Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Cheer me up.....

Thursday, 25 November 2010


Tamat semester 2 tahun 2010, cuti pun menjelma. Tak lama lagi dah. Bulan November tahun depan, kejap je. Memang tak lama dah. Untuk form 5 2011.

Something weird happened to me. Untuk 2 hari berturut-turut, dari petang aku tidur, bangun time magrib, tak sampai 1 jam, tidur balik, dalam pukul 10 bangun, tak sampai 1 jam sambung balik tidur. Pukul 2 pagi bangun. Mulalah tak mengantuk dan online pagi2 buta sampai pukul 6 pagi. 2 hari berturut-turut.

Mood aku pulak hilang entah ke mana. Memang dari luaran aku nampak happy je. Tapi, tu semua sekadar luaran. Nak chat ngan orang even best friends pun aku tak ada mood. Aku buat-buat tak layan je kat diorang. Sorry, my friends. Aku nak sangat borak2 ngan korang tapi macam ada benda yang menghalang je.

................................................................................................

Bengang betul aku ngan se**** manusia yang b###### ni. Tak habis2 kacau aku. Yang kau sibuk sangat nak tau apa yang aku buat apasal ar? Jaga diri sendiri dah la. Orang tak layan buat2 merajuk konon. Boleh blah la kau. Kau la salah satu sebab mood aku hilang.

....................................................................................................

Main futsal pagi tadi, rasa happy sket la. Lepas tu pergi rumah Dullah. Bila balik rumah rasa bosan datang balik. Huh.....bila la mood happy aku nak datang balik yep ? Esok nak pergi main bowling. Harap2 mood happy tu datang balik.



Come on, Farisk. Be happy. Don't be moody.

Aktiviti di cuti sekolah........

Tuesday, 16 November 2010


Pagi2 lagi dah keluar, pukul 10 pagi. Aku pukul 6 lagi dah bangun. Tapi, dalam pukul 7.30 pagi sambung tidur balik. Pukul 9 baru bangun.

Best hangout. Aku, Asyraf, Naim, Syahin, Aiman ngan Fathi. Semua datang ngan motorsikal kecuali Fathi, ayah dia yang hantar. Disebabkan lane bowling diambil oleh kumpulan mana entah, universiti kot, kitorang terpaksa tunggu sampai pukul 1 tengah hari. So, kitorang ambil keputusan lepak kat Lagun Kuala Ibai sementara tunggu pukul 1. Fathi umpang motor aku.

Lagun sunyi je sebab hari ni memang hari bekerja dan hanya beberapa sekolah je yang ambil cuti peristiwa. Lagun tu jadi tempat test motorsikal la pulak. Akhirnya, aku berjaya bawak motorsikal yang ada clutch. Thamks kepada Asyraf yang meminjamkan motorsikalnya. Dua kali kau pusing lagun tu.

Then, Aiman bagi cadangan. Pergi kat Pantai Pandak. First time aku pergi kat sana walaupun sejak lahir lagi aku tinggal kat Terengganu nih. Main air. Tulis macam2 kat pasir tuh. Abis kasut aku basah.


Sepasang manusia baru timbul ke darat Naim dan Syahin


Exploring


Koya


Nampak muka baik je.
Don't judge people by their face




Somebody tell me who will be replace the "???"
Pleasee......


Pukul 1,
Bowling time. Muiz join.
First round, aku nombor 3. 98 mata.
Second round, aku nombor 1. 115 mata.
He he. First time dapat mata lebih dari 100.







First round. 98 mata. Tempat ke-3


Second round. 115 mata. Tempat pertama


Habis main dalam pukul 2.30,
Solat kat Masjid Terapung. Borak2 ngan Fathi sampai ayah dia datang ambil dia. Aku ngan Asraf pergi Pejabat JPJ. On the way, jumpa Dayah a.k.a. Nuovo Girl.
Congratz Asyraf. Sorang lagi kawan aku dah dapat lesen P.

Then, makan kat Mayang Village.

Finally, balik !!!!!

Happy, Sad, Angry, and whatever......

Monday, 15 November 2010


*************************************************************
Happy......
Akhirnya keputusan akhir taun dah dikeluarkan. Dan, aku berjaya mengekalkan diri untuk kelas pertama. Yay.
Keputusan keseluruhan, aku dapat nombor 13. Kedudukan terbaik aku tahun ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Math: 73 %
BM: 72 %
BI: 70 %
PAI: 71 %
SJ: 65 %
Physic: 44 %
Chemistry: 42 %
BIO: 41 %
AddMath: 23 %

Gred keseluruhan: 4A- 1B+ 3D 1G
Purata gred: 4.56

Markah keseluruhan: 501/900
Peratus: 55.67 %

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okay la tu, agak puas hati ar. 4A. Walaupun A-.

*****************************************************************
Sad,
Beberapa org yg aku anggap best friend turun kelas dan yg naik pulak ade yg telah disyaki meniru. Harap Teacher Latifah terima report aku dan harap pengetua ambil serius pasal ni. Bukan apa. Tak adil untuk org lain yg tak meniru.
Alia, Emma. Buat terbaik untuk TOV 2011 yup. Pengetua dah janji untuk arrange balik pelajar selepas TOV.


*****************************************************************
Angry,
Ada jugak org kat dunia ni yang jadi sombong apabila berpangkat@bijak@ada kelebihan berbanding orang lain. Apsal ek ? Diorang ingat kelebihan2 tu kekal ke ? Diorang tak sedar kelebihan2 tu Allah boleh tarik bila2 masa je. Dah la riak dengan kelebihan yang ada, lepas tu guna pulak untuk tindas orang lain. Orang macam ni tak layak tinggal kat dunia ni. Huhh..........


*******************************************************************
Whatever,
Dah habis kedua-dua semester untuk form 4. Form 5 is coming. ARGHHHH !!!! SPM !!!!!!
Tekanan betul la untuk tahun depan ye.....
Hurmm...

Apa2 pun, esok nak main boling........
I had waiting for long time for this moment. Since June I think.... he he....



MY CLASS


Geng Koperasi

Exhaustion..........but a little happy

Wednesday, 10 November 2010

Dua minggu ni rasa letih sangat2. Ingatkan lepas finl exam boleh la enjoy sket tapi makin banyak pulak kena buat kerja.

Hari Ahad,
Jamuan Akhir Tahun Koperasi kat Hotel Felda Residence. Best. Tingkat 17. Pemandangan malam dari tingkat 17 memang cantik. Nampak terus Jambatan Sultan Mahmud. Pulau Warisan pun nampak sekali. Makanan pun best. Dapat pendrive dan hamper sebagai hadiah. Thanks koperasi.

Hari Rabu,
Jamuan form 4. Best jugak dapat makan nasi minyak. Hurm. Sedikit terkejut pasal result Add Math. Markah paling rendah tahun ni.


Result setakat ni untuk final exam:

Bahasa Melayu : 72 % (improving)
Mathematics : 73 % (improving)
Physics : 44 % (improving)
Chemistry : 42 % (improving)
Biology : 41 % (same as before)
Add Math : 23 % (oh no !!!)

Sejarah, PAI ngan BI belum tahu lagi result. Aima cakap aku dapat A- untuk BI. Tak tau betul ke tak. Sejarah dapat kertas 2 je tadi. Kertas 2 aku dapat 65 %, jadi kalau aku dapat 40 markah untuk kertas 1, aku akan dapat A- untuk Sejarah. PAI pun ada harapan untuk dapat A. Insyaallah.



Welcome !!!


VIP's


We're gang


Ayam manis berkentang. Best !!


Kingston Data Traveller 101 Generation 2
Untuk AJK2 Koperasi

Feelings that can't be interpreted....[~__^]"

Friday, 5 November 2010

Hei, exam dah abis....
Weeeeee.....

Tapi,
Kerja khusus Biologi tak siap lagi. Dalam kelas kitorang semua pakat buat senyap je. Biar Cg. Zakiah tak ingat pasal tu. "Bagus" betul kitorang kan ? Bekerjasama amalan mulia.

Dan,
Aku baru je habis baca novel Adi Gempa: Revolusi, Menarik sangat. Novel ni dikarang oleh Baharudin Bekri.


Memandangkan final exam dah habis. Cikgu mula la sibuk untuk menanda kertas2 exam tu. Lalu menyebabkan cikgu jadi sibuk.
"semakin sibuk cikgu, semakin kurang masa cikgu untuk masuk ke kelas".......hipotesis beb....

Tapi, untuk aku walaupun dah habis exam, perkataan "SIBUK" tak dapat dipisahkan dengan aku sepanjang dua minggu ni. Sebabnya:

1) Aku kena tolong cikgu siapkan buku laporan tahunan koperasi. Memang kena buat betul2 sebab pengetua nak semuanya PERFECT !!!!

2) Aku menerima tugas sebagai pemangku ALP Pentadbiran (kalau tak silap) tanpa rela untuk Kelab usahawan Muda disebabkan ketiadaan ALP Pentadbiran, Kak Nadia.


Today,
Main badminton ngan geng.

Tomorrow planning,
Main boling ngan geng and special guest, Faiz Hadi (long time no see, bro)



Badge untuk koperasi. It's cool.



Badge untuk Kelab Usahawan Muda, nice...



This is my ring. Always in my wallet.
Nice ring, right ?