untuk menyusun meja di dalam dewan. Dalam pukul 2.00 petang baru siap kemas. Letih giler tapi best sbb lepas tu dapat minum milo ais free. Masa tu jugak aku borak/melawak ngan pelajar2 klas 3 Razi. Best btul borak ngan diorang. Peramah. Tak macam sebahagian pelajar klas 3 Kindi.

Lastly, good luck untuk students form 3 yang aku anggap kawan. Buatlah yg terbaik untuk PMR. Jangan sia2kan pengorbanan parents, guru2. Pastikan kita pulang dengan SUCCESS.






P/S: Esok PMR, tapi hari ni aku masih main komputer. Bagus la tu.
(Kepada pembaca, jgn contohi perangai penulis blog ni)

Kenapa dengan mimpi aku ??

Thursday, 1 October 2009

Sejak sebulan yang lalu, aku selalu dilanda mimpi2 yg pelik. Malah ada sampai tak masuk akal. Aku fikiran kadang2 terganggu bila fikirkan mimpi2 tu.

Antara mimpi2 pelik tu:

1) Aku bermimpi seorang pelajar perempuan (nama dirahsiakan) memberi semangat kpd aku utuk menghadapi peperiksaan.

Aku boleh agak suasana mimpi itu adalah beberapa minit sebelum peperiksaan coz dalam mimpi tu aku nampak semua pelajar duduk di meja di dalam dewan. Manakala, aku dan pelajar perempuan tersebut berada di luar dewan. Mungkin mimpi ni biasa bagi sesetengah orang. Tapi, kenapa dia? Aku tak pernah bercakap dengan dia pun tapi tiba2 muncul dalam mimipi aku.


2) Aku mimpi aku dapat slip keputusan PMR yang kosong.

Memang aku dapat slip keputusan PMR tapi slip itu kosong dan tiada sebarang tulisan kat slip tu. Dalam mimpi itu, aku nampak ramai pelajar yang bergembira selepas keluar dari dewan. Mungkin kerana mendapat keputusan cemerlang. Hmmm....Slip keputusan PMR yang kosong. Agak mustahil untuk berlaku.


3) Aku mimpi aku terjun dari sebuah bangunan yg tinggi.

Mimpi ni sangat menakutkan. Dalam mimpi tu aku terjun dari bangunan yang sangat tinggi. Mimpi itu membuatkan aku terkejut beruk dari tidur. Giler !!!


4) Aku bermimpi salah seorang rakan sekolah rendah menjadi gila.

Mimpi ni aku alami semalam. Aku bermimipi aku berjumpa dengan rakan2 sekolah rendah aku (miss them so much) kat sebuah tempat. Tapi, salah seorang drpd mereka menjadi kurang siuman. Pelik. Itu saja yang aku boleh katakan.

Semasa termenung di dalam kelas, aku selalu bertanya pada diri aku sendiri, kenapa semua ni muncul dalam mimpi aku sejak sebulan ni ? Entahlah. Ada dua/tiga lagi mimpi pelik yg aku alami tapi aku tak nak tulis di sini. Apa2 pun aku harap lepas tulis blog ni, fikiran aku tak terganggu lagi. PMR pun tinggal 5 hari lagi. Jadi, aku perlu pastikan aku berada di tahap terbaik untuk menghadapi PMR.