Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunyi...Bosan...Dan...Apa2 je la....

Saturday, 26 March 2011


Berakhirnya kejohanan olahraga MSSDKTS.
Hidup aku kembali bosan.
Sekarang, aku kembali ke meja belajar aku aku tinggalkan hampir seminggu.
Dan aku terpaksa buat homework yang cikgu bagi minggu ni hanya dalam masa dua hari.
Nasib baik homework math dah hampir siap.

Hari Khamis.
ada majlis aku janji form 5 dan form 3.
Tapi, aku tak ade kat sekolah hari tu.
Olahraga punya pasal la.

Pagi tadi aku pergi sekolah,
masuk kelas,
aku tengok target SPM atas meja classmates aku.
Kebanyakan memang target straight A's.
Tapi, ade jugak beberapa orang yang tak target macam tuh.

Ok,
Aku dah boleh lupakan semua tentang olahraga sekarang ni.
Aku boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada study.
Exam mid-year sebelum cuti pertengahan tahun.
So, aku nak study betul2 dan cuba dapatkan A untuk semua subjek teras.
Good luck to me...
See ya'....


"Flowing Sky"
22 March 2011
SMKSS


~~~~~~~~~~~~~~~~
Happy Birthday to:
~~~~~~~~~~~~~~~~
~ Ummi Aqeela [24 Mac]
~ Izzatul [25 Mac]
~ Nasrul [25 Mac]

And today[26 Mac]:
~ Amelina

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
#Semoga korang panjang umur dan berjaya dalam hidup.#
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Percutian yang tidak dirasai........

Saturday, 19 March 2011


Esok dah sekolah balik !!!
Tak merasa cuti langsung.
Nak cuti seminggu lagi....he he.
Sepanjang seminggu cuti,
asyik pergi sekolah je.
Macam tak cuti jugak.

Hari Isnin, 21 Mac 2011.
Hari perasmian Kejohanan Olahraga MSSMKTS.
Excited, Takut, Happy, dan macam2 perasaan lagi.
SMKDRI bertanggungjawab menguruskan pamplet aturcara.
Tapi, aku tak ingat nak mintak dengan cikgu.

Kalau boleh biarlah acara yang aku sertai tu, bukan pada hari Isnin,
Tangan aku cedera, terkena kaca semalam.
Luka tak la besar tapi dalam.
Sakitt !!
Sampai training pun terganggu pagi tadi.
Perlukan 2-3 hari jugak untuk sembuh.

########################################

########################################
"Tears of cloud"
16 Mac 2011
##########

Sejak aku terlibat dengan olahraga tahun ni,
aku perasan sesuatu yang berlaku kat diri aku.
Aku banyak lupa perkara2 yang peribadi.(dan bertambah matured)
Aku tak nak la bagi contoh.
Tapi, adakah situasi ni baik untuk aku ??
Kalau baik untuk aku, baguslah.
Hurm.....


P/S: Doakan aku berjaya time kejohanan nanti.....:).

Tsunami, Selsema, teori tanpa fakta.......[:-\|

Monday, 14 March 2011


Negara impianku dilanda tsunami,
Lumpuh Tokyo. Sendai tu memang dah kena wipe out terus.
Bala, bala. Bala, bala (Hantu Mak LBR punye dialog)

Disebabkan tsunami, hujan lebat berlaku dan air laut naik mendadak kat Terengganu nih.
Aku pulak bawak motor tengah hujan.
Hari sesaje dapat selsema free.

Disebabkan training,
2 hari aku tak masuk kelas tambahan,
Sori, cikgu.
Saya janji akan siapkan kerja yang cikgu bagi walaupun tak masuk kelas.

Training hari ke-2,
Makin seronok pulak training....
Cakera dah lepas target aku buat kali pertama,
itulah kali pertama dan itulah kali terakhir buat hari ke-2.
Lemparan yang lain terus merudum balik.
Teknik spin pun aku dah sedikit kuasai.
Tapi, power pulak kurang.

Ada sorang kawan aku ni, nama dia F,
dia cakap, kalau aku serius, power cepat hilang,
kalau aku buat selamber, power akan lambat hilang.

Walaupun dari segi fakta, teori F memang tak de faktanya,
Tapi dari segi logik, aku terfikir, betul jugak rasanya.
Tak pe, aku akan cuba esok.
Kepada F, terima kasih untuk teori tu.
Tapi, jangan ar sengih2 kambing kalau kau baca post ni yep.......


Gambar terbaru yang aku ambil dan edit.
Yang ni kecik.
Tengok kat sini kalau yang besar punyer
"Facebook"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Diambil pada
13 Mac 2011
di
Astaka SMKDRI

I want to win !!!....

Friday, 11 March 2011


Selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah. Cuti la sangat.
Cuti2 pun terpaksa pergi sekolah jugak. Adui la.....

Sangat letih minggu ni.
Walaupun dua hari ponteng latihan(jgn ckp kat cg razali@cg. din tau), energy aku tetap tak pulih 100 %.
Congratz kepada 'nakama' aku, Anifa yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan badminton peringkat daerah yang berlangsung di SMKDRI.
Disebabkan pertandingan itu juga aku dapat kutip 'beberapa'(lebih kurang 15) shuttle berjenama. Walaupun second hand, bulu shuttle masih okay.

Walaupun cuti, bebudak form 5, form 3, atlet sekolah tetap ke sekolah.
Kelas tambahan pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin.
Latihan olahraga pulak hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu.
So, aku tak join kelas tamabahan sebelah pagi untuk hari Ahad dan Isnin. Sorry, cikgu.

Olahraga MSSMKTS akan berlangsung pada 21 Mac ni di SMK Sultan Sulaiman.
Lebih kurang seminggu je lagi tinggal untuk training.
Apa yang aku nak sekarang adalah pingat dan kemenangan bagi kedua2 acara yang aku akan sertai.
Kepada korang semua,
doakanlah aku berjaya yep.......

Jangan hasut aku....!!!

Thursday, 3 March 2011


Best giler minggu ni.
Sejak akhir2 ni hidup aku agak senang sedikit walaupun tertekan dengan kerja sekolah.
Bersukan dengan kawan2 buatkan aku lupa sekejap tentang kerja sekolah.
Walaupun aku rasa penat sangat2 minggu ni, tambahan pulak pagi tadi ada sambutan maulidur rasul peringkat sekolah yang meletihkan(aku terpaksa pakai songkok), aku tetap rasa ceria dengan diorang.

Sayangnya, untuk badminton, nama aku tidak tersenarai sebagai wakil sekolah.
Tapi, ada baiknya jugak.

Aku boleh tumpukan sepenuh perhatian kepada lontar peluru dan lempar cakera.

Petang tadi baru je training untuk lempar cakera, rekod peribadi telah meningkat sikit walaupun tak rasmi.
Boleh la kot nak fight untuk berada dalam kedudukan pingat.

Lontar peluru pulak, hurmm....
Semakin hari berlatih semakin menurun pulak resultnya.

Apa dah jadi ni ?
Hey, kalau tak boleh buat lebih dari 11 meter, jangan harap nak menang pingat.
Hari pertandingan dah tak lama dah.
21 Mac 2010.


Perbezaan ketinggian aku dengan student paling tinggi kat SMKDRI.
Dia sepatutnya sertai lontar peluru tapi dia kata dia malas.


SMKDRI's ETA.
Mr. Billy memang friendly.
Dia selalu tanya pasal Islam.
Harap2 la hati dia terbuka untuk masuk Islam
sebelum dia balik ke Amerika nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Jangan hasut aku !!!"

Itu adalah dialog aku apabila berhadapan dengan salah seorang kawan baik aku, R.
R selalu hasut aku untuk dekati sorang student form 2.
Ada ke patut dia suruh aku men'skandal'kan diri dengan budak tu.
Tak patut betul.
Dia sepatutnya bagi nasihat yang baik.
Oleh sebab itu, secara rasminya R dipecat daripada jadi penasihat peribadi aku.
R terlalu bahaya, aku takut terpengaruh dengan gaya hidup dia.
Sorry ar, kalau kau baca post ni yep.
Bukan apa, aku dah suka orang lain la bro.
Apa2 pun, kau tetap kawan baik aku.
Cuma, aku nak kau berhenti hasut aku je.

Peace. Stay safe.

P/S:

Wǒ zhōuwéi de qíngkuàng yǐjīng gǎibiàn, yīnwèi qián jǐ tiān yīdiǎn. Dànshì, wǒ xǐhuan zhè zhǒng biànhuà. Wúxū guòdù yǒuhǎo. Duìbùqǐ, ràng nǐ duì wǒ de chóuhèn de shòuhài zhě. (CHN)