Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Harus bagaimana lagi..........

Thursday, 13 January 2011


Dah seminggu tak bercerita kat sini.
Antara perkara yang berlaku minggu ni:
~Jam hilang disyaki di curi oleh ###### tu.....
~Merentas desa......
~Novel baru.....
~Aku terkejut...



~First~
Jam kesayangan aku hilang.
Hilang tanpa kesan. Memori aku pasal jam tu hilang terus. Dan, berdasarkan saksi, iaitu adik aku sendiri, berkemungkinan jam aku dicuri oleh dua pupu aku sendiri. Nak tuduh terus, kalau dia betul2 tak buat jadi fitnah pulak. Tapi, ###### tu memang ada ada rekod pasal mencur
ik ni. Parents aku sendiri cakap, ###### ni memang dah banyak kali curi barang orang. Motif dia untuk mencurik pun ada, dia memang tak puas hati ngan aku disebabkan perkara yang tak boleh diceritakan kat sini. Kawan-kawan rapat aku je tau pasal ni.

~Second~

Merentas desa.
Latihan hari Isnin dan Selasa. Hari Rabu, kaki aku kejang. Hari Khamis(hari ni), pertandingan. Nasib aku kurang baik. Lebih kurang 400 meter daripada garisan penamat, perut aku jadi sakit sangat. Terpaksa berhenti berlari. Sepatutnya, aku dapat tempat ke-12 untuk tingkatan, tapi perut aku punya pasal aku terpaksa berhenti dan tengok saja orang lain pintas aku.Lama jugak aku terpaksa berhenti sebelum sambung balik berlari. Aku dapat no. 18 rasanya. Biar ar. Dah nasib.


~Third~
Novel baru,
Aku baru je beli novel baru tadi. Sindrom VX.
Amboi, novel "Penyiasat Masjid" belum habis baca dah beli yang baru.




~Fourth~
Aku terkejut.
Terkejut dengan banyak perkara. Salah satunya, tekejut disebabkan soalan daripada seorang kawan aku yang agak rapat. Hampir behenti je jantung aku disebabkan soalan dia tu.
Terkejut disebabkan salah seorang kawan rapat aku, kata-kata dia amat mendalam dan menyedarkan diri aku. Dan kata-kata dia juga menunjukkan betapa jauhnya aku perlu berfikir.
Dan sekali lagi aku jadi budak "feeling". Aku dengar lagu2 berkaitan cinta, terutama lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir.


P/S: To my lovely friends, F dan N. Relationship korang makin kukuh sekarang ni. Dari pandangan aku, memang jelas. Semoga berterusan. :-)........

0 comment(s):