Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Showing posts with label Gadjets. Show all posts
Showing posts with label Gadjets. Show all posts

Kembali menerjah dunia novel

Friday, 7 June 2013


Assalamualaikum,
Setelah beberapa bulan meninggalkan dunia novel,
Pesta Buku Antarabangsa KL bulan lepas akhirnya membuka
hati aku untuk kembali ke dunia novel.

So, nak citer sket pengalaman di PBAKL yang dibuat kat PWTC.
First time jugak aku ke sana, kesesakan tak payah cakap.
LRT, kereta, motor. Huh !
Kekurangan oksigen rasanya.
Readers, readers everywhere.....(=_=)

Bersesak-sesak dalam tu memang menyakitkan,
tapi, berbaloi jugak dengan aku berjaya dapatkan apa yang aku nak,
dan dapat jugak aku habiskan baucer buku yang telah sekian lama tersimpan.
Time tu, aku pergi dengan classmate aku sem sebelumnya, Afif.
Nak berkenalan ? Boleh search kat FB, 'Afif Ganu'
Budak Ganu jugak dia ni.

Dalam bersesak tu, jumpa jugak apa yang aku cari,
sempat mintak autograph hilal asyraf.
Aku beli 6 buah buku kat sana.
4 novel & 2 buku motivasi.

So, sejak pertengahan bulan lepas,
aku dah habiskan 3 buah novel.

Best !
Ramlee Awang Murshid
memang penulis thriller no.1
Stanza Cinta ada drama ea ?
Baru tau, tu pun lepas search gambar kat atas ni kat google.
Almaklum la, aku bukan jenis tengok tv,
apatah lagi drama2 melayu.
Macam biasa,
novel dari Baharuddin Bekri
selalunya berkisar tentang
kehidupan masyarakat.
Boleh tahan.

Dan awal bulan ni jugak,
aku dah habiskan baca novel ni.

Sekian lama menunggu,
akhirnya dapat jugak baca novel ni.
Sangat best !

On the way nak balik,
tiba-tiba terasa nak pergi lowyat.
Then, aku pergi la, sampai kat sana,
sekejap tengok phone, sekejap tengok camera.

Last2, kawan aku tu suruh beli je,
handphone aku pulak dah nazak time tu,
banyak benda dah yang tak dapat berfungsi dengan baik.
So, survey punya survey,
aku berkenan kat phone ni......



Awalnya nak beli Ace Plus,
tapi memandangkan processor phone ni laju sket,
so aku decide nak beli yang ni.

Lepas je call family untuk dapat kebenaran untuk beli phone ni,
dengan rasminya phone ni menjadi salah satu gadjet terbaru aku.
Menggantikan nokia aku yang dah nazak tu.

Dengan processor 1.4 GHz,
camera 5 MP, (sebab tu gambar-gambar dalam post sebelum ni boleh tahan lawanya).
Anyway, handphone ni tahun 2011 punya, android pun version 2.1 je.
Tapi, tak kisah la, janji aku ada phone yang boleh mudahkan urusan aku.

Kembali pada citer pasal novel,
minggu ni aku akan try habiskan novel ni.
684 muka surat......blurr...

Aku harap novel ni menarik citer dia.
Cover pun dah lawa.
Then, that's all from me for this post.
Tinggal seminggu lagi sebelum aku balik ke uia.
Kak Nadia dah balik Kedah.
Tisya pulak esok dah balik upsi.
Sejak aku start cuti, muka dua orang ni la yang selalu outing dengan aku.
Sunyi la minggu last cuti aku ni..
Hu hu....."beratnya melepaskan mereka"....<<< tu tajuk post lepas, boleh click kalau nak...:)

2012 : Year of Challenge and Desperation

Tuesday, 1 January 2013


Assalamualaikum.
Another long break from blogging.
I'm having boring days since my holidays started.

Year of Challenge and Desperation.
Bagi aku, tajuk tu sesuai dengan tahun 2012 untuk hidup aku.
Lebih banyak perkara buruk berbanding perkara baik.
yang berlaku dalam hidup aku bagi tahun ni.

Selain tu, aku kurang aktif sebagai blogger,
buktinya, jumlah post untuk tahun 2012 mencatatkan penurunan berbanding
tahun-tahun yang sebelumnya.
Mungkin kekurangan masa, cerita, & idea.

Untuk tahun ni,
dari segi sosial, aku dapat 2-3 orang kawan rapat. Yup, dalam 2-3 orang je.
Pelik kan ? Dalam setahun cuma banyak tu je kawan rapat yang baru.
Tapi, itu la fakta tentang aku, aku susah nak bergaul, apatah lagi mendapatkan
seorang kawan rapat.
Lebih teruk lagi, aku susah nak percayakan seseorang, melainkan diorang
tu aku dah anggap teman rapat.
Kebiasaanya, untuk teman-teman rapat aku, dikalangan kitorang akan
ada nickname atau panggilan tertentu. (Ex: Kakak, Nenek, Doranifa, Ralf, Semek, etc..)
Itu la antara tanda-tanda special seseorang tu kawan rapat aku.

Back to the title;
'2012: Year of Challenge and Desperation',
here the review of my 2012 life base on the post of this blog.

.............................................................................................
Januari
'''''''''''''
Dapat lesen P untuk kereta. Takde benda lain yang menarik berlaku.
Hari-hari berlalu sementara menunggu keputusan SPM keluar.

Februari
'''''''''''''''
Pertama kali menjejak Langkawi, trip anjuran Koperasi SMKDRI.
Happy dapat pergi ke sana, banyak tempat best. By the way, di penghujung lawatan
berlaku sedikit perkara negatif.
Selain tu, hari-hari berlalu tanpa ada benda yang menarik berlaku selain ditemani novel-novel.

Mac
'''''''
Outing sket dengan friends.
Result SPM keluar. Dapat 5A je. Agak sedih pasal tu. Camne pun, tu dah jadi
sejarah, dan aku dah tak nak ingat sejarah lepas.
Then, sibuk dengan portal UPU, pilih course sana, pilih U sini.

April
'''''''''
Banyak aktiviti tentang sambung belajar lepas SPM.
Pergi Karnival Mara, apply UniKL.
Dapat tawaran dari UniKL terus sedia untuk sahkan tempat sebgai backup
untuk sambung belajar. Dapat jugak tawaran dari GMI & Matrik Gambang.
Akhir sekali, last reunion 5 Al-Kindi 2011.

Mei
''''''
Blog ini secara rasminya bertukar wajah.
Dapat tawaran untuk ke UIA. Doaku termakbul. Alhamdulillah.
Maka, persediaan untuk ke sana mula dibuat.
Outing last with some friends.
Having gathering for IIUM buddies from all over Terengganu.
Selain tu, aku beli handphone baru, Nokia X2-02.



Jun
'''''''
Aku mula menjejakkan kaki ke UIA.
Melalui masa sukar sebagai pelajar first-year. I got a little culture shock.


Julai
'''''''''
I bought an Asus Notebook. My first personal notebook.
Ulang tahun ke-3 untuk blog ni.


Ogos
''''''''
Kali pertama berpuasa di perantauan.
Even aku baru first year, aku join jugak FSCC & aku dilantik sebagai
setiausaha untuk biro aku.
Bila cuti, dapat balik ke Terengganu & sempat berpuasa di sana.
Sempat jugak berbuka puasa dengan friends. Then, konvoi raya dengan kawan-kawan
rapat aku.

September
'''''''''''''''''
Kem bersama FSCC di N.S.
First time berlakon depan orang kat kem tu.
Having a great time at the camp.


Oktober
''''''''''''''
Takde benda menarik berlaku.
Rutin harian yang agak bosan.

November
'''''''''''''''''
Having hard time. A lot of bad things happened to me.
My first semester at IIUM gone wrong, and that situation became
my life's turning point.
Aku menghadapi tekanan yang kuat sejak itu.
Tapi, ternyata sikap berpura-pura aku menyembunyikan semua tu dari 
orang lain.



Disember

''''''''''''''''
Juga tiada catatan menarik untuk dikongsi selain
trip aku bersama family ke Kelantan. Aku banyak drive time trip tu.
Satu pengalaman baru bagi aku.
Selain tu, aku cuma duduk rumah dengan rutin harian yang
membosankan.


.............................................................................................


My latest gadjet ! ~Asus 1215B~

Friday, 6 July 2012


Okey !
Salam semua.

Ini post pertama aku untuk bulan ni.
Sekarang, peluang nak post dalam blog ni agak berkurang sikit,

atas sebab kesibukan yang nyata dan juga takde mood.

So, now, I'm going to talk about my latest gadjet.
A notebook, Asus 1215B.

Aku beli notebook ni dah nak dekat 3 minggu (17 Julai),
tapi aku baru je daftar Celcom broadband minggu lepas.
Settting itu, setting ini, update itu, update ini, 
sekarang baru dapat citer pasal ni.

Aku beli notebook ni kat Lowyat Plaza, KL.
Kebetulan pulak time nak outing tu, kitorang jumpa sorang ni, Adi nama dia. Asal Shah Alam kalau tak silap. 
Dia pun nak pergi Lowyat, so dia ajak sekali. Dia tunjuk macam mana nak pergi sana. 
Kira pemandu pelancong la dia ni. Sebab dia dah familiar dengan KL.
Then, dia tunjukkan satu kedai laptop ni yang dia selalu pergi.

Waktu nak pilih tu,
first ingat nak ambil jenama Lenovo, tapi yang tu takde WLan port. USB port pulak ada 2 je. 

Bateri pun tak boleh nak cabut sebab bateri yang lenovo tu dipasang kat dalam. 
So, seller tu suggest Asus 1215B ni.
Ada ciri-ciri yang aku nak. Colour & body pun cantik. 

Aku pun pilih la yang ni. Disebabkan ada student package, dapat harga murah sikit.

Untuk package yang aku beli ni, harga dia RM 1380.
Notebook + mouse + cooler + headphone + LCD cleaner + mouse pad 

Overall, 
notebook ni cool !
Ringan, tak tebal sangat, memenuhi kehendak aku sebagai pengguna.

Ok, setakat ni je untuk kali ni.
Kat bawah ni ada gambar Asus 1215B.
Korang tengok la ye.
See you in the next post......(^_^) 





Introducing, ~Nokia X2-02~

Saturday, 26 May 2012


Seperti yang dah dijanjikan dalam post yang lepas, 
sekarang,
memperkenalkan gadjet terbaru aku, Nokia X2-02


klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas


Handphone ni dilantik untuk menggantikan Nokia N72 yang aku gunakan tak sampai 6 bulan.
Khidmatnya ditamatkan kerana prestasi kerja beliau yang sangat-sangat tak memuaskan.
Kelemahan-kelemahan beliau memberi masalah pada aku.
Jadi, menamatkan kontrak beliau adalah satu langkah yang bijak rasanya.

Nokia X2-02 bekerjasama dengan Maxis number aku untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nokia N72 sebagai backup untuk handphone utama aku sekarang, Nokia 5730 yang berkhidmat sejak awal 2010.

Nokia X2-02 ni kecil, mudah dibawa, ringan. 
Tak la rimas sangat bila nak bawak pergi jalan-jalan.

I'm back again....

Saturday, 4 February 2012


Kat sebulan dah kot rumah aku takde internet.
Modem rosak.
Disebabkan lama sangat tunggu modem tu siap,
ayah aku suruh beli modem baru untuk simpanan.

Kelmarin.
Kebetulan pulak jumpa satu kat mydin.
TP-Link punya, tapi ada yang 150 Mbps je.
Biar la, asalkan ada.
RM 150 berterbangan keluar masuk ke dalam mesin duit tu.



Sampai rumah,
sambung wayar yang diperlukan, on PC, install,
tak sampai 10 minit,
tepat 9.01 malam, rumah aku dah ada internet,
dan aku 'online' secara rasmi.


Nama budak ni Fatihah.
Noisy but cute.

My new handphone........:-)

Sunday, 27 December 2009

Today aku and ayah aku pergi ke Mydin untuk membeli sebuah handset for me sempena result PMR aku yang agak cemerlang. Masa sampai tu, jumpa Eyana, my primary schoolmate kat pintu masuk. Lepas cakap2 dalam seminit, aku pergi tengok henset yang menjadi pilihan hatiku.....

Tengok punya tengok jumpa jugak henset tu,

Nokia 5730 Xpress Music





Ok tak? Cantik kan? Harga dia pun boleh tahan. Disertakan dengan memori kad 8GB, kamera 3.2 megapixel, full qwerty keypad, message reader, GPS system, dan aplikasi khas untuk youtube, facebook, friendster, myspace, dan HI 5, memang padan ar dengan harga dia. Balik je terus main ngan handphone tu...He he