Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Coretan Ulang Tahun ke-4

Sunday, 28 July 2013

Assalamualaikum,
apa khabar semua ?....<<<bajet ada org baca blog ni.

Ada orang baca ke tak,
aku tak peduli.
Yang penting aku rindu giler kat blog ni.

Kalau tak nak baca post ni, boleh keluar dari blog ni.
Apa lagi pembaca blog mahu?
(adaptasi kata2 dari seorang menteri & ayat sebuah akhbar tempatan)
"The level of 'sindiran' is too damn high".....ahahaha. :-P

Sejak aku masuk CFS ni,
statistik menunjukkan tuan punya blog ni dah
tak buat post sekerap dulu. 
Apa dah jadi ? Kenapa semua ini berlaku ?
Semuanya akan terungkai selepas ini, jangan ke mana-mana...

Okey, sudah la mengarut tu oiii....
Ceritanya mudah je actually.
Aku takde cerita menarik nak dikongsi,
kepala pulak berserabut
dengan pelajaran, dengan seorang kawan tu,
dengan rutin harian yang sama setiap hari.
Kalau dulu aku lalui banyak benda baru terutama dengan FSCC,
sekarang aku dah macam kebosanan
walaupun tak exhausted macam dulu.

Well, back to main point,
sejak mula blog ni tercipta,
"mungkin disini, memori tercipta, walau seketika.."
jadi lagu la pulak.
Sejak blog ni wujud, dah banyak kali
aku sharing stories, mengarut, lepas perasaan,
menconteng arang kat blog ni....<<< (ok mengarut lagi)

Tak sangka dah 4 tahun berlalu.
Kalau renung balik, macam-macam dah berlaku dalam 4 tahun ni.
Gembira, sedih, naik, turun, warna-warni kehidupan.

Anyway, ada satu ni yang tak berubah,
Aku Masih Single !....
"Booo, forever alone !"
"Kau apehal ? Biar la single. At least, cintaku
terpelihara untuk pemilik sebenarnya walaupun aku belum tahu siapa dia."
Tu diaa ayat jiwang tahap gaban.... :-P

Yang penting,
Happy 4th Anniversary to you,
blog Dunia Ilusi Hidupku ! (^_^)

That's all for this time.
See you later....



#Sejak akhir-akhir ni virus alien melanda. Tak tau kenapa. tapi alien kat atas ni comel & cool....ahahaha...

Kembali menerjah dunia novel

Friday, 7 June 2013


Assalamualaikum,
Setelah beberapa bulan meninggalkan dunia novel,
Pesta Buku Antarabangsa KL bulan lepas akhirnya membuka
hati aku untuk kembali ke dunia novel.

So, nak citer sket pengalaman di PBAKL yang dibuat kat PWTC.
First time jugak aku ke sana, kesesakan tak payah cakap.
LRT, kereta, motor. Huh !
Kekurangan oksigen rasanya.
Readers, readers everywhere.....(=_=)

Bersesak-sesak dalam tu memang menyakitkan,
tapi, berbaloi jugak dengan aku berjaya dapatkan apa yang aku nak,
dan dapat jugak aku habiskan baucer buku yang telah sekian lama tersimpan.
Time tu, aku pergi dengan classmate aku sem sebelumnya, Afif.
Nak berkenalan ? Boleh search kat FB, 'Afif Ganu'
Budak Ganu jugak dia ni.

Dalam bersesak tu, jumpa jugak apa yang aku cari,
sempat mintak autograph hilal asyraf.
Aku beli 6 buah buku kat sana.
4 novel & 2 buku motivasi.

So, sejak pertengahan bulan lepas,
aku dah habiskan 3 buah novel.

Best !
Ramlee Awang Murshid
memang penulis thriller no.1
Stanza Cinta ada drama ea ?
Baru tau, tu pun lepas search gambar kat atas ni kat google.
Almaklum la, aku bukan jenis tengok tv,
apatah lagi drama2 melayu.
Macam biasa,
novel dari Baharuddin Bekri
selalunya berkisar tentang
kehidupan masyarakat.
Boleh tahan.

Dan awal bulan ni jugak,
aku dah habiskan baca novel ni.

Sekian lama menunggu,
akhirnya dapat jugak baca novel ni.
Sangat best !

On the way nak balik,
tiba-tiba terasa nak pergi lowyat.
Then, aku pergi la, sampai kat sana,
sekejap tengok phone, sekejap tengok camera.

Last2, kawan aku tu suruh beli je,
handphone aku pulak dah nazak time tu,
banyak benda dah yang tak dapat berfungsi dengan baik.
So, survey punya survey,
aku berkenan kat phone ni......



Awalnya nak beli Ace Plus,
tapi memandangkan processor phone ni laju sket,
so aku decide nak beli yang ni.

Lepas je call family untuk dapat kebenaran untuk beli phone ni,
dengan rasminya phone ni menjadi salah satu gadjet terbaru aku.
Menggantikan nokia aku yang dah nazak tu.

Dengan processor 1.4 GHz,
camera 5 MP, (sebab tu gambar-gambar dalam post sebelum ni boleh tahan lawanya).
Anyway, handphone ni tahun 2011 punya, android pun version 2.1 je.
Tapi, tak kisah la, janji aku ada phone yang boleh mudahkan urusan aku.

Kembali pada citer pasal novel,
minggu ni aku akan try habiskan novel ni.
684 muka surat......blurr...

Aku harap novel ni menarik citer dia.
Cover pun dah lawa.
Then, that's all from me for this post.
Tinggal seminggu lagi sebelum aku balik ke uia.
Kak Nadia dah balik Kedah.
Tisya pulak esok dah balik upsi.
Sejak aku start cuti, muka dua orang ni la yang selalu outing dengan aku.
Sunyi la minggu last cuti aku ni..
Hu hu....."beratnya melepaskan mereka"....<<< tu tajuk post lepas, boleh click kalau nak...:)

Beratnya melepaskan mereka.....=')

Tuesday, 4 June 2013


Assalamualaikum,
I'm here again.

Firstly,
as always, my birthday, 24 Mei yang lalu, takde benda yang special untuk dikongsikan.
Cuma,
kali ini,
ulang tahun yang ke-19,
menandakan tinggal setahun lagi sebelum aku
mengharungi era baru dalam hidup aku.

InsyaAllah,
tibanya saat itu nanti,
aku akan menamatkan pengajian sebagai pelajar asasi UIA.

Dah 2 minggu sejak aku pulang ke Terengganu,
banyak benda dah aku buat,
novel,
main video games,
spending time with my little sisters,
also with my close friends,
especially Kak Nadia and Tisya,
yang tak jemu tengok muka aku setiap kali outing.

Bowling & Picnic 1 Jun lepas,
event yang ambil masa beberapa hari untuk plan,
berbaloi walaupun ada jugak yang tak dapat datang.

Tiba lewat kat TER, around 11.30,
nasib baik bowling banyak kosong time tu,
datang je terus masuk.
Walaupun aku tak main bowling,
memikirkan bekas luka dalaman kat kaki ni,
tambah pulak mood yang membuatkan aku tak terasa nak main,
tapi, aku still jugak main menggunakan nama orang lain.

Pukul 2 lebih seperti dirancang,
kitorang sampai kat Pantai Cendering,
sampai je terus siap-siap dengan tikar,
susun makanan, minuman,
semua mata dah macam orang jumpa berlian,
kalau dalam kartun, mesti bersinar-sinar mata tu,
maklum la masing-masing dah lapar.

Then,
main-main kat pantai, aku dengan snap picture,
zaty ngan keek,
macam-macam gelagat la.
Lastly,
semua tak nak balik.
Bajet pukul 5 dah gerak balik, 5.30 duk terpacak lagi,
yang nak lari balik kat air pun ada.
Aku cakap kat orang. aku pun berat jugak.
Lagipun,
ni la last boleh kumpul ramai-ramai sebelum
semester baru bermula.

Sesuai dengan tajuk post ni,
beratnya melepaskan mereka.....







Sepanjang tu jugak,
melalui handphone aku,
terhasil gambar-gambar kat atas.
I like all of this pictures.
Cantik.
Selalu jugak aku belek gambar kat atas ni dalam phone.
Anyway, camne phone aku yang rabak tu boleh hasilkan gambar camni ?
Persoalan tu akan terjawab dalam post seterusnya.