Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Cinta dan Masa Depan yang Indah

Saturday, 31 March 2012


Wokeh !
Sekarang ni,
aku nak citer sket.
Sejak beberapa hari ni aku perasan ada satu atmosfera aneh dah melanda kawan-kawan aku.
Tapi, bukan di dunia realiti. Atmosfera yang aku maksudkan berlaku kat facebook, atau nama panggilan beliau FB.

ermmm....

Ape nak cakap neh ?

Ok.
Senang citer macam ni.
Sejak beberapa hari ni kan, aku perasan yang ramai kawan aku post something berkaitan teman hidup, masa depan, hubungan lelaki@perempuan Islam, dan yang sewaktu dengannya. 
Ni aku bagi contoh sket.


*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Post oleh: Syazatty Alydrus

~Tak Perlulah kita mencari pemilik TULANG RUSUK ini kerana pemilik itu sendiri akan mencari tulang rusuknya sendiri ... :') ♥♥

*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Post oleh: Afiqah MYusof
DALAM DIAM..
Dalam diam, kamu LIHAT facebook dakwah
DIA..
Diam-diam, kamu TERTARIK dengan
penulisannya..
Diam-diam, kamu SUKA gaya bahasanya.. ♥
Diam-diam, kamu MINAT dengan cara
penyampaiannya..
Diam-diam, kamu COPY status di wallnya..
Diam-diam, kamu IKUTI perkembangannya..
Apa pun kamu buat, dalam DIAM saja..
Kamu diam dan terus berdiam kerana diam
menjadi PILIHAN,
untuk KEBAIKAN diri kamu sendiri.

Berjihad menentang nafsu ! :) Allah akan pertemukan anda dgn org yg baik2 . insyaAllah . Klau suke , DIAMkn sahaja . luahkan dlm doa . Assalamualaikum ♥
 
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Post oleh: Nur Damia

 ~~women was made from da rib of men, she was not create from his head to top him,not from his feet to be stepped upon, she was made from his side to be close to him,from beneath his arm to be protected by him n near his heart to be love by him~~

 *^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Post oleh:  Goku Son

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya."
(Riwayat Muslim)
 
 *^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^
 
Post oleh: Syarah Syazana 
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, dan Kami ciptakan kamu itu berbangsa-bangsa serta berqabilah, agar dengan itu kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu maha berilmu lagi mendalam pengetahuan-Nya” [Al-Hujuraat 49: 13]
 
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Kat atas ni sebahagian post-post yang aku ambik daripada friends aku kat FB.
Ada banyak lagi, tapi aku ambik 5 je.
So, sekarang korang dah faham apa maksud aku ?

Conclusion time !

Bagi aku, ini tak la menghairankan.
Sebab umur korang dah nak masuk 18 tahun, termasuk umur aku jugak.
Korang bakal melangkah ke alam baru selepas ini.
Dan, aku nak cakap,

YOU GUYS EARN MY RESPECT !!!

Kenapa aku cakap macam ni ?
Korang tau macam mana keadaan kebanyakan remaja Malaysia sekarang kan?
Terutama kat pantai barat, pantai timur pun tak ketinggalan.
Kebanyakan diorang lebih berfikir soal 'couple', nak bersosial, nak berseronok, relax,
langsung tak fikir pasal masa depan, tak fikir apa yang sepatutnya diorang buat dengan waktu remaja mereka.

 Tapi, apa yang aku dapat simpulkan daripada post-post friends aku kat FB,
diorang ni bukan macam kebanyakan remaja yang aku cakap tadi. 
Segala pujian bagi-Nya.
Friends aku tak tergolong dalam golongan remaja seperti yang aku cakap tadi.
Aku harap post tu memang menggambarkan apa yang ada dalam fikiran korang dan ia berkekalan sebagai pegangan korang. 
Dengan tahap pemikiran macam tu, korang dikira dah bersedia untuk menghadapi dunia baru yang akan datang tak lama lagi.
So, good luck untuk korang.

Semoga kita tidak sesekali terkeluar dari landasan Islam kita. 
Semoga kita mendapat cinta dan masa depan yang indah.
Semoga pegangan kita tetap teguh walau di mana kita berada.
Semoga kita selamat daripada fitnah.


Penutup:

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' 
(Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)



 

1 comment(s):

Anonymous said...

tabekkk springggg
toink2