14/10/2009
Hari ni semua pelajar form 3 dikehendaki memulangkan buku teks. Seperti yang dijangkakan, hanya separuh saja form 3 yang hadir hari ni. Lepas tu, aku pergi kat kelas 3 Al-Razi. Bergurau dan main2 sampai waktu balik.
15/10/2009
Hari ni agak seronok walaupun hanya 7 orang pelajar kelas aku yang hadir dan cuma aku sorang je lelaki. Pagi2 dah ponteng kelas. Tapi, tak apa ‘coz cikgu tak masuk kelas. Aku ngan Aiman masuk makmal komputer then main internet sampai waktu rehat. Lepas waktu rehat ada program Rekreasi Minda yang diterajui oleh Norasiah. Then, program bosan dan ntah apa-apa anjuran PRS~Perosak Rakan Sebaya( apa2 je la).
19/10/2009
Hari ni ada English Camp. Aktiviti pertama kena reka nama, lagu, logo, motto group sendiri. Then, ada aktiviti menjawab soalan sambil mengembara ke sekeliling sekolah ala2 explorace.
20/10/2009
Hari ni ada majlis penyampaian hadiah untuk English Camp yang diadakan pada hari sebelumnya. Group aku dapat tempat ke-3 keseluruhan. Then, makan2 atas tajaan sekolah. Pada petangnya, Miss Erin panggil semua pelajar Mentor-Mentee Program untuk menonton cerita The Princess Diari 2 di bilik APD. Ceritanya memang menarik dan kelakar.
21/10/2009
Today ada ETA Program anjuran Miss Erin. Aktivitinya adalah mewarnakan baju, membuat penanda buku , dan membuat Dreamcatcher. Aku cuma buat 2 daripada 3 aktiviti tersebut. First, aku buat penanda buku. Semua pelajar perlu menulis sasaran mereka untuk tahun 2010 pada penanda buku tersebut. Lepas tu aku tengok2 tempat aktiviti mewarnakan baju. Then, aku buat Dreamcatcher. Dreamcatcher adalah kraftangan orang asli Amerika. Ia dikatakan dapat menangkap mimpi(mengarut je). Then,ada aktiviti ala2 explorace tapi aku tak main ‘coz aku jadi salah seorang pembatu Miss Erin.



0 comment(s):
Post a Comment