Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Hari Raya Di SMKDRI

Sunday, 27 September 2009

Hari ni sambutan Hari Raya peringkat sekolah diadakan. Banyak peristiwa menarik dan tak menarik berlaku. Seperti tahun lepas, setiap kelas diberi meja untuk meletak makanan disamping menghias meja tersebut. Memang best jalan2 dalam dewan sambil ambil gambar. Tak sangka. Kelas 3 Al-Kindi menang tempat kedua dalam pertandingan menghias meja (lebih kurang gitulah nama pertandingan tu). Congrats to girls students. Boys students? Tau makan je. Kenapa aku kutuk boys students ? Aku lelaki jugak. Ntah ape-ape.

Gambar:


'Aidil' atau 'Idul' ?

Tuan Pengetua memberi ucapan........................................................3 Al-Kindi's cake

Me and friends:


~~~~~~~~~~~~
Syahin, Azim, and me~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Syahin and me~~~~~~~

~~~~~~~~~~~
~~~~~Che Ku and me~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Muiz and me~~~~~~


Macam2 ada:

~~~~
~~~~~~~Yong dan sengihnya~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Syahin and Farah (ehem-ehem)~~



~~~~~~~~~~~~ ~
~~~Syahin yang tak habis2 makan~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Muiz yang tersengih~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~
~~~~~~Adi yang termenung~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Tengok apa agaknya diorang nih~~~


Aima, Miss Erin dan Siti membuat persembahan

Cerita tak mengarut.

Thursday, 24 September 2009

Hari ni, ayah aku dah mula buka kedai. Jadi aku pun pergi kerja. Balik dalam pukul 11 pagi. Dalam pukul 12 tengah hari, Muiz telefon ajak datang rumah Pikah. Aku pun pergilah. Lepas habis makan nasi dagang, aku sembang ngan Muiz and Muslim. Tak lama kemudian, Syafiq and Anifa sampai. Mereka makan nasi lepas tu, tapi yang peliknya Muslim pun join skali walaupun dia dah makan sebelum aku sampai, dua pinggan pulak tu. Lepas rumah Pikah, aku ngan Syafiq and Anifa pergi rumah Adila, lepas tu rumah Teacher Faridah, lepas teri rumah Hisyam, lepas for rumah sedare Anifa. Kemudian, pergi rumah aku. Kemudian aku, mengadap komputer sampai sekarang.

Pelik amat. Raye kedua, ketiga, ke-4 aku duk rumah je. Raye kelima baru nak pergi raye rumah orang lain. Ntah ape-ape.

Cerita mengarut

Debat 2 on 3 berlaku petang tadi. bertempat di rumah Teacher Latifah. Tajuk debat adalah "Kuih raya hilang selepas di makan". Gambar di bawah menunjukkan pendebat yang terlibat.


Pihak pencadang: Muiz dan Afiqah


Pihak pembangkang: Muslim, Syafiq dan Zafirah

Hakim: Afifah (tiada gambar)

Jurukamera: Farisk. (tiada gambar)

Juri: Anifa. (tiada gambar)


Pendebatan ini dimulakan oleh Muiz setelah melihat Syafiq makan kuih raya terlalu banyak. Pihak pencadang menyatakan bahawa kuih raya akan hilang jika Syafiq makan banyak. Pihak pembangkang pulak menyatakan bahawa kuih raya tersebut tidak hilang sebaliknya berada di dalam perut Syafiq. Pemenang debat ini pula adalah aku sebab aku buat citer mengarut ni. Ntah ape-ape.

1st and 2nd Raya

Monday, 21 September 2009

Raya Pertama:

Pagi raya pertama agak meriah. Lepas solat raya, keluarga sebelah ayah aku berkumpul kat rumah tok aku. Sesak rumah tok aku dibuatnya. Susah2 mereka datang dari jauh untuk berkumpul, keluarga aku pulak senang je sebab rumah aku sebelah rumah tok aku je. Petang raya pulak keluarga aku bertolak ke Sungai Kerak, Marang untuk ke rumah tok sebelah mak aku. Kebetulan jumpa tok saudara aku kat sana. Pukul 6.00 petang, keluarga aku balik dan tok saudara aku tadi datang rumah aku. Malam pulak, kawan2 ngan pekerja ayah aku datang rumah.


Raya kedua:

Paginya saudara-mara aku datang. Lebih kurang pukul 4.00, keluarga aku bertolak ke Manir untuk menghadiri rumah terbuka kakak kepada ayah aku. Masa dalam perjalanan, gile sesak. Mengalahkan Kuala Lumpur. Perjalanan yang sepatutnya tak sampai sejam, menjadi 2 jam. Masa sampai pulak, memang best. Jumpa saudara2 aku, makan sate, kuih lapis dan banyak lagi. Lepas tu pergi rumah kawan ayah aku. Dan masa balik, OMG!!!!!. Kereta ayah aku terbabit dalam kemalangan kategori ringan. Lebih kurang pukul 6.30-6.40 petang waktu tempatan, kereta ayah aku dilanggar oleh seekor manusia yang membawa motorsikal tanpa memakai topi keledar. Suspek menaiki motorsikal bewarna hitam dengan nombor pendaftaran TR 2831 tetapi jenis motorsikal tidak dapat dikenalpasti. Mungkin RXZ Legenda, atau Legenda Z. Ini disebabkan suspek memecut dengan laju mengalahkan Valentino Rossi selepas tergolek di atas jalan. Mungkin suspek cedera sebab masa aku tengok dia tergolek, kepalanya sedang mencium jalan raya. Padan muka dia. Walau bagaimanapun, nombor plat motorsikal suspek patah dan tercampak ke tepi jalan. Plat tersebut diambil oleh ayah aku untuk dijadikan bukti untuk claim insurans dan report polis. Akibat kemalangan tersebut, bumber belakang kereta ayah aku kemik dan terdapat kesan calar berhampiran plat kereta sepanjang 10-11 sentimeter. Giler !!! Bumper kereta ayah aku bernilai lebih kurang RM 3000 seunit. Tapi, mungkin insurans dapat menyelamatkannya. Dan sekarang, ayah aku dengan bantuan kawannya mungkin sedang berada di balai polis untuk membuat report atau berada di pejabat insurans Toyota untuk claim insurans.



Kesan daripada kemalangan tersebut.



Nombor plat suspek.


Antara Hari Raya dan PMR

Friday, 18 September 2009

Hari raya tinggal dua hari lagi. Bolehlah semua form 3 bergembira. Tapi, kedatangan Hari Raya menandakan PMR semakin hampir. Memang agak tertekan sbb lepas raya kelas malam akan diadakan.
Kelas malam ini akan diadakan bermula 27/9/2009 hingga 5/10/2009. Kelas ini diadakan pada pukul 8.00 hingga 10.00. Memang tertekan. Namun ape2 pun. Pada hari raya, bolehlah semua form 3 bergembira sekejap. Selamat hari raya kepada semua.





Hari yang aman

Thursday, 17 September 2009

Hari ni merupakan hari terakhir puasa di sekolah. Kedatangan pelajar2 3 Kindi memang seperti yang dijangka iaitu hanya separuh saja yang datang sekolah. Ramai yang buat cuti tanpa kebenaran. Hari ini sangat bosan sbb pelajar lelaki cuma 4 orang saja yang datang. Tapi, bagus jugak. Kalau ramai pelajar lelaki dalam kelas Kindi, kelas akan jadi huru-hara terutama jika kumpulan pelajar yang digelar 'Si Luncai' oleh Cikgu Saadiah ada. Buktinya, kelas 3 Kindi sangat2 aman tanpa kehadiran mereka pada hari ini.


Apa yang aku buat hari cuma menjawab kertas2 soalan dari negeri lain. Banyak jugak cikgu bagi. Selain itu, aku jugak berjalan-jalan ke kelas lain untuk mencari idea(korang fikirlah sendiri idea untuk apa). Apa yang pelik hari ni adalah kenape Rasydan tak datang skolah hari ni ? Hanya dia saja yang boleh jawab soalan ni.

Tag !!!!!!!!!

Wednesday, 16 September 2009

1. Siapa Anda?
~Manusia, Hamba Allah, Calon PMR,

2. Kelemahan Anda Yang Orang Lain Tak Tahu?
~Fobia kepada darah dalam kuantiti yang banyak.

3. Kelebihan yang membanggakan diri anda?
~Pandai merancang, kreatif dalam mengubah mereka sesuatu yang tak ada faedah.

4. Anda mempunyai kekasih?
~Entahlah.

5. Adakah anda cantik/kacak?
~Sederhana.

6. Kisah cinta yang sedih anda alami?
~Tak tahu.

7. Kenangan yang tidak boleh dilupakan?
~Banyak sangat. Tak tahu nak tulis mana satu.

8. Perkara buruk yang orang lain pernah lakukan terhadap anda?
~Terlalu banyak.

9. Hadiah paling best yang anda pernah terima?
~Acer Aspire M5711

10. Sertakan 1 gambar yang hodoh sehingga blogger-blogger termuntah
~Aku jenis tak suka bergambar. Tapi suka ambil gambar orang lain.

11. Sertakan 1 gambar yang lucu sehingga blogger tertawa
~Sama seperti nombor 10.

12. Senaraikan 5 perkara mengenai blogger yang meng'tag' anda
  • Pengawas sekolah.
  • Anak bongsu.
  • Suka main facebook.
  • Calon PMR.
  • Pelajar kelas 3 Razi.
13. Senaraikan blogger yang anda hendak Tag.
  • Syafiq Zainal.
  • Hazwan.
  • Niqna.
  • Eika Darlaa.
  • Ezatty.

Hari ini dalam kebosanan

Monday, 14 September 2009

Hari ini agak bosan sedikit. Tak ade ape2 yang menarik aku boleh. Pergi sekolah agak awal dari biasa. Kebosanan dan mengantuk melanda aku sepanjang waktu persekolahan hari ni. Cikgu pun tak beberapa semangat nak mengajar. Hanya Cikgu Paridah je yang betul2 mengajar hari ni. Hari ni, kebanyakan pelajar tingkatan 3 sibuk untuk mengisi borang MRSM, SBP, dan sebagainya. Aku pulak? Aku tak isi mana2 borang sebab aku nak kekal kat SMKDRI. Sekolah ni bukannya teruk sangat pun.

Gembira dan sedih

Thursday, 10 September 2009

UPDATED 14/09/2009


Konichiwa,

Hari ni aku little bit gembira dengan keputusan Trial PMR aku. First time aku dapat




Hari ni jugak aku little bit sedih sebab tak capai target asal aku. So, this is my result:

Mata pelajaran dapat A:

SJ : 83 %

KH : 86 %
BI : 81 %
MT : 80 %

Mata Pelajaran dapat B:

GEO: 78 %

BM : 74 %
PAI : 63 %
SN : 75 %

Jumlah markah: 620/800
Peratus keseluruhan: 77.5 %
Kedudukan dalam kelas: 8
Kedudukan dalam tingkatan: 18

Kesilapan kecil yang aku lakukan dalam kertas Sains dan Geografi menyebabkan aku gagal mencapai target aku. Tapi, aku sedikit lega sebab sekarang aku boleh lupakan tentang Trial PMR dan aku boleh tumpukan perhatian pada PMR yang tak sampai sebulan lagi dah. Aku hanya perlu tekankan subjek Math dgn Science dan banyakkan membaca untuk subjek seperti Sejarah, Geo, BM ngan KH. Lepas tu, ready for PMR. Ganbatte mina-san.

Tamatnya Trial PMR

Tuesday, 8 September 2009

Setelah seminggu, akhirnya peperiksaan percubaan PMR bagi negeri Terengganu tamat dengan rasminya. Memang lega, tapi debaran aku masih ada. Bagaimana dengan keputusannya? Entahlah. Tapi berdasarkan soalan peperiksaan yang sederhana susah( tambah pulak aku tak ulangkaji bersungguh-sungguh), peluang aku untuk dapat A dalam setiap mata pelajaran adalah:

BM : 60 %
BI : 70 %
SJ : 55 %
PAI : 51 %
GEO: 52 %
KH : 70 %
MT : 51 %
SN : 60 %

Daripada peratusan kat atas, aku rase aku mungkin dapat dalam 3A atau 4A je. Tu la. Orang lain ulangkaji, aku main games. Apa nak jadi ngan aku ni.