Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Kembali menerjah dunia novel

Friday, 7 June 2013


Assalamualaikum,
Setelah beberapa bulan meninggalkan dunia novel,
Pesta Buku Antarabangsa KL bulan lepas akhirnya membuka
hati aku untuk kembali ke dunia novel.

So, nak citer sket pengalaman di PBAKL yang dibuat kat PWTC.
First time jugak aku ke sana, kesesakan tak payah cakap.
LRT, kereta, motor. Huh !
Kekurangan oksigen rasanya.
Readers, readers everywhere.....(=_=)

Bersesak-sesak dalam tu memang menyakitkan,
tapi, berbaloi jugak dengan aku berjaya dapatkan apa yang aku nak,
dan dapat jugak aku habiskan baucer buku yang telah sekian lama tersimpan.
Time tu, aku pergi dengan classmate aku sem sebelumnya, Afif.
Nak berkenalan ? Boleh search kat FB, 'Afif Ganu'
Budak Ganu jugak dia ni.

Dalam bersesak tu, jumpa jugak apa yang aku cari,
sempat mintak autograph hilal asyraf.
Aku beli 6 buah buku kat sana.
4 novel & 2 buku motivasi.

So, sejak pertengahan bulan lepas,
aku dah habiskan 3 buah novel.

Best !
Ramlee Awang Murshid
memang penulis thriller no.1
Stanza Cinta ada drama ea ?
Baru tau, tu pun lepas search gambar kat atas ni kat google.
Almaklum la, aku bukan jenis tengok tv,
apatah lagi drama2 melayu.
Macam biasa,
novel dari Baharuddin Bekri
selalunya berkisar tentang
kehidupan masyarakat.
Boleh tahan.

Dan awal bulan ni jugak,
aku dah habiskan baca novel ni.

Sekian lama menunggu,
akhirnya dapat jugak baca novel ni.
Sangat best !

On the way nak balik,
tiba-tiba terasa nak pergi lowyat.
Then, aku pergi la, sampai kat sana,
sekejap tengok phone, sekejap tengok camera.

Last2, kawan aku tu suruh beli je,
handphone aku pulak dah nazak time tu,
banyak benda dah yang tak dapat berfungsi dengan baik.
So, survey punya survey,
aku berkenan kat phone ni......



Awalnya nak beli Ace Plus,
tapi memandangkan processor phone ni laju sket,
so aku decide nak beli yang ni.

Lepas je call family untuk dapat kebenaran untuk beli phone ni,
dengan rasminya phone ni menjadi salah satu gadjet terbaru aku.
Menggantikan nokia aku yang dah nazak tu.

Dengan processor 1.4 GHz,
camera 5 MP, (sebab tu gambar-gambar dalam post sebelum ni boleh tahan lawanya).
Anyway, handphone ni tahun 2011 punya, android pun version 2.1 je.
Tapi, tak kisah la, janji aku ada phone yang boleh mudahkan urusan aku.

Kembali pada citer pasal novel,
minggu ni aku akan try habiskan novel ni.
684 muka surat......blurr...

Aku harap novel ni menarik citer dia.
Cover pun dah lawa.
Then, that's all from me for this post.
Tinggal seminggu lagi sebelum aku balik ke uia.
Kak Nadia dah balik Kedah.
Tisya pulak esok dah balik upsi.
Sejak aku start cuti, muka dua orang ni la yang selalu outing dengan aku.
Sunyi la minggu last cuti aku ni..
Hu hu....."beratnya melepaskan mereka"....<<< tu tajuk post lepas, boleh click kalau nak...:)

قصة عن الرواية

Monday, 19 November 2012


Qissah an ar-riwaayat >>> Cerita pasal novel

Sejak melangkah ke alam U ni, bilangan novel yang dibaca amatlah kurang kalau 
nak dibandingkan dengan alam sekolah.
Walaupun MPH kat Midvalley tu ada berlambak novel, yang aku beli tak sampai 10 kot sepanjang 
5 bulan aku kat KL. 

Anyway, sebagai perkongsian inilah novel-novel dan buku motivasi yang sempat aku baca sepanjang 6 bulan lepas
(Novel)
Hilal Asyraf
 >Sinergi<

 
(Novel)
Hilal Asyraf
 >Terasing<
.. 
(Buku Motivasi)
Fatimah Syarha
>Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul<
 (Novel+Motivasi)
Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi
>Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu<
...
(Novel) 
Ramlee Awang Murshid
>Rayyan Fantasi<

(Buku Motivasi)
Hilal Asyraf
>Bahtera Menuju Ke Syurga<

..................................
6 buah buku kat atas ni yang dah habis baca.
Currently reading, Unidentified, my first english novel.
Try novel english, lots of word dalam tu memang tak tau maksud, memang high level vocab punya novel, tu tak sampai separuh lagi tu.

Buku yang tak baca lagi ada lebih kurang 6 kot, novel+buku ilmiah+novel sejarah.
Nanti ada la update tu ea.

Hilal Asyraf & Fatimah Syarha memang dah lama masuk dalam list favourite author aku disamping Bahrudin Bekri & Hani Ismail. Ramlee Awang Murshid pulak first time aku baca karyanya. Best. Dan aku baru je beli novel lain karya beliau, "Mikhail" lalu dengan gear autonya Ramlee Awang Murshid tersenarai dalam list favourite author aku.

That all for this post,
Assalam.....

Selamat tinggal "Night Step"

Monday, 7 May 2012


 Wahhh !!!
Lama betul tak update blog ni. 
Serius takde benda nak citer kat sini. 

Cuma,
aku dah habis baca novel "Perangkap Ajal".
Habis baca yang tu,
aku sambung ngan "Planet-Planet Cinta".
Novel ni aku beli bulan lepas.
Lama jugak terperap kat atas rak buku tu.
Plastik pun tak buka lagi.
Minggu ni la first time aku baca novel tu.

Dan sekarang, agenda utama,
blog ni akhirnya bertukar wajah setelah sekian lama.

Terima kasih diucapkan kepada template "Night Step"
yang telah berkhidmat sebagai wajah blog ni daripada
9 November 2010 hingga 6 Mei 2012.

Selama lebih kurang 1 tahun 6 bulan beliau berkhidmat, 
banyak kisah suka duka dah berlaku, 
perlbagai cerita aku dah post.
Kisah-kisah tu membawa aku kepada hari ni.
Menjadi teman catatan hidup aku.
Selamat tinggal "Night Step".

Secara rasminya kontrak anda sebagai
wajah blog Dunia Ilusi Hidupku tamat
pada 6 Mei 2012.

Setelah beberapa jam, 
usaha untuk memberi wajah baru kepada blog ni berbayar jugak.
Pening melihat kod-kod CSS yang selama ni aku tak ambil tahu pun.
Setelah beberapa ujian saringan dan "medical chek up" dilakukan,
pemlik blog ni telah menemui pengganti kepada "Night Step".

Pengganti kepada beliau,
"SUVGames" telah dilantik sebagai wajah baru untuk blog ni.
Mengikut kontrak,
beliau akan mula berkhidmat tepat jam 0001
pada 7 Mei 2012.
Selamat bertugas diucapkan.


Selamat tinggal "Night Step"
Jasamu dikenang.

Tak lupa juga pada "i-Blog"
yang pernah berkhidmat sebagai wajah blog
Dunia Ilusi Hidupku
ketika blog ni 
baru setahun jagung di dunia blogger.

5 in 2 weeks, it's that okay ?

Tuesday, 21 February 2012


Aku rasa macam tak betul je.
Maybe bosan sesangat kot.
Pesta buku kat TTC aritu aku dah beli 3 buah novel.
Lebih kurang seminggu lepas tu, aku beli 2 lagi novel baru.



2 novel ni berkaitan.
Berkaitan dengan remaja yang ada supernatural power.
Menarik tapi tak sehebat
Novel Takdir(Hilal Asyraf)
atau
Akademi Gemilang Series(Hani Ismail)



Novel ni bagus.
Bagi aku insaf sket.
Citer dia pasal seorang wartawan hiburan
yang suka menabur fitnah.



Yang ni pulak 2 lagi novel yang baru beli,
tak sempat lagi nak baca sebab sibuk ngan
urusan pemilihan courses@tempat untuk U.







Aku suka baca novel, walaupun kadang2 terpaksa habiskan duit, beli novel berpuluh-puluh,
at least bagi banyak manfaat jugak berbanding ber"koya" memanjang, habiskan duit untuk benda tak berfaedah,
atau lepak menghabiskan masa macam tu je, kan ?

ThIs WeEk EvEnTs !!!

Wednesday, 21 December 2011


Hai blog. 
Pekabo?
Dah dekat seminggu tak update blog ni.
Bukan ape, tak banyak citer-citer sensasi minggu ni.

Yesterday,
aku buat amali untuk lesen kereta.
Masuk kelmarin, dah 2 jam aku buat amali tu.
Untuk kelmarin, takde masalah.
Paling best time bawak kereta atas jalan.
Kelmarin punya masuk Route A. 
Aku dah kenal Route C.
Route B pulak sama dengan Route A, cuma bertentangan.

Time parking, aku tak ingat step. Damn !!!
Parking bukit aku dah okay, Route jalan mati pun senang je.
Start esok, aku masuk kerja. 
Lepas habis kerja, aku kena pergi Bitara sebab nak sambung latihan kereta.
So, tak sempatlah nak pergi "ex-sekolah" aku, nak tengok result PMR beberapa orang junior aku.
Terutama, junior-junior yang sama-sama jadi AJK Koperasi.
I hope the will get straight A's.
I know they will. They are preety good in academic.

Sabtu ni pulak ada dua events.
Nak pergi rumah kawan sekolah rendah, Ain. Ada jamuan ape ntah, maybe dia kawen kot. ha ha.
Lepas tu, nak main futsal dengan geng-geng sekolah rendah jugak.
Hope these things will happen.

Aktiviti aku minggu ni, 
biasa-biasa je.
Yang luar biasa, aku dah start main Fifa 2012 dan baca novel Hilal Asyraf(lagi ?!)



 Inilah novel yang aku tengah baca sekarang.
SINERGI.

Best cerita dia. Pasal students Malaysia yang belajar kat Jordan. 
Macam-macam masalah mereka hadapi.
Tapi, "Keimanan adalah paksi".



 


I am almost at the finish line. (@_@)

Thursday, 27 October 2011


Geek !!!
You know, 18 days left.
I can feel the pressure right now,
I can feel the heat,
I can feel the excitement.

Aku dah rasakan, kuat sangat.
Tekanan yang dah lama aku tak rasai.
Tekanan yang mahukan kemenangan.

18 hari, tak lama lagi dah.
Apa yang aku buat sekarang ?
Cool, calm, study, relax, and strive.

Ikouze !!! Ris-kun....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Novel ke-14 dalam koleksi.
Skuad Halimunan
karya
Bahruddin Bekri
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A month left ? Huh !!!

Friday, 7 October 2011


Seize it !!!
Dah dua minggu aku tinggalkan blog ni. Rindu sangat nak mengarut kat sini. Tapi, banyak benda yang menghalang. Mood, sibuk, letih.

Minggu lepas, aku join kem Pecutan SPM, kat Sumai Apartment Hotel.
It's good.
Tapi, bilik kitorang menghadapi krisis makanan yang kurang melampau.
At least, I got something from that camp.

+_+_+_+_+_+_+_+_+
Here my roommates
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


------------------------------------------------------------------

I created a banner for SARANG.
I hope they like it.




----------------------------------------------------------------

Start minggu ni, aku berhijrah tempat duduk dalam kelas.
Orang kanan aku sekarang pulak adalah Adi.
Nak tau kenapa aku tukar tempat ???

~jawapannya ada dalam gambar kat bawah ni.




-------------------------------------------------------------

For SPM:
I'm hurry on, 'cuz I'm coming to the end,
I know that I could be the one from millions...

CHARGE AND UP !!!

Someone that important to me....??

Wednesday, 6 July 2011


I just watched KL Gangster,
It's really awesome, really good fighting scene, good storyline,

Aaron Aziz, I can tell that you are in same level with Shun Oguri(Crows Zero) right now, but you still can't beat Tendou Souji(Mizushima Hiro).
Your fighting skills is very good, although it just in that film,
KL Gangster deserved to collect RM 11 million.

Hi, everyone,
My AddMath project is nearly finish,
I am happy about that,

For now, I am really happy about life at school,
I have bestfriends, I have people that encourage me, I have strengh,

But, I feel nothing.
I want to win, but I don't feel that path is exciting.

Anyway,
thanks to Hilal Asyraf, your novel. Hero,
that novel told me that,
it's not easy to archieve something, and it's not easy to have someone beside you.
The most important thing, you should protect someone important to you.

I tried to protect many people,
my bestfriends,

people that close to me,
But, i think that wasn't enough. I need someone that really really important to me.
And I will protect the one.

Why I need someone that really really important to me ?
It because, Tendou Souji's grandma said that,
"When you have someone that important to protect, you will become stronger."




I got new novels... :[)

Saturday, 2 July 2011


Hi,
this is my first post for July.

Pagi tadi,
1M 1S 1M, ntah la apa faedahnya buat time2 macam ni.
Kalau nak buat, buatlah time awal2 tahun,
Ni dah nak hampir exam kau baru sibuk nak buat.
Kacau tumpuan students je.
Bila result students low, kau bising pulak.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
OK !!!
Cukup membebel pasal tu, nih nak citer,
Hari ni, orang2 atasan Syarikat Alpha Elite celebrate untuk kejayaan kat Konvensyen PUM Terengganu minggu lepas.
Lepas makan kat McD. Kitorang jalan2 kat TTC.
Ada PC Fair, skali ngan gerai buku.
Aku beli 2 novel baru, dua2nya karya Hilal Asyraf.


~~~~~~~
First
~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Permulaannya pun dah best, nak teruskan membaca,
terpaksa tangguhkan homework.
Novel ke-12
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~
Second
~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yang ni tak baca lagi.
Novel ke-13
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I got a new case.
And it's very very dangerous.

Sakit kepala, der........

Wednesday, 19 January 2011


Homework makin banyak,
buku skrap dah nak kena buat,
pembentangan tak lama lagi,
kelas tambahan dah nak start,
TOV dah dekat,
Sakit kepala,

memikirkan semua,
masalah bertimpa,
tiada kesudahannya.
(baca dalam nada rap)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dah lama tak 'post' kat blog nih. Tak sempat. Homework tak payah la nak bagitau. Memang banyak. Campur pulak dengan kelas tambahan yang bermula minggu ni dan diselia oleh pengetua sendiri.

Kalau dulu aku boleh online sampai 4-6 jam sehari, sekarang ni nak online 1 jam pun tak sempat. Minggu ni aku online lebih kurang 20 minit je. Itu pun untuk cari maklumat pasal pembelajaran.

Buku rujukan pun dah bertambah. Novel pun makin bertambah.


Novel ke-8 milik ku

Novel ni aku baru je beli dua hari lepas. Masa tu aku tengah cari buku rujukan untuk KOMSAS kat PSI 1. Sambil beli rujukan, beli novel sekali. Novel ke-6 aku belum habis baca lagi. Novel ke-7 tak sentuh pun lagi.

Nak buat macam mana, masa terluang sangat terhad. 7 pagi sampai 5 petang, berada kat sekolah. 10 jam berada disekolah. Kat rumah 14 jam. Tolak 5 jam tidur, tinggal 9 jam. Buat homework, aktiviti2 untuk rohani. Tinggal sikit je masa terluang.

Semoga aku dan teman2 seperjuanganku dapat menghadapi hari-hari mendatang dan cabaran serta dugaan dengan lancar.....
Amin.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Happy Birthday
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Happy birthday untuk kawan aku yang chumell ni, Nadhirah.
Sory terlewat wish 1 hari.
Hadiah dah ada. Nanti aku bagi yep...
[18 January]

Harus bagaimana lagi..........

Thursday, 13 January 2011


Dah seminggu tak bercerita kat sini.
Antara perkara yang berlaku minggu ni:
~Jam hilang disyaki di curi oleh ###### tu.....
~Merentas desa......
~Novel baru.....
~Aku terkejut...



~First~
Jam kesayangan aku hilang.
Hilang tanpa kesan. Memori aku pasal jam tu hilang terus. Dan, berdasarkan saksi, iaitu adik aku sendiri, berkemungkinan jam aku dicuri oleh dua pupu aku sendiri. Nak tuduh terus, kalau dia betul2 tak buat jadi fitnah pulak. Tapi, ###### tu memang ada ada rekod pasal mencur
ik ni. Parents aku sendiri cakap, ###### ni memang dah banyak kali curi barang orang. Motif dia untuk mencurik pun ada, dia memang tak puas hati ngan aku disebabkan perkara yang tak boleh diceritakan kat sini. Kawan-kawan rapat aku je tau pasal ni.

~Second~

Merentas desa.
Latihan hari Isnin dan Selasa. Hari Rabu, kaki aku kejang. Hari Khamis(hari ni), pertandingan. Nasib aku kurang baik. Lebih kurang 400 meter daripada garisan penamat, perut aku jadi sakit sangat. Terpaksa berhenti berlari. Sepatutnya, aku dapat tempat ke-12 untuk tingkatan, tapi perut aku punya pasal aku terpaksa berhenti dan tengok saja orang lain pintas aku.Lama jugak aku terpaksa berhenti sebelum sambung balik berlari. Aku dapat no. 18 rasanya. Biar ar. Dah nasib.


~Third~
Novel baru,
Aku baru je beli novel baru tadi. Sindrom VX.
Amboi, novel "Penyiasat Masjid" belum habis baca dah beli yang baru.




~Fourth~
Aku terkejut.
Terkejut dengan banyak perkara. Salah satunya, tekejut disebabkan soalan daripada seorang kawan aku yang agak rapat. Hampir behenti je jantung aku disebabkan soalan dia tu.
Terkejut disebabkan salah seorang kawan rapat aku, kata-kata dia amat mendalam dan menyedarkan diri aku. Dan kata-kata dia juga menunjukkan betapa jauhnya aku perlu berfikir.
Dan sekali lagi aku jadi budak "feeling". Aku dengar lagu2 berkaitan cinta, terutama lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir.


P/S: To my lovely friends, F dan N. Relationship korang makin kukuh sekarang ni. Dari pandangan aku, memang jelas. Semoga berterusan. :-)........

Koperasi.....shopping.....novel baru....

Thursday, 30 December 2010


3 perkara ini berlaku dalam 2 hari. 3 things in 2 days.

=`=`=`=`=`=
Koperasi
=`=`=`=`=`=

Selama 2 hari ahli2 koperasi dan guru koperasi bertungkus-lumus menyiapkan peralatan bagi hari pendaftaran. Banyak gila buku. Bertingkat-tingkat. Jumlah semua buku dalam koperasi masa tu maybe dalam 4,000-6,000. Mungkin lebih.
Kat kiri, buku log. Kat kanan, buku garis. Belakang, buku petak. Pendek kata, aku dikelilingi buku.


Tiba hari yang dinanti, 30/12/2010 (hari ni la)....
Aku bertugas menjaga kaunter form 4 bersama my pinky friend, Akma. Sebelah aku pulak, kaunter form 5 yang dijaga oleh Syafiq. Aku dibantu oleh beberapa sukarelawan diketuai Naim.

Sibuk wehh. Buku ko-kurikulum pulak ada sedikit masalah. Tertukar yang menengah atas dengan menengah rendah. Kalau pengetua tahu, naya la kitorang.

-#-#-#-#-#-#-#
Shopping
-#-#-#-#-#-#-#
Lepas je siap kemas buku2 lebih. Kutip semua sampah. Aku, Azhar, Syafiq dan Shukri pergi ke Sabasun HYPErUNCIT.

Beli alat tulis yang patut. Beli wedges, BBQ beef, butterscoth bread. dan 2 buah novel.


*^*^*^*^*^*
Novel Baru
*^*^*^*^*^*
Ini la novel yang aku beli tuh. Merangkap novel ke-5 dan ke-6 aku.


Penyiasat Masjid
Siri ke-2 untuk
Detektif Bertudung Hitam.
Karya Bahruddin Bekri


Ketua Bilik LA101
karya
Ezze Rahmani



P/S: Tahniah pasukan bola sepak Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki. Yang penting, kemenangan pasukan negara memberikan cuti hari Ahad ini bagi negeri Terengganu. Boleh la nak siapkan homework2 yang tak siap lagi tu.

Novel Fever, Perubahan, Happy birthday........

Monday, 20 December 2010

#Novel fever......# Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh jadi suka baca novel. Dulu aku selalu beli komik Kreko, tapi sekarang tidak lagi. Kreko digantikan dengan novel. Sejak Syahin kenalkan aku dengan novel "Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi", aku jadi suka baca novel. Hari Sabtu(19/12), aku pergi Sabasun HyperMarket. Ternampak la novel, banyak. Aku beli dua novel. Sabasun jual murah sket dari harga asal. Aku beli, "Detektif Bertudung Hitam" dan "Kita Hanya Di Seberang Jalan".

"Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi"
Novel pertama yang aku baca. Menjadi inspirasi kepada novel yang aku tulis sekarang. Sangat menarik. Bergerne dengan supernatural aksi, pengembaraan dan remaja. Aku pinjam dari Syahin.


"Akedemi Gemilang 2: Jejak Kuasa Alam"
Bahagian ke-2 akedemi Gemilang.
Jugak pinjam dari Syahin.


"Akedemi Gemilang 3: Kunci Dimensi"

Bahagian ke-3 Akademi Gemilang. Novel pertama yang aku miliki.
Hadiah daripada penulis novel ni, Kak Hani Ismail.
Thanks, kak.


"Gerhana"
Mengisahkan pertembungan ruang masa yang berlaku antara 2010 dan 2110.
Pertembungan dua remaja dari kedua-dua ruang masa yang seiras wajahnya.
Semuanya disebabkan gerhana yang berlaku.
Novel ke-2 aku miliki dan yg pertama yang aku beli sendiri. Bergerne supernatural dan remaja.


"Detektif Bertudung Hitam"
Mengisahkan seorang perempuan yang pemalu. Mendapat kerja sebagai kerani, tetapi melakukan kerja2 detektif untuk menyiasat satu kes pembunuhan.

Bergerne remaja dan pengembaraan.

Novel ke-3 yang aku miliki.
Aku berjaya habiskan dalam lebih kurang 30 jam untuk baca novel ni.



"Kita Hanya Di Seberang Jalan"
Novel ke-4 yang aku miliki. Tak baca pun lagi.
Berdasarkan sinopsis, novel ni bergerne remaja dan cinta. First time aku beli novel cinta macam ni.
Geng aku cakap aku dah jadi jiwang beli novel camni. Ye la, sebelum ni aku memang anti novel cinta.


"Adi Gempa: Evolusi"
Pinjam dari Syahin.

Mengisahkan sekumpulan manusia yang mempunyai kuasa supernatural. Pertembungan teknologi antara Rusia dan Amerika.

Babak pertarungannya memang menarik. Aku suka sangat bahagian pertarungan.
Antara inspirasi untuk novel yang aku tulis.
Bergerne remaja, pengembaraan, aksi.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Novel yang menjadi sasaran aku seterusnya:


"Penyiasat Masjid"
Sambungan novel "Detektif Bertudung Hitam"






<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


#Perubahan.....#
Teman2 rapat aku cakap aku dah jadik jiwang. Apasal pulak ?? Takkanlah sebab dengar lagu2 jiwang, beli novel cinta dan "sedikit" perubahan pada sikap aku menjadikan aku jiwang.
Aku anti-jiwang tapi keadaan sekarang boleh dikatakan terbalik. Waaaaaa !!! ;((



~~~~~~~~@@@@@@@@@@@@@~~~~~~~~
Happy birthday to you:
MY BFF
CT Syafiqah

Good luck for next year and thanks for be my friend.

[NO TITLE]

Monday, 21 June 2010

Wahhh....dah lama aku tak update blog ni. Okay. Post ni tak de tajuk.

Tahniah kepada kontinjen SUKMA Terengganu yang berjaya menjuarai SUKMA ke-13 di Melaka. Pasal mereka semualah Terengganu dapat cuti free hari ahad depan. Thanks to them.

Kelmarin buku Akedemi Gemilang 3: Kunci Dimensi dah sampai ke tangan aku. Best ar buku ni. Lebih best dari buku Akedmi Gemilang 1 dan 2. Karya Kak Hani Ismail@Izza Aripin memang mengagumkan....(he h...puji lebih2 la pulak) Buku yang aku dapat pulak special sket sebab ditandatangani sendiri oleh Kak Hani. Thanks Kak Hani. Saya akan menantikan Akedemi Gemilang 4 yang akan datang.



cover depan yang bersinar-sinar


tandatangan special daripada Kak Hani

Mid-Year exam ?
Tersangatlah teruk. Takde A langsung............
Ape2 je la. Memang dah target dapat rendah. Masa belum exam, takde semangat langsung. Tu la akibat takde semangat untuk exam. Biarlah ia berlalu. Pandang ke hadapan. Masa masih ada tetapi semakin singkat.

SPM = 17 bulan saja lagi......................

I will try to regain my spirit back. I will try harder next time.

See you soon.