Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

Another long break from blogging (~_~)

Sunday, 15 June 2014

Assalamualaikum....
Hurm....
Sekali  lagi berehat panjang daripada  blogging.
5 months gap daripada post terakhir.
Busy ? Busy la sangat.
Takde cerita ?  Benda  biasa takkan la  nak cerita jugak kan ?

Maybe ada satu yang  menarik.
Time SMAC '14 aku join bola sepak team Intechss.
SMAC ni stands for Sports and Martial Arts Carnival.
Intechss tu pulak society untuk course ICT.





Yeah, I was playing in goalkeeper position.
Malangnya, kesilapan mudah aku buatkan pasukan Intechss kalah tipis
1-0 kepada Engenius (society course engineering)  di quater-final.

Beberapa minggu selepas tu,
exam  !
Tapi, aku sempat drop subject Maths 3(caculus) sebelum tu sebab tak yakin aku akan lulus.
Dan ternyata ia berbaloi dengan melihatkan result yang aku dapat.

Akhir sekali, yang paling dinantikan. 
Cuti  !!!

Aktiviti masa cuti ?
Bersambung ke post seterusnya........

Beratnya melepaskan mereka.....=')

Tuesday, 4 June 2013


Assalamualaikum,
I'm here again.

Firstly,
as always, my birthday, 24 Mei yang lalu, takde benda yang special untuk dikongsikan.
Cuma,
kali ini,
ulang tahun yang ke-19,
menandakan tinggal setahun lagi sebelum aku
mengharungi era baru dalam hidup aku.

InsyaAllah,
tibanya saat itu nanti,
aku akan menamatkan pengajian sebagai pelajar asasi UIA.

Dah 2 minggu sejak aku pulang ke Terengganu,
banyak benda dah aku buat,
novel,
main video games,
spending time with my little sisters,
also with my close friends,
especially Kak Nadia and Tisya,
yang tak jemu tengok muka aku setiap kali outing.

Bowling & Picnic 1 Jun lepas,
event yang ambil masa beberapa hari untuk plan,
berbaloi walaupun ada jugak yang tak dapat datang.

Tiba lewat kat TER, around 11.30,
nasib baik bowling banyak kosong time tu,
datang je terus masuk.
Walaupun aku tak main bowling,
memikirkan bekas luka dalaman kat kaki ni,
tambah pulak mood yang membuatkan aku tak terasa nak main,
tapi, aku still jugak main menggunakan nama orang lain.

Pukul 2 lebih seperti dirancang,
kitorang sampai kat Pantai Cendering,
sampai je terus siap-siap dengan tikar,
susun makanan, minuman,
semua mata dah macam orang jumpa berlian,
kalau dalam kartun, mesti bersinar-sinar mata tu,
maklum la masing-masing dah lapar.

Then,
main-main kat pantai, aku dengan snap picture,
zaty ngan keek,
macam-macam gelagat la.
Lastly,
semua tak nak balik.
Bajet pukul 5 dah gerak balik, 5.30 duk terpacak lagi,
yang nak lari balik kat air pun ada.
Aku cakap kat orang. aku pun berat jugak.
Lagipun,
ni la last boleh kumpul ramai-ramai sebelum
semester baru bermula.

Sesuai dengan tajuk post ni,
beratnya melepaskan mereka.....







Sepanjang tu jugak,
melalui handphone aku,
terhasil gambar-gambar kat atas.
I like all of this pictures.
Cantik.
Selalu jugak aku belek gambar kat atas ni dalam phone.
Anyway, camne phone aku yang rabak tu boleh hasilkan gambar camni ?
Persoalan tu akan terjawab dalam post seterusnya.


The end of my first year journey

Friday, 24 May 2013

I'm here.
Finally here,in Terengganu.
Just got back from IIUM for semester break.

Dah 2 bulan lebih aku tinggalkan blog ni,
last post masa mid-sem break hari tu, 17 Mac,
dan sekarang dah penghujung bulan Mei.
Memang terdetik hati nak tulis blog, anyway,
mood dan masa tak mengizinkan.
Ni pun dah 5 hari sampai Terengganu baru nak sentuh blog ni.

Sejak habis je SMAC '13(Sport & Martial Arts Carnival) 20 April hari tu,
aku takde fikir lain dah selain nak exam ngan nak balik.



I'm tired, exhausted, hoping that I'll have enough strengh for another one last month.
Dalam masa sama jugak, aku ambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam pengurusan mana-mana
event selepas SMAC '13.
Aku sanggup pergi office SDD awal pagi semata-mata nak tarik balik borang committee Ta'aruf Week yang aku hantar petang hari sebelumnya,
program yang akan pendekkan cuti 3 minggu aku kepada 1 minggu, yang akan buatkan aku cuma dapat jejakkan kaki ke Terengganu seawal-awalnya minggu depan, semuanya sebab nak cuti.
Aku pun dah buat keputusan untuk tak sertai FSCC sesi 13/14 memandangkan jadual aku penuh dengan subjek core start sem depan. Tak kira short sem yang aku kena ambik nanti lagi tu.

Exam ?
English, Quranic Language(Arabic), Study Circle, dah malas nak fikir, nak tunggu result je.
Tak taruh harapan sangat, target pointer around 3.20 je.
Walaupun exam Math mampu buatkan aku puas hati, walaupun tak sempat jawab beberapa soalan section kecil.
Computer pulak macam takde masalah walaupun bimbang dengan soalan objektif.
Anyway, aku still ad 3 sem lagi untuk tingkatkan pointer, at least boleh capai 3.6 sebelum aku graduate.

Sepanjang exam, memang gelabah, rasa takut semacam je,
maybe sebab kegagalan lepas.
Hari sebelum hari first exam la paling teruk perasaan tu.
I'm lucky to have two very close good friends, and my sister, that always contact me, always concern about me.
Sepanjang exam, atau maybe sepanjang sem ni, diorang bertiga ni la yang selalu contact, selalu tanya khabar, bagi sokongan.
Thanks to all of you.

Semester 3 2012/2013,
aku tak akan lupakannya,
sem dimana aku mengalami perubahan dari segi perangai, cara belajar, sosial life,
semua tu aku tak expect untuk berlaku, semua ni hasil turning point daripada kegagalan lepas,
Sepanjang sem ni jugak, tubuh badan aku & kemampuan kerja aku dah kena push to the limit,
dengan keadaan camtu, aku still tak jaga kesihatan and makan minum,
hasilnya aku selalu sangat sakit.
Sakit-sakit pun still turun padang, aku tak tau sebab apa aku sengaja cari penyakit,
nak lupakan perkara lepas maybe.
Dan sem ni jugak, buat pertama kali aku kenal semua classmate aku, kelas arab aku, tu pun 15 orang je members. Anyway, still tak rapat.
Kelas lain, tak sampai separuh kenal.



So, tamat la first year aku di CFS IIUM, 
tinggal setahun lagi untuk dihabiskan sebelum aku memulakan degree.

#Post pertama untuk hari ni.
maybe post kedua akan menyusul malam nanti, tapi tak pasti kot.

CIBE 2013 # RAFEST 2013

Sunday, 17 March 2013


Assalamualaikum.
Just checking my last post on this blog,
little shock coz' my last post was on 26th January.
Masa berlalu dengan cepat sekali, sebulan setengah tanpa sebarang post.
(-_-)

By the way, arini aku decide nak buat dalam 2-3 post.
Macam nak marathon blogging je.
Ape-ape je la.
THE MARATHON BEGIN !!!


CIBE 2013
``````````
Start dengan CIBE 2013 (CFS IIUM Book Fair & Exhibition).
Diadakan pada 4-7 Februari.
Aku dan ahli biro ES FSCC yang lain bertugas di dewan sebagai pemantau kot, lupa pulak 
tugas sendiri. Tapi, memang dalam dewan la.

Untuk aku sendiri,
aku sempat beli 2 buku ni guna baucer.
Harga dua buku ni actually dalam RM 59 tapi dapat diskaun jadi RM 50




~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Some pics of CIBE 2013
`````````````````````````




################################################


RAFEST 2013
````````````````````
Rafest 2013 (Raudhah Festival 2013) diadakan selama sebulan bermula hari pertama sem ni. 
Tapi kemuncaknya bermula pada 17-24 Februari 2013.
For this event, aku jadi salah seorang members untuk 
Opening & Closing Ceremony(OCC) Bureau dan dengan automatiknya diletakkan sebagai 
Person In Charge(PIC) unit multimedia.

Sepanjang Rafest ni memang banyak kejadian yang diingini mahupun yang tidak diingini.
A lots of events, 
first time makan al-darabi burger, sedap, ada chance nak lawan McD.
Anyway, really busy time Rafest, tak sempat nak enjoy kebanyakan aktiviti yang ada.
Shooting, taking pictures, editing videos.
Hopefully, aku dapat enjoy Rafest tahun depan memandangkan aku dah buat keputusan
untuk tidak lagi menjadi committee mana-mana events & biro untuk sesi 2013/2014. (*_*)

~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Some pics of Rafest 2013
```````````````````````````
Credits to:
for Rafest 2013 pics








\_Exhausted !...I need to rest !_/

Saturday, 26 January 2013


Assalamualaikum,
it's 26th January.
And I finally can rest for a while.

Dah seminggu berada di CFS,
letih giler.
Dengan roomates baru, salah sorangnya Alif Mazlan,
Lagi baik daripada semester lepas. So, tak menyesal tukar roomates
walaupun terpaksa naik pangkat, bilik aku sekarang di tingkat 4 !!!

Sepanjang minggu ni busy dengan meeting, add-drop subject session,
and Rafest '13.
Untuk semester ni, jadual aku banyak free, maklumlah RA students tak boleh belajar
credit hours lebih dari 15.
So, aku ambil subjek;
-English level 6
-Arabic level 2
-Mathematics 1
-Computer 1

Walaupun letih, kepala ni tak la berserabut macam semester lepas.
Semester lepas events besar takde pun tapi kepala berserabut bukan main.
Untuk meeting je, 3 meeting dalam masa 2 hari yang lepas.

Untuk Rafest '13,
unit gimik dan multimedia untuk opening/closing ceremony dah start perbincangan
untuk paparan video nanti. So, InsyaAllah next week kitorang dah start shooting kot.
Lain-lain benda, poster opening/closing ceremony, background music, sound effects, semua dah hampir siap.

Poster-poster berkaitan Rafest '13




Dah takde benda dah nak cerita kot.
See you later.....

Permulaan bagi lembaran baru hidupku

Thursday, 17 January 2013


Assalamualaikum,,
dah 2 minggu lebih aku tak update.
Sekarang ni aku dah on the way ke UIA.
InsyaaAllah, aku akan jejakkan kaki ke sana selewat-lewatnya sebelum pukul 5 petang ini.

Untuk semester ni,
aku pergi awal daripada orang lain,
sebab hari Jumaat sampai hari Ahad, family FSCC akan terlibat
dengan induction Rafest '13 (Raudah Festival 2013).

So, surely mula je sem ni, kitorang akan busy.
Akan datang, 2 lagi event akan menyusul.
Hopefully, kesibukan ini, tak akan membantutkan pelajaran aku.


Sepanjang 2 hari yang lepas,
aku banyak habiskan masa waktu petang di SMKSS,
bersama kawan-kawan aku yang
melanjutkan pelajaran sebagai pelajar tingkatan 6 di sekolah tu..
Best jugak, maklum la, sekolah tepi pantai, nyaman je rasanya.

Lastly,
aku nak ucapkan terima kasih kepada beberapa individu
yang banyak memberi dorongan dan sokongan, nasihat,
apa-apa sahaja yang positif pada aku sepanjang
aku mengalami stress yang agak teruk sejak beberapa bulan lepas.
Korang banyak membantu aku, dan sekarang aku dah
memulakan langkah ke arah lembaran baru.
Aku tak bersedia sepenuhnya, tapi, aku yakin,
aku mampu, Allah dah merancang yang terbaik untuk aku,
Yang penting aku terus tabah dan berusaha sebaiknya,
InsyaaAllah......

2012 : Year of Challenge and Desperation

Tuesday, 1 January 2013


Assalamualaikum.
Another long break from blogging.
I'm having boring days since my holidays started.

Year of Challenge and Desperation.
Bagi aku, tajuk tu sesuai dengan tahun 2012 untuk hidup aku.
Lebih banyak perkara buruk berbanding perkara baik.
yang berlaku dalam hidup aku bagi tahun ni.

Selain tu, aku kurang aktif sebagai blogger,
buktinya, jumlah post untuk tahun 2012 mencatatkan penurunan berbanding
tahun-tahun yang sebelumnya.
Mungkin kekurangan masa, cerita, & idea.

Untuk tahun ni,
dari segi sosial, aku dapat 2-3 orang kawan rapat. Yup, dalam 2-3 orang je.
Pelik kan ? Dalam setahun cuma banyak tu je kawan rapat yang baru.
Tapi, itu la fakta tentang aku, aku susah nak bergaul, apatah lagi mendapatkan
seorang kawan rapat.
Lebih teruk lagi, aku susah nak percayakan seseorang, melainkan diorang
tu aku dah anggap teman rapat.
Kebiasaanya, untuk teman-teman rapat aku, dikalangan kitorang akan
ada nickname atau panggilan tertentu. (Ex: Kakak, Nenek, Doranifa, Ralf, Semek, etc..)
Itu la antara tanda-tanda special seseorang tu kawan rapat aku.

Back to the title;
'2012: Year of Challenge and Desperation',
here the review of my 2012 life base on the post of this blog.

.............................................................................................
Januari
'''''''''''''
Dapat lesen P untuk kereta. Takde benda lain yang menarik berlaku.
Hari-hari berlalu sementara menunggu keputusan SPM keluar.

Februari
'''''''''''''''
Pertama kali menjejak Langkawi, trip anjuran Koperasi SMKDRI.
Happy dapat pergi ke sana, banyak tempat best. By the way, di penghujung lawatan
berlaku sedikit perkara negatif.
Selain tu, hari-hari berlalu tanpa ada benda yang menarik berlaku selain ditemani novel-novel.

Mac
'''''''
Outing sket dengan friends.
Result SPM keluar. Dapat 5A je. Agak sedih pasal tu. Camne pun, tu dah jadi
sejarah, dan aku dah tak nak ingat sejarah lepas.
Then, sibuk dengan portal UPU, pilih course sana, pilih U sini.

April
'''''''''
Banyak aktiviti tentang sambung belajar lepas SPM.
Pergi Karnival Mara, apply UniKL.
Dapat tawaran dari UniKL terus sedia untuk sahkan tempat sebgai backup
untuk sambung belajar. Dapat jugak tawaran dari GMI & Matrik Gambang.
Akhir sekali, last reunion 5 Al-Kindi 2011.

Mei
''''''
Blog ini secara rasminya bertukar wajah.
Dapat tawaran untuk ke UIA. Doaku termakbul. Alhamdulillah.
Maka, persediaan untuk ke sana mula dibuat.
Outing last with some friends.
Having gathering for IIUM buddies from all over Terengganu.
Selain tu, aku beli handphone baru, Nokia X2-02.



Jun
'''''''
Aku mula menjejakkan kaki ke UIA.
Melalui masa sukar sebagai pelajar first-year. I got a little culture shock.


Julai
'''''''''
I bought an Asus Notebook. My first personal notebook.
Ulang tahun ke-3 untuk blog ni.


Ogos
''''''''
Kali pertama berpuasa di perantauan.
Even aku baru first year, aku join jugak FSCC & aku dilantik sebagai
setiausaha untuk biro aku.
Bila cuti, dapat balik ke Terengganu & sempat berpuasa di sana.
Sempat jugak berbuka puasa dengan friends. Then, konvoi raya dengan kawan-kawan
rapat aku.

September
'''''''''''''''''
Kem bersama FSCC di N.S.
First time berlakon depan orang kat kem tu.
Having a great time at the camp.


Oktober
''''''''''''''
Takde benda menarik berlaku.
Rutin harian yang agak bosan.

November
'''''''''''''''''
Having hard time. A lot of bad things happened to me.
My first semester at IIUM gone wrong, and that situation became
my life's turning point.
Aku menghadapi tekanan yang kuat sejak itu.
Tapi, ternyata sikap berpura-pura aku menyembunyikan semua tu dari 
orang lain.



Disember

''''''''''''''''
Juga tiada catatan menarik untuk dikongsi selain
trip aku bersama family ke Kelantan. Aku banyak drive time trip tu.
Satu pengalaman baru bagi aku.
Selain tu, aku cuma duduk rumah dengan rutin harian yang
membosankan.


.............................................................................................


QEAM !!! FSCC's.....

Monday, 17 September 2012


QEAM ?
Apa benda tu ?

QEAM = Quality Enhancement Camp
Kem ni anjuran FSCC of CFS.
Diadakan kat Rantau Agro Park(RAP), Negeri Sembilan.

Sejujurnya, rasanya ni baru kali pertama aku pergi kem
yang memerlukan aku tidur dalam khemah.
Perkhemahan sekolah dulu satu pun aku tak pernah pergi....-_-"


Overall, good !
Walaupun aku demam, aku gagahkan jugak untuk pergi.


First day,
Kitorang dibahagikan dalam group.
Aku satu kumpulan dengan presiden la, Aiman.
Satu je nak cakap pasal dia ni.
Matured !...Completely different from me, a childlish, happy go lucky, nonsense boy..(^o^)..

Ada events;
-Alien datang Bumi.
..Setiap group kena fikirkan barang yang alien mahukan dari bumi. Pilihan kitorang,
..Farid Wajdi ! <<< Aiman punya idea..
-Running Man FSCC.
..Kitorang kena tonton movie, sambil jawab soalan berkaitan movie, klu akan
..dihantar melalui mesej. Cari la jawapan kat setiap penjuru RAP tu..


Second day,
Fear factor, backwood cooking, Talent Time !!!

Fear factor macam biasa la, merangkak sana, panjat sini,
terjun sana, lompat sini.

Backwood cooking ?
Kitorang kena masak makan dengan sumber yang terhad,
dan cuma boleh guna bahan yang terdapat dalam hutan je.
Say no for Technology !!!
Luckily, our group made it !...
A.J.A.T = Alhamdulillah Jadi Ayam Tindih <<< nama menu group kitorang.
Sup ayam dapat pujian, ayam tindih(sate ayam bertindih) sedap,
tapi, nasi  separuh masak je. hu hu...

Talent Time !!!
Yang ni best, group kitorang berlakon, 

cerita pasal suami tuduh isteri curang.
Aku jadi peguam bela. Best !...he he.
Main actor, Akmal & Syaza menjadi beb.
Nadia pun power.
Nice !


Third day, 
Masuk hutan, cari herba,
then, kemas khemah.
Penyampaian hadiah, group kitorang dapat no. 2.
Yeay !
Lastly, balik la. Sampai bilik, tidur sepanjang hari, letih giler !

Short stories of my Hari Raya

Friday, 31 August 2012


Hai,

untuk post ni, aku nak pendekkan cerita je la. 

Firstly, 

HARI RAYA !!!

Pasal raya, aku tahun ni join 2 group konvoi,

first, dengan kawan kamceng kitorang,
second, Geng Sarang !

Untuk group first, 

Kitorang pergi konvoi macam tahun lepas jugak,
cuma ahli dengan kenderaan je yang berbeza.
Maklumlah dah ramai ada lesen kereta.
Pretty good one. Having fun with them, miss all of u.

Second group, Geng Sarang,

Kitorang ke area Gong Badak, 
dengan 3 buah kereta, tapi, this time aku penumpang je la.
Surely letih, 2 hari berturut aku jalan-jalan,
nak ke area sana pulak sesak atas jambatan. 








Selamat Hari Raya !!! (^_^)

Saturday, 18 August 2012


Last post for today !
Special sempena hari raya.

Selamat Hari Raya diucapkan pada 
semua saudara-mara, kawan-kawan, blogger, facebooker, 
dan yang mengenali aku.
Maaf zahir dan batin. 

Hepy raya semua.
Berhati-hati di jalan raya.
Jangan ingat sangat orang tersayang time memandu, nanti hilang tumpuan.
Jadi apa-apa susah.

Iklan kat TV tu patut tukar ayat dia...he he...


Berbuka puasa bersama friendzz (^_^)


My 3rd post for today.
Wiu wiu wiu wiu wiu wiu wiu !!!!

Memandangkan aku dah sampai kat Terengganu ni.
So, seperti yang dirancang, aku dan kawan-kawan buka puasa sama-sama.

First, hari Khamis.
````````````````
Aku buka puasa dengan Asyraf, Fathi, Nadia, Alia & Emma.
Sebenarnya, plan asal memang ajak ramai lagi, 
tapi, yang lain ramai yang tak balik lagi.

Sampai dalam pukul 5.30. Kitorang jalan-jalan
dekat TTC, ada jualan sempena raya. Kebanyakan pakaian untuk gurlz.
Time masuk Giant, jumpa dengan Azim & Naim. Terjadi la scene jejak kasih antara kitorang.
So, disebabkan Naim & Azim join kitorang, jadi la 8 orang yang buka puasa bersama.
Disebabkan tak tau nak beli apa, then lepas buka puasa, aku terus balik.


Second, hari Jumaat.
```````````````````
Buka puasa bersam Geng Sarang. 
Tapi, 2 ahli tak cukup, mana diorang pergi ni ??

Jalan-jalan dekat TTC jugak, then, pusing Giant lagi.
Kitorang terpaksa ready awal untuk buka puasa, takut meja penuh.
Banyak jugak kitorang sembang. Maklumlah, semua dah berpisah ke haluan masing-masing.
Time cuti macam ni la kitorang nak jumpa pun.

Lepas buka puasa, aku, Azhar, Syafiq & Anifa masuk balik Giant.
Jumpa Cikgu Norehan !.
Then, kitorang pergi arked jap, lepas tension dulu !

Dalam pukul 9.30, aku balik dulu. Sebab dah lewat sangat.
Tinggal la Syafiq, Azhar & Anifa shopping kat Giant tu.



That's all for this post.
Moving to the last one !

Berpuasa di perantauan


Post ke-2 untuk hari ni.
Tahun ni kali pertama aku berpuasa di perantauan.
Kebanyakan buka puasa dalam bilik je.

Ada event special time bulan puasa kat UIA.
Majlis Iftar bersama Hilal Asyraf.

Petang tu dia bagi ceramah pasal Ramadhan.
Sempat cakap-cakap kejap,
mintak autograph.
Satu je nak puji dia ni, walaupun baru umur 23 tahun, pemikiran matang giler.
Susah nak cari orang macam dia.
Aku pun tak yakin aku dapat jadi macam dia. 
Tapi, setiap orang ada personaliti tersendiri, kan ?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tutup citer pasal Hilal Asyraf.

Kat UIA memang ada bazar, tapi aku pergi 2 kali je.
Malas nak ergi, kat cafe dah ada macam-macam makanan.
Selalunya, aku makan nasi ayam je. Kadang-kadang aku beli pizza. 
Best jugak pizza tu. Kadang-kadang beli ayam goreng berempah.

Aku buka puasa kat masjid 2 kali je. 
Sekali time program dengan Hilal Asyraf, satu lagi time program "Islamkah Kita ?".
Overall, boleh tahan la pengalaman pertama berpuasa kat perantauan ni.

Owh, lupa.
Last week puasa dekat UIA, aku ada exam, 
subjek Physics 1 & Mathematics 1.
Math boleh la tahan, tapi physics tak tau nak cakap macam mana.
Serah je la pada takdir, benda dah berlalu pun....:-/

So, itu je la pasal bulan puasa aku kat UIA. 
Next post coming soon !...

Nak balik raya !!!

Tuesday, 14 August 2012


Hari ni hari terakhir aku kat sini sebelum aku balik kampung.
Terengganu, I miss you !
Bermakna ini juga puasa terakhir aku kat UIA.

Banyak benda nak post actually, tapi nanti la. Sampai rumah baru best nak menaip.
Hari ni banyak benda nak kemas.

Aku bertolak malam ni. Naik bas dengan GATE (Gabungan Anak Terengganu).
Satu bas dengan Adi, Syukur, dan Anis.
Bertolak dalam pukul 10 malam nanti.
So, doakan la semua selamat sampai ea.


Terengganu, wait for me !!!....(^_^)

2 hari yang memenatkan

Thursday, 24 May 2012


23 Mei
`````````

Aku dan semua pelajar Terengganu yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi, asasi, dan diploma berkumpul di Stadium Tertutup Gong Badak.
Majlis yang disempurnakan oleh MB Terengganu, Abang Said.

Dan seperti kebanyakan majlis-majlis bertaraf negeri yang lain,
semestinya akan berlaku kelewatan oleh VIP dan VVIP.

Aku pakai earphone, so tak tau apa yang diorang ceramah pada acara
pembukaan.
Orang tepuk tangan, aku tepuk.
Orang bersorak, aku diam je la.

Last sekali,
time tunggu nak ambil duit tu la paling menyesakkan,
lepas je ambil duit tu, keluar terus walaupun majlis
belum tamat lagi.

Keluar dari stadium,
kitorang terus ke pantai kat airport.
Cuba nak snap gambar, tapi, cuaca tak mengizinkan.
So, tiada gambar yang menarik untuk dikongsikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

24 Mei
`````````
Pagi,
aku ke Klinik Hiliran, x-ray time.
Tapi, lepas x-ray tu aku rasa lain macam je badan aku.
Kesan sampingan kot.

Then,
aku dan kawan-kawan ke bandar untuk beli barangan yang perlu berkaitan U.
Aku pulak buka akaun Bank Muamalat.
Banyak la jugak beli baju, novel sebuah, handphone.
Pasal handphone, aku akan buat special post nanti.

Then,
time nak balik dari bandar,
baru teringat janji aku pada seorang kawan untuk ke pantai.
Dapat la snap gambar kat sana, tapi takde yang special.



Best jugak lepak kat pantai, tenang je.
Terlupa sekejap keletihan yang dialami.

Anyway, effect keletihan still terasa sampai sekarang.
Huh !!!