Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Lawatan - Part 1: Melaka

Sunday, 22 November 2009

Perjalanan ke Melaka memang seronok, ramai buat lawak, menyanyi dan macam2 diorang buat. Tapi aku tetap tidur jugak pukul 2 pagi. Lebih kurang pukul 5.45 pagi. rombongan sampai ke Masjid Al-Azim. Lepas sembahyang, mandi, tukar baju. Aku ambik kamera dan ambik gambar sebanyak mana yang sempat.


Masjid Al-Azim


Aku kat depan masjid


Bergaya sakan

Kemudian, rombongan menuju ke Bandar Hilir (betul ke ?) untuk
makan. Rombongan berhenti makan kat depan Muzium Samudera. Aku cuma makan nuget sebab aku tak biasa makan pagi. Lepas makan, aku syafiq ngan Zati's gang ambik gambar kat luar muzium.



Muzium Samudera


Aku ngan Syapik kat luar Muzium


Then, rombongan pergi ke Taman Buaya Melaka. Memang banyak buaya kat sana. Siap ada rumah berhantu lagi.


Aku ngan Syapik (lagi)


Bergambar je keje


Buaya tengah mengamuk (ni bukan buaya darat ye)


Lepas tu, rombongan menuju ke Taman Mini Malaysia. Mula2 semua orang ingat pergi zoo dulu. Taman Mini Malaysia agak jauh dari Zoo Melaka dan Cikgu pulak suruh pergi ngan jalan kaki je. Letih gile. Dah la tak ada apa2 yang menarik kat situ. Yang menarik cuma persembahan dari jejaka berhidung merah ngan tarian je.





Jejaka berhidung merah


Tarian

Kemudian, rombongan menuju ke Zoo Melaka tapi kali ni dengan menaiki bas. Lega skit. Semasa tunggu nak dapat tiket, aku ternampak Ustaz Zahury, guru mengaji aku semasa darjah 6. Jalan2 kat zoo memang letih. Dah la air kat kedai dala zoo mahal. Air botol kecik dah RM 2.80.



Lepas habis tawaf satu zoo, romongan menuju ke Kak Long Chalet. Mula2 pergi sesat jugak. Tapi sampai jugak macam manapun. Chaletnya memang
.cantik dan selesa. aku sebilik ngan Faiz, Syahin, Naim, Asyraf, Fathi, Fadhil ngan Amar.




Selepas mandi dan bersiap, rombongan menuju ke Dataran Pahlawan. Cikgu beri masa dari pukul 5.00 petang sampai pukul 10.00 malam untuk jalan2 kat sana. Mula2 aku ngan Syafiq pergi Kota A' Famosa. Kemudian aku pergi Mahkota Parade sebab Naim ajak main boling. Faiz kata main satu round je sebab bayarannya agak mahal skit. RM 10 satu round. Kat TER cuma RM 5 je satu round. Lepas main boling aku, Naim, Faiz, Syahin, Asyraf, Fathi, Syafiq, Raja ngan Muiz pergi main game arked. Kemudian ke surau untuk solat. Lepas solat, kitorang jalan2 then keluar sebab nak pergi Menara Taming Sari. Kitorang tak naik. cuma tengok2 kat bangunan sebelah je. Sebelum tu, kitorang pergi McDonald's. Masa nak pergi McDonald's, Faiz terjumpa ngan mak saudara dia


Then, Faiz ajak pergi Melaka Megamall tapi aku ngan Syahin tak ikut sebab kaki sakit sangat. Kitorang duduk kat bas perempuan sebab bas lelaki tak buka lagi. Tak lama lepas tu, Cikgu Din muncul. Aku ngan Syahin ikut Cikgu Din pergi bazar berhadapan dengan Menara Taming Sari. Jalan2 kemudian jumpa Faiz and the gang balik. Lepas tu, balik semula ke Kak Long Chalet.

Esoknya, semua orang dalam bilik aku bangun awal. Syahin paling awal bangun.(bangga ar dia) Faiz ngan Syahin kata kena pakai baju sekolah. Lepas sarapan rombongan bertolak ke Kuala Lumpur.

~bersambung ke part 2 - Kuala Lumpur~

1 comment(s):

syazatty said...

waaa..
cedey nye bile dengat blik..
bez trop ni :(