Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

Nukilan di malam raya

Thursday, 8 August 2013

Perginya bulan Ramadhan kali ni.
Sekejap je rasanya.
Ramadhan ke-2 aku di perantauan.

Assalamualaikum, semua...
Dah 5 hari sejak aku sampai ke Terengganu ni.
Nothing much change actually.
Anyway, tak kisah la.

Untuk raya kali ini, seperti biasa,
aku balik dengan bas yang disediakan
oleh GATE (Gabungan Anak Terengganu) CFS IIUM.
Tapi, kali ni perjalanan dia lama sket daripada biasa.
Kalau biasanya pukul 5 lebih dah sampai,
kali ni around 7.30 baru sampai.
Banyak berhenti, untuk sahur lagi, tunggu bas lain lagi.
Malam tu 9 buah bas untuk students Terengganu,
konvoi raya la maknanya.

First day sampai sini,
tak duduk diam.
Sampai Terengganu around 7.30 pagi,
pukul 9 pagi terus drive pergi Pasar Marang dengan family.
Balik pukul 1 lebih, pukul 3.30 keluar balik
pergi tempah untuk Iftar Kindian's 2011 ngan Siti.

Harapan awal untuk dapat kedai yang dekat dengan
masjid tu hancur bila tuan kedai tu ngan slumbernya cakap,

"Esok takdop doh, arini je kedai buke."
"Ye dop pokcik."
"Arini je buleh tempoh adik."

Aku & Siti melangkah keluar dari kedai tu dengan hampa,
memikirkan langkah seterusnya.
Lalu kami bertemu kedai ni.

Din's Bistro Seafood Restaurant
Susah giler weh nak fikir menu semua ni.
Nasib baik ada pekerja kedai tu yang tolong bai cadangan.
Tu pun miscalculation.
Bajet asal yang tak sampai RM 400 jadi RM 465.
Siakap bakar punya pasal & boys yang tambah nasi ngan air.
Anyway, tetap happening diorang tu walaupun aku macam senyap je kot... -_-"

Selang sehari,
keluar lagi, kali ni ngan geng giler-giler, that's us !
Tapi, tak semua yang dapat ikut.
5 orang je. 


Tapi, still happy jugak.
First time pergi Giant Gong Badak.
Ermm...good looking. Better dari Giant KT kot, tapi kecil sket.
Then, ambil gambar kat pantai,
dan macam biasa, aku akan jadi photographer.

Sis Nadya & Sis Tisya
My unbiological sisters
Aku suka gambar ni.
Walaupun just ambik ngan phone, lawa kot.

After that,
buka puasa kat Giant KT.
Tu kelmarin punya cerita.

Malam ni dah malam raya dah.
"Dah raya la weh !!!"

2012 : Year of Challenge and Desperation

Tuesday, 1 January 2013


Assalamualaikum.
Another long break from blogging.
I'm having boring days since my holidays started.

Year of Challenge and Desperation.
Bagi aku, tajuk tu sesuai dengan tahun 2012 untuk hidup aku.
Lebih banyak perkara buruk berbanding perkara baik.
yang berlaku dalam hidup aku bagi tahun ni.

Selain tu, aku kurang aktif sebagai blogger,
buktinya, jumlah post untuk tahun 2012 mencatatkan penurunan berbanding
tahun-tahun yang sebelumnya.
Mungkin kekurangan masa, cerita, & idea.

Untuk tahun ni,
dari segi sosial, aku dapat 2-3 orang kawan rapat. Yup, dalam 2-3 orang je.
Pelik kan ? Dalam setahun cuma banyak tu je kawan rapat yang baru.
Tapi, itu la fakta tentang aku, aku susah nak bergaul, apatah lagi mendapatkan
seorang kawan rapat.
Lebih teruk lagi, aku susah nak percayakan seseorang, melainkan diorang
tu aku dah anggap teman rapat.
Kebiasaanya, untuk teman-teman rapat aku, dikalangan kitorang akan
ada nickname atau panggilan tertentu. (Ex: Kakak, Nenek, Doranifa, Ralf, Semek, etc..)
Itu la antara tanda-tanda special seseorang tu kawan rapat aku.

Back to the title;
'2012: Year of Challenge and Desperation',
here the review of my 2012 life base on the post of this blog.

.............................................................................................
Januari
'''''''''''''
Dapat lesen P untuk kereta. Takde benda lain yang menarik berlaku.
Hari-hari berlalu sementara menunggu keputusan SPM keluar.

Februari
'''''''''''''''
Pertama kali menjejak Langkawi, trip anjuran Koperasi SMKDRI.
Happy dapat pergi ke sana, banyak tempat best. By the way, di penghujung lawatan
berlaku sedikit perkara negatif.
Selain tu, hari-hari berlalu tanpa ada benda yang menarik berlaku selain ditemani novel-novel.

Mac
'''''''
Outing sket dengan friends.
Result SPM keluar. Dapat 5A je. Agak sedih pasal tu. Camne pun, tu dah jadi
sejarah, dan aku dah tak nak ingat sejarah lepas.
Then, sibuk dengan portal UPU, pilih course sana, pilih U sini.

April
'''''''''
Banyak aktiviti tentang sambung belajar lepas SPM.
Pergi Karnival Mara, apply UniKL.
Dapat tawaran dari UniKL terus sedia untuk sahkan tempat sebgai backup
untuk sambung belajar. Dapat jugak tawaran dari GMI & Matrik Gambang.
Akhir sekali, last reunion 5 Al-Kindi 2011.

Mei
''''''
Blog ini secara rasminya bertukar wajah.
Dapat tawaran untuk ke UIA. Doaku termakbul. Alhamdulillah.
Maka, persediaan untuk ke sana mula dibuat.
Outing last with some friends.
Having gathering for IIUM buddies from all over Terengganu.
Selain tu, aku beli handphone baru, Nokia X2-02.



Jun
'''''''
Aku mula menjejakkan kaki ke UIA.
Melalui masa sukar sebagai pelajar first-year. I got a little culture shock.


Julai
'''''''''
I bought an Asus Notebook. My first personal notebook.
Ulang tahun ke-3 untuk blog ni.


Ogos
''''''''
Kali pertama berpuasa di perantauan.
Even aku baru first year, aku join jugak FSCC & aku dilantik sebagai
setiausaha untuk biro aku.
Bila cuti, dapat balik ke Terengganu & sempat berpuasa di sana.
Sempat jugak berbuka puasa dengan friends. Then, konvoi raya dengan kawan-kawan
rapat aku.

September
'''''''''''''''''
Kem bersama FSCC di N.S.
First time berlakon depan orang kat kem tu.
Having a great time at the camp.


Oktober
''''''''''''''
Takde benda menarik berlaku.
Rutin harian yang agak bosan.

November
'''''''''''''''''
Having hard time. A lot of bad things happened to me.
My first semester at IIUM gone wrong, and that situation became
my life's turning point.
Aku menghadapi tekanan yang kuat sejak itu.
Tapi, ternyata sikap berpura-pura aku menyembunyikan semua tu dari 
orang lain.



Disember

''''''''''''''''
Juga tiada catatan menarik untuk dikongsi selain
trip aku bersama family ke Kelantan. Aku banyak drive time trip tu.
Satu pengalaman baru bagi aku.
Selain tu, aku cuma duduk rumah dengan rutin harian yang
membosankan.


.............................................................................................


We are gathering under the sun that shining

Sunday, 20 May 2012


18 Mei 2012
````````````````

Last gathering untuk Sarang Geng sebelum beberapa orang ahlinya
melangkah ke universiti masing-masing.

 

Another sweet memory untuk aku yang menjalani hari-hari terakhir di Terengganu
sebelum aku bertolak ke >sana<.
I will miss you guys.
We took a lot of pictures.
Playing at the beach.
We also eat a lot. 

Kat Pantai Cendering ni jugak aku berjaya hasilkan beberapa gambar.
Dah lama tak snap gambar-gambar camni.
Korang tengok-tengok la gambar-gambar kat bawah ni ea.
Sekian untuk post ini.





 

A story of shopping with various buddies


Sambungan dari post lepas: A story of picnic with various buddies
...................................................................................................

Setelah kitorang berpecah,
group kitorang menuju ke Giant KT.

Kebetulan jalan masa tu jam, orang baru balik kerja.
Nasib baik ada alternative way.
Masa sampai pulak parking banyak kosong, tak payah tunggu lama-lama.

Kitorang takde la beli barang banyak sangat. 
Orang tu siap bawak troli, barang dalam 3-4 je. 
Saja nak main troli kot.
Macam budak-budak.("-_-)

Lepas keluar dari Giant, group kitorang berpecah lagi.
2 orang dah nak balik.

Kitorang sambung jalan-jalan kat Mydin.
Kak Nadia dan Kak Pikah tolong aku pilih 
tie, tali pinggang dan dompet.

Kak Nadia pilihkan tali pinggang.
Nice design, boleh laras, harga pun "nice" tapi berbaloi la.
Kak Pikah pulak tolong pilihkan tie dan dompet.
Tie putih, design pun okay.
Beg duit pun cool. Banyak ruang, tapi takde tempat nak gantung key chain 
"male Hello Kitty" yang Asmaa' bagi tahun lepas.

Time kat Mydin tu, berlakunya beberapa kejadian yang 
merumitkan fikiran aku.
Aku diserang secara mental dengan hebat oleh Pakatan Penyerang Mental(PPM).
Serangan diorang terlalu hebat sampai menarik perhatian orang sekeliling.
Aku tak dapat nak buat apa-apa, aku larikan diri je.

Semuanya tamat bila aku pulang ke rumah dengan selamat.
Hilang semua tekanan fikiran. Huh !

A story of picnic with various buddies.


17 Mei 2012
````````````````
Setelah sekian lama tertangguh,
akhirnya, hajat dia tercapai jugak.

Alia dah lama rancang picnic ni, dah berbulan-bulan,
sebelum SPM lagi, asyik tertangguh je.
Thanks for the spagheti.

Overall, very good.
Cuma, part menghidupkan api je la spoil sket.
Yang lain just good.


Tapi,
salah sorang daripada kami hilangkan diri sekejap.
Aku tak syak apa-apa.
Then, dia (dikenali  sebagai S), muncul dengan kereta ala-ala vintage.

Tiba-tiba,
A dan D berlari ke arah S,
then, diorang berjalan dengan laju ke arah aku ngan Asyraf,
kebetulan aku ngan Asyraf tengah sembang pasal sonething.

Maka,
terdengar la nyanyian lagu paling banyak dinyanyikan di dunia sejak dulu,
"Happy Birthday to You"



Suprise birthday for Fariz(me) and Asyraf.
Aku mula-mula tercengang-cengang. 
Apa taknya, birthday aku seminggu lagi.
Takpe la, aku terima je.
Thanks korang.

Lepas abis picnic, kitorang berpecah.
Aku menuju ke suatu tempat yang lain bersama kumpulan aku.

P/S: menanti birthday present daripada seseorang, tapi tak tau bila lagi kami boleh jumpa.

Bersambung ke post seterusnya...............
A story of shopping with various buddies

Another day of craziness

Monday, 23 April 2012


Salam.
Akhirnya, ada jugak aktiviti diluar ngan friends yang jarang jumpa 
sejak beberapa minggu ni.

Batu Burok Beach.
A lot of things happened.
Giler-giler la perangai.

Rasa lapang je pantai sebab tak ramai orang.
Of course, memandangkan kat Terengganu ni hari Ahad adalah
hari persekolahan dan hari bekerja.
Luas je pemandangan pantai.
Nak ambik gambar, tapi terlupa kamera.
Aduhai.

Kakak kena teruk sikit arini. Lama dah tak buat camtu.
(^_^)
Sorry kak ea. jangan terasa.
Kalau terasa,
jangan simpan dalam hati,
simpan dalam peti,
bila dah sejuk tak marah,
bila dah tak marah jadi cool,
bila dah jadi cool baru la comel... :)




Tu kitorang punya craziness.
Sekarang ni nak citer lak pasal craziness fans bola sepak Terengganu.
Kecoh kat kampung aku time Che Mat Jusoh (CMJ), dikerumuni diorang.
Dah la rumah CMJ depan masjid, tepi-tepi tu banyak rumah orang lain lagi.
Ganggu je.

Then, good news, MB nak campur tangan.
Siap la bila Abg Mat Said dah masuk line. 
Memang ada yang akan berubah punya, macam time krisis pemain import dulu tu.
Abg Mat kalau bab sukan memang best. Tapi, untuk sukan je la.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
BIRTHDAY !
```````````

#Nadiah (22 April)

#Nellysa a.k.a Mak Cik Nell (18 April)


Happy birthday to you guys.
Semoga life korang dipenuhi pelangi-pelangi indah.
May Him bless you girls.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Aku nak citer dua benda......(feat Usop)

Saturday, 21 April 2012


Apa khabar, blog ?
Kesian kau. 
Dah nak dekat 4 hari aku tak jenguk kau.
Maaf ler. 
Bukan tak nak post, cuma tak ada cerita menarik nak kongsikan kat sini.


Bak kata >Ezatty< dalam blog beliau;

"dulu mmg byk story yg nak cerita sbb stiap hari perkara berbeza yg aku lalui.. (kat skoloh ) skrg ni rutin ak samee je. pagi bgn , makan , online , tolong mak masok , tgk tv sat , online tgk tv online.. sampai malam. awal2 emang rase WAHH ! NIKMATNYAAAA CUTI PANJANG.. tpi skrg, haishh, boleh aku nak masuk skolah balik ? :("


Tapi sekarang,
aku dah ada benda yang nak diceritakan.
Baca ea !

Pada suatu hari, burung-burung berkicauan hari itu.
Ada yang berkerja, ada yang bergembira
............................

Please stop that !!!

.......................................

Tengok, merajuk pulak dah Abg Usop.
Takpe.

Now, cerita sebenar.
Kolej Yayasan Johor call. 
Dia tanya aku nak masuk tak kolej tu.

Aku pun bermonolog,
"Ish, awalnya call. UPU tak keluar lagi."

Aku balas,
"Tak confirm lagi la encik, nak tunggu UPU dulu."

Bla, bla, bla, bla..............................

Last, dia cakap,
"Kalau macam tu saya akan call "Encik" Faris sekitar 1 Mei nanti untuk pengesahan. 
Terima kasih "Encik" Faris.

Lepas ni, maybe aku akan tolak terus je kot.
Aku dah ada pilihan lain.

UniKL pun dah terima acceptance form aku.
Baru je check tadi.
So, kalau takdir menentukan tempat aku adalah di UniKL,
13 Mei ni adalah hari pendaftaran aku.

But, UPU is still there.
Just wait and see. 

Ada satu benda lagi ni,
Koperasi SMKDRI baru je buat e-mail baru,
e-mail tu pulak akan digunakan untuk pembinaan laman web.
Laman web tu akan dibuat oleh pihak 
ANGKASA(Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad).

Tak tau sama ada laman web tu kumpulkan semua koperasi seluruh Malaysia
atau
setiap koperasi akan miliki laman web sendiri.
Aku nak bagi alamat e-mail koperasi SMKDRI kat sini,
tapi, memandangkan e-mail tu still tak rasmi, nanti la dulu.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
BIRTHDAY !
```````````

#Engku Faris a.k.a >Kupareh< (15 April)

#Hadrami a.k.a >Domi Domo< (18 April)

#Bukhary a.k.a >Korie< (21 April)


 Happy birthday to you guys. May Allah bless you.
Make sure you don't waste your life.
Happy Birthday !!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Cinta dan Masa Depan yang Indah

Saturday, 31 March 2012


Wokeh !
Sekarang ni,
aku nak citer sket.
Sejak beberapa hari ni aku perasan ada satu atmosfera aneh dah melanda kawan-kawan aku.
Tapi, bukan di dunia realiti. Atmosfera yang aku maksudkan berlaku kat facebook, atau nama panggilan beliau FB.

ermmm....

Ape nak cakap neh ?

Ok.
Senang citer macam ni.
Sejak beberapa hari ni kan, aku perasan yang ramai kawan aku post something berkaitan teman hidup, masa depan, hubungan lelaki@perempuan Islam, dan yang sewaktu dengannya. 
Ni aku bagi contoh sket.


*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Post oleh: Syazatty Alydrus

~Tak Perlulah kita mencari pemilik TULANG RUSUK ini kerana pemilik itu sendiri akan mencari tulang rusuknya sendiri ... :') ♥♥

*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Post oleh: Afiqah MYusof
DALAM DIAM..
Dalam diam, kamu LIHAT facebook dakwah
DIA..
Diam-diam, kamu TERTARIK dengan
penulisannya..
Diam-diam, kamu SUKA gaya bahasanya.. ♥
Diam-diam, kamu MINAT dengan cara
penyampaiannya..
Diam-diam, kamu COPY status di wallnya..
Diam-diam, kamu IKUTI perkembangannya..
Apa pun kamu buat, dalam DIAM saja..
Kamu diam dan terus berdiam kerana diam
menjadi PILIHAN,
untuk KEBAIKAN diri kamu sendiri.

Berjihad menentang nafsu ! :) Allah akan pertemukan anda dgn org yg baik2 . insyaAllah . Klau suke , DIAMkn sahaja . luahkan dlm doa . Assalamualaikum ♥
 
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Post oleh: Nur Damia

 ~~women was made from da rib of men, she was not create from his head to top him,not from his feet to be stepped upon, she was made from his side to be close to him,from beneath his arm to be protected by him n near his heart to be love by him~~

 *^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Post oleh:  Goku Son

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya."
(Riwayat Muslim)
 
 *^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^
 
Post oleh: Syarah Syazana 
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, dan Kami ciptakan kamu itu berbangsa-bangsa serta berqabilah, agar dengan itu kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu maha berilmu lagi mendalam pengetahuan-Nya” [Al-Hujuraat 49: 13]
 
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Kat atas ni sebahagian post-post yang aku ambik daripada friends aku kat FB.
Ada banyak lagi, tapi aku ambik 5 je.
So, sekarang korang dah faham apa maksud aku ?

Conclusion time !

Bagi aku, ini tak la menghairankan.
Sebab umur korang dah nak masuk 18 tahun, termasuk umur aku jugak.
Korang bakal melangkah ke alam baru selepas ini.
Dan, aku nak cakap,

YOU GUYS EARN MY RESPECT !!!

Kenapa aku cakap macam ni ?
Korang tau macam mana keadaan kebanyakan remaja Malaysia sekarang kan?
Terutama kat pantai barat, pantai timur pun tak ketinggalan.
Kebanyakan diorang lebih berfikir soal 'couple', nak bersosial, nak berseronok, relax,
langsung tak fikir pasal masa depan, tak fikir apa yang sepatutnya diorang buat dengan waktu remaja mereka.

 Tapi, apa yang aku dapat simpulkan daripada post-post friends aku kat FB,
diorang ni bukan macam kebanyakan remaja yang aku cakap tadi. 
Segala pujian bagi-Nya.
Friends aku tak tergolong dalam golongan remaja seperti yang aku cakap tadi.
Aku harap post tu memang menggambarkan apa yang ada dalam fikiran korang dan ia berkekalan sebagai pegangan korang. 
Dengan tahap pemikiran macam tu, korang dikira dah bersedia untuk menghadapi dunia baru yang akan datang tak lama lagi.
So, good luck untuk korang.

Semoga kita tidak sesekali terkeluar dari landasan Islam kita. 
Semoga kita mendapat cinta dan masa depan yang indah.
Semoga pegangan kita tetap teguh walau di mana kita berada.
Semoga kita selamat daripada fitnah.


Penutup:

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' 
(Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)



 

Kenderaan idamanku........

Monday, 27 December 2010

Buzz !!
Setelah sekian lama bercuti, hari ni aku dan beberapa kawan yang lain akhirnya menjejakkan kaki di dalam kawasan sekolah. Ada yang tolong cikgu, ada yang bersihkan koperasi, ada yang terlibat dengan PRS.

Dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Sepatutnya, sampai pukul 1 je, tapi lepak punya pasal+main basketball. Sekolah mengalami sedikit perubahan. Kantin diselenggara. Atap2 bahagian koridor ditukar. Lupa lagi nak ambil gambar.

Aku baru jumpa beberapa kenderaan yang menarik perhatian aku.

********************************************

**********************************************
Honda CBR 250RR (2011)
Body smart. Wow.
Harga ? Tak yah cakap ar.
Memang tak termampu.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Buggati Veyron 2011

#########################################

####################################
Nissan GT-R 2012


Semuanya tak termampu nak dibeli buat masa sekarang. Nama pun kereta idaman.

Esok nak main badminton. Lusa nak main bowling. Harap dua-dua aktiviti ni berjalan seperti yang dirancang la...

Kebebasan, SPM, Happy birthday.

Saturday, 18 December 2010


No, no, no.......
Dah 18 Disember, sket je lagi nak masuk 2011.
2011, kebebasan untuk enjoy, relax, main2, buat2 bodoh, sembang kosong semestinya akan berkurang dengan sendirinya.

>>Apasal pulak ???<<
Adui la, tak sedar lagi ke ? Semua pelajar yang lahir tahun 1994 akan menghadapi S+P+M= Sijil Pelajaran Malaysia.
Bukan Super Power Monster ok. Hollywood tak buat lagi filem tu.

>>Reaksi kau ???<<
~Excited. Ye la, dah 4 tahun jadik junior. 2011 jadik senior la pulak.
~Tension weh. Sure banyak kem situ, kem sana. Aku ni dah la jenis malas pergi kem2 nih. Homework ?? mesti banyak punya.
~Happy. Dah tak lama lagi untuk tinggalkan alam sekolah menengah.
~Semangat. Nak lawan bebudak kelas aku. First battle, TOV. Bulan Januari. ha ha. awal giler exam.

>>Maklumat terbaru tentang SMKDRI ???<<
SMKDRI dapat cikgu Physics yang baru. Dari sekolah yg sama ngan pengetua. Kelas Al-Kindi, Al-Razi, dan Al-Biruni, fiziknya akan diajar oleh Cg. Zaleha.


~~~~~~~~#################~~~~~~~~
Happy Birthday to:

One of my BFF/little sis
Afifah@Eifa@Afif@Poh

Cepat2 buat lesen yep.


Ex-SMKDRI,
Zuhairi@Jeri

Walaupun dah lama tak jumpa, internet menghubungkan kami.
Streamyx, pilihan saya. ahackss...


Faqi's brother@my junior,
Fakhrul

~~~~~~~~########################~~~~~~~~~
Nak outing sekali lagi. Tapi tak confirm lagi.
Tuisyen. Tak confirm jugak.
Hujan ke esok ?. Tak confirm.
Aku dapat kasut baru ?. Tak confirm jugak.

Post ni dah abis ?? A'ha, yang tu confirm.....ha ha..

Suprise Cake + BBQ + Message.

Friday, 10 December 2010


Yuhhhuuuu !!!!



Happy Birthday Aiman and Fathi
Celebrate awal 2 hari.


Bar+beku


Dengan semangatnya beliau, Alia


Arif@Yong tertangkap ketika mem'BBQ'kan ayam
Terkejutz beliau.


Makan je kerja. Katanya nak tambah berat badan.
Siti si kecik.


Gambar di atas menceritakan apa yang telah berlaku.

Jamuan akhir tahun PUM akhirnya berjalan jugak. Sekali dengan suprise kek untuk birthday Fathi ngan Aiman. Dan Fathi juga dapat hadiah dari orang tu. Special beb. Tapi, Cg. Zainun duk perhati je masa Fathi diberikan hadiah tu. ha ha.

Cikgu. Jangan salah faham yep. Diorang tak kapel.

Nak hidupkan api punya la lama. Arang masalah betul la. Tapi, lepas hampir sejam berusaha jadik jugak.

Berlangsungnya Honda Cream Battle. Pertarungan menconteng arang ke muka ......eh silap......menconteng cream kek. Syah the Wave 100 VS Eika the Icon.
Abis motor Syah jadi motor cream. Lawa beb motor kau.
Yang peliknya, Syahin the Scooter pulak jadik mangsa. Ibarat Syah dan Eika berperang, Syahin tergolek di tengah2.

Pukul 11 pagi start keluar rumah, pukul 7 lebih baru balik. 8 jam tu. Baju pulak abis bau asap. Adui la. Nasib baik parents tak marah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ermm.....
Pagi tadi, aku tunjuk mesej2 yg 'A' jahat hantar kat Alia. Dia siap ketawa pulak. Tapi, memang patut pun. Aku tunjuk sekali kat Faiz, Muiz ngan Fathi. Semuanya sama je. Ketawa jugak. Ye la mesej2 yg tak masuk akal. Walaupun aku marah kalau dia hantar mesej, tapi kadang2 nak ketawa jugak baca mesej2 yang menunjakkan dia ni seorang yang kurang bijak. Ataupun mungkin dia ni dah hampir hilang kewarasannya.

Apa2 pun,
STAY SAFE !! PEACE !!

Anda tak perasan ?? Atau buat2 tak perasan ??

Thursday, 2 December 2010


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.



15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.





Aku benci kau !!!

Friday, 29 October 2010


Aku melalui minggu ini dengan baik sekali.
Tiada kesedihan. Tiada kesakitan. Tiada yang menyakitkan kepala.
Tiada masalah.

Namun, pada hari itu,
kemunculan kau memadamkan semua
kegembiraan,

Dalam masa satu hari sahaja, kau merosakkan minggu yang aku lalui ini.
Semuanya kerana kau,

ADD MATH !!!!

AKU BENCI KAU !!!!



That's it. Final exam is finally here. Everything is okay except for Add Math.
Geez......

Add Math, you sure kill me.....your the killer subject....

Story about holiday......bored? fun?

Saturday, 4 September 2010

Huh...
Cuti dah start la. Nak update blog semalam tapi ade makhluk yang kacau, terbantut habis plan aku.

Ermmm....
Ari Khamis aritu, ha ha... Tension giler. Terima kasih paper Fizik yg berjaya me'nension'kan aku. Section C page last skali aku tak jawab langsung.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hei, tinggal seminggu lagi nak raya. Bestnyer. Balik kampung ? Kampung aku dekat je. Tak jauh pun. Konvoi raya dengan geng2. Siap sedia la rumah sapa kena serang nanti.

Tapi, raya seminggu lagi, minggu ni semestinya bosan melanda. Adui la, geng, takde aktiviti ke ? Bukak puasa sama2 ke ? Bosan ar duk rumah, Asyik2 mengadap adik yang bising@suka kacau orang@menyakitkan hati aku je.

Ape2 hal, saya mewakili diri saya sendirik menngucapkan..............OPPPSSS......wei, lambat lagi la...seminggu lagi. rilex ar nak buat ucapan tu........hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Disebabkan kebosanan yang melampau, aku pun search la drama2 action Jepun. Aku jumpa la satu drama ni. "MR. Brain". Mr.Brain ni cuma gelaran untuk watak utama sebab dia tahu semua benda berkaitan otak. Otak dia pun memang bijak. Bekerja sebagai neuroscientist di Institut of Police Science. Teknologi pun hebat2. Memang sure tak ada kat Malaysia nih.

Ni link untuk cerita tuh,
http://www.dramacrazy.net/japanese-drama/mr.-brain/




Pelakon2 utama:
~Kimura Takuya~

~Mizushima Hiro~



Guest:
~Gackt~Kamenashi Kazuya~Sato Takeru~

Ni pelakon favourite aku he he.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok ar...tu je untuk stakat ni....see ya'

Holiday's activity

Wednesday, 9 June 2010

Best ar holiday minggu ni......tak bosan macam cuti2 sebelumnya.

Isnin(7/6/2010)

Bowling geng2 lelaki kat TER(Terengganu Equestrian Resort). Pukul 10.30 pagi dah main. Best awal2 tak de orang lagi. Disertai oleh, Rasydan, Muiz, Asyraf dan sepupunya. Ok ar. Rekod peribadi berjaya dibaiki lagi. Lepas main, pergi makan kat Restauran Terapung Kuala Ibai. Balik tu online macam biasa sampai malam.


Selasa(8/6/2010)

Pergi kat BITARA untuk buat lesen. Hari tu saja kena ceramah je. Pukul 8 pagi pergi. Tapi, 8.30 baru siap daftar. Beratur panjang giler. Masuk kelas. Mula2 ingat bosan. Tapi, cikgu buat klakar. Tak mengantuk langsung. Sesi pertama dari 8.30 pagi - 10.30 pagi. Sesi kedua pukul 11.30 pagi sampai 1.00. Sesi ketiga dari pukul 2.00 pagi sampai 5 petang. Sesi ketiga cikgu lain tapi tetap kelakar orangnya. Siap main ugut2 lagi. Letih woo bila sampai rumah.

Rabu(9/6/2010)

Best ar aini.. Main bowling lagi tapi kali ni group lelaki lawan group perempuan. Mari pukul 10.30, tapi pukul 11.30 baru buleh main. Lambat betul ar bowling buka. Pekerja tempat boling kata tengah buat maitainence. Group lelaki yang diberi nama "Love is Spin" dengan trademarknya "Never say Never" lawan group perempuan yang diberi nama "Crazlurve" dengan trademarknya "Whatever". Round 1 okay lagi main. Masuk round 2 prestasi jatuh sket. Tengah2 duk main Naim pulak telefon. Dia ajak pergi rumah my old friend, Adila. Dah lama tak jumpa dia, lebih kurang 7 bulan da....


Aku ngan Syahin

Fathi and Muiz


Rasydan yang selalu mengelak daripada diambil gambarnya


Alia, Siti, Pykah and Nadia

Lepas abis main, group lelaki beli burger ayam. RM 2.60. Maybe harga dia agak mahal tapi ingredient dia padan la dengan harga. Siti pulak oleh sebab kelaparan beli burger daging. Masa dia makan sempat lagi buat gaya gediks dia. Aku pulak try telefon Naim, tapi perempuan yang jawab. Ceh, Ain rupanya. Aku ngan Muiz balek dulu. Yang lain, main2 kat lagun.

Sampai kat rumah, solat jap. lepas tu gi rumah Adila. Dalam pukul 5.30 petang balik rumah dan mengonlinekan diri sampai sekarang.

Cuti2 aktiviti

Saturday, 1 May 2010

First sekali, saya nak minta maaf kepada Syahin, Nadia, Alia, dan Hidayah sebab tak pergi mesyuarat tu. Ada perkara yang menghalang saya untuk pergi. So, mesyuarat lain kali saya pergi la yep...

Opss.....esok cuti untuk negeri Terengganu dan negeri2 yang sewaktu dengannya. Nak buat ape esok ye ? Mesti la buat homework. Tapi, takkan sehari buat homework je memanjang. Tak ada ke kawan2 nak organize aktiviti2 untuk esok. Kalau ada please tell me.


Eh.....Exam tinggal 19 hari je lagi. All SMKDRI form 4 stundent, dah siap sedia ke? Kali ni tak nak jadi macam exam lepas punye.

Aku di ...................!!!

Friday, 5 March 2010

Aku bosan duduk kat rumah. So, aku keluar jalan2. Aku jalan kaki je. Sedar2 aku sampai kat sebuah taman. Taman tu penuh dengan pokok2 sakura yang comel2 gitu. Sedang aku berjalan-jalan sambil feeling di tempat yang aku sendiri tak tahu tu, aku ternampak beberapa orang manusia berpakaian segak ala2 agen FBI. Aku melihat wajah salah seorang daripada mereka lalu aku berkata dalam hati, "Eh, tu bukan Zaty ke ?". Tiba2 diorang mengeluarkan pistol yg biasa James Bond guna then diorang kepung aku..Aku cemas. Apa diorang nak ? Nak makan aku ke ? Daging aku bukan sedap pun(aku pernah rasa ke ?) Salah seorang daripada mereka yang wajahnya seiras ngan Zaty tu bersuara,

"Saya Agen Zaty dari Pejabat Penyisatan SMKDRI, ANDA DI TAG !!!"

Ceh, Zaty tag aku rupanya. Ingatkan apa tadi.

1) Bekas kekasih anda adalah:
~ x de pernah ade kekasih ~

2) Saya sedang mendengar:
~ lagu Innocent Sorrow dari Abingdon Boys School ~

3) Mungkin saya patut:
~ siapkan buku skrap Renyah ~

4) Saya suka:
~ siasat perkara yang tak penting~

5) Sahabat2 baik saya:
~ Rasydan, Syahin, Syafiq, Azhar dan beberapa orang lagi.~

6) Saya tak faham:
~ dengan sifat manusia, termasuk sifat saya sendiri ~

7) Saya kehilangan:
~ mood untuk belajar ~

8) Ramai yang berkata:
~ apasal hari sekolah lebih banyak dari hari cuti ~

9) Makna nama saya:
~ Faris = penunggang kuda, orang yg alim. ~

10) Cinta tu adalah:
~ perasaan yg ada dalam setiap manusia ~

11) Di suatu tempat, seseorang sedang:
~ bernafas ~

12) Saya akan cuba:
~ untuk menjadi orang yg lebih baik ~

13) Ayat selamanya bermaksud:
~ forever ~

14) Telefon bimbit saya:
~ ibarat laptop saya. ~

15) Bila saya terjaga dari tidur:
~ saya fikir apa yang saya perlu buat pada hari tersebut ~

16) Saya paling meluat bila:
~ Perempuan mengedikkan diri ~

17) Pesta/parti adalah:
~ sesuatu yang membuang masa ~

18) Haiwan yang paling comel saya pernah temui:
~ Kucing gebu ~

19) Peringkat umur paling menyeronokkan bagi saya:
~ 15 tahundapat ramai kawan baru terutama lepas PMR ~

20) Hari ni:
~ lebih baik dari semalam ~

21) Malam ni saya akan:
~ online sambil dengar lagu ~

22) Esok pula saya akan:
~ tengok ar lu ~

23) Saya betul2 ingin:
~ memiliki sebuah motorsikal Kawasaki Ninja ZX dan melanjutkan pelajaran ke Jepun.

24) Ketika anda melihat wajah anda pada cermin pagi ni:
~ saya menguap ~

25) Pusat membeli-belah atu arked permainan:
~ pusat beli-belah ~

26) Makanan barat atau Jepun:
~ dua2 best ~

27) Bilik yang terang atau gelap:
~ bilik yang samar2 ~

28) Makanan segera adalah:
~ makanan untuk orang yang malas masak ~

29) Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
~ ta taaaa ~

30) Siapa yang anda mahu tag:
~ Semua orang yang saya kenal ~

Begitu la ceritanya. Kemudian, Agen Zaty menghilangkan diri dari imiginasi aku. Tamat.......

Ceritaka ni tiada kaitan ngan sesiapa kecuali Syarifah Nur Izzati. Sori Zati. Sesuka ati je guna nama u ntuk buat cerita kat atas tanpa kebenaran. Ha ha.........