Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sepanjang PMR

Friday, 13 November 2009

7/10/2009 ~ First day of PMR

Hari pertama PMR, B. Melayu dan PAI. Awal2 memang berdebar. Tengok saja dewan peperiksaan dah buatkan aku telan air liur. Debaran aku semakin naik selepas masuk dalam dewan. Tapi, buka je kertas soalan BM kertas 1, aku berkata dalam hati aku, “Senangnya soalan”. BM Kertas 2, soalannya senang tapi susah bagi aku coz idea aku lambat sampai. Petangnya pulak kertas PAI. Sebelum masuk dewan, kebanyakan pelajar termasuk aku bersungguh-sungguh mengulangkaji berpandukan soalan spot PMR yg diberi oleh Ustaz Aziz. Unfortunately, soalan spot yang diberi boleh dikatakan hanya 10-20 % saja ketepatannya dan soalannya pulak amat senang.


8/10/2009 ~ Second day of PMR

Hari ni memang agak tertekan coz ada 4 kertas dan 2 daripadanya Science. Sesi pagi dimulakan dengan kertas B. Inggeris kertas 1. Soalannya memang senang tapi aku tak yakin aku akan dapat markah yang tinggi seperti Trial PMR. BI kertas 2 juga senang tapi soalan Section C membuatkan aku terkaku sekejap. Science kertas 1 senang je. Tapi, kertas 2, OMG!!! susahnya. Tentang Science kertas 2, ramai calon yang mengatakan kertas ni susah. Aku juga ada dengar khabar daripada angin bahawa gred untuk Science akan diturunkan seperti PMR 2008.


9/10/2009 ~ Third day of PMR

Hari tidak tertekan seperti hari sebelumnya coz hari ni cuma 1 kertas yang perlu dijawab, Geografi. Soalannya sangat senang.


10/10/2009 ~ PMR break

Hari ni aku, Naim, Engku, dan Muslim pergi perpustakan. After that, pergi KFC kat Giant. Lepas makan, aku dan Engku round2 kat Giant. Tengok2 VCD, aksesori PC, dan games. Tapi, apa yang aku cari tak ada. Ketika balik rumah, tidakkkkkk!!!. Ayah aku cakap computer rosak sebab kena panah petir.


11/10/2009 ~ PMR break

Hari ni sekali lagi aku pergi perpustakaan. Kebetulan hari tu, Syafiq, Nifa, Pkah, Kirah, and the twins(not actually twins) Aisyah dan Syikin juga pergi ke perpustakaan. Selepas ulangkaji (ulangkaji la sangat) beberapa ketika, semua kecuali the twins pergi KFC tepi Mydin. Then, balik rumah masing2.
12/10/2009 ~ Fourth day of PMR
Hari ni Mathematics dan Sejarah. Mathematics senang but Sejarah OMG!!!


13/10/2009 ~ Fifth and the last day of PMR.

Hari cuma KH. Soalannya amat senang. Lepas tamat kertas KH iaitu pada pukul 9.40 pagi. Aku mula terfikir tentang memerdekakan diri. Unfortunately, Cikgu Yzel muncul dan memberitahu tentang Program Pasca PMR. Macam2 activity yang dirancang. After that, semua calon keluar dari dewan dengan gembira except calon yang mengambil B. Arab coz kertas B. Arab tamat pada pukul 1.00 petang.

0 comment(s):