Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Form 5, online tuition, TOV..........

Friday, 7 January 2011


Haluuuuu !!!
Hai, minggu pertma persekolahan dah bermula.
Masa aku untuk online sekarang ni dah terpotong hampir 50 % peratus.
Homework banyak.

Sejak masuk form 5, aku mendapat beberapa tugas baru untuk kelas dan ko-kurikulum:

Kelas 5 Al-Kindi : Setiausaha.
KRS : Penolong bendahari.
Petanque : Naib Pengerusi.

Untuk setiausaha, aku kena buat minit mesyuarat pengurusan kelas. Nasib baik aku dah pernah buat untuk mesyuarat koperasi tahun lepas. Aku berjaya siapkannya dalam masa dua hari. Dah hantar pun.

Sejak masuk form 5 jugaklah,
aku dengan beberapa orang geng, selalu balik lewat. Biasanya pukul 5. Selalunya, kitorang akan siapkan kerja rumah masa tu. Sebab takut tak sempat nak habiskan kat rumah.

Tuisyen ?,
Aku join tuisyen online. My Home Tuition.

Kebanyakan course untuk tuisyen ni adalah untuk menengah atas. Sayangnya dah banyak kelas aku terlepas sebab tak check jadual. Jadual kelas dihantar melalui e-mail. Untuk hari ni dan esok(Jumaat dan sabtu), ada kelas chemistry untuk tajuk "Structure of atom: Heating Curve" dan "Rate of reaction: Finding rate of reaction on graph". Biasanya setiap kelas cuma ambil masa setengah jam. Tapi, tutor boleh memanjangkan masa kelas jika perlu.
Untuk join, korang kena sign up, lepas tu jadi subscriber. Lepas tu, baru la boleh join "live tuition". Selain live tuition, diorang ada jugak notes dan tutor video.
Kesimpulannya, tusyen ni memang best dan senang nak faham. Cuma tusyen ni full english.


Ni profile page aku

Untuk TOV,
Cikgu Mathmod aku cakap, kemungkinan TOV tidak dijalankan di sekolah aku sebab JPNT hanya menyediakan soalan untuk subjek BM, BI, dan MM sahaja.
Tapi, mungkin jugak sekolah aku akan membuat ujian sendiri.
Just wait and see.


0 comment(s):