Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Introducing, ~Nokia X2-02~

Saturday, 26 May 2012


Seperti yang dah dijanjikan dalam post yang lepas, 
sekarang,
memperkenalkan gadjet terbaru aku, Nokia X2-02


klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas


Handphone ni dilantik untuk menggantikan Nokia N72 yang aku gunakan tak sampai 6 bulan.
Khidmatnya ditamatkan kerana prestasi kerja beliau yang sangat-sangat tak memuaskan.
Kelemahan-kelemahan beliau memberi masalah pada aku.
Jadi, menamatkan kontrak beliau adalah satu langkah yang bijak rasanya.

Nokia X2-02 bekerjasama dengan Maxis number aku untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nokia N72 sebagai backup untuk handphone utama aku sekarang, Nokia 5730 yang berkhidmat sejak awal 2010.

Nokia X2-02 ni kecil, mudah dibawa, ringan. 
Tak la rimas sangat bila nak bawak pergi jalan-jalan.

2 hari yang memenatkan

Thursday, 24 May 2012


23 Mei
`````````

Aku dan semua pelajar Terengganu yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi, asasi, dan diploma berkumpul di Stadium Tertutup Gong Badak.
Majlis yang disempurnakan oleh MB Terengganu, Abang Said.

Dan seperti kebanyakan majlis-majlis bertaraf negeri yang lain,
semestinya akan berlaku kelewatan oleh VIP dan VVIP.

Aku pakai earphone, so tak tau apa yang diorang ceramah pada acara
pembukaan.
Orang tepuk tangan, aku tepuk.
Orang bersorak, aku diam je la.

Last sekali,
time tunggu nak ambil duit tu la paling menyesakkan,
lepas je ambil duit tu, keluar terus walaupun majlis
belum tamat lagi.

Keluar dari stadium,
kitorang terus ke pantai kat airport.
Cuba nak snap gambar, tapi, cuaca tak mengizinkan.
So, tiada gambar yang menarik untuk dikongsikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

24 Mei
`````````
Pagi,
aku ke Klinik Hiliran, x-ray time.
Tapi, lepas x-ray tu aku rasa lain macam je badan aku.
Kesan sampingan kot.

Then,
aku dan kawan-kawan ke bandar untuk beli barangan yang perlu berkaitan U.
Aku pulak buka akaun Bank Muamalat.
Banyak la jugak beli baju, novel sebuah, handphone.
Pasal handphone, aku akan buat special post nanti.

Then,
time nak balik dari bandar,
baru teringat janji aku pada seorang kawan untuk ke pantai.
Dapat la snap gambar kat sana, tapi takde yang special.



Best jugak lepak kat pantai, tenang je.
Terlupa sekejap keletihan yang dialami.

Anyway, effect keletihan still terasa sampai sekarang.
Huh !!!

Happy Birthday to me !!!


Happy birthday to me....!!!

Thanks pada semua yang wish,
ada yang wish kat wall fb,
ada yang wish kat mesej,
ada yang wish kat chat,
dan ada yang buat special blog post.

Apa-apa pun thanks pada semua.
Banyaknya wish kat fb sampai pening tengok wall.

Sekali lagi,
thanks all of you !!!


IIUM gathering for CFS 2012/2013.

Tuesday, 22 May 2012


20 Mei 2012
````````````````
Senior-senior IIUM (International Islamic University of Malaysia), 
atau nama melayunya UIAM,
organize gathering untuk bakal students CFS (Centre of Foundation Studies) 
yang tinggal di Terengganu.
Yang organize tu pun senior-senior dari Terengganu.

Gathering ni dibuat kat Pusat Bahasa Terengganu.
Ramai jugak yg datang, hampr 80 orang.
Ramai yang dapat course sama dengan aku, Engineering.

 

 

Untuk gathering ni ada 4 sesi,
- sesi ta'aruf (berkenalan)
- sesi EPT (english placement test)
- sesi APT (arabic placement test)
- sharing moment

Senior yang datang dalam 10 orang jugak. Best, mesra alam diorang semua ni.
Banyak penerangan pasal life kat UIA, placement test, cara belajar, jadual 
dan macam-macam lagi. Malas nak senarai.

Dan aku tertarik dengan ayat yang diucapkan oleh salah seorang senior,
"Awak semua jangan ingat belajar kat UIA tu takkan kena culture shock, semuanya bergantung pada diri kita sebenarnya. Kalau awak pandai jaga diri, eloklah hidup awak semua kat sana."
Ayat tu bukan 100% tepat, tapi lebih kurang macam tu la.

 Bro Kamal dan Bro Zikrullah
Antara senior yang paling menonjol.

Bro Wafi, Naib Presiden GATE (Gabungan Anak Terengganu)
memberi penerangan berkaitan GATE.

Berkaitan dengan GATE,
GATE ni salah satu kumpulan yang berdasarkan negeri masing-masing kat UIA ni.
Banyak aktiviti yang diorang anjurkan, surely aku akan sertai.
Menarik.
Tak sabar nak menjejakkan kaki ke UIA.
..(^_^)..

We are gathering under the sun that shining

Sunday, 20 May 2012


18 Mei 2012
````````````````

Last gathering untuk Sarang Geng sebelum beberapa orang ahlinya
melangkah ke universiti masing-masing.

 

Another sweet memory untuk aku yang menjalani hari-hari terakhir di Terengganu
sebelum aku bertolak ke >sana<.
I will miss you guys.
We took a lot of pictures.
Playing at the beach.
We also eat a lot. 

Kat Pantai Cendering ni jugak aku berjaya hasilkan beberapa gambar.
Dah lama tak snap gambar-gambar camni.
Korang tengok-tengok la gambar-gambar kat bawah ni ea.
Sekian untuk post ini.





 

A story of shopping with various buddies


Sambungan dari post lepas: A story of picnic with various buddies
...................................................................................................

Setelah kitorang berpecah,
group kitorang menuju ke Giant KT.

Kebetulan jalan masa tu jam, orang baru balik kerja.
Nasib baik ada alternative way.
Masa sampai pulak parking banyak kosong, tak payah tunggu lama-lama.

Kitorang takde la beli barang banyak sangat. 
Orang tu siap bawak troli, barang dalam 3-4 je. 
Saja nak main troli kot.
Macam budak-budak.("-_-)

Lepas keluar dari Giant, group kitorang berpecah lagi.
2 orang dah nak balik.

Kitorang sambung jalan-jalan kat Mydin.
Kak Nadia dan Kak Pikah tolong aku pilih 
tie, tali pinggang dan dompet.

Kak Nadia pilihkan tali pinggang.
Nice design, boleh laras, harga pun "nice" tapi berbaloi la.
Kak Pikah pulak tolong pilihkan tie dan dompet.
Tie putih, design pun okay.
Beg duit pun cool. Banyak ruang, tapi takde tempat nak gantung key chain 
"male Hello Kitty" yang Asmaa' bagi tahun lepas.

Time kat Mydin tu, berlakunya beberapa kejadian yang 
merumitkan fikiran aku.
Aku diserang secara mental dengan hebat oleh Pakatan Penyerang Mental(PPM).
Serangan diorang terlalu hebat sampai menarik perhatian orang sekeliling.
Aku tak dapat nak buat apa-apa, aku larikan diri je.

Semuanya tamat bila aku pulang ke rumah dengan selamat.
Hilang semua tekanan fikiran. Huh !

A story of picnic with various buddies.


17 Mei 2012
````````````````
Setelah sekian lama tertangguh,
akhirnya, hajat dia tercapai jugak.

Alia dah lama rancang picnic ni, dah berbulan-bulan,
sebelum SPM lagi, asyik tertangguh je.
Thanks for the spagheti.

Overall, very good.
Cuma, part menghidupkan api je la spoil sket.
Yang lain just good.


Tapi,
salah sorang daripada kami hilangkan diri sekejap.
Aku tak syak apa-apa.
Then, dia (dikenali  sebagai S), muncul dengan kereta ala-ala vintage.

Tiba-tiba,
A dan D berlari ke arah S,
then, diorang berjalan dengan laju ke arah aku ngan Asyraf,
kebetulan aku ngan Asyraf tengah sembang pasal sonething.

Maka,
terdengar la nyanyian lagu paling banyak dinyanyikan di dunia sejak dulu,
"Happy Birthday to You"



Suprise birthday for Fariz(me) and Asyraf.
Aku mula-mula tercengang-cengang. 
Apa taknya, birthday aku seminggu lagi.
Takpe la, aku terima je.
Thanks korang.

Lepas abis picnic, kitorang berpecah.
Aku menuju ke suatu tempat yang lain bersama kumpulan aku.

P/S: menanti birthday present daripada seseorang, tapi tak tau bila lagi kami boleh jumpa.

Bersambung ke post seterusnya...............
A story of shopping with various buddies

Birthday of Doranifa. (=^-^=)

Saturday, 12 May 2012

~~~~~~
11 Mei
```````
Nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke-18,
kepada seseorang.

Nickname, Doranifa.
Nama sebenar, Anifa

Sebab apa Dora ?
Sebab beliau mempunyai ciri-ciri Doraemon.
Mungkin jugak sebab dia peminat Doraemon yang sejati.

Disebabkan itu juga, video kat bawah ni pun ada kaitan dengan Doraemon.



Nak tengok beliau yang dimaksudkan ???
Ni dia......





Aku dah cakap tadi,
memang ada ciri-ciri doraemon punya.
Kiut-kiut bulat gitu.
Semoga diri anda berjaya di masa hadapan.
Kurangkan la online tu, belajar pulak.
Tak lama lagi nak ambil ijazah pulak.......
 

P/S: Sorry lambat wish.
Bukan sengaja. Internet problem. Baru pagi tadi ok balik....

Gonna face great challenges soon

Friday, 11 May 2012


Tic, toc, tic, toc....

Aku dah mula menghitung
hari untuk menjejakkan kaki ke sana.
Excited !

Sebelum hari tu tiba,
aku akan menghadapi cabaran yang sepatutnya.

Isi borang kemasukan dan borang bantuan kewangan 
dalam 30-40 pages.
Lepas tu kena buka akaun kat Bank Muamalat,
then pergi x-ray. 
Then, mintak cop sana, mintak pengasahan sini.
Jumpa YB, jumpa JKK, jumpa Pengetua, jumpa siapa je yang perlu.

Dan, pastinya, 
ini hanya sedikit kalau dibandingkan dengan cabaran di UIA nanti.
Nasib baik takde urine test macam UiTM. 







Okay,
minggu depan surely banyak benda nak kena buat.
X-ray, buka akaun, isi borang, ambil borang yayasan T'ganu. Ada lagi kot.
Tak tau nak senarai apa dah.
Minggu depan jugak,
hari guru,
picnic ?

I didn't expect this unexpected news !

Tuesday, 8 May 2012


Hari ni,
tarikh penting untuk pelajar lepasan SPM 2011,
keputusan UPU dah boleh check hari ni.
Dan aku ?

Unexpected.

Tu je aku boleh cakap.
Syukur sangat-sangat.

Aku anggap ni sebagai peluang kedua yang dikurniakan oleh-Nya 
untuk tebus balik kesilapan ketika SPM.
Walaupun SPM aku tak cemerlang seperti kebanyakan orang yang layak untuk
courses asasi ni, aku still dapat tawaran tu.  

Dan, Teacher Sally, pun tak sangka aku akan dapat tawaran ni.
Cg Naza siap ucap tahniah lagi.
Happy giler kentang !!!


 (klik untuk besarkan gambar)


Dah tengok gambar ?
Tu la tawaran yang aku maksudkan.

~Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer - UIAM~

Seriously, hari sebelum tu memang bimbang sangat. 
Takut-takut kalau apa yang aku dah rancang tidak menjadi.
Hari ni, segala-galanya terjawab.
Doa aku termakbul.

Mungkin aku dapat pilihan kedua,
tapi aku tak kisah sangat sebab pilihan pertama aku
Asasi Sains Fizikal kat UM.

Sebab apa tak kisah pasal tu ?
Takde sorang pun student sekolah aku yang dapat UM.

Untuk course ni,
selain aku,
Adi, Arif, Muslim, dan Azim dapat jugak.
So, kitorang berlima memang jumpa kat sana la.
Syukur, Alif, Syukri, dan Akhi pun dapat UIAM,
tapi course lain.

Lastly,
aku nak ucap tahniah kepada semua kawan-kawan yang
dapat tawaran,
termasuk rakan-rakan blogger yang satu generasi ngan aku.
Belajar rajin-rajin.

Kepada yang masuk form 6,
good luck. 
Mungkin korang masih dengan gelaran "budak sekolah",
tapi, exam yang korang hadapi tahun depan adalah antara yang paling sukar
kat Malaysia iaitu, STPM.
So, fokus, study smart, and work hard.
Semoga anda berjaya di jalan anda.

Selamat tinggal "Night Step"

Monday, 7 May 2012


 Wahhh !!!
Lama betul tak update blog ni. 
Serius takde benda nak citer kat sini. 

Cuma,
aku dah habis baca novel "Perangkap Ajal".
Habis baca yang tu,
aku sambung ngan "Planet-Planet Cinta".
Novel ni aku beli bulan lepas.
Lama jugak terperap kat atas rak buku tu.
Plastik pun tak buka lagi.
Minggu ni la first time aku baca novel tu.

Dan sekarang, agenda utama,
blog ni akhirnya bertukar wajah setelah sekian lama.

Terima kasih diucapkan kepada template "Night Step"
yang telah berkhidmat sebagai wajah blog ni daripada
9 November 2010 hingga 6 Mei 2012.

Selama lebih kurang 1 tahun 6 bulan beliau berkhidmat, 
banyak kisah suka duka dah berlaku, 
perlbagai cerita aku dah post.
Kisah-kisah tu membawa aku kepada hari ni.
Menjadi teman catatan hidup aku.
Selamat tinggal "Night Step".

Secara rasminya kontrak anda sebagai
wajah blog Dunia Ilusi Hidupku tamat
pada 6 Mei 2012.

Setelah beberapa jam, 
usaha untuk memberi wajah baru kepada blog ni berbayar jugak.
Pening melihat kod-kod CSS yang selama ni aku tak ambil tahu pun.
Setelah beberapa ujian saringan dan "medical chek up" dilakukan,
pemlik blog ni telah menemui pengganti kepada "Night Step".

Pengganti kepada beliau,
"SUVGames" telah dilantik sebagai wajah baru untuk blog ni.
Mengikut kontrak,
beliau akan mula berkhidmat tepat jam 0001
pada 7 Mei 2012.
Selamat bertugas diucapkan.


Selamat tinggal "Night Step"
Jasamu dikenang.

Tak lupa juga pada "i-Blog"
yang pernah berkhidmat sebagai wajah blog
Dunia Ilusi Hidupku
ketika blog ni 
baru setahun jagung di dunia blogger.