Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Cabaran yang mendatang......(^_^)

Saturday, 28 April 2012


Assalamualaikum.
Hari demi hari berlalu.
Kadang-kadang naik fed up sebab hari-hari buat benda sama je.

Jiwa aku dah menjerit,
"Lambatnya nak sambung belajar !"

Tapi, otak pula fikir,
"Camne la aku bila betul-betul ada kat sana nanti."

Sejak kebelakangan ni,
aku selalu terfikir pasal jalan yang aku dah tetapkan sekarang.
Pilihan yang aku dah buat. 
Cabaran yang mendatang.

Seseorang tu cakap,
"Hadow, giler ar pilih asasi, mu tau tak ramai orang kandas asasi. Kawan aku kandas asasi K.O terus. Tak boleh buat apa."

My answer ?
Ya, ramai orang kandas asasi. Kandas asasi boleh dikatakan K.O.
But, I don't want to be like that.
I admit that foundation program is just like Dead or Alive match.
So what ?
I'll take the risk.
And, I will be the one who alive !
"Apasal ambik asasi ? Tak nak masuk matrik ? Diploma ke ?"
Sejujurnya,
kadang-kadang aku sendiri ambil masa untuk fikir balik, 
kenapa asasi jadi sasaran aku.
Kadang-kadang, soalan tu terjawab dengan soalan. 
Yup, soalan yang terjawab dengan soalan daripada kawan rapat aku.

Friend no. 1:
"Is there someone encouraged you ?" 
~That true. Kawan-kawan aku menjadi salah satu faktor. Camne tu ? Sori, tak tau nak cerita camne. Cukuplah orang terdekat je yang memahami.

Friend no. 2:
"You are pursuing something, aren't you ?"
~Yup, I'm pursuing my dream, and my future.

Itu je yang aku boleh olahkan dengan perkataan.
Yang lain, susah nak luahkan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
 #Aku jumpa satu video menarik, 
...Daripada: Osman Affan.
...Tajuk : Mencari kekuatan dalam diri.


Still teringat time beliau bagi motivasi kat sekolah aku tahun lepas.
Teknik-teknik yang dia ajar menarik sangat. 
Tapi, aku tak gunakan 100 %.
(~_-")

*****************************************************************************

Info untuk pelajar lepasan SPM:

UPDATED:

1) Semakan Keputusan Permohonan UPU

Keputusan maybe keluar pada 7 Mei 2012.
Sorry tersilap maklumat sebelum ni.


2) Tarikh akhir pengesahan penerimaan tawaran Matrikulasi

Aku dapat tahu yang tarikh akhirnya adalah sebelum tarikh mendaftar(28 Mei), maknanya ada masa hingga 27 Mei untuk buat pengesahan terima tawaran ?
Aku tak dapat nak sediakan link untuk ni sebab belum confirm.
Aku cadangkan korang tanya terus ke bahagian pengurusan Matrikulasi melalui e-mail.


They are my ex-classmates, but not ex-friends

Thursday, 26 April 2012


25 April
```````````

Reunion 5 Al-Kindi.
Maybe ni last reunion sebelum memasuki Universiti@Matrik@Form 6.

Venue ?
Tempat biasa di Kuala Terengganu.
Pantai Batu Burok.

Takde tempat lain dah ke ?
Sori la, bandar KT ni bukan sebesar bandar JB @ KL.

Tapi, 
kitorang still happy.

First, berkumpul kat KFC tepi pantai tu.
Aku sengaja datang lewat sket sebab dah tau sesetengah daripada 
diorang ni memang akan datang lewat.

Akhirnya, 
yang organise reunion datang lewat. 
Janji pukul 2, nak pukul 3 baru sampai. 
fuuhhh.

Start ambik tempat. 
Bertembung dengan satu lagi group reunion lain.
Nasib baik ada tempat.

Lepas makan serbu pantai la pulak.
Bergambar dekat 2 jam. 
Campur main-main lagi.

However,
kegembiraan tu diganti dengan keletihan 
lepas sampai rumah. 
Letih giler kot.


:Here some pictures:





Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi dan Tingkatan 6 (2012)

Wednesday, 25 April 2012


Portal untuk semakan matrikulasi 2012 dah buka.
Aku dapat Kolej Matrikulasi Pahang.
Ex-classmates aku pun ramai dapat kat sana.
Ni untuk korang
Check la sendiri ya.
Tengok link bawah kat gambar bawah tu
atau klik terus gambar tu.



Semakan Tawaran ke Kolej Matrikulasi 2012



Untuk semakan ke tingkatan 6,
korang boleh check kat sini.

Kemasukan ke Tingkatan 6 2012


Selamat mencuba !!!

Another day of craziness

Monday, 23 April 2012


Salam.
Akhirnya, ada jugak aktiviti diluar ngan friends yang jarang jumpa 
sejak beberapa minggu ni.

Batu Burok Beach.
A lot of things happened.
Giler-giler la perangai.

Rasa lapang je pantai sebab tak ramai orang.
Of course, memandangkan kat Terengganu ni hari Ahad adalah
hari persekolahan dan hari bekerja.
Luas je pemandangan pantai.
Nak ambik gambar, tapi terlupa kamera.
Aduhai.

Kakak kena teruk sikit arini. Lama dah tak buat camtu.
(^_^)
Sorry kak ea. jangan terasa.
Kalau terasa,
jangan simpan dalam hati,
simpan dalam peti,
bila dah sejuk tak marah,
bila dah tak marah jadi cool,
bila dah jadi cool baru la comel... :)




Tu kitorang punya craziness.
Sekarang ni nak citer lak pasal craziness fans bola sepak Terengganu.
Kecoh kat kampung aku time Che Mat Jusoh (CMJ), dikerumuni diorang.
Dah la rumah CMJ depan masjid, tepi-tepi tu banyak rumah orang lain lagi.
Ganggu je.

Then, good news, MB nak campur tangan.
Siap la bila Abg Mat Said dah masuk line. 
Memang ada yang akan berubah punya, macam time krisis pemain import dulu tu.
Abg Mat kalau bab sukan memang best. Tapi, untuk sukan je la.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
BIRTHDAY !
```````````

#Nadiah (22 April)

#Nellysa a.k.a Mak Cik Nell (18 April)


Happy birthday to you guys.
Semoga life korang dipenuhi pelangi-pelangi indah.
May Him bless you girls.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Sebelum Aku Bernikah........(Hilal Asyraf)

Saturday, 21 April 2012


Sebelum aku bernikah ?!

Yup, tu sebenarnya tajuk artikel bersiri yang ditulis oleh Hilal Asyraf dalam laman web >Langit Ilahi<.

Abg Hilal tulis hal berkaitan perjalanan hidup dia sebelum bernikah.
Banyak benda yang ditulis. Artikel tu terbahagi menigkut sub-topik.
Ni antara 4 sub-topic yang aku baru baca kelmarin.


  #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@@#@# @#@#@@#@# @#@#@@#@# 

"‘Panggilan Tuhan’, ‘Petunjuk Tuhan’ dan pelbagai nama yang menunjukkan ketuhanan, untuk menyatakan inilah dia ‘hidayah, ilham’ daripadaNya.

Tetapi bagaimanakah petunjuk Tuhan itu boleh menjadikan seseorang tidak tenang dan fikiran seseorang bercelaru? Bagaimanakah Tuhan, memandu seseorang tanpa praktikal yang logik sedang hamba-hambaNya hidup di alam realiti?"
  
  #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@@#@# @#@#@@#@# @#@#@@#@# 

" Istikharah ini adalah untuk menjemput keyakinan dalam membuat pilihan. Tidak semestinya datang petandanya dalam bentuk mimpi dan petanda-petanda. Dan, sekiranya datang sekalipun, istikharah kita tidak boleh menjadi dalil dalam memaksa seseorang, menderitakan seseorang."

  #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@@#@# @#@#@@#@# @#@#@@#@#

~Bila saya ditolak 
click to read

"Maka apabila diuji, fokuskan untuk melakukan banyak kebaikan di dalam hidup, agar rahmat Allah yang luas itu, ‘menyentuh’ kita. Mungkin kita diterima semula, mungkin dapat yang lebih baik, mungkin jadi lebih bahagia, mungkin jadi lebih berjaya, dan sebagainya. Siapa tahu?
Yang penting, percaya kepadaNya, kembali kepadaNya.
Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha!"

  #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@@#@# @#@#@@#@# @#@#@@#@# 

"Dan mengapalah saya perlu memandang apa yang Allah tidak beri kepada saya(pandangan baik mereka yang saya sangka rakan-rakan), dan meninggalkan apa yang Allah beri kepada saya(mereka yang masih percaya dengan saya, tunang saya, dan kebahagiaan yang ada) ini?"

  #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@@#@# @#@#@@#@# @#@#@@#@# 



Aku syorkn korang baca la artikel ni dari sub-topic yang first kat laman web Langit Ilahi tu.
Selain "Sebelum aku bernikah", banyak lagi artikel-artikel yang bagus untuk dibaca.

Daripada korang online sepanjang hari main game, like status orang tu, like status orang ni, kacau orang tu, kacau orang ni, baik baca artikel camni. 
Boleh jugak tambah ilmu. 




Small note:
Kadang-kadang, aku terfikir, camne la aku bila nak hadapi benda-benda camni nanti ea.......
Hope, time tu, tak akan ada benda buruk yang berlaku. Semoga Dia perkenankan doaku. Amin.


Aku nak citer dua benda......(feat Usop)


Apa khabar, blog ?
Kesian kau. 
Dah nak dekat 4 hari aku tak jenguk kau.
Maaf ler. 
Bukan tak nak post, cuma tak ada cerita menarik nak kongsikan kat sini.


Bak kata >Ezatty< dalam blog beliau;

"dulu mmg byk story yg nak cerita sbb stiap hari perkara berbeza yg aku lalui.. (kat skoloh ) skrg ni rutin ak samee je. pagi bgn , makan , online , tolong mak masok , tgk tv sat , online tgk tv online.. sampai malam. awal2 emang rase WAHH ! NIKMATNYAAAA CUTI PANJANG.. tpi skrg, haishh, boleh aku nak masuk skolah balik ? :("


Tapi sekarang,
aku dah ada benda yang nak diceritakan.
Baca ea !

Pada suatu hari, burung-burung berkicauan hari itu.
Ada yang berkerja, ada yang bergembira
............................

Please stop that !!!

.......................................

Tengok, merajuk pulak dah Abg Usop.
Takpe.

Now, cerita sebenar.
Kolej Yayasan Johor call. 
Dia tanya aku nak masuk tak kolej tu.

Aku pun bermonolog,
"Ish, awalnya call. UPU tak keluar lagi."

Aku balas,
"Tak confirm lagi la encik, nak tunggu UPU dulu."

Bla, bla, bla, bla..............................

Last, dia cakap,
"Kalau macam tu saya akan call "Encik" Faris sekitar 1 Mei nanti untuk pengesahan. 
Terima kasih "Encik" Faris.

Lepas ni, maybe aku akan tolak terus je kot.
Aku dah ada pilihan lain.

UniKL pun dah terima acceptance form aku.
Baru je check tadi.
So, kalau takdir menentukan tempat aku adalah di UniKL,
13 Mei ni adalah hari pendaftaran aku.

But, UPU is still there.
Just wait and see. 

Ada satu benda lagi ni,
Koperasi SMKDRI baru je buat e-mail baru,
e-mail tu pulak akan digunakan untuk pembinaan laman web.
Laman web tu akan dibuat oleh pihak 
ANGKASA(Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad).

Tak tau sama ada laman web tu kumpulkan semua koperasi seluruh Malaysia
atau
setiap koperasi akan miliki laman web sendiri.
Aku nak bagi alamat e-mail koperasi SMKDRI kat sini,
tapi, memandangkan e-mail tu still tak rasmi, nanti la dulu.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
BIRTHDAY !
```````````

#Engku Faris a.k.a >Kupareh< (15 April)

#Hadrami a.k.a >Domi Domo< (18 April)

#Bukhary a.k.a >Korie< (21 April)


 Happy birthday to you guys. May Allah bless you.
Make sure you don't waste your life.
Happy Birthday !!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Make it easy, please !

Tuesday, 17 April 2012


UniKL,
dah beres.
Dah hantar apa yang patut dua hari lepas.

GMI,
masih lagi tunggu surat.

UTP,
baru dapat mesej semalam.
Malangnya, password aku lupa.
Nak tukar password pulak tak boleh.
Asyik error je.
Last sekali, fed up sangat biar camtu je.

Tapi, cikgu bagitau, UTP tu bagus.
Bagus tu memang bagus,
tapi kalau fees sampai RM 14K setahun tu memang power.
Kalau ayah aku ada syarikat besar lain citer ar.

Tunggu UPU ngan Matrikulasi,
UPU memang aku ternanti-nanti,
tapi,
untuk Matrik, tunggu keputusan je.
Tak nak masuk pun.


Ada benda nak komen,
hari aku uruskan pasal UniKL tu,
punyalah sakit mata aku tengok pengurusan bank tu,
kaunter ada 3 tapi yang bertugas 1 je.
Kalau buka 2 boleh la tahan, ni 1. S-A-T-U.
Lepas tu mula la sesak orang menunggu.

Pos pun sama.
Kaunter ada 2 buka 1 je.
Beratur dari kaunter sampai pintu masuk.
Malu nak buka kaunter satu lagi.

Make it easy, please !


Tadi jumpa Syikin kat sekolah.
Dah 2 tahun tak jumpa dia.
Makin tembam nampak.
Tapi, still cam dulu kot.
See ya' again next time.

"Besday sape ari ni ?"

Thursday, 12 April 2012


Eh !
Kelmarin korang tau kan ?
Peristiwa tu,
kejadian gempa bumi kat barat Sumatera.
Syukur tak ada tsunami melanda kat Malaysia cam 2004,
tapi,
air laut kat belah pantai barat Malaysia memang surut.

That's the opening.
 Go to main topic.

Actually aku nak blogging dari petang tadi.
Namun, mataku mogok mahukan aku mengikut kehendaknya.
Dibantu oleh beliau yang bernama Keletihan, Mengantuk makin bertindak agresif,
Aku tewas.
Lalu ku tertidur ketika hari hampir melabuhkan tirainya.
Namun, tidak lama.
Semangat aku untuk terus bangun menewaskan Keletihan dan Mengantuk selepas setengah jam.

Weh, apa yang kau merepek ni ?!

Ya, baiklah.
Sekarang ke kategori seterusnya,

Anugerah Berita Hairan 2012,
Anugerah "Besday sape ari ni ?"

Pemenang bagi "Besday sape ari ni?
Bagi lelaki,
anugerah ini dimenangi oleh.....!!!!

 
Syafiq @ Elfie Syafiq
  

 Untuk wanita,
anugerah ini dimenangi oleh......!!!!

Shahirah @ Cat @ Nur Shira


Tahniah kepada pemenang.
 Happy Besday diucapkan.
Moga korang happy selalu, jangan sedih-sedih.
Semoga berjaya di alam universiti@matrik nanti.

I love those precious memories, but I still have a long journey.

Tuesday, 10 April 2012


Hi, everyone !
For the first time, Anwar Hadi's video is in this blog.
But why ?

Explain !

I watched his video just now, and he told a story about an excellent student of SPM regreting his 16 A1 result.

First of all, 
I have no intention to say that the student is bad, strange person, a loser, or whatever negative things.
I just want to tell the moral of the story which is:
~Even we didn't excel in your SPM, we still have your future.
~The high school memories we spent with our family and friends are very valuable.
~We wouldn't be happy with only excelled in our studies.

Back to the story.
It's true. The person, named Akira Wong, wrote a post on his website titled;
>"Why I regret getting Straight A1 in SPM"< (click on the link to read his story)

He got 16 A1 and he regret that ?
Why?
His answer is:
~Lost his friend and family.
~Lack of sleep.
~When A1 become just average.
~Mediocre talent.
~Forgot what he has learnt
~All and all, nobody really cares.
 
The video that I mentioned just now.
Ignore the second topic of this video.


Akira said this on his post:
"The high school memories you spent with your family and friends are valuable cause these are memories that you created when you were still a teen, and you will never ever had a second chance to be a teen again. Much of my high school time were spent in studying and tuition. In the end, when I graduated from my high school, or even my current college, I was wondering: where are my memories?"

After reading these words,
I realised that even I'm not a straight A's student, I still have precious memories with friends at school which was very valuable and unforgettable. It's true that I failed to get straight A's but my future is still there, and only Allah know what will happen in the future.

And for student who didn't excel in your SPM,(including me)
wake up now !
You still have your future.
You still have a long journey.
Leave your sadness behind.
Grab the chance and
achieve success.


To Akira Wong,
I really don't have any intention to say anything bad to you. I'm just taking some moral from your story.
I hope nobody will misunderstand me.

UniKL, UPU info, another birthday gurlz !!!

Monday, 9 April 2012


Pagi tadi,
aku dapat mesej daripada 'unknown' number.
"Anda telah ditawarkan untuk kemasukan ke UniKL Foundation sesi Mei 2012"

Mula-mula,
aku tak percaya lagi sebab time submit apllication hari tu, dia siap bagitau keputusan keluar 13 April.
So, aku check kat
>UniKL admission<. (korang boleh klik kat link tu kalau nak apply, intake sampai Julai)


Then, aku check apllication status.
Keluar la macam gambar kat bawah ni.


(klik gambar kalau nak tengok lebih jelas)


Aku pun macam......
Wow !
Aku dapat pilihan pertama,
`Foundation in Science and Technology - Engineering'.
Tempat: Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah.

Tarikh daftar diri pulak 13 Mei 2012, tapi kena sahkan tempat sebelum 20 April.
Kalau tak, aku dianggap tak menerima tawaran tu.
So, aku ade dalam 10 hari untuk uruskan semua dokumen.

Tapi,
aku belum confirm nak pergi. Aku nak sahkan tempat je dulu. Pergi ke tak, fikir balik.
Aku nak tunggu IPTA dulu, nak tengok apa yang aku mintak dapat ke tak.
Harap dapat la.
Cuma, sekarang ni tempat untuk aku sambung belajar dah ada. Syukur sangat-sangat.


SPM, aku nak balas dendam.
Tak kira mana aku akan belajar, aku akan balas balik kekecewaan aku untuk tahun 2011.
Foundation, asasi, diploma.Semua tu lagi power dari SPM,
tapi, aku pun dah makin kuat apa.                                
"\ \(^o^)/ /"
            

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ni info untuk lepasan SPM yang apply UPU,
keputusan akan keluar mengikut aturan berikut:

~Asasi / Diploma (IPTA/Politeknik Premier) = Minggu pertama bulan Mei 2012.
~Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA = Minggu ke-4 bulan Mei 2012

Surat tawaran akan dihantar terus ke rumah anda. 
So, sabarlah menanti encik posmen yang menaiki Ex5 merah dengan kotak besar kat belakang bertandang ke rumah anda pada waktu yang sepatutnya.
Tak perlu sedia makanan untuk beliau.
Beliau datang sekejap je.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sumber: >MUAZFARIS.COM<   (sila la klik kat link beliau kalau sudi)
P/S: Muaz "Faris" <<< :-)



Honourable mention:
 ```````````````````
Happy birthday to
Aima Hayati (8 April)
Good luck for everything and be happy.
Sorry coz' no gift for this year. (~_^)"



Cari penyakit, TTC, Happy birthday.

Saturday, 7 April 2012


~4 April
````````````
Kitorang pergi karnival MARA. Tapi, lain rancang, yang lain pulak jadi.
Tak perlu nak citer ar.
Jumpa ramai friends, dan salah sorangnya
Faiz Hadi, <<< seorang yg suka buat orang lain rasa bersalah.
Ada ke patut dia fikir macam-macam. <<< Yang ni pun tak perlu citer.

Mula-mula,
kumpul kat kfc.
Suprise birthday untuk Aima(8 April).
Then, pergi TTC, banyak pameran.
Tapi, kebanyakan yang aku nak dah isi online.
So, aku tengok je la.

Then, aku tertarik dengan yang satu ni,
Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
Aku isi form dia.

Then, jalan-jalan kat bahagian pameran pekerjaan,
takde yang menarik.
Then, pergi KFC lagi.
Ramai orang time tu, kebanyakannya berpakaian sekolah.
Teringat kenangan memakai baju sekolah tapi, aku tak akan pakai baju tu lagi lepas ni.
No more school uniform.

Pinjam notebook Asyraf nak search pasal biasiswa dan UniKL.
Time tu, tinggal aku, Asyraf, Fathi, Akma, ngan Nadia je. Aima ngan Siti ntah pegi mana.
Dalam pukul 4 aku balik rumah.

Dalam pukul 6,
suhu badan aku naik balik,
tak seteruk demam 3 hari lepas,
tapi cukup untuk buatkan aku hilang tenaga untuk bergerak.
Mata aku pun jadi kabur balik.
Maybe sebab jalan-jalan kat TTC yang buat aku jadi demam balik.
Pagi sebelum tu pun, aku belum baik demam actually.
Paksa jugak diri pergi TTC.
Tu la, sesaje cari penyakit.


Satu lagi,
nak ucapkan happy birthday pada sorang kawan aku nih,
~ Aqilah .
Semoga panjang umur dan happy selalu.

Tu dia beliau yang dimaksudkan,
yang pakai tudung pink.
Aqilah.

Ambik kau ! (-_-")

Wednesday, 4 April 2012


Dari post sebelum ni,
>>Sport Marathon !!! <<
aku dah citer something. 

So, skarang ni aku nak citer apa yang dah jadi lepas tu.

Keadaan aku dah berubah....... 

daripada ini;
 kepada ini
\/
\/
\/



Start petang kelmarin,
suhu badan naik tiba-tiba,
pening, mata jadi kabur.
Masa tu baru nak balik dari snow wash.
Memang cari pasal ar drive ngan keadaan camtu.
Kabur gila mata aku time tu, tu kira dah pakai glasses dah tu.

Selamat sampai rumah,
aku online, tertidur depan PC.

Malamnya,
Suhu badan makin naik, mata pun tak boleh nak buka.
Berat !
Badan aku pulak jadi makin sakit. Especially, tangan kanan ngan pinggang aku.
Perut aku pun jadi panas je.
Lepas telan ubat, tengah malam baru la rasa lega sikit.

Pagi ni,
Dekat pukul 6.30 aku bangun.
Baju aku dah jadi berat ngan peluh aku.
Suhu dah turun walaupun still demam
Mata kabur sket sampai sekarang. Tangan ngan perut pun still sakit.


Ambik kau !
Sports marathon la konon.
Sesaje kena demam.
Padan muka.
Dengan badan sakit camtu, tak kemana la kau 2-3 hari ni.
Lain kali jangan rasa diri tu kuat sangat......:| <<< statement kutuk diri sendiri, jangan ade yang terasa sudahhh...