Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Permulaan bagi lembaran baru hidupku

Thursday, 17 January 2013


Assalamualaikum,,
dah 2 minggu lebih aku tak update.
Sekarang ni aku dah on the way ke UIA.
InsyaaAllah, aku akan jejakkan kaki ke sana selewat-lewatnya sebelum pukul 5 petang ini.

Untuk semester ni,
aku pergi awal daripada orang lain,
sebab hari Jumaat sampai hari Ahad, family FSCC akan terlibat
dengan induction Rafest '13 (Raudah Festival 2013).

So, surely mula je sem ni, kitorang akan busy.
Akan datang, 2 lagi event akan menyusul.
Hopefully, kesibukan ini, tak akan membantutkan pelajaran aku.


Sepanjang 2 hari yang lepas,
aku banyak habiskan masa waktu petang di SMKSS,
bersama kawan-kawan aku yang
melanjutkan pelajaran sebagai pelajar tingkatan 6 di sekolah tu..
Best jugak, maklum la, sekolah tepi pantai, nyaman je rasanya.

Lastly,
aku nak ucapkan terima kasih kepada beberapa individu
yang banyak memberi dorongan dan sokongan, nasihat,
apa-apa sahaja yang positif pada aku sepanjang
aku mengalami stress yang agak teruk sejak beberapa bulan lepas.
Korang banyak membantu aku, dan sekarang aku dah
memulakan langkah ke arah lembaran baru.
Aku tak bersedia sepenuhnya, tapi, aku yakin,
aku mampu, Allah dah merancang yang terbaik untuk aku,
Yang penting aku terus tabah dan berusaha sebaiknya,
InsyaaAllah......

0 comment(s):