Hari ni,
tarikh penting untuk pelajar lepasan SPM 2011,
keputusan UPU dah boleh check hari ni.
Dan aku ?
Unexpected.
Tu je aku boleh cakap.
Syukur sangat-sangat.
Aku anggap ni sebagai peluang kedua yang dikurniakan oleh-Nya
untuk tebus balik kesilapan ketika SPM.
Walaupun SPM aku tak cemerlang seperti kebanyakan orang yang layak untuk
courses asasi ni, aku still dapat tawaran tu.
Dan, Teacher Sally, pun tak sangka aku akan dapat tawaran ni.
Cg Naza siap ucap tahniah lagi.
Happy giler kentang !!!
(klik untuk besarkan gambar)
Dah tengok gambar ?
Tu la tawaran yang aku maksudkan.
~Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer - UIAM~
Seriously, hari sebelum tu memang bimbang sangat.
Takut-takut kalau apa yang aku dah rancang tidak menjadi.
Hari ni, segala-galanya terjawab.
Doa aku termakbul.
Doa aku termakbul.
Mungkin aku dapat pilihan kedua,
tapi aku tak kisah sangat sebab pilihan pertama aku
Asasi Sains Fizikal kat UM.
Sebab apa tak kisah pasal tu ?
Takde sorang pun student sekolah aku yang dapat UM.
Untuk course ni,
selain aku,
Adi, Arif, Muslim, dan Azim dapat jugak.
Adi, Arif, Muslim, dan Azim dapat jugak.
So, kitorang berlima memang jumpa kat sana la.
Syukur, Alif, Syukri, dan Akhi pun dapat UIAM,
tapi course lain.
Lastly,
aku nak ucap tahniah kepada semua kawan-kawan yang
dapat tawaran,
termasuk rakan-rakan blogger yang satu generasi ngan aku.
Belajar rajin-rajin.
Kepada yang masuk form 6,
good luck.
Mungkin korang masih dengan gelaran "budak sekolah",
tapi, exam yang korang hadapi tahun depan adalah antara yang paling sukar
kat Malaysia iaitu, STPM.
So, fokus, study smart, and work hard.
Semoga anda berjaya di jalan anda.



0 comment(s):
Post a Comment