Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Exam ?!! ......Whoaa ...

Thursday, 27 January 2011


Hari Isnin dah start exam. InshaAllah sempat nak ulangkaji. Jadual exam padat sangat.
Untuk aku, sasaran tak ada tapi nak buat yang terbaik.

Dah seminggu sejak hari pertama aku sertai latihan olahraga untuk wakil sekolah.
Pertandingan peringkat sekolah ~ akhir bulan 2.(lepas exam)
Pertandingan peringkat daerah ~ awal / pertengahan bulan 3.




Disebabkan aku dah masuk senior year, target aku memang nak menang peringkat daerah. Biarlah orang kata mustahil pun. Belum cuba, belum tahu. Betul tak ?


Petang tadi,
aku, rasydan, alia, nadya ngan pikah berborak-borak pasal masa depan. Daripada borak2 tu, aku dapat la belajar sedikit sebanyak tentang sesuatu aspek yang tak ada dalam silibus sekolah menengah.
Apa yang aku boleh katakan, rasydan dan pikah agak expert dalam hal ini.

Disebabkan exam, mungkin aku tak akan online untuk dua minggu. Maybe, time hari raya cina je. Blog ni pun mungkin aku tak akan buka buat sementara waktu.

Akhir kata,
doakanlah aku berjaya menghadapi exam dengan lancar.

Sakit kepala, der........

Wednesday, 19 January 2011


Homework makin banyak,
buku skrap dah nak kena buat,
pembentangan tak lama lagi,
kelas tambahan dah nak start,
TOV dah dekat,
Sakit kepala,

memikirkan semua,
masalah bertimpa,
tiada kesudahannya.
(baca dalam nada rap)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dah lama tak 'post' kat blog nih. Tak sempat. Homework tak payah la nak bagitau. Memang banyak. Campur pulak dengan kelas tambahan yang bermula minggu ni dan diselia oleh pengetua sendiri.

Kalau dulu aku boleh online sampai 4-6 jam sehari, sekarang ni nak online 1 jam pun tak sempat. Minggu ni aku online lebih kurang 20 minit je. Itu pun untuk cari maklumat pasal pembelajaran.

Buku rujukan pun dah bertambah. Novel pun makin bertambah.


Novel ke-8 milik ku

Novel ni aku baru je beli dua hari lepas. Masa tu aku tengah cari buku rujukan untuk KOMSAS kat PSI 1. Sambil beli rujukan, beli novel sekali. Novel ke-6 aku belum habis baca lagi. Novel ke-7 tak sentuh pun lagi.

Nak buat macam mana, masa terluang sangat terhad. 7 pagi sampai 5 petang, berada kat sekolah. 10 jam berada disekolah. Kat rumah 14 jam. Tolak 5 jam tidur, tinggal 9 jam. Buat homework, aktiviti2 untuk rohani. Tinggal sikit je masa terluang.

Semoga aku dan teman2 seperjuanganku dapat menghadapi hari-hari mendatang dan cabaran serta dugaan dengan lancar.....
Amin.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Happy Birthday
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Happy birthday untuk kawan aku yang chumell ni, Nadhirah.
Sory terlewat wish 1 hari.
Hadiah dah ada. Nanti aku bagi yep...
[18 January]

Harus bagaimana lagi..........

Thursday, 13 January 2011


Dah seminggu tak bercerita kat sini.
Antara perkara yang berlaku minggu ni:
~Jam hilang disyaki di curi oleh ###### tu.....
~Merentas desa......
~Novel baru.....
~Aku terkejut...



~First~
Jam kesayangan aku hilang.
Hilang tanpa kesan. Memori aku pasal jam tu hilang terus. Dan, berdasarkan saksi, iaitu adik aku sendiri, berkemungkinan jam aku dicuri oleh dua pupu aku sendiri. Nak tuduh terus, kalau dia betul2 tak buat jadi fitnah pulak. Tapi, ###### tu memang ada ada rekod pasal mencur
ik ni. Parents aku sendiri cakap, ###### ni memang dah banyak kali curi barang orang. Motif dia untuk mencurik pun ada, dia memang tak puas hati ngan aku disebabkan perkara yang tak boleh diceritakan kat sini. Kawan-kawan rapat aku je tau pasal ni.

~Second~

Merentas desa.
Latihan hari Isnin dan Selasa. Hari Rabu, kaki aku kejang. Hari Khamis(hari ni), pertandingan. Nasib aku kurang baik. Lebih kurang 400 meter daripada garisan penamat, perut aku jadi sakit sangat. Terpaksa berhenti berlari. Sepatutnya, aku dapat tempat ke-12 untuk tingkatan, tapi perut aku punya pasal aku terpaksa berhenti dan tengok saja orang lain pintas aku.Lama jugak aku terpaksa berhenti sebelum sambung balik berlari. Aku dapat no. 18 rasanya. Biar ar. Dah nasib.


~Third~
Novel baru,
Aku baru je beli novel baru tadi. Sindrom VX.
Amboi, novel "Penyiasat Masjid" belum habis baca dah beli yang baru.




~Fourth~
Aku terkejut.
Terkejut dengan banyak perkara. Salah satunya, tekejut disebabkan soalan daripada seorang kawan aku yang agak rapat. Hampir behenti je jantung aku disebabkan soalan dia tu.
Terkejut disebabkan salah seorang kawan rapat aku, kata-kata dia amat mendalam dan menyedarkan diri aku. Dan kata-kata dia juga menunjukkan betapa jauhnya aku perlu berfikir.
Dan sekali lagi aku jadi budak "feeling". Aku dengar lagu2 berkaitan cinta, terutama lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir.


P/S: To my lovely friends, F dan N. Relationship korang makin kukuh sekarang ni. Dari pandangan aku, memang jelas. Semoga berterusan. :-)........

Form 5, online tuition, TOV..........

Friday, 7 January 2011


Haluuuuu !!!
Hai, minggu pertma persekolahan dah bermula.
Masa aku untuk online sekarang ni dah terpotong hampir 50 % peratus.
Homework banyak.

Sejak masuk form 5, aku mendapat beberapa tugas baru untuk kelas dan ko-kurikulum:

Kelas 5 Al-Kindi : Setiausaha.
KRS : Penolong bendahari.
Petanque : Naib Pengerusi.

Untuk setiausaha, aku kena buat minit mesyuarat pengurusan kelas. Nasib baik aku dah pernah buat untuk mesyuarat koperasi tahun lepas. Aku berjaya siapkannya dalam masa dua hari. Dah hantar pun.

Sejak masuk form 5 jugaklah,
aku dengan beberapa orang geng, selalu balik lewat. Biasanya pukul 5. Selalunya, kitorang akan siapkan kerja rumah masa tu. Sebab takut tak sempat nak habiskan kat rumah.

Tuisyen ?,
Aku join tuisyen online. My Home Tuition.

Kebanyakan course untuk tuisyen ni adalah untuk menengah atas. Sayangnya dah banyak kelas aku terlepas sebab tak check jadual. Jadual kelas dihantar melalui e-mail. Untuk hari ni dan esok(Jumaat dan sabtu), ada kelas chemistry untuk tajuk "Structure of atom: Heating Curve" dan "Rate of reaction: Finding rate of reaction on graph". Biasanya setiap kelas cuma ambil masa setengah jam. Tapi, tutor boleh memanjangkan masa kelas jika perlu.
Untuk join, korang kena sign up, lepas tu jadi subscriber. Lepas tu, baru la boleh join "live tuition". Selain live tuition, diorang ada jugak notes dan tutor video.
Kesimpulannya, tusyen ni memang best dan senang nak faham. Cuma tusyen ni full english.


Ni profile page aku

Untuk TOV,
Cikgu Mathmod aku cakap, kemungkinan TOV tidak dijalankan di sekolah aku sebab JPNT hanya menyediakan soalan untuk subjek BM, BI, dan MM sahaja.
Tapi, mungkin jugak sekolah aku akan membuat ujian sendiri.
Just wait and see.


Tak mudah, Tak mustahil.......:\

Monday, 3 January 2011

Dah masuk form 5 dah aku. Kadang2 gembira, sebab tinggal setahun lagi alam sekolah menengah. Kadang2 rasa tak selesa, exam banyak sangat+kem. Aku kurang suka pasal tu. Dah la setiap exam makan masa lebih kurang 3 minggu. It's really challenging. Masa sangat2 terhad. Kalau tak guna masa betul2, memang susah ar.

Melangkah ke sekolah pagi2 lagi. Mula2, rasa okay je. Tapi lepas tu, lain macam je rasanya. Tengok kawan2 sekelas pun aku rasa pelik.
Entah apa ar aku ni.

I got my new partner in my class, his name is Fathi. Some people call him Zack. Our desk are in the third row of the middle of our class. Moreover, his special friend had just returned to my school. Welcome back !

Buku teks dah dapat. Tapi, tak rasa pun nak study. Semangat belum meresap ke dalam badan.

tentang koperasi pulak, Kak Ani telah diberhentikan. Sedihnya. Kak Ani digantikan dengan bekas pelajar SMKDRI sendiri. Calonnya ramai, tapi tak tau yang mana satu pengganti sebenarnya. Tengok je la esok.

Cita2 ??
Cita2 aku kurang jelas. Sekejap yang tu, Sekejap yang ni. Berdasarkan apa yang aku minat,
~ICT, Motorsport engineering, sukan.
Aku minat sangat sukan, terutama badminton. Aku jugak minat racing dan engineering melibatkan motorsport.
So, tengok je la nanti. Masa akan menentukan.







P/S: Teringin nak jadi macam dalam gambar tu. Walaupun sukar nak merealisasikan, tapi tak mustahil.

Review of my life in 2010.....

Saturday, 1 January 2011

=~=~=~=
Januari
=~=~=~=
Persekolahan untuk sesi 2010 bermula. Aku secara rasminya menjadi AJK koperasi. Pertandingan merentas desa. Bulan ni jugak PC aku rosak. Adui la.

=~=~=~=
Febuari
=~=~=~=

Kelas 4 Al-Kindi dicat dengan warna kuning. Aku menyertai PUM. Time ni terdengar desas-desus ketua kelas aku nak pindah ke SMK(A) Sheikh Abdul Malek. Tapi, tak pindah jugak. Aku dan semua pelajar cemerlang PMR dan UPSR tahun 2009 dapat Anugerah Pingat Emas Dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu. Dan, Hari Sukan SMKDRI. Aku dapat 1 pingat gangsa dari acara lempar cakera.
=~=~
Mac
=~=~

Exam. Cuti. Sepanjang cuti, pergi sekolah je sebab nak uruskan tentang PUM. PC aku yang rosak kembali pulih.
Aku mewakili sekolah dalam sukan Petanque.
=~=~=
April
=~=~=

Bertanding petanque di SMK Sultan Mansor. Exam UP1 dapat 2A 4B 1C 1D 1E. Teruknya. Mesyurat PIBG dan Anugerah Kecemerlangan SMKDRI. Sehari sebelum tu, aku, Syafiq, Muslim, Yong, Azhar, Hanafiah diminta menolong menhias dewan.
=~=~=
Mei
=~=~=

Exam Mid-Year. Ada pelajar baru masuk kat kelas aku. Gotong-royong kat sekolah. Hari Guru. Dan Birthday aku. Masuk je cuti pertengahan tahun aku mula berurusan dengan Bitara. Nak lesen !!

=~=~
Jun
=~=~

Cuti mid-year yang dipenuhi aktiviti. Bowling. Bitara.
World Cup dan Sukma. Terenggganu jadi juara Sukma. Dapatlah cuti.
Novel Akademi Gemilang: Kunci Dimensi yang merupakan hadiah daripada penulisnya, Kak Izza sampai kat tangan aku melalui Syahin.
=~=~=
Julai
=~=~
=
Aku memiliki motorsikal sendiri. Honda Wave 125X. Temu murni. Perkhemahan tahunan SMKDRI. Aku tak ikut.
16 Julai. Ulang tahun blog ni.
Exam. Letih woo....


=~=~=
Ogos
=~=~
=
Dapat Lesen P. Puasa, Majlis Khatam Al-quran. Hari Kemerdekaan.

=~=~=~=~=
September
=~=~
=~=~=
Watched drama Mr.Brain. Best. Then, raya. Blog ni berubah wajah. Kalau dulu, temanya kelabu. Sekarang dah jadi kuning.
Konvoi raya. Tak sangka pulak berjalan lancar. Best. 2 hari berturut-turut. Seramai 20 orang terlibat. Campur pulak dengan kovoi kecil-kecilan. Jumlahnya 4 hari la.
Jumpa balik kawan lama, Megat yg dah 4 tahun tak jumpa.
Sambutan raya di sekolah. Ditambah dengan pengacara jemputan, Pok De Raja Lawak.
Karnival PUM SMK(A) Sheikh Abdul Malek.
=~=~=~=
Oktober
=~=~
=~=
Kak Nadia pindah buat sementara waktu. Exam akhir tahun.
=~=~=~=
November

=~=~
=~=
Lepas je tamat exam, aku jadi sibuk dengan kerja2 kat koperasi. Kena uruskan pamplet, surat jemputan, dan macam2 lagilah. Then, jamuan koperasi di Hotel Felda Residence. Makanan yang amat best. Aku teringin nak makan lagi kat sana.
Exam akhir tahun, aku dapat 4A 1B 1C 2D 1G. Meningkat ar dari pertengahan tahun.
Sesekor telah menggangu hidup aku.


=~=~=~=
Disember
=~=~
=~=
Masalah tentang aku diganggu oleh seseekor telah selesai. Menggunakan nama seseorang dan 2 buah handphone. Makhluk yang dimaksudkan telah dikalahkan sepenuhnya. Beres !!
BBQ PUM. Novel fever melanda. Bulan ni je 4 novel aku beli.
Akhir2 bulan, sibuk dengan koperasi. Pendaftaran untuk sesi 2011. Aku bertugas jaga kaunter tingkatan 4.


Selamat Tinggal
2010


*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^
2010 antara tahun paling best bagi aku. Dapat kawan2 rapat. Kalau dulu tak pernah cakap pun dengan diorang, sekarang dah jadi geng.
Thanks sebab jadi kawan aku.
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Ok la, nak pergi rumah Muiz pulak. Nak siapkan homework. Tak siap2 lagi. Sekolah dah nak buka nih.