Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

The end of my first year journey

Friday, 24 May 2013

I'm here.
Finally here,in Terengganu.
Just got back from IIUM for semester break.

Dah 2 bulan lebih aku tinggalkan blog ni,
last post masa mid-sem break hari tu, 17 Mac,
dan sekarang dah penghujung bulan Mei.
Memang terdetik hati nak tulis blog, anyway,
mood dan masa tak mengizinkan.
Ni pun dah 5 hari sampai Terengganu baru nak sentuh blog ni.

Sejak habis je SMAC '13(Sport & Martial Arts Carnival) 20 April hari tu,
aku takde fikir lain dah selain nak exam ngan nak balik.



I'm tired, exhausted, hoping that I'll have enough strengh for another one last month.
Dalam masa sama jugak, aku ambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam pengurusan mana-mana
event selepas SMAC '13.
Aku sanggup pergi office SDD awal pagi semata-mata nak tarik balik borang committee Ta'aruf Week yang aku hantar petang hari sebelumnya,
program yang akan pendekkan cuti 3 minggu aku kepada 1 minggu, yang akan buatkan aku cuma dapat jejakkan kaki ke Terengganu seawal-awalnya minggu depan, semuanya sebab nak cuti.
Aku pun dah buat keputusan untuk tak sertai FSCC sesi 13/14 memandangkan jadual aku penuh dengan subjek core start sem depan. Tak kira short sem yang aku kena ambik nanti lagi tu.

Exam ?
English, Quranic Language(Arabic), Study Circle, dah malas nak fikir, nak tunggu result je.
Tak taruh harapan sangat, target pointer around 3.20 je.
Walaupun exam Math mampu buatkan aku puas hati, walaupun tak sempat jawab beberapa soalan section kecil.
Computer pulak macam takde masalah walaupun bimbang dengan soalan objektif.
Anyway, aku still ad 3 sem lagi untuk tingkatkan pointer, at least boleh capai 3.6 sebelum aku graduate.

Sepanjang exam, memang gelabah, rasa takut semacam je,
maybe sebab kegagalan lepas.
Hari sebelum hari first exam la paling teruk perasaan tu.
I'm lucky to have two very close good friends, and my sister, that always contact me, always concern about me.
Sepanjang exam, atau maybe sepanjang sem ni, diorang bertiga ni la yang selalu contact, selalu tanya khabar, bagi sokongan.
Thanks to all of you.

Semester 3 2012/2013,
aku tak akan lupakannya,
sem dimana aku mengalami perubahan dari segi perangai, cara belajar, sosial life,
semua tu aku tak expect untuk berlaku, semua ni hasil turning point daripada kegagalan lepas,
Sepanjang sem ni jugak, tubuh badan aku & kemampuan kerja aku dah kena push to the limit,
dengan keadaan camtu, aku still tak jaga kesihatan and makan minum,
hasilnya aku selalu sangat sakit.
Sakit-sakit pun still turun padang, aku tak tau sebab apa aku sengaja cari penyakit,
nak lupakan perkara lepas maybe.
Dan sem ni jugak, buat pertama kali aku kenal semua classmate aku, kelas arab aku, tu pun 15 orang je members. Anyway, still tak rapat.
Kelas lain, tak sampai separuh kenal.



So, tamat la first year aku di CFS IIUM, 
tinggal setahun lagi untuk dihabiskan sebelum aku memulakan degree.

#Post pertama untuk hari ni.
maybe post kedua akan menyusul malam nanti, tapi tak pasti kot.

0 comment(s):