Pada hari pertama buka sekolah, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama-sama ngan pengikut2 beliau datang melawat sekolah. Pada bulan ni jugak, nama SMK Bandar secara rasminya ditukar kepada SMK Dato' Razali Ismail. Nama kelas pun dah bertukar dari tema Sains kepada tema nama2 ilmuan islam. Dalam bulan ni jugak, form 3 dikejutkan dengan program2 sempena PMR. Then, aktiviti merentas desa. Awal benor cikgu buat. Memang awal2 gile2 lagi. Tak kisah langsung pasal PMR. Macam2 peraturan baru yang hampir menyebabkan protes kat sekolah.
Februari:
Kelas tambahan start!!! Memang tertekan masa ni. Macam2 program cikgu buat. Sampai balik pukul 5 pun ada. Bulan ni jugak ada pilihan raya pengawas. Bulan ni jugak TOV exam. Mula mengenali kawan2 di kelas Al-Razi dan kedatangan salah seorang guru dari program ETA(English Teaching Assistant) anjuran Kerajaan negeri Terengganu, Miss Erin yang datang dari Amerika.
Mac:
Hari2 dalam bulan berlalu dengan kerja sekolah yang banyak dan kelas tambahan yang semakin bertambah. Bulan ni jugak aku membeli handphone baru berjenama CSL, DSL100. Kem untuk form 3 diadakan di Awang Resort, Rantau Abang. Hari sukan SMKDRI. Aku menang dua pingat emas dari acara lempar cakera ngan lontar peluru. Aku jugak berjaya mencipta rekod baru lempar cakera SMKDRI dengan jarak 26 meter(x ingat jarak yang tepat. Maybe 26.54 kot) Seterusnya mewakili sekolah dalam lempar cakera.
April:
Bertanding dalam lempar cakera di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Malangnya, hari tu cuma dapat nombor 7. Lemparan paling teruk aku pernah buat. 22 meter pun tak lepas. Damn !!! Mula jadi kawan rapat ngan beberapa orang terutama Rusydan. Terlibat secara tidak rasmi dalam kelas anjuran Teacher Latifah.
Mei:
Mid-year exam....ho ho...Mula terlibat secara rasmi dalam kelas anjuran Teacher Latifah dan menjadi fasilitator bantuan.
Jun:
Aku mula menyertai Friendster....Kelas Tambahan masa cuti sekolah. Memang agak tertekan masa tu. Lahirnya, adik perempuan pertama aku, Nur Fatihah Huslina pada 3 June 2009. Ayah aku membeli sebuah kereta bejenama Toyota, iaitu Innova. Most popular thing happened, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh !!
Julai:
Lahirnya nama Farisk Hazani. Atas hasutan Syahin, aku mula menyertai keluarga Facebook. Mula menyertai Blogger. Munculnya novel pertama aku, Agen 2405: Penghancur Kejahatan. Dengan karakter2 berdasarkan manusia sebenar dan kehidupan sebenar aku. Cerita ni aku dah terfikir sejak form 1 lagi. Syahin@Dato' Panglima Dabir Remaja secara rasmi menjadi editor aku. Dan, bulan ni jugak first time aku baca novel, iaitu Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi. Diikuti dengan sambungannya, Akademi Gemilang 2: Jejak Kuasa Alam. Sampai sekarang aku masih menanti kemunculan Akedemi Gemilang 3: Kunci Dimensi. Bila la buku tu nak keluar. Tak lupa juga peristiwa form 3 kena suntik ngan nurse.
Ogos:
Penangguhan Trial PMR. Akibatnya, berlaku fenomena soalan bocor di kalangan pelajar seluruh Terengganu sampai ada yang dapat result yang tak sepatutnya diorang dapat. Tibanya bulan Ramadhan. Bulan ni jugak dan start ulangkaji dengan menjawab soalan2 dari negeri lain.
September:
Aidilfitri tiba. Kelas tambahan dan ulangkaji again and again.
Oktober:
PMR tiba !!! Seminggu sebelum itu, kelas tambahan pada waktu malam diadakan. Dan benda yang paling menyusahkan aku terjadi, my PC rosak akibat terkena renjatan eletrik yang terlalu kuat dari panahan petir.(walaupun aku tak main komputer masa tu) Selepas tamat PMR, banyak aktiviti menarik diadakan. Lawatan ke Taman Tamadun Islam.
November:
Miss Erin pulang ke negara asalnya. Bulan ni dipenuhi dengan aktiviti2 pasca PMR sepert sembelih ayam dan sebagainya. Diselangi dengan jamuan2 kelas. Dan yang paling best lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur. Reunion SKPBB(Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar) dan Pasti Al-Fathonah.
Disember:
Bulan yang bersejarah dalam tahun 2009. Result PMR dikeluarkan dan aku mendapat keputusan yang cemerlang. And I got a new handphone as a present from my family.
Memang banyak perkara menarik berlaku dalam tahun 2009. Tahun 2009 jugak munculnya beberapa orang kawan baik yang memahami. Terima kasih kepada mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Datang 2010
Selamat tahun baru !!!
Tahun ni aku harap lebih baik dari 2009. Dan azam aku untuk tahun ni:
~Menjadi pelajar yang lebih baik.
~Menjalankan tugas yang diamanahkan.
~Berusaha untuk novel aku.
~Melupakan seseorang.
~Membantu kawan2 yang memerlukan.
Tahun ni aku harap lebih baik dari 2009. Dan azam aku untuk tahun ni:
~Menjadi pelajar yang lebih baik.
~Menjalankan tugas yang diamanahkan.
~Berusaha untuk novel aku.
~Melupakan seseorang.
~Membantu kawan2 yang memerlukan.
Au harap azam2 kat atas ni tercapai pada tahun ni.



1 comment(s):
yg penting aku suka
bulan JULAI!!!!!
Post a Comment