skip to main |
skip to sidebar

When the PMR Trial will be hold ? ~ 1/9/2009.
Are you ready ? ~ 40%
What are you dream for PMR Trial ? ~ 7A 1B
Are you can make dream comes true ? ~ 50%
What happened to you? ~ I'm feel very lazy to study.
Are you study for the PMR Trial ? ~ Little.
Are you want to take over the first place ? ~ Yes, of course.
What did you do until now ? ~ Playing computer games.
If you continue doing that, can you make dream comes true ? ~ I think no.
Do you want the worst history happen again ? ~ Absolutely no.
So, what you have to do ? ~ Study.
Study isn't enough, you must throw out you hidden power. Can you ? ~ I'm sure I can.
Beside that, you must leave all the useless things behind. Can you ? ~ I'll try.
When do you want to start ? ~ Now.
I ask you again. When do you want to start ? ~ Now!
I ask you for one more time. When do you want to start ? ~ Now!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
I want to see you again with the your dream that will comes true. Can you ?
~ I will come back with the success.
So, good luck. ~ Thank you.
Aku bangun dari tidur, aku melihat jam. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Aku menggosok muka aku. Mimpi yang aku alami tadi memeningkan aku. Aku bermimipi tentang dia. Mungkin aku ada kaitan dengan dia tapi aku tidak rapat dengan dia. Malah dia berada di tempat yang jauh. Memang memeningkan. Tiba-tiba dia muncul dalam mimpi aku dan memberitahu sesuatu. Adakah mimpi itu cuma mainan tidur atau ada maksud disebaliknya. Entahlah, cuma tuhan saja yang tahu.
konfius
Best betul bulan puasa. Banyak kuih yang jarang dijumpai ada di bulan puasa. Petang tadi aku pergi bazar ramadhan kat tepi SK Seri Budiman. Banyak kuih ade kat situ. Sayangnya kuih feveret aku dah habis. Pergi lewat sangat memanglah habis. Banyak jugak aku beli makanan. Masa nak balik jumpe Khalil ngan Aiman.
Lepas buka puasa, main komputer jap. Lepas tu pergi solat terawih. Habis solat terawih, online sampai sekarang.
Hari ni bermulanya puasa bagi seluruh umat Islam di seluruh Malaysia. Semoga bertambah berkat terutama kepada form 3( except students that I hate ).
Khamis, 20/9/2009
"Kepada semua pelajar 3 tiga yang mendapat nombor 1 hingga 30, sila ke bilik Ibn Khaldum selepas perhimpunan"
Pengumuman itu membuatkan aku terfikir, mungkin akan ada kem atau kelas tambahan masa cuti. Sampai saja di bilik Ibnu Khaldum, Cikgu Ramlah bertanya,
"Kenapa lambat, kan cikgu suruh mari lepas perhimpunan,"
Selepas duduk, cikgu memulakan ucapan. Ternyata sangkaan aku meleset. Bukan tentang kelas tambahan atau kem tetapi TARGET TRIAL PMR. Selepas beberapa minit, Pengetua, dan PK 1 masuk.
Sebelum itu, Cikgu Ramlah bertanya,
"Mana lencana jihad awak ?"
Macam2 alasan yang diberi oleh pelajar yang tidak memakainya seperti pin tercabut, hilang dan sebagainya. Lepas tu, Cikgu Ramlah meneruskan topik utama dan bertanyakan target trial PMR dengan subjek yang dirasakan tak dapat A dalam trial seorang demi seorang. Aku pulak tak tahu nak bagitahu sama ada 8A atau 7A 1B. Akhirnya aku memilih 7A 1B dan subject yang aku rasa tak dapat A adalah BI. Aku ni bukannya pelajar high level sangat, nama je kelas 'Al-Kindi' tapi..........(fikir-fikirlah sendiri)
Lepas tu Cikgu Ramlah bertanya lagi,
"Apa masalah sebenar awak semua sampai tak ade seorang pun yang target 8A atau 9A ?"
Mula-mula Fikah mengkritik cara pengajaran Cikgu Azman. Disebabkan kritikan itu, Cikgu Ramlah bertanya kepada pelajar kelas 3 Al-Razi yang Sejarahnya diajar oleh Cikgu Nazaraly,
"Cikgu awak okey mengajar ?"
"Okey," jawab sebahagian pelajar kelas 3 Al-Razi.
"Jadi ini melibatkan dua orang cikgu," kata Cikgu Ramlah dengan nada perlahan kepada Pengetua dan PK 1.
Aku dapat menjangkakan mungkin akan ada perubahan berkaitan dengan guru Sejarah. Tapi kalau nak buat perubahan pun aku rasa dah terlambat. Lepas tu Pengetua pulak buat ucapan. Pengetua kritik sikap belajar form 3 yang agak teruk terutama kelas 3 Al-Kindi. Mana taknya. Kelas tu dipenuhi oleh orang-orang yang tak sepatutnya(faham-faham je la). Disebabkan kritikan itu, Aima bersuara,
"Cikgu, kalau kita nak belajar org lain bising," kata Aima.
"Suruh dia senyap cara lembut. Kita jangan lawan." balas Pengetua pula.
"Tapi kita suruh cara baik, dia meng'anjing' pulak," kata Fikah.
"Kalau gitu, nok buat gane doh," kata Pengetua.
"Gini ar. Kita buat satu kelas khas untuk mata pelajaran yang awak rasa tak boleh A. Dalam kelas tu kita akan fokus mata pelajaran tu saja." kata Cikgu Ramlah.
Lepas tu, PK 1 bagi nasihat tentang selsema babi atau bahasa lembutnya H1N1. Memang mengejutkan, Thailand yang lebih besar dari Malaysia baru cecah 20 orang terkorban. Malaysia dah cecah 70 orang. Kerajaan Malaysia tak buat kerja ke? Kerajaan tido? Atau kerajaan Malaysia memang lembab? Entahlah.
Lebih kurang pukul 9, semua pelajar balik ke kelas.
Finally, I wany to say good luck to all form 3 students except the students that I hate. I want to say bad luck for them( guest who). And for the top 3 Al-Kindi students, I will chase you.
(Tetiba je aku rase nak speak Inggeris kat perenggan akhir)
P/S: Kesemua dialog yang ada bukannya 100% tepat. Mungkin ada yang aku tak ingat.
Banyak rahsia orang lain yang terbongkar hari. Seronok jugak dapat dengar rahsia orang lain. Tapi aku tak boleh nak bagitau sebab name pun rahsia.
Hari ni jugak aku jumpe tiga orang senior. Mula2 2 orang senior ting. 4 yang(aku tak ingat nama diorang) semasa rehat yang kini bersekolah di SMK Sheikh Abdul Malik. Dia kata nak hantar buku teks yang dia pinjam. Semasa petang pulak jumpe abg. Alif. Ntah dia nak buat ape.
Apasal Trial PMR ditangguhkan? Sebab H1N1 ke? Habis hilang semangat aku. Banyak negeri lain dah mula atau habis trial. Tak faham betul aku. Tapi bagus gak. Aku baru 20% bersedia.
Hari ni cikgu mengadakan untuk pelajar-pelajar elit disebabkan ramai pelajar pergi ke kem di Qurata Reasort. Hari itu bosan sebab ramai kawan-kawan aku tak ade.
Slot pertama pada pagi itu adalah Bahasa Inggeris yang diterajui oleh Teacher Latifah. Teacher buat literature tentang 'Potato People'. Teacher bahagikan semua pelajar kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada dua orang ahli. Susah betul nak buat. Kumpulan aku dapat soalan tentang character. Jenuh nak membuatnya. 'Rakan' sekumpulan aku pulak pergi round kat kumpulan lain. Tinggal aku sorang2 buat kerja. Tak habis2 menyakitkan hati aku.
Slot kedua pulak slot Bahasa Melayu komsas. Aku dapat soalan tentang latar novel ' Timulak Kapal Perang'. Sejam baru aku siap. Lepas siap, aku round2 cari idea untuk e-novel aku.
Kem habis awal, jadi aku ngan Faiz, Aiman ngan Yong round satu skool. Lepas habis sembahyang, aku ngan Aiman pergi makan roti canai kat kedai depan skool. Lama betul tak makan roti canai, ha ha...........................................................................