Tak lama lagi result PMR nak keluar. Tapi, hanya disebabkan result PMR nak keluar, kebanyakan kawan aku dah jadi resah, gelisah, histeria, fobia dan hampir gila.( lebih2 pulak) Tapi, yang hampir gila tu berjaya kawal diri supaya tak jadik gila. Tak sempat pulak nak ambik result nanti. Kenapa sume berlaku ? aku pun berdebar jugak nak ambil result. Tapi, tak la sampai fobia, histeria dan sebagainya. Yang tak nak ambil result pun ada.

Apa la korang ni. Aku pun takut jugak kalau tak dapat apa yang aku inginkan. Tapi, kalau tak dapat, apa boleh buat. Dah takdir. Tak boleh nak ubah. Apa yang boleh kita buat ? Berdoa la. Dengan berdoa mungkin Allah akan mengabulkan doa kita lalu takdir berubah. Mana tau pegawai peperiksaan silap pindah maklumat sampai sume dapat 8A. ha ha( mengarut je keje aku). Kalau tak berjaya dapat 8A, mungkin ada kebaikannya. Dan mungkin Allah mneyediakan kejayaan yang lebih besar untuk kita.





1 comment(s):
standard la 2!
prasaan keluh kesah yg ad lam dr dyeowg!
nsb baek x de kes suicide!
lau x lgi haru!
Post a Comment