Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Showing posts with label Travels. Show all posts
Showing posts with label Travels. Show all posts

Nukilan di malam raya

Thursday, 8 August 2013

Perginya bulan Ramadhan kali ni.
Sekejap je rasanya.
Ramadhan ke-2 aku di perantauan.

Assalamualaikum, semua...
Dah 5 hari sejak aku sampai ke Terengganu ni.
Nothing much change actually.
Anyway, tak kisah la.

Untuk raya kali ini, seperti biasa,
aku balik dengan bas yang disediakan
oleh GATE (Gabungan Anak Terengganu) CFS IIUM.
Tapi, kali ni perjalanan dia lama sket daripada biasa.
Kalau biasanya pukul 5 lebih dah sampai,
kali ni around 7.30 baru sampai.
Banyak berhenti, untuk sahur lagi, tunggu bas lain lagi.
Malam tu 9 buah bas untuk students Terengganu,
konvoi raya la maknanya.

First day sampai sini,
tak duduk diam.
Sampai Terengganu around 7.30 pagi,
pukul 9 pagi terus drive pergi Pasar Marang dengan family.
Balik pukul 1 lebih, pukul 3.30 keluar balik
pergi tempah untuk Iftar Kindian's 2011 ngan Siti.

Harapan awal untuk dapat kedai yang dekat dengan
masjid tu hancur bila tuan kedai tu ngan slumbernya cakap,

"Esok takdop doh, arini je kedai buke."
"Ye dop pokcik."
"Arini je buleh tempoh adik."

Aku & Siti melangkah keluar dari kedai tu dengan hampa,
memikirkan langkah seterusnya.
Lalu kami bertemu kedai ni.

Din's Bistro Seafood Restaurant
Susah giler weh nak fikir menu semua ni.
Nasib baik ada pekerja kedai tu yang tolong bai cadangan.
Tu pun miscalculation.
Bajet asal yang tak sampai RM 400 jadi RM 465.
Siakap bakar punya pasal & boys yang tambah nasi ngan air.
Anyway, tetap happening diorang tu walaupun aku macam senyap je kot... -_-"

Selang sehari,
keluar lagi, kali ni ngan geng giler-giler, that's us !
Tapi, tak semua yang dapat ikut.
5 orang je. 


Tapi, still happy jugak.
First time pergi Giant Gong Badak.
Ermm...good looking. Better dari Giant KT kot, tapi kecil sket.
Then, ambil gambar kat pantai,
dan macam biasa, aku akan jadi photographer.

Sis Nadya & Sis Tisya
My unbiological sisters
Aku suka gambar ni.
Walaupun just ambik ngan phone, lawa kot.

After that,
buka puasa kat Giant KT.
Tu kelmarin punya cerita.

Malam ni dah malam raya dah.
"Dah raya la weh !!!"

My first endurance drive...(^_KELANTAN_^)

Sunday, 9 December 2012


Assalamalaikum.
Dah lama tak post kat blog ni, takde citer menarik, 
my friends pun masing-masing dah balik ke tempat belajar diorang.

Anyway,
Khamis lepas(6/12/12), my family and I went to Kelantan.
And, my first endurance drive begin.
First place, Lata Tembakah.
Tak ramai orang pun tempat ni, tambah pulak hari tu hari bekerja.
So, agak sunyi, dalam 3-4 kelompok manusia je time tu.
And, I took some pictures...........

 


Sampai Kelantan,
round-round bandar Kota Bharu jap,
terperasan banyak kereta-kereta mahal di jalan, surely milik orang
Kelantan bedasarkan first letter pada plat, "D".
Bangunan pulak cantik-cantik, tinggi-tinggi, jalan bertingkat pun dah
dalam pembinaan, macam KL plak, KT ketinggalan...
................
~Ini la yang dikatakan negeri termiskin oleh sesetengah pihak.
Tak sangka negeri "termiskin" kat Malaysia maju camni....
#tangan ke dada, mata ke atas#

Petangnya,
kitorang menuju ke Wakaf Che Yeh.
Check-in hotel, hotel plak dalam kawasan gerai. Memang kecoh la sket kawasan tu.
Tak sempat nak ambil gambar.
Best la jugak tempat tu, banyak gerai bukak dari petang sampai tengah malam.
Found a few interesting things.


~(NEXT DAY)~

Bertolak ke Rantau Panjang.
Singgah jap kat Jalan Kuala Krai untuk sarapan.



Seperti yang dah diagak,
Rantau Panjang memang ramai pengunjung,
malangnya, cuaca haritu agak panas, takde mood nak jalan-jalan sangat.
Buying some food, adik-adik beli baju, dolls, flowers and then blah from the places.

Next mission,
drive to home.
Memandangkan kitorang tak nak masuk bandar, so kitorang guna
jalan kampung untuk balik.
Then, baru patah balik ke jalan pantai bila dah masuk Terengganu.

Singgah jap kat Pantai Rhu Sepuluh, Setiu.
Bestnya dapat jejak pantai, tak ramai sangat orang, nyaman je.
Here some pictures.....


Edited by Fariz Huzaini


Kitorang sampai kat rumah
dalam pukul 6 petang hari Jumaat.
Letih giler.
First day, dari Setiu sampai Wakaf Che Yeh.
Second day, dari Wakaf Che Yeh ke Rantau Panjang, then, Rantau Panjang ke Kuala Terengganu.

Hasilnya, belakang aku sakit and aku tidur awal haritu.
Hurm, I'm wondering when will be my next endurance drive ? And where ?

See all of you later,
Assalamualaikum....(^_^)

Nak balik raya !!!

Tuesday, 14 August 2012


Hari ni hari terakhir aku kat sini sebelum aku balik kampung.
Terengganu, I miss you !
Bermakna ini juga puasa terakhir aku kat UIA.

Banyak benda nak post actually, tapi nanti la. Sampai rumah baru best nak menaip.
Hari ni banyak benda nak kemas.

Aku bertolak malam ni. Naik bas dengan GATE (Gabungan Anak Terengganu).
Satu bas dengan Adi, Syukur, dan Anis.
Bertolak dalam pukul 10 malam nanti.
So, doakan la semua selamat sampai ea.


Terengganu, wait for me !!!....(^_^)

Langkawi !!!

Tuesday, 21 February 2012


Some random pictures of the trip to Langkawi on 16th February.


Dataran Helang


Padang Mat Sirat


Lots of chocolates


Cable car, Mat Cincang Mountain


Sky Bridge, Mat Cincang Mountain


Kilim Geoforest Park


Black Sand Beach


Kilim Geoforest Park


In the ferry


Makam Mahsuri


Trip members !!


Hepi raya.....^_^

Sunday, 12 September 2010

Raya pertama,
Jumpa saudara-mara kat rumah nenek sebelah ayah. Jalan kaki je sebab rumah nenek aku tu sebelah rumah aku je. Petang tu balik rumah nenek sebelah mak plak kat Marang. Round2 Marang. Pukul. 8.30 balik rumah..

Raya kedua,
nothing special.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Raya ketiga:

Hari ni la raya yang paling best. Gelak ketawa, ketakutan, suspens, riang ria dan macam2 lagi. Hepi sangat ari ni. Bajet konvoi 2-3 jam je. Tapi, sampai 8 jam konvoi. Sampai belakang badan aku pun sakit bawak motor lama sangat. Ni pun taip ngan sisa tenaga yang tinggal.

Mula2 team konvoi, berkumpul kat rumah Eifa-chan. Lepas tu, start konvoi dalam pukul 11.20 pagi. Pergi rumah Cg. Zakiah, Syafiq, Aiman, then raya kat skolah kejap. He he. Pinjam surau sekolah sebab nak solat Zohor. Konvoi diteruskan ke rumah Syahin, rumah aku sendiri, then rumah Cg. Rahani tapi tak de orang la. Terus ke rumah Emma, dan kenduri kat rumah Naim.

Nak pergi rumah Kak Bella, tapi ade beberapa orang tak berani. Tinggal la tiga ladies. Lepas tu, masuk jalan besar. Huh, sibuknye tak payah citer. Ade la terjadi truma sekejap kat sorang ni. Ye la, fisrt time masuk jalan sibuk macam tu, aku pun takut ar sket..("sket" jer). Silap jalan berapa kali da tapi akhirnya sampai jugak kat rumah Kak Bella.

Nak balik tu, stop kat satu surau jap. Surau tu tak tau la apa nama dia. Lepas tu terjadi sesuatu yang geng2 konvoi je tahu. Rahsia..Tak nak citer ar. Masuk balik jalan kampung jumpa la Eifa-chan. Ladies sume dah balik tinggal geng2 laki je. Nak hantar Rusydan, tapi Cg. Norlela ade kat rumah dia. Apa lagi, serang la. Lepas hantar Rusydan terus balik.

Family aku takde kat rumah. Online sampai sekarang. Edit blog sket. Esok nak sambung konvoi. he he.

><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><
Gallery


Kenderaan konvoi.
LC 135 Eifa-chan tak de.


Happy time,
baju ungu kat tengah tu adik pengantin
bukan pengantin ye..



Kembar berlainan tuan
Credits to Eika

><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><


A trip to Pahang and Johor

Tuesday, 15 December 2009

First Day-12/12/2009

Pukul 6.00 pagi, keluarga aku bangun dan bersiap. Dalam pukul 7.10 pagi, kitorang bertolak ke Merchang untuk ke rumah mak sedara aku. Sampai kat sana kitorang breakfeast. Then, pukul 9.00, my family ngan family mak sedara aku start bertolak menuju ke Kuatan. Dalam perjalanan, kitorang terserempak ngan satu kemalangan. Kereta Toyota ape ntah ngan Kancil. Giler...... part depan kereta Toyota tu hancur. Kancil plak lagi teruk. Sampai masuk dalam parit. Enjin kereta toyota plak masih berasap. Maybe baru je kemalangan. Minyak pun masih mengalir masa tu. Sampai kat Kemaman, kitorang berenti kat rumah my cousin. Then, sambung balik perjalanan. Dalam kul, 2.00 kitorang berenti kat .........entah apa nama tempat tu tapi tempat tu dekat ngan kem askar dan ada taman burung mini kat situ. Then, teruskan perjalanan dan masuk ke Felda Sebertak. Dua jam lepas tu, sampai la kat main point of this trip. Majlis pertunangan ayah sedara aku. Lepas talk2 dalam sejam, majlis tu tamat. Then, kitorang bertolak ke Mersing untuk ke rumah anak angkat moyang aku(ape2 je la). Dalam pukul 7.00 malam, kitorang sampai kat Kg. Permai Intan, dimana letaknya rumah anak angkat moyang aku. Kami tidur di sana. (cehh.skima ayat).


Si baju biru and si baju putih akhirnya bertunang


Hadiah pertunangan


Makan2





Second day-13/12/2009Bangun dalam kul 6.15, lepas siap2, kitorang breakfast dalam kul 8.00. Then, bergambar. Lepas tu, pergi rumah anak kepada anak angkat moyang aku yang cuma 80 meter dari situ. Then, dalam kul 9.30 kitorang bertolak untuk ke rumah mak sedara sebelah ayah aku kat Felda Lepar Hilir dekat2 Kuantan. Before that, kitorang jalan2 kat Pantai Mersing. Lepas tu kitorang round2 bandar Segamat. Then, kitorang bertolak ke Kuantan. LOL. Masa perjalanan tu, bosan yang amat sangat, jalan beralun, kiri kanan semua pokok kelapa sawit. Dalam kul 3.00 petang, kitorang sampai kat Kuantan. Sebelum pergi rumah mak sedara aku, kitorang pergi Giant Kuantan untuk beli sedikit buah tangan untuk mak sedara aku. Lebih kurang kul 4.30, kitorang sampai kat Felda Lepar Hilir 1, rumah mak sedara aku. Dalam kul 5.45, kitorang bertolak untuk pulang. Dalam kul 8.00, my family ngan family mak sedara aku berpecah sebab family mak sedara aku balik terus dan my family singgah kat rumah sepupu mak sedara aku kat Taman Pewaja berhampiran ngan sempadan Terengganu-Pahang. Lepas tu, my family bertolak balik. Sampai kat rumah lam kul 1-2 pagi. Since that, the trip over.


Pemandangan di Pantai Mersing


Pokok kelapa sawit

Pokok kelapa sawit again and again

Off

Friday, 11 December 2009

Start esok, aku akan offline untuk 2-3 hari. Esok, aku akan bertolak ke Kuantan dan Temerloh. Sayang betul nak offline. 2-3 hari pulak tu.

Lepas balik nanti, akan cerita apa yang berlaku kat sana.




Lawatan - Part 2 : Kuala Lumpur

Monday, 23 November 2009

Lepas breakfast kat Kak Long Chalet. Semua naik bas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ada jugak yang tido termasuk aku. Sedar2 dah kat stesen minyak. Aku turun untuk basuh muka then aku beli air dan skit makanan. Lepas tu, aku tak tido2 lagi. Mula2 pergi Pusat Sains Negara. Tak ada apa2 yang menarik bagi aku, yang menarik cuma pameran Computer History ngan Human in The Future je.

Sampai kat Muzium kesenian Islam, OMG!!! tak boleh ambik gambar. apala diorang ni, macamla orang nak curi barang kat dalam muzium tu. Then, rombongan pergi ke Menara Kuala Lumpur. Memang tinggi, aku agak gayat skit, he he. Aku ambik dalam 5-6 keping gambar pemandangan. Lepas turun, sembahyang kat surau then tukar baju kat tandas.


KL Tower


Aku ngan Faiz


Then, tempat paling best Midvalley. Tapi, masa mula2 turun bas, Syahin and the gang hilang dari pandangan. Jadi aku ikut Syafiq ngan Zati's and the gang. Memula, cari tempat makan. Melihatkan section Food Juntion penuh dengan manusia. Kiorang pergi cari McDonald's. Jumpa McDonald's, penuh jugak. Akhirnya, makan kat Food Juntion jugak. Kitorang makan Grilled Chicken with Sausage. Zati's tambah Bolonis.( ntah apa nama dia, terbelit lidah nak sebut). Then, aku pegi kedai game. Tapi, semua game untuk PS3 ngan PSP. Then, kitorang pergi kamdar, aku beli dua helai baju. Then, aku telefon Naim. Dia kata ada kat Cosmic Bowl. Aku berpecah ngan Syafiq, Zati, Aqilah ngan Alimah. Aku jumpa Faiz and the gang kat Cosmic Bowl. Aku tanya sebab apa tak main. Dia kata sebab penuh. Then, Faiz kata nak ikut Zati's gang. Then, jumpa diorang kat Reject Shop.

Faiz's gang kata nak pergi Kamdar, jadi aku ikut Zati's gang balik. Kitorang pergi cari MPH bookstore. Tapi, tak jumpa. Then, pergi Carefour. Zati's gang beli alat kosmetik. Kemudian,Zati ternampak kedai MyCamera.Com. Aku terus pergi kedai tu sebab aku memang nak beli memory kamera sebab dah penuh. Aku beli 2GB. Lepas tu, kitorang jumpa NZ Bookstore. Aku ternampak novel grafik bertajuk Hacker karya Zint. Aku terus beli sebab aku memang minat karya2 Zint. Cerita dia pun best. Then, aku berpecah semula dengan Zati's gang dan jumpa Faiz's gang balik. Kitorang pergi cari surau. Bila jumpa surau, OMG!!! Surau penuh sampai tak nampak bahagian dalam surau. Lepas round2, dalam pukul 8.15, kitorang keluar. Then, masuk dalam bas. Lama jugak nak bertolak sebab ramai yang tak sampai lagi. Ada yang sesat, ada yang sengaja lewat. Dalam pukul 8.45 baru bertolak.



Hacker



MidValley



Bergaya ngan kawan2

Tak lama lepas bertolak, aku tertidur. sedar2 dah sampai kat R&R Temerloh. Dah 3 tahun tak datang sini. Memula pergi, surau. Then, pergi restoran. Aku cuma makan roti sebab perut kenyang lagi. Lepas tu, naik bas semula. Aku sambung tidur. Sedar2 dah sampai sekolah.

Kesimpulannya, lawatan ni memang best. Sepatutnya lawatan ni patut tambah sehari lagi sebab kat KL tak puas jalan2.

Lawatan - Part 1: Melaka

Sunday, 22 November 2009

Perjalanan ke Melaka memang seronok, ramai buat lawak, menyanyi dan macam2 diorang buat. Tapi aku tetap tidur jugak pukul 2 pagi. Lebih kurang pukul 5.45 pagi. rombongan sampai ke Masjid Al-Azim. Lepas sembahyang, mandi, tukar baju. Aku ambik kamera dan ambik gambar sebanyak mana yang sempat.


Masjid Al-Azim


Aku kat depan masjid


Bergaya sakan

Kemudian, rombongan menuju ke Bandar Hilir (betul ke ?) untuk
makan. Rombongan berhenti makan kat depan Muzium Samudera. Aku cuma makan nuget sebab aku tak biasa makan pagi. Lepas makan, aku syafiq ngan Zati's gang ambik gambar kat luar muzium.



Muzium Samudera


Aku ngan Syapik kat luar Muzium


Then, rombongan pergi ke Taman Buaya Melaka. Memang banyak buaya kat sana. Siap ada rumah berhantu lagi.


Aku ngan Syapik (lagi)


Bergambar je keje


Buaya tengah mengamuk (ni bukan buaya darat ye)


Lepas tu, rombongan menuju ke Taman Mini Malaysia. Mula2 semua orang ingat pergi zoo dulu. Taman Mini Malaysia agak jauh dari Zoo Melaka dan Cikgu pulak suruh pergi ngan jalan kaki je. Letih gile. Dah la tak ada apa2 yang menarik kat situ. Yang menarik cuma persembahan dari jejaka berhidung merah ngan tarian je.





Jejaka berhidung merah


Tarian

Kemudian, rombongan menuju ke Zoo Melaka tapi kali ni dengan menaiki bas. Lega skit. Semasa tunggu nak dapat tiket, aku ternampak Ustaz Zahury, guru mengaji aku semasa darjah 6. Jalan2 kat zoo memang letih. Dah la air kat kedai dala zoo mahal. Air botol kecik dah RM 2.80.



Lepas habis tawaf satu zoo, romongan menuju ke Kak Long Chalet. Mula2 pergi sesat jugak. Tapi sampai jugak macam manapun. Chaletnya memang
.cantik dan selesa. aku sebilik ngan Faiz, Syahin, Naim, Asyraf, Fathi, Fadhil ngan Amar.




Selepas mandi dan bersiap, rombongan menuju ke Dataran Pahlawan. Cikgu beri masa dari pukul 5.00 petang sampai pukul 10.00 malam untuk jalan2 kat sana. Mula2 aku ngan Syafiq pergi Kota A' Famosa. Kemudian aku pergi Mahkota Parade sebab Naim ajak main boling. Faiz kata main satu round je sebab bayarannya agak mahal skit. RM 10 satu round. Kat TER cuma RM 5 je satu round. Lepas main boling aku, Naim, Faiz, Syahin, Asyraf, Fathi, Syafiq, Raja ngan Muiz pergi main game arked. Kemudian ke surau untuk solat. Lepas solat, kitorang jalan2 then keluar sebab nak pergi Menara Taming Sari. Kitorang tak naik. cuma tengok2 kat bangunan sebelah je. Sebelum tu, kitorang pergi McDonald's. Masa nak pergi McDonald's, Faiz terjumpa ngan mak saudara dia


Then, Faiz ajak pergi Melaka Megamall tapi aku ngan Syahin tak ikut sebab kaki sakit sangat. Kitorang duduk kat bas perempuan sebab bas lelaki tak buka lagi. Tak lama lepas tu, Cikgu Din muncul. Aku ngan Syahin ikut Cikgu Din pergi bazar berhadapan dengan Menara Taming Sari. Jalan2 kemudian jumpa Faiz and the gang balik. Lepas tu, balik semula ke Kak Long Chalet.

Esoknya, semua orang dalam bilik aku bangun awal. Syahin paling awal bangun.(bangga ar dia) Faiz ngan Syahin kata kena pakai baju sekolah. Lepas sarapan rombongan bertolak ke Kuala Lumpur.

~bersambung ke part 2 - Kuala Lumpur~