Sebelum aku bernikah ?!
Yup, tu sebenarnya tajuk artikel bersiri yang ditulis oleh Hilal Asyraf dalam laman web >Langit Ilahi<.
Abg Hilal tulis hal berkaitan perjalanan hidup dia sebelum bernikah.
Banyak benda yang ditulis. Artikel tu terbahagi menigkut sub-topik.
Ni antara 4 sub-topic yang aku baru baca kelmarin.
"‘Panggilan Tuhan’, ‘Petunjuk Tuhan’ dan pelbagai nama yang
menunjukkan ketuhanan, untuk menyatakan inilah dia ‘hidayah, ilham’
daripadaNya.
Tetapi bagaimanakah petunjuk Tuhan itu boleh menjadikan seseorang
tidak tenang dan fikiran seseorang bercelaru? Bagaimanakah Tuhan,
memandu seseorang tanpa praktikal yang logik sedang hamba-hambaNya hidup
di alam realiti?"
" Istikharah ini adalah untuk menjemput keyakinan dalam membuat pilihan.
Tidak semestinya datang petandanya dalam bentuk mimpi dan
petanda-petanda. Dan, sekiranya datang sekalipun, istikharah kita tidak
boleh menjadi dalil dalam memaksa seseorang, menderitakan seseorang."
"Maka apabila diuji, fokuskan untuk melakukan banyak kebaikan di dalam
hidup, agar rahmat Allah yang luas itu, ‘menyentuh’ kita. Mungkin kita
diterima semula, mungkin dapat yang lebih baik, mungkin jadi lebih
bahagia, mungkin jadi lebih berjaya, dan sebagainya. Siapa tahu?
Yang penting, percaya kepadaNya, kembali kepadaNya.
Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha!"
"Dan mengapalah saya perlu memandang apa yang Allah tidak beri kepada
saya(pandangan baik mereka yang saya sangka rakan-rakan), dan
meninggalkan apa yang Allah beri kepada saya(mereka yang masih percaya
dengan saya, tunang saya, dan kebahagiaan yang ada) ini?"
Aku syorkn korang baca la artikel ni dari sub-topic yang first kat laman web Langit Ilahi tu.
Selain "Sebelum aku bernikah", banyak lagi artikel-artikel yang bagus untuk dibaca.
Daripada korang online sepanjang hari main game, like status orang tu, like status orang ni, kacau orang tu, kacau orang ni, baik baca artikel camni.
Boleh jugak tambah ilmu.
Small note:
Kadang-kadang, aku terfikir, camne la aku bila nak hadapi benda-benda camni nanti ea.......
Hope, time tu, tak akan ada benda buruk yang berlaku. Semoga Dia perkenankan doaku. Amin.




0 comment(s):
Post a Comment