Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

29 Jun 2011.....tak lama lagi dah....(^_~)"

Wednesday, 29 June 2011


Kat sekolah tadi, ada something berlaku.
Aku tak kisah sangat pasal ni.

Ni yang penting,
Hari ni dah 29 Jun 2011,
Tinggal 5 minggu lagi sebelum 8 Ogos 2011.
Trial-SPM tuh.
Rasa macam tak percaya jer.
Sekejap je masa berlalu.
He he.

Sekarang ni apa yang aku perlu buat adalah siapkan semua homework yang ada sebelum ulangkaji.
Then, lepas siap semua homework, aku boleh tumpukan sepenuh perhatian untuk ulangkaji.
Target aku, aku nak dapatkan sekurang-kurangnya 7A 2B.
Semua peralatan yang diperlukan dah ada,
Tinggal diri aku je,
Usaha keras atau tak.
Then, tengok hasilnya.

Selamat tinggal, Puan Hajah Zah

Sunday, 26 June 2011

Hari ni rasa letih sangat2.
Semalam tidur entah berapa jam.

Berkaitan dengan Konvensyen Program Usahawan Muda 2011 peringkat Negeri pada 24 dan 25 Jun,
Memang semuanya best, video yang diusahakan tu berjalan lancar.
Aku dapat jawatan sebagai Pengarah ICT last2 minute, tapi aku still dapat siapkan semua slide untuk presentation termasuk video opening untuk presentation tersebut.
Siap dapat pujian lagi, tapi still tak boeh fight SMK(A) Tok Jiring punya design, YoeMarz.
Video diorang memang power sangat2.
Presentation kitorang pulak diganggu oleh laptop yang tiba2 je 'hang'.
Memang kecewa sangat2 pasal tu.
Tapi, Nadia dan CT berjaya cover.
Tahniah, kat korang sebab berjaya cover apa yang terjadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni la laptop yang 'hang' time presentation tu.
Orang cakap acer ni memang banyak masalah,
tapi aku tak nak salahkan laptop ni
sebab maybe Allah tak izinkan presentation tu berjalan lancar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil dari pada konvensyen tu, SMKDRI berjaya bawa pulang something:
~Tempat ke-3 Anugerah Pengetua Terbaik.
~Tempat ke-3 Anugerah Guru Pembimbing Terbaik.
~Saguhati Persembahan Terbaik.

Kitorang semua dapat lebih kurang RM 80 seorang. Termasuk insentif daripada PK Ko-Kurikulum, Cg. Pauzi.
Konvensyen ni boleh dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh SMK(A) Sheikh Abdul Malik. Diorang dapat lebih kurang RM 4500. One more thing, aku kalah ngan Faqi, Pengarah ICT diorang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan mulai hari ini,
Tiada lagi pengetua yang terbaik aku pernah dapat di SMKDRI.
Puan Hajah Zah dah bertukar ke SMK Padang Midin.
Selamat tinggal saya ucapkan.
Selamat bertugas di sekolah yang baru.

=======================================

=======================================
comel tak ?
Asmaa' gave these to me.

Maaf, aku kecewakan korang.....


Sori semua, x dapat jalankan tugas dengan baik sekali.
Semua x berjalan dengan lancar kelmarin.

Time presentation untuk Konvensyen PUM,
Tiba-tiba je laptop 'hang' time tengah live,
Nasib baik, laptop lain diorang ada sediakan.
Presentation dapat diteruskan jugak.
Sorry, semua.

Satu lagi,
About frame gambar untuk pengetua,
Aku janji nak belikan semalam,
tapi aku tertidur.
Pukul 11.30 baru bangun balik.
Banyak mesej ngan missed call aku dapat dari CT,
Sorry, mungkin aku letih sangat sampai tertidur.
Aku sendiri tak ingat bila aku start tertidur.
Aku akan cuba dapatkan frame tu pagi esok.

Letih sangat-sangat

Thursday, 23 June 2011


Dah nak dekat seminggu aku tak post kat blog ni.
Sibuk sangat-sangat minggu ni.
Semuanya bermula apabila something terjadi, aku secara tidak sengajanya terheret ke dalam konvensyen Program Usahawan Muda hari Jumaat ni.


Barisan ALP Syarikat Alpha Elite SDN. BHD.


Aku dipaksa ambil alih tugas pembanti ICT. Aku buat slide dan video untuk persembahan diorang.
Sejak hari hari Sabtu hari tu sampai la hari ni, setiap hari versi baru untuk slide dan video dibuat oleh aku dan dibantu oleh Syahin, Dayah, Nadia, Alia dan Siti.

Untuk slide pembentangan saja ada 4 versi + video ( 2 versi)

Then, kitorang selalu gunakan bilik ICT sepanjang minggu ni untuk latihan dan kerja2 mengedit.
Sesi pengambaran dilakukan di taman air terjun di tepi dewan, stage of champion dan kat dalam bilik ICT.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan disebabkan ni juga, study group yang sepatutnya berjalan minggu ni ditangguhkan ke minggu depan.
Apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang, aku terpaksa berhadapan dengan hampir 100 orang pelajar dari seluruh Terengganu kat konvensyen tu nanti. Tu la yang aku tak suka, jumpa dengan orang2 baru, sebab aku ni jenis susah nak percayakan orang. Jadi, kepala aku akan jadi serabut apabila berdepan ngan orang2 luar.
Satu lagi,
AKU TAK NAK TINGGALKAN PC AKU !!!!

Kerja sekolah sememangnya tak siap.
Nak buat pun malas sebab letih sangat.



Kalau tak silap aku, beberapa hari lepas, angin kuat melanda Kuala Terengganu.
Banyak benda yang rosak, pokok tumbang, papan tanda tercabut.
Atap kat sekolah banyak tercabut..
Sabo je la...

Maaf kawan2ku, dan teima kasih.

Friday, 17 June 2011


Maaf kawan2ku,
minggu
ni mungkin aku akan berubah, tapi aku janji semua ini sementara je, iaitu sehinggalah semua masalah aku selesai.
Mungkin aku akan kurang tegur kawan2 kecuali kwn2 yg betul2 rapat.
Dan paling teruk sekali, mungkin aku akan sakitkan hati kawan2 aku seperti yang telah terjadi tak lama dulu.
Aku yakin semua yang aku buat ni ada kebaikannya.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Aku agak serabut hari ni, tapi ada sesuatu yang mengurangkan keserabutan aku.
Thanks, pada dua orang kawan aku nih. Aku tergelak sket baca blog korang.


First:
Nadhirah
(klik gambar untuk baca blog dia)
============================================

=============================================
Selalunya aku akan panggil dia Kak Nadhirah@Syg. Bukan siyes pun, main2 jep.
Imbas balik memori, aku kenal dia sejak form 3.
Masa tu aku jadi fasilitator untuk students kelas 3 Al-Farabi.
Teacher Latifah asalnya tak bagi aku join sebab result aku dah okay time tu.
Kemudian, teacher bagi aku join, tolong2 diorang.

Dari situlah aku kenal dia ni.
Join koperasi, jadi rapat pulak.
BFF !!!


Secondly:
Izzati
(klik kat gambar untuk baca blog dia)
====================================

============================================
Selalunya, aku panggil dia nih Zati je. Nama manja dia Ngok Ngex.
Imbas balik memori, aku kenal dia pun masa form 3.
Sebelum PMR, kenal gitu2 je.
Lepas PMR, aku selalu kumpul ngan Faiz Sanadi dalam bilik kaunseling.
Dari situ aku selalu borak ngat dia, berblogging ngan ber'facebook'ing.
Then sampai sekarang jadi rapat.
BFF !!!


Terima kasih pada dua orang nih,
Post korang buatkan aku tergelak.

Next Target, Trial !!!

Wednesday, 15 June 2011


Walaupun temu murni kelmarin,
aku hanya dapat tengok kertas result tu hari ni, sebabnya tak perlulah diceritakan.

Berdasarkan result aku untuk Mid-year exam,
aku dah buat target awal untuk exam trial nanti:

````````````````````````````````````````````
BM ~ A- = 75 %

BI ~ A = 82 %
PAI ~ A = 82 %
SJ ~ A = 85 %
MM~ A+ = 92 %
MT ~ C = 54 %

FZ ~ B+ = 67 %
KM~ B = 63 %
BIO~ A = 73 %

Jumlah markah/ Peratus = 670 / 74.4
Gred Purata = 2.22

*****************************

Target yang aku buat ni berdasarkan kemampuan semasa.

Kalau ikut kemampuan sebenar mungkin lebih lagi kot, rasa2nya la.

SPM Trial Exam tinggal kurang dari 2 bulan lagi.
~8 Ogos 2011

Work smart everyone.

======================
Zati, you should start now.
Anifa, beat me if you can.
7 weeks to go.

Jangan cakap "saya 'boleh' buat", sebab semua orang 'boleh' buat.
Jangan cakap "saya 'boleh' dapatkannya", sebab ramai orang 'boleh' dapatkannya.

Beritahu diri, "saya 'akan' buat", sebab tak semua orang 'akan' buat.
Beritahu diri, "saaya 'akan' dapatkannya", sebab tak semua orang 'akan' dapat.

'boleh' dan 'akan' merupakan perkara yang jauh berbeza,
Semua orang boleh lakukan, tapi tak semua orang akan lakukan.




Temu murni......la sangat...

Tuesday, 14 June 2011


Pagi tadi(Selasa) ada temu murni.
Pagi itu, belajar AddMath dan PAI, ngantuk sangat2 time tuh.

Temu murni kali ni mak aku tak cakap banyak,
mungkin sebab result dah naik kot.
Kena marah pun sikit je sebab AddMath dapat E.
Kalau tahun lepas punya asyik kena je.
Pukul 1, sekolah dah sunyi-sepi, masing2 balik awal.
Tapi, aku ngan beberapa orang kawan lepak kat sekolah sampai petang.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Owh....
Minggu ni pelik betul, banyak konflik yang berlaku,

First, tentang sorang kawan aku yang perempuan ni, Zafiqa. She had a problem about 'cat'.

Second, about PUM. What was actually happened ?

Third, about my sister, Natia. Her secret nearly to break. I just want to wait and see what will happen after this.

Fourth, tentang diri aku sendiri, aku tak tau macam mana aku boleh termimpikan perkara yang sama 3 kali dalam masa seminggu. Daripada mimpi tu pulak, something berlaku sehingga mimpi hampir jadi kenyataan. Dan finally, aku jumpa jugak dengan dia. Walaupun kitorang belum mesra, aku harap mimpi tu akan jadi kenyataan tak lama lagi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Breaking News !!!!
Mama Zah akan berpindah tak lama lagi, tak best langsung.
For me, Mama Zah ialah pengetua yang terbaik sepanjang 5 tahun aku di SMKDRI.
Berita ni sure akan buatkan ramai students SMKDRI tak gembira.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Aku, Rafiq, Natia, Anifa, Zafiqa, ngan Asmiza lepak kat sekolah sampai pukul 4.30.
Aktiviti kitorang, main netbook, susun lidi, cakap2 pasal seorang gurlz, cakap2 pasal kehidupan.
Then, test motosikal baru. Anifa punya.

Thanks, Arigatou, Gamsahabnida, Trimas......[Episode 2]

Today, I received another birthday gifts from my friends, Anifa and Asma'
I was very happy with that.
Thank you so much.

========================

******************************
Couples Key Chain
''''''''''''''''''''''''''''''''
This one was from Asma'
It's cute and shiny.
She said that I should give one of this keychain to someone that I like.
Ermmm....
Maybe I will do that someday.
HA HA

============================================

**************************************************

***********************************
Nike sports shirt
'''''''''''''''''''''''''''
This one was from Anifa.
Cool.
I like the gold lines on the shirt.
It's really fit me although it's size was XL.
It's mean that my body is really big.
Maybe my body was overgrowth.
Thanks.
Now, I had 2 special sports shirts including this one.

Thanks, Arigatou, Gamsahabnida, Trimas.....

Sunday, 12 June 2011


Today,
hari pertama persekolahan untuk penggal ke-2 dah mula.
Minggu ni sekolah agak sibuk sebab minggu ni adalah Minggu Ko-Kurikulum peringkat sekolah.
Tadi , ada latihan kebakaran. Bosan giler. Ramai yang jalan lenggang2 je.

After that,
I talked with my pinky friend, Nurakma, about someone in my life.
She shocked and laughed after hearing my life story.
She told me that my life story was a rare story and very difficult to find these days.
She also impressed about my story and advised me,
"Don't be so late. You might lose her if you're late."
I told her that I will try my best to not lose her and I will do what I should do when the time comes.
Thanks, Nurakma.
Next time, I will tell you more about my life.


This morning,
my sister, Nadhirah gave birthday gift to me.
Although, it was already 2 weeks since my birthday, I was happy with that.
She gave me a cute, little bear.
I put it in my special mirrored small cupboard which I used to put gifts, handphone, watches, keychains and decorative mugs.
So, I can see it everyday.
Thanks sis......

=============================

**************************************
It's cute isn't it.
I didn't care about the colour because colour does not represent gender


Terengganu dalam kegembiraan...

Kegembiraan melanda Terengganu dalam masa dua hari. Nak tau sebab apa ?

First,
Pasukan bola sepak Terengganu berjaya tewaskan Kelantan dalam final Piala FA.
Syabas...

**************************************************
**************************************************

Second,
Terengganu menjuarai SUKMA buat kali ke-3 berturut-turut.
Best ar pasukan Terengganu.

========================================

**************************************************
Jumlah kutipan pingat selepas tamat kejohanan


Aku bangga jadi penduduk Terengganu.
Keep it up.....

~=Cara-cara nak ubah diri kepada seorang yang mahu belajar=~ (cara aku)

Friday, 10 June 2011


This time, I will give you, readers some tips to change yourselves into a person who wants to study.
By the way, this post is specially dedicated to my friend, Zati.....(Zati's Blog)

Aku buat post ni untuk bantu siapa2 saja yang nak baca tip2 nih.
Dan aku tak suka tinggalkan kawan2 dan berjaya sesorang diri je.

O-mae orewa nakama da...



************************************************
Tip untuk berubah kepada orang yang mahu belajar (cara aku):



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
1) Cipta semangat dalam diri.


Cara aku,
dengar music2 yang boleh alirkan semangat dalam diri. Music je.
Lagu tak boleh, sebab lirik daripada lagu boleh ganggu tumpuan.

Contoh
~ "Power to Strive" from anime Bleach.

~ "Into the Fire" from KPM.
~ "Musubareru Se
kai" from anime Fate/Stay Night Unlimited Blade
{Klik kat nama dia kalau nak tengok lagu yang aku bagi tu.}

Korang jugak boleh dengar music terbaru yang aku gunakan untuk blog aku sekarang ni.
Nama dia, Extreme Measures

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

2) Dapatkan dorongan daripada orang2 tertentu.

Contoh:
~ Kawan rapat.
~ Orang yang kita suka. (korang taukan betapa kuatnya kuasa c
inta/perasaan ~aku baca dalam novel je~)
~Pesaing

Cara aku,
Cabar beberapa orang yang prestasinya lebih tinggi daripada aku. Time tu, semangat dalam diri aku akan terbakar dengan sendirinya.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

3) Wujudkan keseronokan dalam bersaing untuk capai result yang baik.

Cara aku,

setkan dalam minda orang2 yang aku mahu kalahkan.
Gunakan semua cara yang ada. Pastikan cara tu bersih dan adil.

Aku tak suka menang dengan cara kotor seperti dapat soalan bocor atau meniru.
Kalau berjaya dengan cara tu, keseronokan untuk berjaya tak akan timbul langsung.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

4) Atur strategi

Contoh ~ untuk tingkatkan markah


Cara aku,
Setiap kali selepas exam dan latihan, kaji semua kesalahan2 yang di buat.
Buat catatan tentang tajuk2 yang lemah. Utamakan tajuk2 tu dalam ulangkaji. Buat latihan ringkas berkaitan tajuk yang sama lepas buat ulangkaji.

Kalau boleh pastikan skop tajuk tu kecil untuk pastikan masa tak terbuang



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

5) Ciptakan klon diri dalam minda.

Cara aku,
cipta satu lagi diri aku dalam minda. Bercakap dengan klon tu tentang apa yang patut dibuat, apa yang ada akan capai melalui apa yang aku buat dan apa kesannya pada aku.

Ni lebih kurang macam motivasi diri, tapi cara aku, aku boleh buat klon tu menjelma dalam minda aku dan klon aku tu bagaikan orang lain dalam diri aku.
Aku sendiri ade banyak personaliti sampai sesetengah orang panggil aku pelik, terutama junior2 aku la.

Kebiasaannya, orang akan bercakap dengan diri sendiri depan cermin. Ni yang biasa la. Cakap dengan diri sendiri depan cermin untuk tingkatkan keyakinan diri.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

6) Setkan target untuk setiap exam.

Kebiasaannya, orang akan set target tinggi2. Lepas tu usaha macam biasa je.
Dialog yang biasa didengar kalau orang jenis macam ni,

"Tak apalah tak capai target tu, yang penting kita target apa yang kita nak"

Macam tu la kot.


Cara aku,
Analisis kemampuan berdasarkan exam2 dan latihan2 lepas. Setkan target yang berpatutan dengan analisis yang dibuat.
Lepas setkan target, usaha sungguh2 untuk lepasi target yang dibuat.

Kalau korang biasa dengar iklan Milo, yang lama punya,
~"Rekod bukan untuk dipegang, tapi untuk diatasi"

So, target yang di tulis atas meja belajar, meja kat sekolah, dalam buku, kat dinding bilik dan sebagainya.
Bagi aku target tu adalah aras untuk dilepasi, bukannya untuk dicapai.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

7) Belajar ikut kemampuan minda

Kalau minda letih, jangan paksa untuk belajar. Berehat sementara. Sekejap pun takpe. Kalau paksa, bukan je tak masuk, dengan yang dah masuk pun boleh keluar sekali. Macam belon kalau terlebih kapasiti, ia akan meletup atau bocor. Bukan je angin tak masuk, angin yang dah ada kat dalam belon tu pun akan keluar sekali.

Aku biasa minum air nescafe. Memang setiap kali study memang ade satu gelas besar air nescafe atas meja belajar aku. Air Necafe ni memang buat mata aku yang mengantuk jadi cerah. Kadang2 otak yang stress pun boleh reda (bukan nak promote tapi itulah kenyataan). Saintis Barat cakap kopi melemahkan tubuh manusia. Dalam exam English Paper 2, soalan objektif hari tu pun ade tulis kopi melemahkan otak.

Tapi, Nabi Muhammad (S.A.W) selalu minum kopi, ada yang mengatakan kopi minuman favourite nabi. Kalau kopi mendatangkan kemudaratan, takkanlah Nabi minum kan ?

Nak ikut saintis Barat atau nak ikut Nabi Muhammad (S.A.W) ?
Mestilah ikut utusan Allah...
Ikut saintis Barat tu buat apa. Diutuskan oleh sapa entah diorang tu......

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

8) Jangan terperap dalam rumah je. Kalau ada masa lapang keluar jalan2 sket.

Bila dah terperap kita akan selalu fikir tempat2 kat luar sana yang biasa kita pergi. Contoh, tempat2 shopping. Biasanya, student terperap dalam rumah seminggu atau 2 minggu sebelum exam. Time tu la stress memuncak. Release stress dengan keluar jalan2. Tapi, jangan terlebih sampai ulangkaji tak jadi.

Cara aku,
Petang sehari sebelum exam, pergi jalan2 kat bandar. Best. Sedut bau kedai pun dah cukup......

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
***********************************************************************************

Jadi, itulah tips2 yang aku boleh bagi. Semua ni aku olahkan dari pengalaman aku sendiri dan dari pembacaan.
Kepada Zati, aku harap semua ni boleh membantu......
Peace no PLKN......

Aku kembali ke dunia internet,,,,,,(^_^)


Lepas lebih kurang sebulan hilang dari dunia internet,
aku secara rasminya kembali menyibukkan diri kat dunia maya ni hari nih.
Ramai gak orang yang pelik apasal aku macam hilang je, terutama time cuti ni,

Semuanya sebab komputer aku yang rosak lepas kilat menyambar aritu.
Electric overflow masuk kat modem,
RAM, Modem, Network card rosak terus.
Tukar balik semua yang rosak tu makan duit dalam RM 300 jugak la.
Rosak poket aku.

Terima kasih diucapkan kat sorang kawan aku ni,
Anifa,
sebab kau rindu aku,,,,
haha,
jangan pikir lain ea.....
Lusa sekolah dah nak start balik.
Aku terpaksa beli kasut baru sebab kasut tu dah injured teruk sangat.
Homework pulak tak siap lagi.
Tapi, sikit je lagi yang tinggal.
Sempat la nak abiskan semua tu.
Memandangkan internet pun dah pulih balik,
Lagi senang la aku nak siapkan kerja2 tu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pasal mid-year exam pulak,
aku happy sesangat.
Result aku naik mendadak kecuali untuk Additional Math.
Subjek sains ~Physic,Biology, Chemistry~ semuanya meningkat dengan 'excellent'nya.

Selama ni,
disebabkan tak study, aku asyik dapat E je untuk subjek2 sains tu.
Tapi, after berlaku sonething yang menaikkan semangat aku untuk study betul2,
Sekarang ni aku boleh tersenyum sebab subjek2 tu tak susah pun.

BIO ~ 60 % ~ B
FZ ~ 57 % ~ C+
KM ~ 46 % ~ C

Result keseluruhan:
~ 5 A (1A, 4A-)
~ 1 B (1B)
~ 2 C (1C+, 1C)
~ 1 E
=================================================
``````````````````````````````````````````````````````````````
Ni result aku yang aku 'screensnap'kan kat e-pantau.



About something yang menaikkan semangat aku tu,
thanks to:
~Anifa = I won for this time. Next exam, jangan biar aku tinggal jauh lagi.
~ Afiqah = Thanks sebab cabar aku.
~ Zulhilmi = Ko apehal ar ? Asyik tak puas hati jer ngan aku.
~ NA = Thanks for accepting my challenge. I still don't get a chance to chat with you. How about your result ?
~Anyone who made my spirit rised, thanks a lot....

Happy birthday Asma' and jumpe kawan lama...

Wednesday, 8 June 2011


Happy birthday untuk kawan aku sorang ni,
Asmaa' Asilah.
Tak pepasal ponteng tuisyen.
Kena suprise lak tu.
I hopre you like the gifts.

Today,
Pergi Mcd kat stesen bas.

Sambut birthday Asmaa'.
Thanks CT for inviting me.
Memang bosan sesangat duduk kat rumah time2 cuti nih.
And thanks sebab temankan beli hadiah tu. Lepas ni aku bagi hadiah kat kau lak yep.



Birthday Gurlz,
Asmaa'


Kak Nadia,
satu lagi pukulan, tak balas lagi.
Bukak sekolah nanti siaplah.

Ohhh,
lepas birthday suprise tu, kitorang jalan2, tengok2 barang kat Arena dan KasutYou.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Balik dari bandar.
Pergi rumah kawan aku, Adila.
Ain ngan Naim pun ada sekali.
Kononnya nak study. Lain pulak jadinya.
Maharaja lawak punya pasal ar.