Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tak leh online !!!

Wednesday, 20 January 2010

Lama betul tak post kat blog ni. Ye la, pc aku sakit dan perlu menjalani pemeriksaan. Abang saudara aku bertindak sebagai doktornya baru hari ni dia mulakan proses pemeriksaan. Maybe 2-3 hari aku tak leh online melalui pc aku. Post ni pun aku taip melalui henset.

Sepanjang minggu, memang banyak homework, aku rasa homework tahun ni lebih banyak dari tahun lepas walaupun tahun ni takde exam penting seperti PMR atau SPM. Dalam masa terdekat ni jugak, ahli dalam kelas aku jugak makin berkurangan. Ade yang pergi Sekolah Teknik, SBP, SMKSS, dan lain2. Yang masuk skolah arab pun ade. Aku pulak tak pindah mana2.

Then, latihan untuk atlet2 dah start, tapi aku tak pergi. Aku spatutnya pergi. Tapi, memandangkan aku malas dan cikgu pun tak ingat pasal aku jadi aku tak pergi la. Latihan tiap2 minggu pulak tu. Hai sukan 27 Februari, tapi atlet dah start berlatih.

Tu je la untuk post kali ni. Aku tak leh online lama2. Habis bateri handset aku.

Merentas Desa SMKDRI 2010

Thursday, 14 January 2010

Letihh!!!!
Letih gile merentas desa pagi tadi dan kaki aku yang baru saja pulih dari kekejangan pulak kembali cramp. Dan berjalan tak larat lepas merentas desa tu.

Dalam pukul 7.20 pagi, aku sampai kat skolah. Masuk je kelas tengok orang lain sibuk buat kerja physic. Pelik jugak tengok diorang semangat bebenor buat kerja tu. Then, class monitor kata Cigku nak kertas tu hari ni. So, panik ar sebab aku ada sehelai je dan sehelai kertas lagi ada ngan Syukur. Akhirnya, kepanikan aku hilang lepas Syukur yang datang lewat memunculkan diri.

Me in red

Lepas siap kerja tu, aku ngan Muslim terus ke koperasi untuk bertugas. Pagi2 skit je orang sebab semua pelajar kena duduk dalam kelas.

Suasana pagi di koperasi

Lepas tu, cikgu buat pengumuman suruh semua pelajar ke dewan. Lepas aku tinggal beg duit ngan kamera kat pejabat koperasi, aku ngan muslim terus pergi ke dewan. Masa tu jugak aku dengar Zack telas kembali dari SJK (C) Chong Hwa. Apasal tukar tak sampai dua minggu dah datang balik? Tapi, biarkan je la. Lagipun hari tak sempat lagi nak borak2 ngan Zack.

Lepas streaching dalam 5 minit, pelajar perempuan keluar dulu untuk start. Then, lepas dalam 10 minit pelajar perempuan start, pelajar lelaki pulak start. Mula2 memang ar laju, lepas dalam separuh perjalanan mula jadi slow. Nasib baik sampai cepat dan dapat 3 mata untuk rumah merah@marikh. Masa tu tinggal seminit gi untuk 3 tiga mata. Dalam kategori keseluruhan form 4 pulak aku dapat no. 20. ha ha. Not bad. Lepas tu, terus ke koperasi. Ramai bebenor pelanggan. Dah la aku ngan Kak Ani je cashier. Dalam 10 minit lepas tu baru Nadhirah ngan Muslim sampai. Tapi Nadhirah bukan buat keje pun. Sibuk ambik gambar ngan kamera aku pulak.

Walaupun letih, tetap peace.

Dalam pukul 11 baru masuk dewan balik untuk penyampaian hadiah merentas desa ngan majlis perpisahan PK1, Cikgu Mat Ghani.

Ketibaan Cg Mat Ghani

Riuh dewan masa majlis penyampaian hadiah merentas desa. Dan keputusan keseluruhannya, rumah sukan aku,

MARIKH JUARA !!!!

Dalam pukul 1.00, aku, Muslim ngan Naim pergi kat court bola keranjang dan main sampai pukul 1.40. Then, pergi makan kat kedai depan skolah. Balik dan tamat post kali ni.............

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu yang meletihkan........

Monday, 11 January 2010

Mingu kedua sekolah memang meletihkan. Start hari ni aku jadi AJK Koperasi. Then, latihan merentas desa dan hari Khamis pulak hari pertandingannya. Kelmarin, kaki aku kejang akibat latihan merentas desa. Jadual waktu pulak yang tidak relevan. Hari jugak dah dapat buku teks yang membawa makna kerja rumah yang banyak akan memunculkan diri tanpa dijemput.(betapa malasnya penulis blog ni, kepada pembaca jangan tiru perangai beliau) Tadi pun, baru buat homework BM ngan MathMod. BI tak siap lagi. Harap2 esok tak de la homework.

Selain meletihkan, minggu ni jugak kelas 4 Al-Kindi dah diperkecilkan jumlah pelajarnya. Dari 52 kepada 35. Oleh kerana 3 orang dah bertukar ke sekolah lain, tinggal lagi 32. Muslim jadi ketua kelas baru untuk kelas 4 Al-Kindi menggantikan ketua kelas yang asal, Aizuddin yang disingkirkan tanpa rela. Lapang je kelas rasanya lepas kelas disusun semula. Tapi, pelajar2 kategori 'kurang ajar' yang masih lagi berada di kelas yang sama menyebabkan aku rasa kelas tu jadi makin sempit. Kenapa la diorang tak berambus je dari kelas tu. Berambus dari sekolah terus lagi bagus.

Dan, antara topik popular antara pelajar SMKDRI minggu ni, "Jadual berubah lagi".
Ulasan untuk topik, jadual waktu berubah lagi walaupun tak sampai dua minggu sekolah. Apa dah jadi ni? Pening kepala aku. Pihak pengurusan ada masalah ke ? Entah la.

Sekarang ni, aku tak sabar menunggu kehadiran Hari Sukan yang 'mungkin' akan diadakan pada bulan Mac. Harap2 jadi la.

Minggu pertama di SMKDRI.........:-|

Friday, 8 January 2010

Walaupun pengurusan jadual sekolah boleh dikatakan teruk, pembelajaran kira ok ar. Memang pembelajaran form 4 nampak agak susah sket, tapi setakat ni masih boleh ikut dan faham semua yang cikgu ajar. Tapi, minggu pertama dah ada latihan merentas desa. Masa latihan tu, aku ngan Fathi memecut melebihi keupayaan. Akibatnya, kaki kiri aku kejang dan sakit sampai ke hari ni. Ntah bila nak ok balik. Tak lama lagi aku akan jadi salah seorang dari AJK koperasi atas cadangan Cg. Suhaily. Yang paling membimbangkan, khabar dari angin mengatakan exam TOV akan diadakan akhir bulan ni. Dah sedia ke aku ? Ntah la..


The worst first day school ever

Sunday, 3 January 2010

Yup, seperti tajuk di atas, "The worst first day school ever", atau dalam bahasa melayunya "Hari pertama sekolah yang paling teruk". Tajuk kali ni menggambarkan betapa teruknya sistem baru untuk jadual SMKDRI. Kalau satu period untuk satu2 mata pelajaran adalah 1 jam, itu mungkin ada kebaikannya. Tapi, waktu rehat yang sama untuk semua form dan jadual yang ditukar setiap minggu, sangat2lah tidak relevan. Lebih kurang 900 orang pelajar rehat pada waktu yang sama. Bayangkanlah. Kantin sesak. Begitu juga dengan koperasi yang tidaklah sebesar mana. Kalau kantin, ruangan terbuka. tapi koperasi yang lebih kurang seluas sebuah kelas mengahadapi pelanggan hampir 400 orang, sesak !!!.

Aku dah tak nak tulis pasal tu lagi.....sakit hati dibuatnya.....Ari ni bermulanya hari pertama persekolahan untuk Terengganu, Kelantan dan Kedah. Sampai kat sekolah lebih kurang pukul 7.10 pagi, then nampak Aiman dan Raja. Kitorang terus naik ke sempadan form 4. Lepas tu pengumuman dibuat, semua pelajar ke surau untuk solat hajat dan bacaan yasin. Oleh kerana senarai nama belum diumumkan, semua pelajar form 4 masuk kelas mengikut suka hati. Lepas senarai nama diumumkan, terkeluar perkataan yang agak tidak elok dari mulut aku, namun hanya beberapa orang saja yang mendengarnya. Perkataan tidak elok tersebut terkeluar akibat jumlah pelajar seramai 52 orang dalam satu kelas !!!

Kawan aku yang telah pindah ke sekolah lain pun terkejut dengan bilangan tu. Dia kata, "nasib baik la saya pindah". Dan lebih teruk lagi, kumpulan pelajar2 yang boleh dikatakan 'kurang ajar' turut sama berada dalam kelas tu. Hidup lagi diorang ye. First day dah kena buat karangan untuk BM. Then, belajar sket asas2 BI. Semua tu tamat pada 2.40 petang....Huhh. bila la jadual akan diubah balik ye............




First hang out in 2010

Saturday, 2 January 2010

The last day before school, sempat lagi nak hang out. Suka ati ar. Masa sekolah nanti susah pulak nak keluar jalan2 ngan kawan2. Straight to the story, Naim, Engku Faris, Engku Fathi, Muslim and I hang out at Mydin Mall and Giant today. Dalam perjalanan yang mengambil masa tak sampai 10 minit, kitorang terpaksa berhenti di sebuah pondok akibat hujan coz kitorang jalan kaki je. Sampai je kat Mydin, kitorang round2. Aku beli kertas gambar coz nak print beberapa keping gambar.Then, tengok2 handphone. Tengok je. Tak beli. Then, Kitorang menuju ke KFC. Masa dalam KFC, aku sempat melayari Facebook melalui handphone. (nak menunjuk handphone dia ar tu.) Then. kitorang bertolak ke Giant. Pergi kat kedai cd tengok2 drama and movie Jepun yang ada. Then, jumpa satu drama lakonan Mizushima Hiro dan Oguri Shun, Tokyo Dogs. Pelakon favourite aku tu. Dah la cerita tentang detektif, lagi la aku suka. Tapi oleh kerana harganya yang cukup untuk makan KFC selama 4 hari(bayangkan la berap puluh ringgit), jadi aku rasa baik aku tengok kat dramacrazy.net je. Then, round2 Giant. Lepas balik hang out, aku pergi ke sebuah kedai gunting rambut di Gong Kapas untuk mengorbankan rambut yang disimpan sejak tamat PMR lagi.




chezzy wedges tingal je lagi


Apa tengok2, takde hutang ke?


Makan2

Snap the pic !


Aksi berani mati
Bergambar kat atas jalan raya.
Don't try this at home.
At the road okay.