Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Showing posts with label Birthday Wishes. Show all posts
Showing posts with label Birthday Wishes. Show all posts

Beratnya melepaskan mereka.....=')

Tuesday, 4 June 2013


Assalamualaikum,
I'm here again.

Firstly,
as always, my birthday, 24 Mei yang lalu, takde benda yang special untuk dikongsikan.
Cuma,
kali ini,
ulang tahun yang ke-19,
menandakan tinggal setahun lagi sebelum aku
mengharungi era baru dalam hidup aku.

InsyaAllah,
tibanya saat itu nanti,
aku akan menamatkan pengajian sebagai pelajar asasi UIA.

Dah 2 minggu sejak aku pulang ke Terengganu,
banyak benda dah aku buat,
novel,
main video games,
spending time with my little sisters,
also with my close friends,
especially Kak Nadia and Tisya,
yang tak jemu tengok muka aku setiap kali outing.

Bowling & Picnic 1 Jun lepas,
event yang ambil masa beberapa hari untuk plan,
berbaloi walaupun ada jugak yang tak dapat datang.

Tiba lewat kat TER, around 11.30,
nasib baik bowling banyak kosong time tu,
datang je terus masuk.
Walaupun aku tak main bowling,
memikirkan bekas luka dalaman kat kaki ni,
tambah pulak mood yang membuatkan aku tak terasa nak main,
tapi, aku still jugak main menggunakan nama orang lain.

Pukul 2 lebih seperti dirancang,
kitorang sampai kat Pantai Cendering,
sampai je terus siap-siap dengan tikar,
susun makanan, minuman,
semua mata dah macam orang jumpa berlian,
kalau dalam kartun, mesti bersinar-sinar mata tu,
maklum la masing-masing dah lapar.

Then,
main-main kat pantai, aku dengan snap picture,
zaty ngan keek,
macam-macam gelagat la.
Lastly,
semua tak nak balik.
Bajet pukul 5 dah gerak balik, 5.30 duk terpacak lagi,
yang nak lari balik kat air pun ada.
Aku cakap kat orang. aku pun berat jugak.
Lagipun,
ni la last boleh kumpul ramai-ramai sebelum
semester baru bermula.

Sesuai dengan tajuk post ni,
beratnya melepaskan mereka.....







Sepanjang tu jugak,
melalui handphone aku,
terhasil gambar-gambar kat atas.
I like all of this pictures.
Cantik.
Selalu jugak aku belek gambar kat atas ni dalam phone.
Anyway, camne phone aku yang rabak tu boleh hasilkan gambar camni ?
Persoalan tu akan terjawab dalam post seterusnya.


Waktu panjang berlalu dirasakan singkat (^_~)"

Sunday, 17 March 2013


Hello readers,
this is the 2nd post for today.
Just nak citer apa yang berlaku sepanjang bulan lepas.

Bermula dengan minggu kemuncak Rafest yang hampir tiba,
office SDD (Student Development Department) mula menjadi tempat tumpuan
semua committee. Masing-masing dengan tugas diorang.
Persediaan untuk majlis pembukaan sedikit mengganggu study & kesihatan aku.

Nasib baik aku dapat catch up lepas habis je Rafest.
Disebabkan persediaan untuk Rafest jugak aku batalkan plan untuk balik rumah
time cuti chinese new year lepas.

Disebabkan keputusan tu,
aku telah kecewakan Kak Nadia. (-_-)
Aritu bukan main lagi plan nak outing dengan geng
time cuti chinese new year.

Oh, Kak Nadia, maafkan diriku ini.
Bukan ku benci padamu sampai tak nak balik, tapi,
komitmen ku pada Rafest menjadi keutamaan. >>> Skrip drama slot telenutella. Nutella best apa. :D

Sebagai ganti untuk tu, special part untuk hang dalam post ni.
Just want to say:

**************************************************
 ~~~~~~~~~~~~~~~
Happy Belated Birthday
(13th February)
`````````````````
Hopefully, 
your life will be better and better.
And,
you'll always be an awesome sister.
Sori lambat wish dalam blog.
Jangan marah naa....=)

***************************************************

About study & kesihatan yang terganggu time CIBE & RAFEST,
first time aku hadapi keadaan camtu, macam tenaga badan dah fully empty.
Maybe sebab kurang makan & tidur, 
lepas tu bergerak sana sini dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang 
time seminggu sebelum minggu kemuncak Rafest, 
tak masuk bahagian malam lagi.

Hasilnya, aku terbaring semalaman beberapa hari sebelum chinese new year,
then, esoknya demam & sakit tekak. 
Jumpa doktor, terkejut bila doktor suruh telan 4 biji sekaligus lepas makan.
Campur ubat sakit tekak lagi.
Mabuk ubat aku jadinya.

Tapi, dalam menghadapi keadaan tu,
ada jugak yang sudi tanya khabar & jadi teman sembang,
thanks a lot to Kak N & Cik adik N.
Double N ?...(^_~)"

Minggu lepas pulak,
cuti sem untuk CFS IIUM,
sayangnya tak sempat nak jumpa geng.
Tapi, sempat ke sekolah untuk ambil sijil SPM.
Sempat jugak habiskan 2 video games, bajet balik cuti nak study.
Last2, lain plan, lain jadinya.

Lastly,
start minggu ni, aku akan hadapi 3 quiz & 2 mid-sem exam,
hopefully I can do the best for these quiz & exam.
So, readers, pray for me kay'.
Thanks. (^_^)..

That's all kot.
Memandangkan post untuk "CIBE & RAFEST" dah digabungkan,
so tak jadi marathon, 2 post je untuk hari ni.
See ya next time.
Assalamualaikum.

This blog has it's birthday too !...=)

Tuesday, 14 August 2012


Maafkan aku wahai blog, dah dekat sebulan aku tak buat post
kat blog ni. Tak sedar dah sebulan berlalu.
Sebulan jugak aku tak sedar besday blog ni.

Dan untuk post ni, special untuk blog ni.




Selamat Hari Ulangtahun ke-3 
16 Julai 
Blog
Dunia Ilusi Hidupku
(^_^)




Dah 3 tahun blog ni wujud, tak sangka rasanya.
Dah banyak cerita aku post kat dalam blog ni.
So, aku akan terus berkongsi cerita di blog ni, semoga kau panjang umur, 
wahai blog.....:)

Happy Birthday to me !!!

Thursday, 24 May 2012


Happy birthday to me....!!!

Thanks pada semua yang wish,
ada yang wish kat wall fb,
ada yang wish kat mesej,
ada yang wish kat chat,
dan ada yang buat special blog post.

Apa-apa pun thanks pada semua.
Banyaknya wish kat fb sampai pening tengok wall.

Sekali lagi,
thanks all of you !!!


Birthday of Doranifa. (=^-^=)

Saturday, 12 May 2012

~~~~~~
11 Mei
```````
Nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke-18,
kepada seseorang.

Nickname, Doranifa.
Nama sebenar, Anifa

Sebab apa Dora ?
Sebab beliau mempunyai ciri-ciri Doraemon.
Mungkin jugak sebab dia peminat Doraemon yang sejati.

Disebabkan itu juga, video kat bawah ni pun ada kaitan dengan Doraemon.



Nak tengok beliau yang dimaksudkan ???
Ni dia......





Aku dah cakap tadi,
memang ada ciri-ciri doraemon punya.
Kiut-kiut bulat gitu.
Semoga diri anda berjaya di masa hadapan.
Kurangkan la online tu, belajar pulak.
Tak lama lagi nak ambil ijazah pulak.......
 

P/S: Sorry lambat wish.
Bukan sengaja. Internet problem. Baru pagi tadi ok balik....

Another day of craziness

Monday, 23 April 2012


Salam.
Akhirnya, ada jugak aktiviti diluar ngan friends yang jarang jumpa 
sejak beberapa minggu ni.

Batu Burok Beach.
A lot of things happened.
Giler-giler la perangai.

Rasa lapang je pantai sebab tak ramai orang.
Of course, memandangkan kat Terengganu ni hari Ahad adalah
hari persekolahan dan hari bekerja.
Luas je pemandangan pantai.
Nak ambik gambar, tapi terlupa kamera.
Aduhai.

Kakak kena teruk sikit arini. Lama dah tak buat camtu.
(^_^)
Sorry kak ea. jangan terasa.
Kalau terasa,
jangan simpan dalam hati,
simpan dalam peti,
bila dah sejuk tak marah,
bila dah tak marah jadi cool,
bila dah jadi cool baru la comel... :)




Tu kitorang punya craziness.
Sekarang ni nak citer lak pasal craziness fans bola sepak Terengganu.
Kecoh kat kampung aku time Che Mat Jusoh (CMJ), dikerumuni diorang.
Dah la rumah CMJ depan masjid, tepi-tepi tu banyak rumah orang lain lagi.
Ganggu je.

Then, good news, MB nak campur tangan.
Siap la bila Abg Mat Said dah masuk line. 
Memang ada yang akan berubah punya, macam time krisis pemain import dulu tu.
Abg Mat kalau bab sukan memang best. Tapi, untuk sukan je la.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
BIRTHDAY !
```````````

#Nadiah (22 April)

#Nellysa a.k.a Mak Cik Nell (18 April)


Happy birthday to you guys.
Semoga life korang dipenuhi pelangi-pelangi indah.
May Him bless you girls.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Aku nak citer dua benda......(feat Usop)

Saturday, 21 April 2012


Apa khabar, blog ?
Kesian kau. 
Dah nak dekat 4 hari aku tak jenguk kau.
Maaf ler. 
Bukan tak nak post, cuma tak ada cerita menarik nak kongsikan kat sini.


Bak kata >Ezatty< dalam blog beliau;

"dulu mmg byk story yg nak cerita sbb stiap hari perkara berbeza yg aku lalui.. (kat skoloh ) skrg ni rutin ak samee je. pagi bgn , makan , online , tolong mak masok , tgk tv sat , online tgk tv online.. sampai malam. awal2 emang rase WAHH ! NIKMATNYAAAA CUTI PANJANG.. tpi skrg, haishh, boleh aku nak masuk skolah balik ? :("


Tapi sekarang,
aku dah ada benda yang nak diceritakan.
Baca ea !

Pada suatu hari, burung-burung berkicauan hari itu.
Ada yang berkerja, ada yang bergembira
............................

Please stop that !!!

.......................................

Tengok, merajuk pulak dah Abg Usop.
Takpe.

Now, cerita sebenar.
Kolej Yayasan Johor call. 
Dia tanya aku nak masuk tak kolej tu.

Aku pun bermonolog,
"Ish, awalnya call. UPU tak keluar lagi."

Aku balas,
"Tak confirm lagi la encik, nak tunggu UPU dulu."

Bla, bla, bla, bla..............................

Last, dia cakap,
"Kalau macam tu saya akan call "Encik" Faris sekitar 1 Mei nanti untuk pengesahan. 
Terima kasih "Encik" Faris.

Lepas ni, maybe aku akan tolak terus je kot.
Aku dah ada pilihan lain.

UniKL pun dah terima acceptance form aku.
Baru je check tadi.
So, kalau takdir menentukan tempat aku adalah di UniKL,
13 Mei ni adalah hari pendaftaran aku.

But, UPU is still there.
Just wait and see. 

Ada satu benda lagi ni,
Koperasi SMKDRI baru je buat e-mail baru,
e-mail tu pulak akan digunakan untuk pembinaan laman web.
Laman web tu akan dibuat oleh pihak 
ANGKASA(Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad).

Tak tau sama ada laman web tu kumpulkan semua koperasi seluruh Malaysia
atau
setiap koperasi akan miliki laman web sendiri.
Aku nak bagi alamat e-mail koperasi SMKDRI kat sini,
tapi, memandangkan e-mail tu still tak rasmi, nanti la dulu.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
BIRTHDAY !
```````````

#Engku Faris a.k.a >Kupareh< (15 April)

#Hadrami a.k.a >Domi Domo< (18 April)

#Bukhary a.k.a >Korie< (21 April)


 Happy birthday to you guys. May Allah bless you.
Make sure you don't waste your life.
Happy Birthday !!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

"Besday sape ari ni ?"

Thursday, 12 April 2012


Eh !
Kelmarin korang tau kan ?
Peristiwa tu,
kejadian gempa bumi kat barat Sumatera.
Syukur tak ada tsunami melanda kat Malaysia cam 2004,
tapi,
air laut kat belah pantai barat Malaysia memang surut.

That's the opening.
 Go to main topic.

Actually aku nak blogging dari petang tadi.
Namun, mataku mogok mahukan aku mengikut kehendaknya.
Dibantu oleh beliau yang bernama Keletihan, Mengantuk makin bertindak agresif,
Aku tewas.
Lalu ku tertidur ketika hari hampir melabuhkan tirainya.
Namun, tidak lama.
Semangat aku untuk terus bangun menewaskan Keletihan dan Mengantuk selepas setengah jam.

Weh, apa yang kau merepek ni ?!

Ya, baiklah.
Sekarang ke kategori seterusnya,

Anugerah Berita Hairan 2012,
Anugerah "Besday sape ari ni ?"

Pemenang bagi "Besday sape ari ni?
Bagi lelaki,
anugerah ini dimenangi oleh.....!!!!

 
Syafiq @ Elfie Syafiq
  

 Untuk wanita,
anugerah ini dimenangi oleh......!!!!

Shahirah @ Cat @ Nur Shira


Tahniah kepada pemenang.
 Happy Besday diucapkan.
Moga korang happy selalu, jangan sedih-sedih.
Semoga berjaya di alam universiti@matrik nanti.

UniKL, UPU info, another birthday gurlz !!!

Monday, 9 April 2012


Pagi tadi,
aku dapat mesej daripada 'unknown' number.
"Anda telah ditawarkan untuk kemasukan ke UniKL Foundation sesi Mei 2012"

Mula-mula,
aku tak percaya lagi sebab time submit apllication hari tu, dia siap bagitau keputusan keluar 13 April.
So, aku check kat
>UniKL admission<. (korang boleh klik kat link tu kalau nak apply, intake sampai Julai)


Then, aku check apllication status.
Keluar la macam gambar kat bawah ni.


(klik gambar kalau nak tengok lebih jelas)


Aku pun macam......
Wow !
Aku dapat pilihan pertama,
`Foundation in Science and Technology - Engineering'.
Tempat: Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah.

Tarikh daftar diri pulak 13 Mei 2012, tapi kena sahkan tempat sebelum 20 April.
Kalau tak, aku dianggap tak menerima tawaran tu.
So, aku ade dalam 10 hari untuk uruskan semua dokumen.

Tapi,
aku belum confirm nak pergi. Aku nak sahkan tempat je dulu. Pergi ke tak, fikir balik.
Aku nak tunggu IPTA dulu, nak tengok apa yang aku mintak dapat ke tak.
Harap dapat la.
Cuma, sekarang ni tempat untuk aku sambung belajar dah ada. Syukur sangat-sangat.


SPM, aku nak balas dendam.
Tak kira mana aku akan belajar, aku akan balas balik kekecewaan aku untuk tahun 2011.
Foundation, asasi, diploma.Semua tu lagi power dari SPM,
tapi, aku pun dah makin kuat apa.                                
"\ \(^o^)/ /"
            

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ni info untuk lepasan SPM yang apply UPU,
keputusan akan keluar mengikut aturan berikut:

~Asasi / Diploma (IPTA/Politeknik Premier) = Minggu pertama bulan Mei 2012.
~Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA = Minggu ke-4 bulan Mei 2012

Surat tawaran akan dihantar terus ke rumah anda. 
So, sabarlah menanti encik posmen yang menaiki Ex5 merah dengan kotak besar kat belakang bertandang ke rumah anda pada waktu yang sepatutnya.
Tak perlu sedia makanan untuk beliau.
Beliau datang sekejap je.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sumber: >MUAZFARIS.COM<   (sila la klik kat link beliau kalau sudi)
P/S: Muaz "Faris" <<< :-)



Honourable mention:
 ```````````````````
Happy birthday to
Aima Hayati (8 April)
Good luck for everything and be happy.
Sorry coz' no gift for this year. (~_^)"



Cari penyakit, TTC, Happy birthday.

Saturday, 7 April 2012


~4 April
````````````
Kitorang pergi karnival MARA. Tapi, lain rancang, yang lain pulak jadi.
Tak perlu nak citer ar.
Jumpa ramai friends, dan salah sorangnya
Faiz Hadi, <<< seorang yg suka buat orang lain rasa bersalah.
Ada ke patut dia fikir macam-macam. <<< Yang ni pun tak perlu citer.

Mula-mula,
kumpul kat kfc.
Suprise birthday untuk Aima(8 April).
Then, pergi TTC, banyak pameran.
Tapi, kebanyakan yang aku nak dah isi online.
So, aku tengok je la.

Then, aku tertarik dengan yang satu ni,
Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
Aku isi form dia.

Then, jalan-jalan kat bahagian pameran pekerjaan,
takde yang menarik.
Then, pergi KFC lagi.
Ramai orang time tu, kebanyakannya berpakaian sekolah.
Teringat kenangan memakai baju sekolah tapi, aku tak akan pakai baju tu lagi lepas ni.
No more school uniform.

Pinjam notebook Asyraf nak search pasal biasiswa dan UniKL.
Time tu, tinggal aku, Asyraf, Fathi, Akma, ngan Nadia je. Aima ngan Siti ntah pegi mana.
Dalam pukul 4 aku balik rumah.

Dalam pukul 6,
suhu badan aku naik balik,
tak seteruk demam 3 hari lepas,
tapi cukup untuk buatkan aku hilang tenaga untuk bergerak.
Mata aku pun jadi kabur balik.
Maybe sebab jalan-jalan kat TTC yang buat aku jadi demam balik.
Pagi sebelum tu pun, aku belum baik demam actually.
Paksa jugak diri pergi TTC.
Tu la, sesaje cari penyakit.


Satu lagi,
nak ucapkan happy birthday pada sorang kawan aku nih,
~ Aqilah .
Semoga panjang umur dan happy selalu.

Tu dia beliau yang dimaksudkan,
yang pakai tudung pink.
Aqilah.

SARANG buddies' birthday !!!

Wednesday, 28 March 2012


OK !!!

First topic,
lepas hampir tiga bulan, modem yang aku claim warranty tu dah sampai kelmarin.
Aku dah ambik petang tadi. Disebabkan dah claim warranty, dapat modem yang baru punya.
Tapi, buat masa sekarang modem tu tersimpan kemas dalam almari tempat aku letak koleksi buku+novel+anime+movie.
Modem yang aku guna sekarang ni yang baru beli minggu lepas.

Kalau main bab claim warranty ni memang ambik masa,
that's why rumah aku kehilangan perkhidmatan internet dekat 2 bulan lebih kot.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~so, this is the answer untuk orang yang tertanya-tanya kenapa aku jarang-jarang online pada dua bulan lepas.
   kalau ada orang tertanya-tanya la. Kalau takde takpe la.......:(...sedihhhh


Next.
The second one,
the main topic of this post.
Happy Birthday to these 2 cute gurlz.

24 Mac ~~ Ummi Aqiella a.k.a semek KL
28 Mac ~~ Syazatty
a.k.a nenek

Semoga korang berjaya dalam hidup dan diberkati oleh-Nya.
Memandangkan korang dah umur 18,
tak salah rasanya kalau nak ucap.........

ehemmm.....
ucapannya ialah seperti berikut....
........
........
........
........
........
........
........
Semoga you gurlz jumpa teman hidup yang akan membawa korang ke syurga.
Jangan mudah percayakan orang lain, tapi bukalah hati untuk memahami orang lain.
So, peace yo.
   
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Membuatkan ku bosan.....(~_~)

Friday, 29 July 2011


Kelmarin, JPNT adakan Program Motivasi Pelajar SPM dan STPM,
BOSAN GILER !!!! (opss...terjujur kata lak)
Macam2 masalah, sound slow la, perasmi lambat datang la. Dush ! Dush !

Disebabkan terlalu bosan, aku pasang earphone, bukak novel,
hasilnya, dekat 100 muka surat aku habiskan, tak dengar langsung motivasi kat depan tu,
Baik Cg. Naza je bagi ceramah, lagi best.

================================================


Sia-sia je aturcara ni, penceramah tak tepat masa jugak.


Depan kosong je.
Maybe ramai dah expect yg ceramah ni bosan kot,
so diorang duduk belakang.

=====================================================


Macam mana la aku boleh lupa ulang tahun blog ni ea ??
Ha ha,
Maybe sebab sibuk sangat nak exam. (yalah tu)

Selamat Hari Ulang Tahun yg Ke-2
kepada Blog:
"Dunia Ilusi Hidupku"
~16 July 2011~

Dah 2 tahun blog ni wujud, tak sedar langsung masa berlalu,
Dari tahun 2009 sampai la sekarang, dah 190 post yang ada dalam blog ni.
Banyak betul benda yang dah aku post'kan'.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Minggu depan dah masuk bulan puasa.
Ramadhan menjelma lagi.
Then, minggu berikutnya,
Trial SPM !!!!

Nak dapatkan 7A dan sekurang-kurangnya B untuk 2 yg lain.
Semangat giler nak exam nih, my mind pun dah clear bersedia untuk study betul2.
Tenang je rasa sekarang nih.
I'm waiting for the time.....
I'm waiting for the day, to beat her....

To all my friends,
espcially the "Adik-Beradik" gang, do your best, study smartly.
Do not push your brain to hard.

Zati, Anifa, I'm counting on you to compete with me, we'll reach the finish line together.....

Peace yo !!!

Happy birthday Asma' and jumpe kawan lama...

Wednesday, 8 June 2011


Happy birthday untuk kawan aku sorang ni,
Asmaa' Asilah.
Tak pepasal ponteng tuisyen.
Kena suprise lak tu.
I hopre you like the gifts.

Today,
Pergi Mcd kat stesen bas.

Sambut birthday Asmaa'.
Thanks CT for inviting me.
Memang bosan sesangat duduk kat rumah time2 cuti nih.
And thanks sebab temankan beli hadiah tu. Lepas ni aku bagi hadiah kat kau lak yep.



Birthday Gurlz,
Asmaa'


Kak Nadia,
satu lagi pukulan, tak balas lagi.
Bukak sekolah nanti siaplah.

Ohhh,
lepas birthday suprise tu, kitorang jalan2, tengok2 barang kat Arena dan KasutYou.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Balik dari bandar.
Pergi rumah kawan aku, Adila.
Ain ngan Naim pun ada sekali.
Kononnya nak study. Lain pulak jadinya.
Maharaja lawak punya pasal ar.

My 17th Birthday (24 May 2011)

Sunday, 29 May 2011

Happy Birthday to me !!!
I'm so happy today.
Birthday aku ke-17...
Dah boleh nak ambik lesen kereta.

Ayah aku cakap, kalau aku dapat lesen, kereta Innova tu akan dapat kat aku.
Best !!!!
Tapi, aku nak tunggu lepas SPM la baru fikir pasal lesen kereta tu.
Sekarang ni, motor tu pun dah cukup.

Diserang secara suprise...
Habis cermin mata aku...
Sesuka ati je kau sembur aku Dayah.
Takpe, dah dapat balasan pun.

Anyway,
Thanks korang....
Pandai korang plan ea.
Thanks pada Pikah for the gift.



Thanks for this cake.


Thanks Pikah for the gift

Men'sastera'kan diri.....(~_~)"

Saturday, 23 April 2011



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Disaat turunnya hujan,
Disaat bertiupnya angin yang dingin,
Disaat cahaya keredupan memancar,

Kelembapan akibat turunnya hujan,
Kedinginan yang membaluti tubuhku,
Membuatkan diriku tenggelam di lubuk hati,
Mencari sinar di dalam keredupan hujan,

Emosi bertemu hati,
Tanda tanya menerjah fikiran,
Betapa sempurnakah aku ?
Setinggi apakah semangatku ?

Disaat ku tenggelam,
Dalam lubuk hati yang kelam,
An-Nur menerangi hati ku,
Kedatanganmu membunuh kesepian ku,

Disaat itu,
Aku sedar,
Tanpa mengira pangkat,
Tanpa mengira darjat,
Kamu sentiasa di sisi ku,
Memberi semangat dan kekuatan,
Untuk menempuh hari-hari mendatang,

Terima kasih,
Sahabatku.
....................

By:
Faris Husaini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tetiba je rasa nak post sesuatu hari ni,
Aku ni bukannya orang sastera pun,
tapi, biar ar.
Saje test bakat.
he he..


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Happy Birthday to:
~Muhammad Bukhary
(21st April)
~Nadiah Afifah
(22nd April)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Selamat hari lahir pada korang berdua.
Dah 12 tahun sejak first time kita kenal dulu, masa tu kita budak2 lagi.
Korang ar antara rakan2 yang pertama dalam hidup aku.
Aku harap korang akan berjaya capai kejayaan dalam hidup dan lalui hari2 yang ceria.
And,
to Nadiah,
Good Luck for SPM,
Semoga kita berjumpa lagi bila ada kesempatan.

Post ni takde title......

Saturday, 16 April 2011


Warghh !!!
Aku tak tau kenapa banyak sangat
perkara berlari-lari dalam fikiran aku.
~Homework.
~Duit poket.
~Projek berkaitan hari guru.
~Exam Mid-year.
~Keadaan sekeliling.

Bangun tidur, pergi sekolah, buat kerja, balik rumah, buat homework tidur.
Sekolah pulak 6 hari seminggu.
Hari Jumaat je boleh stay kat rumah. Itu pun dibelenggu dengan homework yang bertimbun.

Selagi belum abis silibus, selagi tu la homework tak henti2 menunjukkan diri.
Sabo je la.

Bak kata "matluthfi",
"Kalau buat kerja tak henti-henti boleh gila woi !!!"
Orang mabuk sebab minum arak, tapi aku mabuk sebab buat homework tak henti-henti....

Pagi kelmarin, lepas je aku bangun tidur, aku pitam, jatuh bersandar kat dinding, dan lengan aku terkena kat bucu meja, bergegar jugak dinding bilik aku.

Tulang pun rasa sakit sampai sekarang.



Happy birthday to:
Kat @ Syahirah (14 April)
I hope you use will you the gift wisely.


P/S: Selepas 2 bulan, hubungan aku dengan EC kembali pulih, walaupun tak semesra dulu, tapi itu cukup untuk aku.

/Egokah aku ?/~/ I hope she read this....../

Friday, 8 April 2011


Masuk je bulan April,
tetiba je banyak benda duk berlari-lari dalam fikiran aku nih.
Happy ? Aku cuba happy tapi tak boleh.

Friends aku lam kelas selalu tanya, terutama yang duduk kat tepi ngan belakang aku.
"Apasal kau nampak berubah har ?"
"Takut aku tengok kau berubah cam ni."

Ada pulak yang sound aku,
"Faris tak macam dulu dah. Kita dah tak boleh bergurau ngan dia."

Kelmarin, dalam kelas, kawan yang duduk tepi aku cakap,
"Aku belajar dari Cikgu ######, bila orang ada kekuatan, dia akan jadi ego.........aku tengok kau pun dah hampir jadi cam tu sekarang ni."

Aku ego ?
Aku tak suka ego, kalau aku ego, aku takkan tegur orang.
Aku cuma tak tegur orang bila aku ada problem yang berat.
Bila problem selesai, aku akan jadi macam biasa balik.
Buat apa nak ego ?...Takde faedah langsung...
Mungkin sebab personaliti aku sekarang, aku nampak macam ego.

****************************************
I have changed a little,
but, because of this,
my friends taught that I am ego.
They taught that I don't want to be their friend anymore.
And, because of the change,
my friendship with her cracked.
I want to apologize to her.
I want to talk with her.
She helped me a lot.
She supported me when I have problems.
She is very valuable for me.
I don't want to lose a friend like her.
And
I hope she read this.

.....................................................................



............

Sunyi...Bosan...Dan...Apa2 je la....

Saturday, 26 March 2011


Berakhirnya kejohanan olahraga MSSDKTS.
Hidup aku kembali bosan.
Sekarang, aku kembali ke meja belajar aku aku tinggalkan hampir seminggu.
Dan aku terpaksa buat homework yang cikgu bagi minggu ni hanya dalam masa dua hari.
Nasib baik homework math dah hampir siap.

Hari Khamis.
ada majlis aku janji form 5 dan form 3.
Tapi, aku tak ade kat sekolah hari tu.
Olahraga punya pasal la.

Pagi tadi aku pergi sekolah,
masuk kelas,
aku tengok target SPM atas meja classmates aku.
Kebanyakan memang target straight A's.
Tapi, ade jugak beberapa orang yang tak target macam tuh.

Ok,
Aku dah boleh lupakan semua tentang olahraga sekarang ni.
Aku boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada study.
Exam mid-year sebelum cuti pertengahan tahun.
So, aku nak study betul2 dan cuba dapatkan A untuk semua subjek teras.
Good luck to me...
See ya'....


"Flowing Sky"
22 March 2011
SMKSS


~~~~~~~~~~~~~~~~
Happy Birthday to:
~~~~~~~~~~~~~~~~
~ Ummi Aqeela [24 Mac]
~ Izzatul [25 Mac]
~ Nasrul [25 Mac]

And today[26 Mac]:
~ Amelina

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
#Semoga korang panjang umur dan berjaya dalam hidup.#
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apabila seseorang muncul mengubah hidupmu.....

Sunday, 13 February 2011


Dah dua minggu berlalu, akhirnya TOV tamat jugak.
Lepas ni, giliran homework dan kelas tambahan pulak untuk peningkan kepala.

Selagi SPM tak tiba, selagi itu la aku dan pelajar2 lain tak akan ada masa untuk main2 lagi.

The best thing minggu ni,
Latihan rumah sukan dah start, hari yang aku nanti kan hampir tiba. Ni tahun akhir aku kat sekolah menengah.
So, takkan la nak buat bo
doh je. Mesti la nak ambik peluang
The worst thing minggu lepas,
Aku berubah jadik budak jahat, asyik mempermainkan orang je.
Minggu ni InshaAllah aku nak berubah balik jadi budak baik.
Terima kasih kepada seseorang yang telah menyedarkan aku.
Aku mintak maaf kepada semua orang yang aku telah permainkan sepanjang minggu lepas.


*^*^*^^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^

Tengok langit macam dalam gambar atas ni selalu buat aku berfikir tentang kehidupan aku.
Mungkin aku patut sentiasa melihat langit supaya aku lebih banyak berfikir.
*^*^^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^

Disebabkan exam dah habis, jadi lebih banyak masa terluang di malam hari.
Aku baru je menamatkan novel 'Penyiasat Masjid'
Sekarang ni, aku dalam proses menamatkan novel ke-7 aku, 'Sindrom VX'


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Happy Birthday
to:

Siti Nadia
a.k.a
Kak Nadia

Semoga
panjang umur,
cemerlang dalam SPM,
dan
bahagia disisi orang 'tersayang'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~