Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Showing posts with label Pengajian Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Tinggi. Show all posts

2012 : Year of Challenge and Desperation

Tuesday, 1 January 2013


Assalamualaikum.
Another long break from blogging.
I'm having boring days since my holidays started.

Year of Challenge and Desperation.
Bagi aku, tajuk tu sesuai dengan tahun 2012 untuk hidup aku.
Lebih banyak perkara buruk berbanding perkara baik.
yang berlaku dalam hidup aku bagi tahun ni.

Selain tu, aku kurang aktif sebagai blogger,
buktinya, jumlah post untuk tahun 2012 mencatatkan penurunan berbanding
tahun-tahun yang sebelumnya.
Mungkin kekurangan masa, cerita, & idea.

Untuk tahun ni,
dari segi sosial, aku dapat 2-3 orang kawan rapat. Yup, dalam 2-3 orang je.
Pelik kan ? Dalam setahun cuma banyak tu je kawan rapat yang baru.
Tapi, itu la fakta tentang aku, aku susah nak bergaul, apatah lagi mendapatkan
seorang kawan rapat.
Lebih teruk lagi, aku susah nak percayakan seseorang, melainkan diorang
tu aku dah anggap teman rapat.
Kebiasaanya, untuk teman-teman rapat aku, dikalangan kitorang akan
ada nickname atau panggilan tertentu. (Ex: Kakak, Nenek, Doranifa, Ralf, Semek, etc..)
Itu la antara tanda-tanda special seseorang tu kawan rapat aku.

Back to the title;
'2012: Year of Challenge and Desperation',
here the review of my 2012 life base on the post of this blog.

.............................................................................................
Januari
'''''''''''''
Dapat lesen P untuk kereta. Takde benda lain yang menarik berlaku.
Hari-hari berlalu sementara menunggu keputusan SPM keluar.

Februari
'''''''''''''''
Pertama kali menjejak Langkawi, trip anjuran Koperasi SMKDRI.
Happy dapat pergi ke sana, banyak tempat best. By the way, di penghujung lawatan
berlaku sedikit perkara negatif.
Selain tu, hari-hari berlalu tanpa ada benda yang menarik berlaku selain ditemani novel-novel.

Mac
'''''''
Outing sket dengan friends.
Result SPM keluar. Dapat 5A je. Agak sedih pasal tu. Camne pun, tu dah jadi
sejarah, dan aku dah tak nak ingat sejarah lepas.
Then, sibuk dengan portal UPU, pilih course sana, pilih U sini.

April
'''''''''
Banyak aktiviti tentang sambung belajar lepas SPM.
Pergi Karnival Mara, apply UniKL.
Dapat tawaran dari UniKL terus sedia untuk sahkan tempat sebgai backup
untuk sambung belajar. Dapat jugak tawaran dari GMI & Matrik Gambang.
Akhir sekali, last reunion 5 Al-Kindi 2011.

Mei
''''''
Blog ini secara rasminya bertukar wajah.
Dapat tawaran untuk ke UIA. Doaku termakbul. Alhamdulillah.
Maka, persediaan untuk ke sana mula dibuat.
Outing last with some friends.
Having gathering for IIUM buddies from all over Terengganu.
Selain tu, aku beli handphone baru, Nokia X2-02.



Jun
'''''''
Aku mula menjejakkan kaki ke UIA.
Melalui masa sukar sebagai pelajar first-year. I got a little culture shock.


Julai
'''''''''
I bought an Asus Notebook. My first personal notebook.
Ulang tahun ke-3 untuk blog ni.


Ogos
''''''''
Kali pertama berpuasa di perantauan.
Even aku baru first year, aku join jugak FSCC & aku dilantik sebagai
setiausaha untuk biro aku.
Bila cuti, dapat balik ke Terengganu & sempat berpuasa di sana.
Sempat jugak berbuka puasa dengan friends. Then, konvoi raya dengan kawan-kawan
rapat aku.

September
'''''''''''''''''
Kem bersama FSCC di N.S.
First time berlakon depan orang kat kem tu.
Having a great time at the camp.


Oktober
''''''''''''''
Takde benda menarik berlaku.
Rutin harian yang agak bosan.

November
'''''''''''''''''
Having hard time. A lot of bad things happened to me.
My first semester at IIUM gone wrong, and that situation became
my life's turning point.
Aku menghadapi tekanan yang kuat sejak itu.
Tapi, ternyata sikap berpura-pura aku menyembunyikan semua tu dari 
orang lain.



Disember

''''''''''''''''
Juga tiada catatan menarik untuk dikongsi selain
trip aku bersama family ke Kelantan. Aku banyak drive time trip tu.
Satu pengalaman baru bagi aku.
Selain tu, aku cuma duduk rumah dengan rutin harian yang
membosankan.


.............................................................................................


2 hari yang memenatkan

Thursday, 24 May 2012


23 Mei
`````````

Aku dan semua pelajar Terengganu yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi, asasi, dan diploma berkumpul di Stadium Tertutup Gong Badak.
Majlis yang disempurnakan oleh MB Terengganu, Abang Said.

Dan seperti kebanyakan majlis-majlis bertaraf negeri yang lain,
semestinya akan berlaku kelewatan oleh VIP dan VVIP.

Aku pakai earphone, so tak tau apa yang diorang ceramah pada acara
pembukaan.
Orang tepuk tangan, aku tepuk.
Orang bersorak, aku diam je la.

Last sekali,
time tunggu nak ambil duit tu la paling menyesakkan,
lepas je ambil duit tu, keluar terus walaupun majlis
belum tamat lagi.

Keluar dari stadium,
kitorang terus ke pantai kat airport.
Cuba nak snap gambar, tapi, cuaca tak mengizinkan.
So, tiada gambar yang menarik untuk dikongsikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

24 Mei
`````````
Pagi,
aku ke Klinik Hiliran, x-ray time.
Tapi, lepas x-ray tu aku rasa lain macam je badan aku.
Kesan sampingan kot.

Then,
aku dan kawan-kawan ke bandar untuk beli barangan yang perlu berkaitan U.
Aku pulak buka akaun Bank Muamalat.
Banyak la jugak beli baju, novel sebuah, handphone.
Pasal handphone, aku akan buat special post nanti.

Then,
time nak balik dari bandar,
baru teringat janji aku pada seorang kawan untuk ke pantai.
Dapat la snap gambar kat sana, tapi takde yang special.



Best jugak lepak kat pantai, tenang je.
Terlupa sekejap keletihan yang dialami.

Anyway, effect keletihan still terasa sampai sekarang.
Huh !!!

Gonna face great challenges soon

Friday, 11 May 2012


Tic, toc, tic, toc....

Aku dah mula menghitung
hari untuk menjejakkan kaki ke sana.
Excited !

Sebelum hari tu tiba,
aku akan menghadapi cabaran yang sepatutnya.

Isi borang kemasukan dan borang bantuan kewangan 
dalam 30-40 pages.
Lepas tu kena buka akaun kat Bank Muamalat,
then pergi x-ray. 
Then, mintak cop sana, mintak pengasahan sini.
Jumpa YB, jumpa JKK, jumpa Pengetua, jumpa siapa je yang perlu.

Dan, pastinya, 
ini hanya sedikit kalau dibandingkan dengan cabaran di UIA nanti.
Nasib baik takde urine test macam UiTM. 







Okay,
minggu depan surely banyak benda nak kena buat.
X-ray, buka akaun, isi borang, ambil borang yayasan T'ganu. Ada lagi kot.
Tak tau nak senarai apa dah.
Minggu depan jugak,
hari guru,
picnic ?

I didn't expect this unexpected news !

Tuesday, 8 May 2012


Hari ni,
tarikh penting untuk pelajar lepasan SPM 2011,
keputusan UPU dah boleh check hari ni.
Dan aku ?

Unexpected.

Tu je aku boleh cakap.
Syukur sangat-sangat.

Aku anggap ni sebagai peluang kedua yang dikurniakan oleh-Nya 
untuk tebus balik kesilapan ketika SPM.
Walaupun SPM aku tak cemerlang seperti kebanyakan orang yang layak untuk
courses asasi ni, aku still dapat tawaran tu.  

Dan, Teacher Sally, pun tak sangka aku akan dapat tawaran ni.
Cg Naza siap ucap tahniah lagi.
Happy giler kentang !!!


 (klik untuk besarkan gambar)


Dah tengok gambar ?
Tu la tawaran yang aku maksudkan.

~Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer - UIAM~

Seriously, hari sebelum tu memang bimbang sangat. 
Takut-takut kalau apa yang aku dah rancang tidak menjadi.
Hari ni, segala-galanya terjawab.
Doa aku termakbul.

Mungkin aku dapat pilihan kedua,
tapi aku tak kisah sangat sebab pilihan pertama aku
Asasi Sains Fizikal kat UM.

Sebab apa tak kisah pasal tu ?
Takde sorang pun student sekolah aku yang dapat UM.

Untuk course ni,
selain aku,
Adi, Arif, Muslim, dan Azim dapat jugak.
So, kitorang berlima memang jumpa kat sana la.
Syukur, Alif, Syukri, dan Akhi pun dapat UIAM,
tapi course lain.

Lastly,
aku nak ucap tahniah kepada semua kawan-kawan yang
dapat tawaran,
termasuk rakan-rakan blogger yang satu generasi ngan aku.
Belajar rajin-rajin.

Kepada yang masuk form 6,
good luck. 
Mungkin korang masih dengan gelaran "budak sekolah",
tapi, exam yang korang hadapi tahun depan adalah antara yang paling sukar
kat Malaysia iaitu, STPM.
So, fokus, study smart, and work hard.
Semoga anda berjaya di jalan anda.

Cabaran yang mendatang......(^_^)

Saturday, 28 April 2012


Assalamualaikum.
Hari demi hari berlalu.
Kadang-kadang naik fed up sebab hari-hari buat benda sama je.

Jiwa aku dah menjerit,
"Lambatnya nak sambung belajar !"

Tapi, otak pula fikir,
"Camne la aku bila betul-betul ada kat sana nanti."

Sejak kebelakangan ni,
aku selalu terfikir pasal jalan yang aku dah tetapkan sekarang.
Pilihan yang aku dah buat. 
Cabaran yang mendatang.

Seseorang tu cakap,
"Hadow, giler ar pilih asasi, mu tau tak ramai orang kandas asasi. Kawan aku kandas asasi K.O terus. Tak boleh buat apa."

My answer ?
Ya, ramai orang kandas asasi. Kandas asasi boleh dikatakan K.O.
But, I don't want to be like that.
I admit that foundation program is just like Dead or Alive match.
So what ?
I'll take the risk.
And, I will be the one who alive !
"Apasal ambik asasi ? Tak nak masuk matrik ? Diploma ke ?"
Sejujurnya,
kadang-kadang aku sendiri ambil masa untuk fikir balik, 
kenapa asasi jadi sasaran aku.
Kadang-kadang, soalan tu terjawab dengan soalan. 
Yup, soalan yang terjawab dengan soalan daripada kawan rapat aku.

Friend no. 1:
"Is there someone encouraged you ?" 
~That true. Kawan-kawan aku menjadi salah satu faktor. Camne tu ? Sori, tak tau nak cerita camne. Cukuplah orang terdekat je yang memahami.

Friend no. 2:
"You are pursuing something, aren't you ?"
~Yup, I'm pursuing my dream, and my future.

Itu je yang aku boleh olahkan dengan perkataan.
Yang lain, susah nak luahkan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
 #Aku jumpa satu video menarik, 
...Daripada: Osman Affan.
...Tajuk : Mencari kekuatan dalam diri.


Still teringat time beliau bagi motivasi kat sekolah aku tahun lepas.
Teknik-teknik yang dia ajar menarik sangat. 
Tapi, aku tak gunakan 100 %.
(~_-")

*****************************************************************************

Info untuk pelajar lepasan SPM:

UPDATED:

1) Semakan Keputusan Permohonan UPU

Keputusan maybe keluar pada 7 Mei 2012.
Sorry tersilap maklumat sebelum ni.


2) Tarikh akhir pengesahan penerimaan tawaran Matrikulasi

Aku dapat tahu yang tarikh akhirnya adalah sebelum tarikh mendaftar(28 Mei), maknanya ada masa hingga 27 Mei untuk buat pengesahan terima tawaran ?
Aku tak dapat nak sediakan link untuk ni sebab belum confirm.
Aku cadangkan korang tanya terus ke bahagian pengurusan Matrikulasi melalui e-mail.


Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi dan Tingkatan 6 (2012)

Wednesday, 25 April 2012


Portal untuk semakan matrikulasi 2012 dah buka.
Aku dapat Kolej Matrikulasi Pahang.
Ex-classmates aku pun ramai dapat kat sana.
Ni untuk korang
Check la sendiri ya.
Tengok link bawah kat gambar bawah tu
atau klik terus gambar tu.



Semakan Tawaran ke Kolej Matrikulasi 2012



Untuk semakan ke tingkatan 6,
korang boleh check kat sini.

Kemasukan ke Tingkatan 6 2012


Selamat mencuba !!!

Aku nak citer dua benda......(feat Usop)

Saturday, 21 April 2012


Apa khabar, blog ?
Kesian kau. 
Dah nak dekat 4 hari aku tak jenguk kau.
Maaf ler. 
Bukan tak nak post, cuma tak ada cerita menarik nak kongsikan kat sini.


Bak kata >Ezatty< dalam blog beliau;

"dulu mmg byk story yg nak cerita sbb stiap hari perkara berbeza yg aku lalui.. (kat skoloh ) skrg ni rutin ak samee je. pagi bgn , makan , online , tolong mak masok , tgk tv sat , online tgk tv online.. sampai malam. awal2 emang rase WAHH ! NIKMATNYAAAA CUTI PANJANG.. tpi skrg, haishh, boleh aku nak masuk skolah balik ? :("


Tapi sekarang,
aku dah ada benda yang nak diceritakan.
Baca ea !

Pada suatu hari, burung-burung berkicauan hari itu.
Ada yang berkerja, ada yang bergembira
............................

Please stop that !!!

.......................................

Tengok, merajuk pulak dah Abg Usop.
Takpe.

Now, cerita sebenar.
Kolej Yayasan Johor call. 
Dia tanya aku nak masuk tak kolej tu.

Aku pun bermonolog,
"Ish, awalnya call. UPU tak keluar lagi."

Aku balas,
"Tak confirm lagi la encik, nak tunggu UPU dulu."

Bla, bla, bla, bla..............................

Last, dia cakap,
"Kalau macam tu saya akan call "Encik" Faris sekitar 1 Mei nanti untuk pengesahan. 
Terima kasih "Encik" Faris.

Lepas ni, maybe aku akan tolak terus je kot.
Aku dah ada pilihan lain.

UniKL pun dah terima acceptance form aku.
Baru je check tadi.
So, kalau takdir menentukan tempat aku adalah di UniKL,
13 Mei ni adalah hari pendaftaran aku.

But, UPU is still there.
Just wait and see. 

Ada satu benda lagi ni,
Koperasi SMKDRI baru je buat e-mail baru,
e-mail tu pulak akan digunakan untuk pembinaan laman web.
Laman web tu akan dibuat oleh pihak 
ANGKASA(Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad).

Tak tau sama ada laman web tu kumpulkan semua koperasi seluruh Malaysia
atau
setiap koperasi akan miliki laman web sendiri.
Aku nak bagi alamat e-mail koperasi SMKDRI kat sini,
tapi, memandangkan e-mail tu still tak rasmi, nanti la dulu.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
BIRTHDAY !
```````````

#Engku Faris a.k.a >Kupareh< (15 April)

#Hadrami a.k.a >Domi Domo< (18 April)

#Bukhary a.k.a >Korie< (21 April)


 Happy birthday to you guys. May Allah bless you.
Make sure you don't waste your life.
Happy Birthday !!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Make it easy, please !

Tuesday, 17 April 2012


UniKL,
dah beres.
Dah hantar apa yang patut dua hari lepas.

GMI,
masih lagi tunggu surat.

UTP,
baru dapat mesej semalam.
Malangnya, password aku lupa.
Nak tukar password pulak tak boleh.
Asyik error je.
Last sekali, fed up sangat biar camtu je.

Tapi, cikgu bagitau, UTP tu bagus.
Bagus tu memang bagus,
tapi kalau fees sampai RM 14K setahun tu memang power.
Kalau ayah aku ada syarikat besar lain citer ar.

Tunggu UPU ngan Matrikulasi,
UPU memang aku ternanti-nanti,
tapi,
untuk Matrik, tunggu keputusan je.
Tak nak masuk pun.


Ada benda nak komen,
hari aku uruskan pasal UniKL tu,
punyalah sakit mata aku tengok pengurusan bank tu,
kaunter ada 3 tapi yang bertugas 1 je.
Kalau buka 2 boleh la tahan, ni 1. S-A-T-U.
Lepas tu mula la sesak orang menunggu.

Pos pun sama.
Kaunter ada 2 buka 1 je.
Beratur dari kaunter sampai pintu masuk.
Malu nak buka kaunter satu lagi.

Make it easy, please !


Tadi jumpa Syikin kat sekolah.
Dah 2 tahun tak jumpa dia.
Makin tembam nampak.
Tapi, still cam dulu kot.
See ya' again next time.

UniKL, UPU info, another birthday gurlz !!!

Monday, 9 April 2012


Pagi tadi,
aku dapat mesej daripada 'unknown' number.
"Anda telah ditawarkan untuk kemasukan ke UniKL Foundation sesi Mei 2012"

Mula-mula,
aku tak percaya lagi sebab time submit apllication hari tu, dia siap bagitau keputusan keluar 13 April.
So, aku check kat
>UniKL admission<. (korang boleh klik kat link tu kalau nak apply, intake sampai Julai)


Then, aku check apllication status.
Keluar la macam gambar kat bawah ni.


(klik gambar kalau nak tengok lebih jelas)


Aku pun macam......
Wow !
Aku dapat pilihan pertama,
`Foundation in Science and Technology - Engineering'.
Tempat: Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah.

Tarikh daftar diri pulak 13 Mei 2012, tapi kena sahkan tempat sebelum 20 April.
Kalau tak, aku dianggap tak menerima tawaran tu.
So, aku ade dalam 10 hari untuk uruskan semua dokumen.

Tapi,
aku belum confirm nak pergi. Aku nak sahkan tempat je dulu. Pergi ke tak, fikir balik.
Aku nak tunggu IPTA dulu, nak tengok apa yang aku mintak dapat ke tak.
Harap dapat la.
Cuma, sekarang ni tempat untuk aku sambung belajar dah ada. Syukur sangat-sangat.


SPM, aku nak balas dendam.
Tak kira mana aku akan belajar, aku akan balas balik kekecewaan aku untuk tahun 2011.
Foundation, asasi, diploma.Semua tu lagi power dari SPM,
tapi, aku pun dah makin kuat apa.                                
"\ \(^o^)/ /"
            

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ni info untuk lepasan SPM yang apply UPU,
keputusan akan keluar mengikut aturan berikut:

~Asasi / Diploma (IPTA/Politeknik Premier) = Minggu pertama bulan Mei 2012.
~Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA = Minggu ke-4 bulan Mei 2012

Surat tawaran akan dihantar terus ke rumah anda. 
So, sabarlah menanti encik posmen yang menaiki Ex5 merah dengan kotak besar kat belakang bertandang ke rumah anda pada waktu yang sepatutnya.
Tak perlu sedia makanan untuk beliau.
Beliau datang sekejap je.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sumber: >MUAZFARIS.COM<   (sila la klik kat link beliau kalau sudi)
P/S: Muaz "Faris" <<< :-)



Honourable mention:
 ```````````````````
Happy birthday to
Aima Hayati (8 April)
Good luck for everything and be happy.
Sorry coz' no gift for this year. (~_^)"



Masuk U ? Jom !!!

Saturday, 17 March 2012


Karnival masuk U.
Seriously, banyak benda nak tengok, tapi orang ramai sangat.
Tak sempat nak tengok semua.

Banyak jugak barang-barang yang dapat.
Calendar UUM, cool.

Beg, Pamplet, Buku.
Banyak lagi la.

Met with a lot of friends.
Eating together with Sarang group.

Hujan lebat gak. Susah cari parking lagi.
Sakit kaki berjalan lama-lama.


Found what I need.

Lastly, thanks to Anifa,
you introduced a delicious food to me.