Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

UniKL, UPU info, another birthday gurlz !!!

Monday, 9 April 2012


Pagi tadi,
aku dapat mesej daripada 'unknown' number.
"Anda telah ditawarkan untuk kemasukan ke UniKL Foundation sesi Mei 2012"

Mula-mula,
aku tak percaya lagi sebab time submit apllication hari tu, dia siap bagitau keputusan keluar 13 April.
So, aku check kat
>UniKL admission<. (korang boleh klik kat link tu kalau nak apply, intake sampai Julai)


Then, aku check apllication status.
Keluar la macam gambar kat bawah ni.


(klik gambar kalau nak tengok lebih jelas)


Aku pun macam......
Wow !
Aku dapat pilihan pertama,
`Foundation in Science and Technology - Engineering'.
Tempat: Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah.

Tarikh daftar diri pulak 13 Mei 2012, tapi kena sahkan tempat sebelum 20 April.
Kalau tak, aku dianggap tak menerima tawaran tu.
So, aku ade dalam 10 hari untuk uruskan semua dokumen.

Tapi,
aku belum confirm nak pergi. Aku nak sahkan tempat je dulu. Pergi ke tak, fikir balik.
Aku nak tunggu IPTA dulu, nak tengok apa yang aku mintak dapat ke tak.
Harap dapat la.
Cuma, sekarang ni tempat untuk aku sambung belajar dah ada. Syukur sangat-sangat.


SPM, aku nak balas dendam.
Tak kira mana aku akan belajar, aku akan balas balik kekecewaan aku untuk tahun 2011.
Foundation, asasi, diploma.Semua tu lagi power dari SPM,
tapi, aku pun dah makin kuat apa.                                
"\ \(^o^)/ /"
            

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ni info untuk lepasan SPM yang apply UPU,
keputusan akan keluar mengikut aturan berikut:

~Asasi / Diploma (IPTA/Politeknik Premier) = Minggu pertama bulan Mei 2012.
~Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA = Minggu ke-4 bulan Mei 2012

Surat tawaran akan dihantar terus ke rumah anda. 
So, sabarlah menanti encik posmen yang menaiki Ex5 merah dengan kotak besar kat belakang bertandang ke rumah anda pada waktu yang sepatutnya.
Tak perlu sedia makanan untuk beliau.
Beliau datang sekejap je.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sumber: >MUAZFARIS.COM<   (sila la klik kat link beliau kalau sudi)
P/S: Muaz "Faris" <<< :-)



Honourable mention:
 ```````````````````
Happy birthday to
Aima Hayati (8 April)
Good luck for everything and be happy.
Sorry coz' no gift for this year. (~_^)"



0 comment(s):