Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Alumni Pasti Al-Fatonah

Sunday, 29 November 2009

Dua hari lepas, mak aku cakap ada majlis Alumni untuk bekas pelajar Pasti Al-Fathonah batch 1997-2002. Aku try ajak kawan2 yang juga bekas pelajar Pasti. Tapi, semua tak datang. Lebih kurang pukul 8.40 malam, aku sampai kat sana. Masa tu tak ramai lagi orang yang datang.

Lepas tu, salah seorang lelaki yang juga bekas pelajar memberi borang Alumni untuk diisi. Aku terus isi. Tiba2 ada miscall. Aku tengok telefon aku. Terpampang nama Adila. Kenapa pulak dia buat miscall. Masa tu jugak ada sorang budak datang depan aku. Aku kenal dia, adik Adila. Aku tengok belakang, Adila!. Kenapa pulak dia ada. Aku tanya dia. Dia cakap dia pelajar Pasti masa umur 5 tahun.
Tapi, dalam memori otak aku, tak de pulak pelajar bernama Adila masa aku umur 5 tahun kat Pasti. Apa2 aku malas nak siasat lebih mendalam.

Lepas cakap2 ngan Adila, ADUN Ladang, YBM. Tengku Hassan Tengku Omar sampai. Dia merupakan tetamu kehormat kat majlis ni. Dia jugak merasmikan majlis ni. Then, semua orang pergi ke bilik sebelah untuk makan. Nasi minyak lauk ayam masak merah. Best giler. Tapi aku makan sikit je sebab kat rumah dah makan.

Lepas makan, ada mesyuarat untuk melantik pemimpin2 Alumni Pasti. Then, balik.


Ni laman blog Alumni Pasti Al-Fatonah:
http://alumni-pastialfathonah.blogspot.com/

Video khas Reunion Version 2

Friday, 27 November 2009




Version 2

Video khas Reunion Version 1

Wednesday, 25 November 2009


©2009 by Faris Husaini. All Rights reserved.

Aku saja buat video ni sebab bosan sesangat. Apa2 pun aku puas hati dengan hasil kerja aku.

Reunion SKPBB 2006

Tuesday, 24 November 2009

Hari ni memang best. Reunion Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar(SKPBB). Memang lama tak jumpa kawan2 lama. Orang yang dijemput ramai tapi yang datang 13 orang je. Aku Memula makan kat KFC. Aku makan Toasted Twister ngan Zinger burger. Memang best borak2, dah la lama tak berkumpul macam ni.

Lepas makan, kitorang pergi pantai jalan2 dan ambik gambar. Ketika itu, kitorang lihat sekumpulan orang. Tengok dari pakaian macam pegawai JAIT( Jabatan Agama Islam Terengganu). Aku buat2 tak nampak sebab sibuk tulis sesuatu kat pasir. Kitorang bukan buat maksiat pun. Tapi, aku rasa bodoh gak diorang. Kalau nak tangkap orang buat maksiat, kenapa berkumpul. Orang yang buat maksiat mesti akan perasaan.

Apa2 pun reunion ni memang best.



makan2




main2 kat pantai


Boyz Gurlz



Kalu yang tak datang juga ada bersama, mesti reunion ni bertambah serinya. Apa2 pun, MISS YOU ALL

Lawatan - Part 2 : Kuala Lumpur

Monday, 23 November 2009

Lepas breakfast kat Kak Long Chalet. Semua naik bas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ada jugak yang tido termasuk aku. Sedar2 dah kat stesen minyak. Aku turun untuk basuh muka then aku beli air dan skit makanan. Lepas tu, aku tak tido2 lagi. Mula2 pergi Pusat Sains Negara. Tak ada apa2 yang menarik bagi aku, yang menarik cuma pameran Computer History ngan Human in The Future je.

Sampai kat Muzium kesenian Islam, OMG!!! tak boleh ambik gambar. apala diorang ni, macamla orang nak curi barang kat dalam muzium tu. Then, rombongan pergi ke Menara Kuala Lumpur. Memang tinggi, aku agak gayat skit, he he. Aku ambik dalam 5-6 keping gambar pemandangan. Lepas turun, sembahyang kat surau then tukar baju kat tandas.


KL Tower


Aku ngan Faiz


Then, tempat paling best Midvalley. Tapi, masa mula2 turun bas, Syahin and the gang hilang dari pandangan. Jadi aku ikut Syafiq ngan Zati's and the gang. Memula, cari tempat makan. Melihatkan section Food Juntion penuh dengan manusia. Kiorang pergi cari McDonald's. Jumpa McDonald's, penuh jugak. Akhirnya, makan kat Food Juntion jugak. Kitorang makan Grilled Chicken with Sausage. Zati's tambah Bolonis.( ntah apa nama dia, terbelit lidah nak sebut). Then, aku pegi kedai game. Tapi, semua game untuk PS3 ngan PSP. Then, kitorang pergi kamdar, aku beli dua helai baju. Then, aku telefon Naim. Dia kata ada kat Cosmic Bowl. Aku berpecah ngan Syafiq, Zati, Aqilah ngan Alimah. Aku jumpa Faiz and the gang kat Cosmic Bowl. Aku tanya sebab apa tak main. Dia kata sebab penuh. Then, Faiz kata nak ikut Zati's gang. Then, jumpa diorang kat Reject Shop.

Faiz's gang kata nak pergi Kamdar, jadi aku ikut Zati's gang balik. Kitorang pergi cari MPH bookstore. Tapi, tak jumpa. Then, pergi Carefour. Zati's gang beli alat kosmetik. Kemudian,Zati ternampak kedai MyCamera.Com. Aku terus pergi kedai tu sebab aku memang nak beli memory kamera sebab dah penuh. Aku beli 2GB. Lepas tu, kitorang jumpa NZ Bookstore. Aku ternampak novel grafik bertajuk Hacker karya Zint. Aku terus beli sebab aku memang minat karya2 Zint. Cerita dia pun best. Then, aku berpecah semula dengan Zati's gang dan jumpa Faiz's gang balik. Kitorang pergi cari surau. Bila jumpa surau, OMG!!! Surau penuh sampai tak nampak bahagian dalam surau. Lepas round2, dalam pukul 8.15, kitorang keluar. Then, masuk dalam bas. Lama jugak nak bertolak sebab ramai yang tak sampai lagi. Ada yang sesat, ada yang sengaja lewat. Dalam pukul 8.45 baru bertolak.



Hacker



MidValley



Bergaya ngan kawan2

Tak lama lepas bertolak, aku tertidur. sedar2 dah sampai kat R&R Temerloh. Dah 3 tahun tak datang sini. Memula pergi, surau. Then, pergi restoran. Aku cuma makan roti sebab perut kenyang lagi. Lepas tu, naik bas semula. Aku sambung tidur. Sedar2 dah sampai sekolah.

Kesimpulannya, lawatan ni memang best. Sepatutnya lawatan ni patut tambah sehari lagi sebab kat KL tak puas jalan2.

Lawatan - Part 1: Melaka

Sunday, 22 November 2009

Perjalanan ke Melaka memang seronok, ramai buat lawak, menyanyi dan macam2 diorang buat. Tapi aku tetap tidur jugak pukul 2 pagi. Lebih kurang pukul 5.45 pagi. rombongan sampai ke Masjid Al-Azim. Lepas sembahyang, mandi, tukar baju. Aku ambik kamera dan ambik gambar sebanyak mana yang sempat.


Masjid Al-Azim


Aku kat depan masjid


Bergaya sakan

Kemudian, rombongan menuju ke Bandar Hilir (betul ke ?) untuk
makan. Rombongan berhenti makan kat depan Muzium Samudera. Aku cuma makan nuget sebab aku tak biasa makan pagi. Lepas makan, aku syafiq ngan Zati's gang ambik gambar kat luar muzium.



Muzium Samudera


Aku ngan Syapik kat luar Muzium


Then, rombongan pergi ke Taman Buaya Melaka. Memang banyak buaya kat sana. Siap ada rumah berhantu lagi.


Aku ngan Syapik (lagi)


Bergambar je keje


Buaya tengah mengamuk (ni bukan buaya darat ye)


Lepas tu, rombongan menuju ke Taman Mini Malaysia. Mula2 semua orang ingat pergi zoo dulu. Taman Mini Malaysia agak jauh dari Zoo Melaka dan Cikgu pulak suruh pergi ngan jalan kaki je. Letih gile. Dah la tak ada apa2 yang menarik kat situ. Yang menarik cuma persembahan dari jejaka berhidung merah ngan tarian je.





Jejaka berhidung merah


Tarian

Kemudian, rombongan menuju ke Zoo Melaka tapi kali ni dengan menaiki bas. Lega skit. Semasa tunggu nak dapat tiket, aku ternampak Ustaz Zahury, guru mengaji aku semasa darjah 6. Jalan2 kat zoo memang letih. Dah la air kat kedai dala zoo mahal. Air botol kecik dah RM 2.80.



Lepas habis tawaf satu zoo, romongan menuju ke Kak Long Chalet. Mula2 pergi sesat jugak. Tapi sampai jugak macam manapun. Chaletnya memang
.cantik dan selesa. aku sebilik ngan Faiz, Syahin, Naim, Asyraf, Fathi, Fadhil ngan Amar.




Selepas mandi dan bersiap, rombongan menuju ke Dataran Pahlawan. Cikgu beri masa dari pukul 5.00 petang sampai pukul 10.00 malam untuk jalan2 kat sana. Mula2 aku ngan Syafiq pergi Kota A' Famosa. Kemudian aku pergi Mahkota Parade sebab Naim ajak main boling. Faiz kata main satu round je sebab bayarannya agak mahal skit. RM 10 satu round. Kat TER cuma RM 5 je satu round. Lepas main boling aku, Naim, Faiz, Syahin, Asyraf, Fathi, Syafiq, Raja ngan Muiz pergi main game arked. Kemudian ke surau untuk solat. Lepas solat, kitorang jalan2 then keluar sebab nak pergi Menara Taming Sari. Kitorang tak naik. cuma tengok2 kat bangunan sebelah je. Sebelum tu, kitorang pergi McDonald's. Masa nak pergi McDonald's, Faiz terjumpa ngan mak saudara dia


Then, Faiz ajak pergi Melaka Megamall tapi aku ngan Syahin tak ikut sebab kaki sakit sangat. Kitorang duduk kat bas perempuan sebab bas lelaki tak buka lagi. Tak lama lepas tu, Cikgu Din muncul. Aku ngan Syahin ikut Cikgu Din pergi bazar berhadapan dengan Menara Taming Sari. Jalan2 kemudian jumpa Faiz and the gang balik. Lepas tu, balik semula ke Kak Long Chalet.

Esoknya, semua orang dalam bilik aku bangun awal. Syahin paling awal bangun.(bangga ar dia) Faiz ngan Syahin kata kena pakai baju sekolah. Lepas sarapan rombongan bertolak ke Kuala Lumpur.

~bersambung ke part 2 - Kuala Lumpur~

SPM Exam

Wednesday, 18 November 2009

Today bermulanya peperiksaan SPM. Selamat menempuh peperiksaan diucapkan kepada senior2 aku. Walaupun aku bukan calon SPM, tapi aku tetap tak gembira sebab semua form 3 dihambat dari kelas masing2. Semua jadi berterabur, ade duduk kat bilik kaunseling, ade duduk kat bilik BI, bilik pengawas, dan ada yg merayau dan lompat pagar skolah. Dlm kul 12 tengahari, Cikgu Syahidayani suruh semua form 3 pergi bilik pengawas sebab ada majlis Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah. Mula2 start mesyuarat tak ada masalah sangat. Sampai time pilih ahli lembaga koperasi, AALAMAKK!! Azim ngan Naim punya pasal aku pulak yg cikgu pilih. Tapi tak apa, coz 10% kemungkinan aku akan pindah skolah tahun depan. Ape2 pun, good luck to all SPM candidates.







3 Al-Kindi Party

Tuesday, 17 November 2009

Hari ni time kelas aku buat jamuan. Memang best, ada mee goreng, sate dan kek. Minuman pulak, air sarsi, oren , tea dan tea'o. Tapi malangnya air tea tak menjadi pada awalnya. Selepas diedit semula, baru la air air tu sesuai untuk diminum. Hari ni jugak group lelaki belakang( lu fikir la sendiri ) datang. Buat menyemak je. Nasib baik hanya tiga orang daripada mereka yang datang. Kalau tak rosak, jamuan ni. Hari ni jugak, ada perkara yang memalukan yang berlaku pada aku.

Selamat Datang !!!


Antara makanan yang disediakan


Meja VIP


Hadiah untuk guru2


Antara guru yang hadir

3 Al-Ghazali Party

Monday, 16 November 2009

First of all, thanks to 3 Al-Ghazali sebab invite aku ke jamuan diorang. Makanan kat jamuan tu memang best. Aku ngan Syafiq menjadi VIP(sendiri kata). Baru masuk, dah start ambik gambar. Muslim plak tak boleh duduk diam. Dah la culik kamera Syafiq, ambil gambar pun tak profesional. Cikgu2 yang hadir ke majlis tu antara yang menjadi mangsa kamera Syafiq. Muslim memang kuat makan, boleh dikatakan separuh daripada sate yang ada dihabiskan oleh dia sorang. Ntah berapa keluasan perutnya. Mengalahkan Syafiq.(mengata sket).

Meriah betul


Makan2


Antara guru yang menghadirkan diri


The VIP(gelar diri sendirik)