Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Karnival PUM SHAMS 2010

Wednesday, 29 September 2010

Karnival PUM SMK(A) Sheikh Abdul Malek menyebabkan aku tak masuk kelas selama dua hari. Apalah yg berlaku kat dalam kelas tu ya ? Dengar kata hari ni ada ceramah untuk pelajar sains tulen, entahla ceramah apa.

Erm, ni rahsia tau, kpd kengkawan satu skolah ngan aku, jangan bagitahu cikgu ya. Sebenarnya, jadual asal untuk aku bertugas kat karnival ni ialah hari kedua (Rabu-29-Sep-2010) sesi petang. Tapi, aku berada kat sana dari awal bukak karnival sampai karnival tutup selama dua hari berturut-turut. Alasan ? Saya terpaksa menjadi pengangkat barang. He he.

First day karnival, (Selasa/ 28-Sep-2010)
memang letih ar, pagi2 dah kena angut barang2 yang besar, kecik, berat, leper, yg jenis besi, plastik, kaca, dan lain2 (banyak lagi kalau nak tulis, takut korang tak sanggup nak baca). Aku, Che Ku, Dayah terpaksa keluar sekolah dengan motorsikal kitorang dengan muka tebal. Ye la, time tu semua pelajar baru keluar dari surau lepas habis baca Yaasin. Nasib baik, kereta Cg. Zainun cover kitorang. Sampai kat SHAMS lagi teruk kena susun barang. Jumpa la Arif Fahmi, kawan sekolah rendah aku. Then, Faqiuddin, kawan aku kat kelas mengaji. Dia jadi urusetia kat karnival tu, bagus betul, kalau ada apa2 boleh mintak tolong dia. Aku jumpa jugak kawan sekolah rendah aku yg lain. Yang lelaki aku sembang2 jugak tapi yang perempuan aku senyum2 macam tu je disebabkan tahap sosial yng rendah kat SHAMS. Perniagaan kat karnival untuk hari pertama kurang memuaskan bagi aku. Karnival habis dalam pukul 5 petang tapi gerai PUM aku balik pukul 5.30. Aku balik dalam pukul 6, Alia, Asma' ngan Siti pulak balik dalam pukul 6.45.

Second day, (Rabu/ 29-Sep-2010)
Ahli2 PUM terus ke SHAMS pagi2 lagi. Dengan selambernyer kitorang tak pergi sekolah kan? Aku ngan Syahin sampai awal sekali. PAgi2 tak ramai sangat orang, yg ada jalan2 tu pun maybe yg ponteng kelas. Lepas rehat baru ramai orang, laku betul, wedges, ngan burger memang laku. Memang okay ar jualan. And then, Syahin punya story. Dia kena temu ramah ngan wartawan Sinar Harian. Ha ha, Siap ambik gambar lagi. Lepas tu ada lawatan kehormat dari Pengarah Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Terengganu
(PMINT). Aku beli novel "Gerhana" kat karnival tu, dalam2 banyak2 buku yg dijual, novel ni je yang tarik perhatian aku. Sinopsis dia pun buat aku tertarik untuk membelinya. Novel ni pasal kuasa2 luar biasa dan remaja. Aku memang suka sangat kuasa2 luar biasa@ supernatural ni. Nak2 kalau kuasa luar biasa yang tak mustahil dimiliki oleh manusia. Pukul 5 habis karnival, kemas2 barang. Lepas tu, angkut semua antar kat sekolah balik. Nampak la pengetua round2 sekolah sorang2. Tak balik lagi rupanya.


#@#@#@#@#@#@#@#@#@GALLERY ##@#@#@#@#@#@#@#@



Our stall


Food


Salah sorang tukang masak


Antara petugas pemprosesan bahan mentah


Heyyyy........Macaroni !!


Mayonise Wedges



Kemas barang la pulak

@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@

Best raya in school ever......

Thursday, 23 September 2010

Gempak beb sambutan raya tahun ni. Pengacara majlis pun special. This year ?? Baju hijau la. Aku bawak sket je kuih raya. Asyraf bawak kek pelangi, aku makan sampai separuh tinggal. Sori Asyraf. Nak buat camne, favourite aku. Heh, pengacara, Pok De Raja Lawak. Best, kelakar abis. Kesian kat pelajar lain, dia sembunyi kat meja meja untuk kelas aku kat pintu masuk. Lepas tu, dia cakap guna mikrofon wireles, orang lain sume cari dia, budak2 kelas aku yg dah tau pasal dia ada kat situ gelak je la. Lepas tu, sume cikgu naik pentas nyanyi. Aku jadik cameraman, thans kepada penaja kamera, Asyraf, tapi bagi pinjam je la.

Lepas dua tiga persembahan, sume mula ambik makanan, aku pun join skali, tapi, muffin blueberry dah abis. Tinggal strawberry ngan coklat je. Makan je la. Air sunquick oren. Thanks kepada girls yg membancuh, susah2 je. Ha ha.

Kelas aku menang untuk hidangan makanan terbaik. Tak sia2 usaha untuk rancang bahagian makanan tu.


^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^ Gallery ^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*


Lautan manusia


Meja kelas kitorang


UUUU....makanan !!!


Mereka bertigalah yg berjasa membancuh air sunquick oren



Bekas pengetua bersama VIP



Pengacara jemputan,
Pok De Lawaking


Cikgu nyanyi


Penaja kamera, Asyraf. Yg belakang tu tak tau la.


Eifa-chan....kawaii


my friend since primary school, Emma
THE GREEN


Matching the colour,
Muiz, Eifa-chan, me, and Emma
LIGHT BLUE VS GREEN


Geng2 tgh "mencekik"

^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^**^*^*^*^*^^*^**^*^*^*^*^*^**^**^*^*^*^*^*^*

Jalan2 raya yg berterusan / Kembali ke sekolah

Sunday, 19 September 2010

Konvoi dua hari yang aku rancangkan tu bukan saja berjalan lancar tapi lebih meriah dari yang aku sangkakan. Ingatkan keesokan harinya(hari raya ke-5), bolehlah aku rehat. Adi ajak pergi rumah terbuka dia pulak. Alang2 dah keluar rumah tu terus jalan2 rumah kawan aku yang lain. First, aku pergi rumah Azizul, makan nasi ayam. Best. Pandai mak dia buat. Then, pergi rumah Adi, makan nasi minyak. Best jugak tapi agak pedas. Rumah Adi agak mengejutkan aku. Ye la, orangnye biase je. Low profile. Tengok je rumahnye. Oh My Goat !!! Besar giler rumah dia. Halaman rumah pulak luas. Bolek muat dua padang futsal. Lepas tu, aku pergi rumah Syukur. Then, rumah Megat. Lama betul aku tak jumpa Megat. Dah 4 tahun. Selama ni cakap2 melalui internet je. Kali terakhir aku jumpa Megat masa ambik result UPSR tahun 2006.
Hari raya ke-6 pulak, pergi rumah Nadia, Yong, Aiman, ngan Nawal. Time kat rumah Nadia, memang teruk Fathi kena usik. Ha ha. Kat rumah Nawal, Naim pulak yang kena. Tapi, Naim ushar jugak Nawal tu masa nak balik. Ceh, awal2 datang buat2 gaduh. Romantik giler 2 orang tu.

Raya ke-7, paginya dalam pukul 11.30, aku pergi rumah Asyraf. Then, rumah Che Ku Hilmi then rumah Ain. Sampai rumah balik, orang dah azan nak solat Jumaat. Lepas solat Jumaat, dalam pukul 2.30, pergi pulak rumah Adila, kawan skolah rendah aku. Jumpa kawan2 lama. Lama jugak kitorang sembang. Lepas tu, pergi rumah teacher Faridah ngan teacher Anisah. Tak sangka diorang masih ingat kami lagi. He he.


Hari Sabtu, aku sibuk dengan homework yang belum siap. Oh, new haircut.
Then, today. Kembai ke sekolah. Aku mari awal jugak hari ni. Aku orang yang ke-3 sampai dalam kalangan penunggang motorsikal. Sekolah hari ni ? Hurm, agak ceria. Jumpa balik ngan friends, kembali ke koperasi yg dah sebulan setengah aku tinggalkan (puasa dgn raya puya pasal), dapat kertas exam BM dan Math. Little happy 'bout the result. Overall, memang ceria ar kat skolah hari ni. Pasal result exam tu, tunggu dapat result untuk semua subjek baru aku post.

Start buka sekolah ni aku mula sibuk ngan projek pengeditan gambar dan projek video untuk sekolah rendah aku. Agak2 sempat tak aku nak siapkan sebelum pertegahan bulan 11 ? Hurmm....



Antara hasil kerja aku. Khas untuk team konvoi aku.
Lawa tak ?

Hepi raya...Second session...(Hari raya ke-4)

Tuesday, 14 September 2010

Konvoi bersambung untuk hari yang kedua, best tak ingat. Destinasi arini agak jauh, hampir keluar daerah sket. Start tempat biasa, Rumah Eifa-chan. Mula2 konvoi melalui Kg. Gelung Bilal, Kg. Bukit Bayas, Kg. Tok Molor, Kg. Pengkalan Setur, Kg. Atas Tol, dan sampai la ke Kg. Bawah kat rumah Alia. Dalam 6 km jugak ar. Mungkin lebih. Jauh perjalanan tapi seronok sebab lalu jalan kampung. Tak sibuk langsung. Aku siap sempat buat speed test lagi. 2 kali. Satu kat Kg. Tok Molor. Jalan straight, don't belok2. Satu lagi kat Kg. Atas Tol. he he. Jangan la tiru ek. Penunggang profesional je boleh buat aksi ini. Aku baru semi-pro tapi ok jer la. Lepak rumah Alia. Jumpa ngan kucing dia, Cumin. Tebal giler bulu dia.

Lepas rumah Alia konvoi diteruskan ke Kg. Kedai Buluh, rumah Muiz. Dia ngan adik dia je ade. Duk sengih2 seperti biasa la dia tu. Then, pergi Kg. Belukar Jambu, rumah Awang@Hilmi. Konvoi diteruskan. Melalui Kg. Kubang Ikan untuk ke Taman Permint Jaya, rumah Aima. Masa ni pun aku buat speed test skali. Sebelum sampai rumah Aima, konvoi pergi kat surau dulu. Solat Zohor. Ade masalah sket ngan tayar motor Aiman. Nasib baik tak bocor, kalau tak melayang duit raya. Ha ha. Kat surau aku sempat posing atas motor kawan2 aku.. Konvoi pun sampai di rumah Aima. Lepas tu pergi rumah Cg. Ruhaya a.k.a. PK 1. Motor Eika pulak buat hal. Nasib baik tak bocor jugak.

And then, masa untuk speed test lagi, konvoi melalui Kg. Kuala Tok Adis menuju ke Kg. Gong Tok Nasek, rumah Eika dan rumah Piqah.Then, lalu kat skolah D.R.I. jap. Menuju ke Kg.Banggul Tok Mudin, rumah Dayah ngan Yong. Tapi, Yong takde kat rumah. Konvoi diteruskan ke Kg. Gong Gemia, rumah Cg. Rahani. Best sangat nasi beriani dia. dan akhir sekali ke Taman Budaya, rumah Rasydan tapi singgah je tak masuk pun.

Konvoi raya tamat....................................






Thanks kepada yang menjayakan konvoi ni:
~Rusydan
~Asyraf
~Che Ku Hilmi
~Muslim
~Aiman
~Naim
~Fathi
~Syafiq (http://syafiq4peace.blogspot.com/)
~Syukri
~Azizul
~Awang@/Hilmi
~Siti
~Zafirah
~Dayah
~Eika (http://eikadarlaa.blogspot.com/)
~Alia
~Aima
~Eifa-chan

ok ar. tu jer untuk citer konvoi raya. Tahun depan insyaallah akan buat lagi........

Selamat Hari Raya sume....

Hepi raya.....^_^

Sunday, 12 September 2010

Raya pertama,
Jumpa saudara-mara kat rumah nenek sebelah ayah. Jalan kaki je sebab rumah nenek aku tu sebelah rumah aku je. Petang tu balik rumah nenek sebelah mak plak kat Marang. Round2 Marang. Pukul. 8.30 balik rumah..

Raya kedua,
nothing special.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Raya ketiga:

Hari ni la raya yang paling best. Gelak ketawa, ketakutan, suspens, riang ria dan macam2 lagi. Hepi sangat ari ni. Bajet konvoi 2-3 jam je. Tapi, sampai 8 jam konvoi. Sampai belakang badan aku pun sakit bawak motor lama sangat. Ni pun taip ngan sisa tenaga yang tinggal.

Mula2 team konvoi, berkumpul kat rumah Eifa-chan. Lepas tu, start konvoi dalam pukul 11.20 pagi. Pergi rumah Cg. Zakiah, Syafiq, Aiman, then raya kat skolah kejap. He he. Pinjam surau sekolah sebab nak solat Zohor. Konvoi diteruskan ke rumah Syahin, rumah aku sendiri, then rumah Cg. Rahani tapi tak de orang la. Terus ke rumah Emma, dan kenduri kat rumah Naim.

Nak pergi rumah Kak Bella, tapi ade beberapa orang tak berani. Tinggal la tiga ladies. Lepas tu, masuk jalan besar. Huh, sibuknye tak payah citer. Ade la terjadi truma sekejap kat sorang ni. Ye la, fisrt time masuk jalan sibuk macam tu, aku pun takut ar sket..("sket" jer). Silap jalan berapa kali da tapi akhirnya sampai jugak kat rumah Kak Bella.

Nak balik tu, stop kat satu surau jap. Surau tu tak tau la apa nama dia. Lepas tu terjadi sesuatu yang geng2 konvoi je tahu. Rahsia..Tak nak citer ar. Masuk balik jalan kampung jumpa la Eifa-chan. Ladies sume dah balik tinggal geng2 laki je. Nak hantar Rusydan, tapi Cg. Norlela ade kat rumah dia. Apa lagi, serang la. Lepas hantar Rusydan terus balik.

Family aku takde kat rumah. Online sampai sekarang. Edit blog sket. Esok nak sambung konvoi. he he.

><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><
Gallery


Kenderaan konvoi.
LC 135 Eifa-chan tak de.


Happy time,
baju ungu kat tengah tu adik pengantin
bukan pengantin ye..



Kembar berlainan tuan
Credits to Eika

><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><


Berwajah Baru !!!!!

Saturday, 11 September 2010

Blog aku berwajah baru jugak akhirnya. Siap masuk paper buatan sendiri lagi.....
Korang bacalah sendirik ye....


UNDER CONSTRUCTION !!!!!







Pengakhiran Ramadan, Permulaan Syawal.......

Friday, 10 September 2010

Hei, dah raya la......Selamat Hari Raya semua...

Rasa sekejap je puasa. Rasa macam baru dua hari lepas Pak Cik kat dalam TV tu buat pengumuman puasa.

So, hari ni dah raya. Hari raya pertama mestilah ngan keluarga.

Tapi, yang penting sekali, Konvoi raya ngan kawan2. Hari raya ke-3. Harap2 jadilah. Insyaallah. Nak round semua rumah kawan2.

He he. Homework pun dah banyak yang siap. Tak la sakit sangat kepala fikirkan pasal homework.


OK la.
Akhir kata,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Story about holiday......bored? fun?

Saturday, 4 September 2010

Huh...
Cuti dah start la. Nak update blog semalam tapi ade makhluk yang kacau, terbantut habis plan aku.

Ermmm....
Ari Khamis aritu, ha ha... Tension giler. Terima kasih paper Fizik yg berjaya me'nension'kan aku. Section C page last skali aku tak jawab langsung.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hei, tinggal seminggu lagi nak raya. Bestnyer. Balik kampung ? Kampung aku dekat je. Tak jauh pun. Konvoi raya dengan geng2. Siap sedia la rumah sapa kena serang nanti.

Tapi, raya seminggu lagi, minggu ni semestinya bosan melanda. Adui la, geng, takde aktiviti ke ? Bukak puasa sama2 ke ? Bosan ar duk rumah, Asyik2 mengadap adik yang bising@suka kacau orang@menyakitkan hati aku je.

Ape2 hal, saya mewakili diri saya sendirik menngucapkan..............OPPPSSS......wei, lambat lagi la...seminggu lagi. rilex ar nak buat ucapan tu........hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Disebabkan kebosanan yang melampau, aku pun search la drama2 action Jepun. Aku jumpa la satu drama ni. "MR. Brain". Mr.Brain ni cuma gelaran untuk watak utama sebab dia tahu semua benda berkaitan otak. Otak dia pun memang bijak. Bekerja sebagai neuroscientist di Institut of Police Science. Teknologi pun hebat2. Memang sure tak ada kat Malaysia nih.

Ni link untuk cerita tuh,
http://www.dramacrazy.net/japanese-drama/mr.-brain/




Pelakon2 utama:
~Kimura Takuya~

~Mizushima Hiro~



Guest:
~Gackt~Kamenashi Kazuya~Sato Takeru~

Ni pelakon favourite aku he he.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok ar...tu je untuk stakat ni....see ya'