Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

My first endurance drive...(^_KELANTAN_^)

Sunday, 9 December 2012


Assalamalaikum.
Dah lama tak post kat blog ni, takde citer menarik, 
my friends pun masing-masing dah balik ke tempat belajar diorang.

Anyway,
Khamis lepas(6/12/12), my family and I went to Kelantan.
And, my first endurance drive begin.
First place, Lata Tembakah.
Tak ramai orang pun tempat ni, tambah pulak hari tu hari bekerja.
So, agak sunyi, dalam 3-4 kelompok manusia je time tu.
And, I took some pictures...........

 


Sampai Kelantan,
round-round bandar Kota Bharu jap,
terperasan banyak kereta-kereta mahal di jalan, surely milik orang
Kelantan bedasarkan first letter pada plat, "D".
Bangunan pulak cantik-cantik, tinggi-tinggi, jalan bertingkat pun dah
dalam pembinaan, macam KL plak, KT ketinggalan...
................
~Ini la yang dikatakan negeri termiskin oleh sesetengah pihak.
Tak sangka negeri "termiskin" kat Malaysia maju camni....
#tangan ke dada, mata ke atas#

Petangnya,
kitorang menuju ke Wakaf Che Yeh.
Check-in hotel, hotel plak dalam kawasan gerai. Memang kecoh la sket kawasan tu.
Tak sempat nak ambil gambar.
Best la jugak tempat tu, banyak gerai bukak dari petang sampai tengah malam.
Found a few interesting things.


~(NEXT DAY)~

Bertolak ke Rantau Panjang.
Singgah jap kat Jalan Kuala Krai untuk sarapan.



Seperti yang dah diagak,
Rantau Panjang memang ramai pengunjung,
malangnya, cuaca haritu agak panas, takde mood nak jalan-jalan sangat.
Buying some food, adik-adik beli baju, dolls, flowers and then blah from the places.

Next mission,
drive to home.
Memandangkan kitorang tak nak masuk bandar, so kitorang guna
jalan kampung untuk balik.
Then, baru patah balik ke jalan pantai bila dah masuk Terengganu.

Singgah jap kat Pantai Rhu Sepuluh, Setiu.
Bestnya dapat jejak pantai, tak ramai sangat orang, nyaman je.
Here some pictures.....


Edited by Fariz Huzaini


Kitorang sampai kat rumah
dalam pukul 6 petang hari Jumaat.
Letih giler.
First day, dari Setiu sampai Wakaf Che Yeh.
Second day, dari Wakaf Che Yeh ke Rantau Panjang, then, Rantau Panjang ke Kuala Terengganu.

Hasilnya, belakang aku sakit and aku tidur awal haritu.
Hurm, I'm wondering when will be my next endurance drive ? And where ?

See all of you later,
Assalamualaikum....(^_^)

1 comment(s):

syazatty said...

best gileee kat pntai rhu 10 tu ! :D i mkn ICT situ :D