Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Review 2009 + Selamat Datang 2010

Thursday, 31 December 2009

Januari:
Pada hari pertama buka sekolah, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama-sama ngan pengikut2 beliau datang melawat sekolah. Pada bulan ni jugak, nama SMK Bandar secara rasminya ditukar kepada SMK Dato' Razali Ismail. Nama kelas pun dah bertukar dari tema Sains kepada tema nama2 ilmuan islam. Dalam bulan ni jugak, form 3 dikejutkan dengan program2 sempena PMR. Then, aktiviti merentas desa. Awal benor cikgu buat. Memang awal2 gile2 lagi. Tak kisah langsung pasal PMR.
Macam2 peraturan baru yang hampir menyebabkan protes kat sekolah.

Februari:
Kelas tambahan start!!! Memang tertekan masa ni. Macam2 program cikgu buat. Sampai balik pukul 5 pun ada. Bulan ni jugak ada pilihan raya pengawas. Bulan ni jugak TOV exam. Mula mengenali kawan2 di kelas Al-Razi dan kedatangan salah seorang guru dari program ETA(English Teaching Assistant) anjuran Kerajaan negeri Terengganu, Miss Erin yang datang dari Amerika.


Mac:
Hari2 dalam bulan berlalu dengan kerja sekolah yang banyak dan kelas tambahan yang semakin bertambah. Bulan ni jugak aku membeli handphone baru berjenama CSL, DSL100. Kem untuk form 3 diadakan di Awang Resort, Rantau Abang.
Hari sukan SMKDRI. Aku menang dua pingat emas dari acara lempar cakera ngan lontar peluru. Aku jugak berjaya mencipta rekod baru lempar cakera SMKDRI dengan jarak 26 meter(x ingat jarak yang tepat. Maybe 26.54 kot) Seterusnya mewakili sekolah dalam lempar cakera.

April:
Bertanding dalam lempar cakera di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Malangnya, hari tu cuma dapat nombor 7. Lemparan paling teruk aku pernah buat. 22 meter pun tak lepas. Damn !!! Mula jadi kawan rapat ngan beberapa orang terutama Rusydan. Terlibat secara tidak rasmi dalam kelas anjuran Teacher Latifah.


Mei
:
Mid-year exam....ho ho...Mula terlibat secara rasmi dalam kelas anjuran Teacher Latifah dan menjadi fasilitator bantuan.

Jun:
Aku mula menyertai Friendster....Kelas Tambahan masa cuti sekolah. Memang agak tertekan masa tu. Lahirnya, adik perempuan pertama aku, Nur Fatihah Huslina pada 3 June 2009. Ayah aku membeli sebuah kereta bejenama Toyota, iaitu Innova. Most popular thing happened, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh !!

Julai:
Lahirnya nama Farisk Hazani. Atas hasutan Syahin, aku mula menyertai keluarga Facebook. Mula menyertai Blogger. Munculnya novel pertama aku, Agen 2405: Penghancur Kejahatan. Dengan karakter2 berdasarkan manusia sebenar dan kehidupan sebenar aku. Cerita ni aku dah terfikir sejak form 1 lagi. Syahin@Dato' Panglima Dabir Remaja secara rasmi menjadi editor aku. Dan, bulan ni jugak first time aku baca novel, iaitu Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi. Diikuti dengan sambungannya, Akademi Gemilang 2: Jejak Kuasa Alam. Sampai sekarang aku masih menanti kemunculan Akedemi Gemilang 3: Kunci Dimensi. Bila la buku tu nak keluar. Tak lupa juga peristiwa form 3 kena suntik ngan nurse.

Ogos:
Penangguhan Trial PMR. Akibatnya, berlaku fenomena soalan bocor di kalangan pelajar seluruh Terengganu sampai ada yang dapat result yang tak sepatutnya diorang dapat. Tibanya bulan Ramadhan. Bulan ni jugak dan start ulangkaji dengan menjawab soalan2 dari negeri lain.

September:
Aidilfitri tiba. Kelas tambahan dan ulangkaji again and again.

Oktober:
PMR tiba !!! Seminggu sebelum itu, kelas tambahan pada waktu malam diadakan. Dan benda yang paling menyusahkan aku terjadi, my PC rosak akibat terkena renjatan eletrik yang terlalu kuat dari panahan petir.(walaupun aku tak main komputer masa tu) Selepas tamat PMR, banyak aktiviti menarik diadakan. Lawatan ke Taman Tamadun Islam.

November:
Miss Erin pulang ke negara asalnya. Bulan ni dipenuhi dengan aktiviti2 pasca PMR sepert sembelih ayam dan sebagainya. Diselangi dengan jamuan2 kelas. Dan yang paling best lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur. Reunion SKPBB(Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar) dan Pasti Al-Fathonah.

Disember:
Bulan yang bersejarah dalam tahun 2009. Result PMR dikeluarkan dan aku mendapat keputusan yang cemerlang. And I got a new handphone as a present from my family.


Memang banyak perkara menarik berlaku dalam tahun 2009. Tahun 2009 jugak munculnya beberapa orang kawan baik yang memahami. Terima kasih kepada mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat Datang 2010

Selamat tahun baru !!!
Tahun ni aku harap lebih baik dari 2009. Dan azam aku untuk tahun ni:

~Menjadi pelajar yang lebih baik.
~Menjalankan tugas yang diamanahkan.
~Berusaha untuk novel aku.
~Melupakan seseorang.
~Membantu kawan2 yang memerlukan.

Au harap azam2 kat atas ni tercapai pada tahun ni.

Kedamaian antara kawan

Wednesday, 30 December 2009




Lega rasenye lepas masalah yang berlaku tamat dengan cepat. Tak perlu la nak bergaduh sesama kawan. Terima kasih kepada salah seorang kawan yang menjadi penasihat. Dengan nasihat beliau, kedamaian ini tercapai jugak....HE....HE...:)

My new handphone........:-)

Sunday, 27 December 2009

Today aku and ayah aku pergi ke Mydin untuk membeli sebuah handset for me sempena result PMR aku yang agak cemerlang. Masa sampai tu, jumpa Eyana, my primary schoolmate kat pintu masuk. Lepas cakap2 dalam seminit, aku pergi tengok henset yang menjadi pilihan hatiku.....

Tengok punya tengok jumpa jugak henset tu,

Nokia 5730 Xpress Music





Ok tak? Cantik kan? Harga dia pun boleh tahan. Disertakan dengan memori kad 8GB, kamera 3.2 megapixel, full qwerty keypad, message reader, GPS system, dan aplikasi khas untuk youtube, facebook, friendster, myspace, dan HI 5, memang padan ar dengan harga dia. Balik je terus main ngan handphone tu...He he

Hang out + 2 Conflict = Big Problem

Saturday, 26 December 2009

Pelik sket tajuk post ni......tapi memang problem yg agak besar akibat terasa dengan kata2 kawan. Panjang ceritanya....tapi malas nak tulis panjang2. Tak larat ar. Pendekkan je la.

Ok, beginalah cerita ni bermula...lebih kurang pukul 10.30 pagi, one of Y friends, Z, telefon, Z beritahu bahawa L berada di satu tempat untuk hang out, tapi L tak tau hang out tu dibatalkan, so Z, Y, T, dan F risau akan timbul salah faham antara diorang. Namun, diorang tetap pergi hang out di tempat yang lain dan mengajak L tapi L berkata dia tak boleh pergi sebab tengah hari tu kawan2 sekolah dia buat jamuan. So, Z, Y, T, dan F makin risau kemungkinan akan berlaku salah faham walaupun L seorang yg agak sporting.

Then, Z, Y, T dan F hang out ke tempat yg lain. Z jumpa kawan skolah dia. Mula2 sampai, diorang pergi makan. then jalan2. Banyak jugak barang diorang beli. Lepas singgah kat satu kkedai tu, Y terlihat dengan salah seorang kawan sekelas dia, tapi tak sempat nak tegur sebab cepat sangat kawan dia hilang dari pandangan.

Lepas balik dari hang out, Y terima mesej yang mengejutkan daripada salah seorang kawannya, Q....tak perlulah nak beritahu apa yang tertulis dalam mesej tu.. Tapi Y memahami kandungan mesej tu. Dia tahu Q amat terasa dengan kata2 T pada hari sebelumnya. Bukan saja Q, malah , N, I, dan beberapa lagi kawan2 lain amat terasa dengan kata T. Sejak dari tu, bermulanya sebuah konflik. Dan konflik ini masih lagi belum tamat setakat ini.

Harap konflik tu akan berakhir secepat yang mungkin...................................................................


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PMR Result............Excellent..!!!!!!!

Thursday, 24 December 2009

I'm very very happy skrang..... Hari ni result PMR keluar dan aku dapat ..........



Aku bersyukur sangat2 sbb dapat apa yang aku nak... he he..

I go to school around 9.45. Then jumpa kawan2 yg mmg lama tak jumpa, lebih kurang sebulan....Lepas kitorang ckp2 kat pondok, kitorang pergi kat kelas..Tapi kelas form 3 dah tukar dengan kelas form 5. Apasal la diorang tukar. Lepas borak2, telefon kawan2 dan sebagainya, Pengetua buat pengumuman. Then, semua orang ke dewan. Ramai yang nampak berdebar-debar, yang gigit kuku, yang tutup muka dan bermacam-macam gaya diorang time pengetua umum pelajar yang dapat straight A's. And I was one of them. he he...Orang lain resah-gelisah, aku pulak sibuk ambik gambar. (apa la kau ni)....banyak jugak aku ambik gambar....Jadi, keputusan penuh untuk SMK Dato' Razali Ismail adalah seperti berikut:

Jumlah Straight A's: 16
9A = 3 orang.
8A = 13 orang.

Congrartz kepada semua yang berjaya.....


Perjalanan menuju ke dewan


Suasana dalam dewan


Syahin....aku


Wajah2 Straight A's

12 hours left..........

Wednesday, 23 December 2009

Sekarang dah lebih kurang pukul 10. Bermakna 12 jam lagi sebelum calon2 PMR akan mengambil result PMR mereka di sekolah masing2 esok.

Selepas 3 tahun belajar di menengah rendah, esoklah yang menjadi penamatnya. Semoga semua calon2 PMR mendapat apa yang mereka inginkan...
Amin.................




Kenangan SKPBB

Saturday, 19 December 2009



Aku jumpa video ni kat laman web sekolah rendah. Maybe Cg. Zul yang buat video ni. Lepas download, aku edit sket. Special for ex-SKPBB 2006.

Just wait for it

Friday, 18 December 2009

Result PMR dah konfirm akan keluar pada


DISEMBER
2009


Aku tengok pengumuman kat TV. Dengan pengumuman ini, tamatnya spekulasi tentang tarikh sebenar result PMR akan dikeluarkan.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya akan keluar juga result tersebut. Tak sabar rasanya nak ambik result.

A trip to Pahang and Johor

Tuesday, 15 December 2009

First Day-12/12/2009

Pukul 6.00 pagi, keluarga aku bangun dan bersiap. Dalam pukul 7.10 pagi, kitorang bertolak ke Merchang untuk ke rumah mak sedara aku. Sampai kat sana kitorang breakfeast. Then, pukul 9.00, my family ngan family mak sedara aku start bertolak menuju ke Kuatan. Dalam perjalanan, kitorang terserempak ngan satu kemalangan. Kereta Toyota ape ntah ngan Kancil. Giler...... part depan kereta Toyota tu hancur. Kancil plak lagi teruk. Sampai masuk dalam parit. Enjin kereta toyota plak masih berasap. Maybe baru je kemalangan. Minyak pun masih mengalir masa tu. Sampai kat Kemaman, kitorang berenti kat rumah my cousin. Then, sambung balik perjalanan. Dalam kul, 2.00 kitorang berenti kat .........entah apa nama tempat tu tapi tempat tu dekat ngan kem askar dan ada taman burung mini kat situ. Then, teruskan perjalanan dan masuk ke Felda Sebertak. Dua jam lepas tu, sampai la kat main point of this trip. Majlis pertunangan ayah sedara aku. Lepas talk2 dalam sejam, majlis tu tamat. Then, kitorang bertolak ke Mersing untuk ke rumah anak angkat moyang aku(ape2 je la). Dalam pukul 7.00 malam, kitorang sampai kat Kg. Permai Intan, dimana letaknya rumah anak angkat moyang aku. Kami tidur di sana. (cehh.skima ayat).


Si baju biru and si baju putih akhirnya bertunang


Hadiah pertunangan


Makan2





Second day-13/12/2009Bangun dalam kul 6.15, lepas siap2, kitorang breakfast dalam kul 8.00. Then, bergambar. Lepas tu, pergi rumah anak kepada anak angkat moyang aku yang cuma 80 meter dari situ. Then, dalam kul 9.30 kitorang bertolak untuk ke rumah mak sedara sebelah ayah aku kat Felda Lepar Hilir dekat2 Kuantan. Before that, kitorang jalan2 kat Pantai Mersing. Lepas tu kitorang round2 bandar Segamat. Then, kitorang bertolak ke Kuantan. LOL. Masa perjalanan tu, bosan yang amat sangat, jalan beralun, kiri kanan semua pokok kelapa sawit. Dalam kul 3.00 petang, kitorang sampai kat Kuantan. Sebelum pergi rumah mak sedara aku, kitorang pergi Giant Kuantan untuk beli sedikit buah tangan untuk mak sedara aku. Lebih kurang kul 4.30, kitorang sampai kat Felda Lepar Hilir 1, rumah mak sedara aku. Dalam kul 5.45, kitorang bertolak untuk pulang. Dalam kul 8.00, my family ngan family mak sedara aku berpecah sebab family mak sedara aku balik terus dan my family singgah kat rumah sepupu mak sedara aku kat Taman Pewaja berhampiran ngan sempadan Terengganu-Pahang. Lepas tu, my family bertolak balik. Sampai kat rumah lam kul 1-2 pagi. Since that, the trip over.


Pemandangan di Pantai Mersing


Pokok kelapa sawit

Pokok kelapa sawit again and again

Off

Friday, 11 December 2009

Start esok, aku akan offline untuk 2-3 hari. Esok, aku akan bertolak ke Kuantan dan Temerloh. Sayang betul nak offline. 2-3 hari pulak tu.

Lepas balik nanti, akan cerita apa yang berlaku kat sana.




Gred PMR 2009 ???

Tuesday, 8 December 2009

Hari ni ada berita dari Kementerian Pelajaran Malaysia melalui seorang kawan
iaitu...........


CADANGAN GRED PMR 2009


Cadangan Gred PMR pada tahun ni adalah seperti berikut:

BM-65 %

BI-75 %

SN-55 %

MT-80 %

PAI-85 %
SEJ-80 %
GEO-85 %
KH-80 %


Secara puratanya, cadangan gred tahun ni boleh dikatakan amat rendah. Terutama Sains. 55 % saja diperlukan untuk dapat A !!! Aku tak sangka gred untuk Sains akan diturunkan sampai serendah ni. Bahasa Melayu pulak kedua terendah dengan gred 65 %. Mungkin sebab Kertas 2 gred boleh jadi serendah tu sebab Kertas 1 senang je. Tapi, apasal Geografi ngan PAI boleh jadi tinggi pulak. Satu lagi, sepatutnya gred untuk Sejarah diturunkan sekurang-kurangnya kepada 75 %. Cadangan Gred PMR ini akan menjadi reaiti...... Amin.





Untuk mengelakkan kekeliruan, diberitahu disini bahawa ini cuma cadangan untuk Gred PMR dari salah seorang ahli yang bersidang untuk menentukan gred PMR. Jadi gred di atas tak betul. Mungkin hanya 1 atau 2 daripadanya yang betul.

~aku sedang menanti berita yang tepat tentang gred PMR. Jika pembaca mempunyai maklumat tersebut, sila maklumkan. Kerjasama anda amat dihargai.~

Apa dah jadi ???

Sunday, 6 December 2009

Tak lama lagi result PMR nak keluar. Tapi, hanya disebabkan result PMR nak keluar, kebanyakan kawan aku dah jadi resah, gelisah, histeria, fobia dan hampir gila.( lebih2 pulak) Tapi, yang hampir gila tu berjaya kawal diri supaya tak jadik gila. Tak sempat pulak nak ambik result nanti. Kenapa sume berlaku ? aku pun berdebar jugak nak ambil result. Tapi, tak la sampai fobia, histeria dan sebagainya. Yang tak nak ambil result pun ada.



Apa la korang ni. Aku pun takut jugak kalau tak dapat apa yang aku inginkan. Tapi, kalau tak dapat, apa boleh buat.
Dah takdir. Tak boleh nak ubah. Apa yang boleh kita buat ? Berdoa la. Dengan berdoa mungkin Allah akan mengabulkan doa kita lalu takdir berubah. Mana tau pegawai peperiksaan silap pindah maklumat sampai sume dapat 8A. ha ha( mengarut je keje aku). Kalau tak berjaya dapat 8A, mungkin ada kebaikannya. Dan mungkin Allah mneyediakan kejayaan yang lebih besar untuk kita.







Result PMR

Wednesday, 2 December 2009

Tak sampai sebulan lagi result PMR akan keluar. Perasaan aku pulak bercampur-baur. Kejap gembira, kejap takut, kejap gelisah, kejap tak sabar untuk ambik result. Tapi, kadang2 aku tak ingat tentang tuh. Ntahla. Aku tak pasti pasal keyakinan aku. Apa2 pun samalah kita berdoa agar gred peperiksaan terutama untuk Science diturunkan dan semua form 3 (kecuali beberapa orang) SMKDRI dapat straight A's.
Amin.Biar pengetua sampai sakit jantung gitu. HA HA



Alumni Pasti Al-Fatonah

Sunday, 29 November 2009

Dua hari lepas, mak aku cakap ada majlis Alumni untuk bekas pelajar Pasti Al-Fathonah batch 1997-2002. Aku try ajak kawan2 yang juga bekas pelajar Pasti. Tapi, semua tak datang. Lebih kurang pukul 8.40 malam, aku sampai kat sana. Masa tu tak ramai lagi orang yang datang.

Lepas tu, salah seorang lelaki yang juga bekas pelajar memberi borang Alumni untuk diisi. Aku terus isi. Tiba2 ada miscall. Aku tengok telefon aku. Terpampang nama Adila. Kenapa pulak dia buat miscall. Masa tu jugak ada sorang budak datang depan aku. Aku kenal dia, adik Adila. Aku tengok belakang, Adila!. Kenapa pulak dia ada. Aku tanya dia. Dia cakap dia pelajar Pasti masa umur 5 tahun.
Tapi, dalam memori otak aku, tak de pulak pelajar bernama Adila masa aku umur 5 tahun kat Pasti. Apa2 aku malas nak siasat lebih mendalam.

Lepas cakap2 ngan Adila, ADUN Ladang, YBM. Tengku Hassan Tengku Omar sampai. Dia merupakan tetamu kehormat kat majlis ni. Dia jugak merasmikan majlis ni. Then, semua orang pergi ke bilik sebelah untuk makan. Nasi minyak lauk ayam masak merah. Best giler. Tapi aku makan sikit je sebab kat rumah dah makan.

Lepas makan, ada mesyuarat untuk melantik pemimpin2 Alumni Pasti. Then, balik.


Ni laman blog Alumni Pasti Al-Fatonah:
http://alumni-pastialfathonah.blogspot.com/

Video khas Reunion Version 2

Friday, 27 November 2009




Version 2

Video khas Reunion Version 1

Wednesday, 25 November 2009


©2009 by Faris Husaini. All Rights reserved.

Aku saja buat video ni sebab bosan sesangat. Apa2 pun aku puas hati dengan hasil kerja aku.

Reunion SKPBB 2006

Tuesday, 24 November 2009

Hari ni memang best. Reunion Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar(SKPBB). Memang lama tak jumpa kawan2 lama. Orang yang dijemput ramai tapi yang datang 13 orang je. Aku Memula makan kat KFC. Aku makan Toasted Twister ngan Zinger burger. Memang best borak2, dah la lama tak berkumpul macam ni.

Lepas makan, kitorang pergi pantai jalan2 dan ambik gambar. Ketika itu, kitorang lihat sekumpulan orang. Tengok dari pakaian macam pegawai JAIT( Jabatan Agama Islam Terengganu). Aku buat2 tak nampak sebab sibuk tulis sesuatu kat pasir. Kitorang bukan buat maksiat pun. Tapi, aku rasa bodoh gak diorang. Kalau nak tangkap orang buat maksiat, kenapa berkumpul. Orang yang buat maksiat mesti akan perasaan.

Apa2 pun reunion ni memang best.



makan2




main2 kat pantai


Boyz Gurlz



Kalu yang tak datang juga ada bersama, mesti reunion ni bertambah serinya. Apa2 pun, MISS YOU ALL

Lawatan - Part 2 : Kuala Lumpur

Monday, 23 November 2009

Lepas breakfast kat Kak Long Chalet. Semua naik bas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ada jugak yang tido termasuk aku. Sedar2 dah kat stesen minyak. Aku turun untuk basuh muka then aku beli air dan skit makanan. Lepas tu, aku tak tido2 lagi. Mula2 pergi Pusat Sains Negara. Tak ada apa2 yang menarik bagi aku, yang menarik cuma pameran Computer History ngan Human in The Future je.

Sampai kat Muzium kesenian Islam, OMG!!! tak boleh ambik gambar. apala diorang ni, macamla orang nak curi barang kat dalam muzium tu. Then, rombongan pergi ke Menara Kuala Lumpur. Memang tinggi, aku agak gayat skit, he he. Aku ambik dalam 5-6 keping gambar pemandangan. Lepas turun, sembahyang kat surau then tukar baju kat tandas.


KL Tower


Aku ngan Faiz


Then, tempat paling best Midvalley. Tapi, masa mula2 turun bas, Syahin and the gang hilang dari pandangan. Jadi aku ikut Syafiq ngan Zati's and the gang. Memula, cari tempat makan. Melihatkan section Food Juntion penuh dengan manusia. Kiorang pergi cari McDonald's. Jumpa McDonald's, penuh jugak. Akhirnya, makan kat Food Juntion jugak. Kitorang makan Grilled Chicken with Sausage. Zati's tambah Bolonis.( ntah apa nama dia, terbelit lidah nak sebut). Then, aku pegi kedai game. Tapi, semua game untuk PS3 ngan PSP. Then, kitorang pergi kamdar, aku beli dua helai baju. Then, aku telefon Naim. Dia kata ada kat Cosmic Bowl. Aku berpecah ngan Syafiq, Zati, Aqilah ngan Alimah. Aku jumpa Faiz and the gang kat Cosmic Bowl. Aku tanya sebab apa tak main. Dia kata sebab penuh. Then, Faiz kata nak ikut Zati's gang. Then, jumpa diorang kat Reject Shop.

Faiz's gang kata nak pergi Kamdar, jadi aku ikut Zati's gang balik. Kitorang pergi cari MPH bookstore. Tapi, tak jumpa. Then, pergi Carefour. Zati's gang beli alat kosmetik. Kemudian,Zati ternampak kedai MyCamera.Com. Aku terus pergi kedai tu sebab aku memang nak beli memory kamera sebab dah penuh. Aku beli 2GB. Lepas tu, kitorang jumpa NZ Bookstore. Aku ternampak novel grafik bertajuk Hacker karya Zint. Aku terus beli sebab aku memang minat karya2 Zint. Cerita dia pun best. Then, aku berpecah semula dengan Zati's gang dan jumpa Faiz's gang balik. Kitorang pergi cari surau. Bila jumpa surau, OMG!!! Surau penuh sampai tak nampak bahagian dalam surau. Lepas round2, dalam pukul 8.15, kitorang keluar. Then, masuk dalam bas. Lama jugak nak bertolak sebab ramai yang tak sampai lagi. Ada yang sesat, ada yang sengaja lewat. Dalam pukul 8.45 baru bertolak.



Hacker



MidValley



Bergaya ngan kawan2

Tak lama lepas bertolak, aku tertidur. sedar2 dah sampai kat R&R Temerloh. Dah 3 tahun tak datang sini. Memula pergi, surau. Then, pergi restoran. Aku cuma makan roti sebab perut kenyang lagi. Lepas tu, naik bas semula. Aku sambung tidur. Sedar2 dah sampai sekolah.

Kesimpulannya, lawatan ni memang best. Sepatutnya lawatan ni patut tambah sehari lagi sebab kat KL tak puas jalan2.

Lawatan - Part 1: Melaka

Sunday, 22 November 2009

Perjalanan ke Melaka memang seronok, ramai buat lawak, menyanyi dan macam2 diorang buat. Tapi aku tetap tidur jugak pukul 2 pagi. Lebih kurang pukul 5.45 pagi. rombongan sampai ke Masjid Al-Azim. Lepas sembahyang, mandi, tukar baju. Aku ambik kamera dan ambik gambar sebanyak mana yang sempat.


Masjid Al-Azim


Aku kat depan masjid


Bergaya sakan

Kemudian, rombongan menuju ke Bandar Hilir (betul ke ?) untuk
makan. Rombongan berhenti makan kat depan Muzium Samudera. Aku cuma makan nuget sebab aku tak biasa makan pagi. Lepas makan, aku syafiq ngan Zati's gang ambik gambar kat luar muzium.



Muzium Samudera


Aku ngan Syapik kat luar Muzium


Then, rombongan pergi ke Taman Buaya Melaka. Memang banyak buaya kat sana. Siap ada rumah berhantu lagi.


Aku ngan Syapik (lagi)


Bergambar je keje


Buaya tengah mengamuk (ni bukan buaya darat ye)


Lepas tu, rombongan menuju ke Taman Mini Malaysia. Mula2 semua orang ingat pergi zoo dulu. Taman Mini Malaysia agak jauh dari Zoo Melaka dan Cikgu pulak suruh pergi ngan jalan kaki je. Letih gile. Dah la tak ada apa2 yang menarik kat situ. Yang menarik cuma persembahan dari jejaka berhidung merah ngan tarian je.





Jejaka berhidung merah


Tarian

Kemudian, rombongan menuju ke Zoo Melaka tapi kali ni dengan menaiki bas. Lega skit. Semasa tunggu nak dapat tiket, aku ternampak Ustaz Zahury, guru mengaji aku semasa darjah 6. Jalan2 kat zoo memang letih. Dah la air kat kedai dala zoo mahal. Air botol kecik dah RM 2.80.



Lepas habis tawaf satu zoo, romongan menuju ke Kak Long Chalet. Mula2 pergi sesat jugak. Tapi sampai jugak macam manapun. Chaletnya memang
.cantik dan selesa. aku sebilik ngan Faiz, Syahin, Naim, Asyraf, Fathi, Fadhil ngan Amar.




Selepas mandi dan bersiap, rombongan menuju ke Dataran Pahlawan. Cikgu beri masa dari pukul 5.00 petang sampai pukul 10.00 malam untuk jalan2 kat sana. Mula2 aku ngan Syafiq pergi Kota A' Famosa. Kemudian aku pergi Mahkota Parade sebab Naim ajak main boling. Faiz kata main satu round je sebab bayarannya agak mahal skit. RM 10 satu round. Kat TER cuma RM 5 je satu round. Lepas main boling aku, Naim, Faiz, Syahin, Asyraf, Fathi, Syafiq, Raja ngan Muiz pergi main game arked. Kemudian ke surau untuk solat. Lepas solat, kitorang jalan2 then keluar sebab nak pergi Menara Taming Sari. Kitorang tak naik. cuma tengok2 kat bangunan sebelah je. Sebelum tu, kitorang pergi McDonald's. Masa nak pergi McDonald's, Faiz terjumpa ngan mak saudara dia


Then, Faiz ajak pergi Melaka Megamall tapi aku ngan Syahin tak ikut sebab kaki sakit sangat. Kitorang duduk kat bas perempuan sebab bas lelaki tak buka lagi. Tak lama lepas tu, Cikgu Din muncul. Aku ngan Syahin ikut Cikgu Din pergi bazar berhadapan dengan Menara Taming Sari. Jalan2 kemudian jumpa Faiz and the gang balik. Lepas tu, balik semula ke Kak Long Chalet.

Esoknya, semua orang dalam bilik aku bangun awal. Syahin paling awal bangun.(bangga ar dia) Faiz ngan Syahin kata kena pakai baju sekolah. Lepas sarapan rombongan bertolak ke Kuala Lumpur.

~bersambung ke part 2 - Kuala Lumpur~