Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Air pasang ?! Banjir ?! Test ?!

Tuesday, 27 December 2011


Pagi tadi, aku ade test kereta.
Walaupun lulus, tapi banyak benda bagi aku
yang aku perlu  'perfect'kan lagi.
Tadi pun, markah lulus cukup-cukup.
Takpe la.
Ada 4 jam lagi sesi latihan sebelum JPJ bulan depan.
 Maybe aku akan mintak lebih ngan cikgu aku untuk train betul-betul.
Strive for success.


Bukit, parking, jalan mati,
boleh kata tak ada masalah.


Bahagian jalan raya,
memang banyak masalah.
Takpe,
takde masalah, takde cabaran,
takde cabaran, takde penyelesaian,
takde penyelesaian, takde pengalaman.



Lepas ujian,
aku duduk ngan adik pekerja ayah aku, sampai la pukul 1.00.
Time tu la jumpa, Mek B, Kyrah, Siti, Pikah, Nadia and Zafirah.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Beberapa hari lepas, banjir mula melanda kawasan-kawasan yang dekat dengan
Laut China Selatan.
Pantai Batu Burok, air naik sampai atas jalan.
Tapi, tak seteruk Pantai Dungun, jalan rosak teruk sebab terhakis.

Huh, paras air laut memang dah meningkat.
Camne la 10 tahun lagi, maybe air laut dah sampai kat rumah aku kot.

Aku dengan kawasan Kuching dah kena banjir.
I hope my friend who lived there is fine.
But, i'm little worried about her.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
I have to get ready for the test next month.
I think this is more difficult than SPM. Anyway, that's just what I think.

See ya' next time.


My 30th follower is a girl and she is......

Thursday, 22 December 2011


First thing,
congratz to students yang dapat straight A's PMR,
especially to junior Ajk Koperasi, Nelly, Farhanah,
and the girl who always call me "budak earphone", Wani.
Aku tak kesah pun kau panggil aku macam tu, coz aku mmg suka pakai earphone.

Second thing,
aku tak tau apasal semacam je aku hari ni. Mungkin letih kot.
Parking bukit beberapa kali jugak sangkut.
Parking biasa pun ada silap sket.
Tak tau la apa nak jadi.

Third thing,
yesterday, this blog got it's 30th follower and she is
my beloved sister, Nadia.
And she became a blogger !!!
Selamat datang ke dunia blogger.
So, kalau ade tak puas hati, sakit hati, pedih ulu hati dan sebagainya
boleh la luah kat blog yup.

 

Kat sekolah tadi sempat jugak tengok junior-junior ambil result diorang.
Lepas tu, aku lepak kat pondok berhampiran padang.
Maka, terhasil dua gambar di bawah ni.


 

ThIs WeEk EvEnTs !!!

Wednesday, 21 December 2011


Hai blog. 
Pekabo?
Dah dekat seminggu tak update blog ni.
Bukan ape, tak banyak citer-citer sensasi minggu ni.

Yesterday,
aku buat amali untuk lesen kereta.
Masuk kelmarin, dah 2 jam aku buat amali tu.
Untuk kelmarin, takde masalah.
Paling best time bawak kereta atas jalan.
Kelmarin punya masuk Route A. 
Aku dah kenal Route C.
Route B pulak sama dengan Route A, cuma bertentangan.

Time parking, aku tak ingat step. Damn !!!
Parking bukit aku dah okay, Route jalan mati pun senang je.
Start esok, aku masuk kerja. 
Lepas habis kerja, aku kena pergi Bitara sebab nak sambung latihan kereta.
So, tak sempatlah nak pergi "ex-sekolah" aku, nak tengok result PMR beberapa orang junior aku.
Terutama, junior-junior yang sama-sama jadi AJK Koperasi.
I hope the will get straight A's.
I know they will. They are preety good in academic.

Sabtu ni pulak ada dua events.
Nak pergi rumah kawan sekolah rendah, Ain. Ada jamuan ape ntah, maybe dia kawen kot. ha ha.
Lepas tu, nak main futsal dengan geng-geng sekolah rendah jugak.
Hope these things will happen.

Aktiviti aku minggu ni, 
biasa-biasa je.
Yang luar biasa, aku dah start main Fifa 2012 dan baca novel Hilal Asyraf(lagi ?!)



 Inilah novel yang aku tengah baca sekarang.
SINERGI.

Best cerita dia. Pasal students Malaysia yang belajar kat Jordan. 
Macam-macam masalah mereka hadapi.
Tapi, "Keimanan adalah paksi".



 


You pissed me off...!

Thursday, 15 December 2011


Kelmarin, aku and friends jalan-jalan lagi.
Kali ni, kat Giant, KFC, and Mydin.

Paling best time main arked.
Gila-gila remaja.
I also bought something for my foster sister.

Reading while eating ? Oh, come on.

Weird guy
Two pairs of couple. One of them hidden behind the guy with bag.






Although we were going out happily, 
I was thinking about something at that time. 
My sim card has been blocked. What The Fish !!!
It's was 13th December and you pissed me off !
I can't use my celcom number for the whole day.

Bila balik rumah,
sim card adik pulak buat hal. 

My friend said, "maybe ada something yang telah dirancang oleh-Nya."
 Well, I think that what he said is true, I felt a little happy today.


 
##############
~One the next day~
(hari ni la)
##############

Aku and Abg Wan(my father's worker),  pergi pejabat Celcom dan Maxis nak uruskan sim card tu. 
Sim card aku dah tukar, RM 5 terbang ke dalam poket Celcom.
Pergi pulak pejabat Maxis, sim card adik aku tak ada apa-apa,
tapi dia suruh check dalam hotlink punya web page. 
So, balik je terus buat apa yang patut. Last, tak jadi jugak.
Jawabnya beli nombor baru la.

Hari ini jugak, tamatnya SPM. Every SPM candidates for 2011 is free now.
Let's face the new stage of our life,
as an ex-student of secondary school.


My latest edited picture.
Specially made for my sister and future brother in law.

BBQ made dreams came true

Sunday, 11 December 2011


Alhamdulillah, semua berjalan lancar. 
BBQ start dari pagi lagi, dalam pukul 10. 
Semua habis dalam pukul 3.15.
Main-main, bakar-bakar, makan-makan dan macam-macam.
Susah nak cerita, tengok gambar je la senang sikit sebab 
gambar boleh menceritakan segala-galanya(ya ke ?)


These guys were difficult to understand 
except the guy in yellow
coz' it's me.

Chicken being BBQ-ed

  
These gurlz are very understanding
especially about "L" things.


#########################################################

Other than that,
lepas BBQ, geng lelaki pergi main bowling sekali.

'Bowl 11'(blue) is easy to handle.

 For the first time, I got triple strike and double spare.
I got 129 points but it's still didn't break
my personal record.
 
 
 Second game, I lost. I just got 94 points.

 Bowling Centre at Kuala Ibai



Kau tak bosan ke ?

Friday, 9 December 2011


Bosan giler duduk kat rumah ni.
Dari pagi sampai petang,
main games, bukak facebook, bukak youtube, baca komik, makan, bla bla bla, dan macam-macam.
Bosan sangat-sangat.

Anyway, proses untuk lesen L dah siap, nanti boleh la try bawak kereta atas jalan.
Lepas tu, amali 8 jam untuk lesen P.

"FARIZ !!! Kau dah hafal ke belum semua step untuk ujian kereta ?"
"Tak lagi la."
Silap langkah boleh fail. Bila fail kena bayar untuk ulangan ujian.
So, untuk jimat duit, tak boleh fail !

Ahad ni,
Siti rancang nak buat BBQ, ex-ahli 5 kindi entah datang ke tak, especially lelaki.
Harap jadilah, amin.



Bertemu lagi kita - BITARA

Tuesday, 6 December 2011


Hai, BITARA.
Kita jumpa lagi selepas setahun.




Awal-awal pagi dah pergi. (Pukul 7.45, awal ke ?)
Weh, sikitnya orang buat motor. Biasa tak muat kotak tu. Pelik.

Sampai kat sana tunggu Pak Joe, beliau la yang akan handle semua urusan nanti.
Masa tunggu beliau, ternampak sorang budak ni. Stail rambut dia memang aku kenal sangat.
Ex-jiran aku sebelah kanan, Adi.

Lepas Pak Joe sampai, dia suruh daftar.
Siap daftar. Keluar pejabat dia jap.
Masuk kelas teori pukul 9.15.
Tengok jam, baru pukul 8.30 pagi, lama lagi kena tunggu.
Aku pergi kat kantin BITARA tu, then, aku nampak dua orang,

"Weh, pekabo ?", tegur aku dengan selambanya kat beliau berdua.

Beliau yang dimaksudkan, Afifah, and Zafirah si budak SESTER.
Borak-borak-borak-borak.
Blah.

Masuk kelas.
Bosan.
Tapi ada la jugak gelak-gelak tu.

Time rehat, jumpa Azim, Efifi(pengawas form 4 tu), Si Kembar Amarul, sorang rambut pendek, sorang lagi rambut panjang. Tak dapat cam yang mana satu aku kenal tahun lepas.

Masa sesi kedua, aku baru perasan,
Zafirah Ramli pun ada skali, tapi maybe dia dah tak ingat aku kot. Dia tu lepas form 3 terus pindah dari SMKDRI.

That's all, tunggu panggilan untuk latihan amali lak nanti. :))



Tamatnya journey aku sebagai budak sekolah.....

Friday, 2 December 2011


Dulu, 
aku menulis kat blog ni sebagai seorang pelajar sekolah.
Setiap minggu pakai baju sekolah.
Pergi sekolah, tengok buku teks, tie dan macam-macam lagi.

Sekarang,
hampir semua dah berubah.

Why ?
Semuanya sebab saya dah berjaya menamatkan SPM 2 hari lepas.
Buku teks pun dah hantar pagi tadi.
No more buku teks. 





Apa yang tinggal cuma novel !
Nak baca novel, nak tulis novel.
Novel aku ? Akan diubah sepenuhnya.
Dua-dua nih aku nak buat.

Disebabkan dah sebulan aku tinggalkan blog ni sorang-sorang (kesian dia),
aku akan review balik apa yang dah jadi sepanjang bulan lepas.

Nothing much happened,
dalam kepala aku masa tu satu je,
"Aku nak hadapi SPM".
Perangai last minute aku pun mula menunjukkan taringnya. grrrr....
Aku start study.

Hari-hari berlalu,
boleh dikatakan setiap petang aku kat dalam kelas 5 al-Farabi,
tepi tingkap, tempat yang menjadi laluan tiupan angin.
Thanks to Aqilah sebab benarkan aku duduk tempat dia tu.

Then,
14 November 2011, SPM started.
Overall, InsyaAllah aku akan dapat seberapa banyak A yang aku nak.
Tapi, subjek Kimia dah hampir musnahkan harapan aku.
Anyway, kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti.
Jadi, just wait and see.

Pakcik "rambo" cakap kat aku pagi tadi,
"Kalau Allah nok bagi kat kita, kita dok tahu. Kita seroh kat Allah belaka."(slang Terengganu)
Heh......
What he said to just made me believe in my hope and my fate.

I won't forget my life as a form 5 student.
Living as a form 5 student surely created a lot of beautiful memories.
I got a lot of friends, becoming one of SARANG's members,
shocking my sister, Nadia and my foster grandma, Zati, almost every day,
laughing with my best friends, and others.
I won't forget all of these memories.


------((^_^))------