Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Gonna face great challenges soon

Friday, 11 May 2012


Tic, toc, tic, toc....

Aku dah mula menghitung
hari untuk menjejakkan kaki ke sana.
Excited !

Sebelum hari tu tiba,
aku akan menghadapi cabaran yang sepatutnya.

Isi borang kemasukan dan borang bantuan kewangan 
dalam 30-40 pages.
Lepas tu kena buka akaun kat Bank Muamalat,
then pergi x-ray. 
Then, mintak cop sana, mintak pengasahan sini.
Jumpa YB, jumpa JKK, jumpa Pengetua, jumpa siapa je yang perlu.

Dan, pastinya, 
ini hanya sedikit kalau dibandingkan dengan cabaran di UIA nanti.
Nasib baik takde urine test macam UiTM. 







Okay,
minggu depan surely banyak benda nak kena buat.
X-ray, buka akaun, isi borang, ambil borang yayasan T'ganu. Ada lagi kot.
Tak tau nak senarai apa dah.
Minggu depan jugak,
hari guru,
picnic ?

I didn't expect this unexpected news !

Tuesday, 8 May 2012


Hari ni,
tarikh penting untuk pelajar lepasan SPM 2011,
keputusan UPU dah boleh check hari ni.
Dan aku ?

Unexpected.

Tu je aku boleh cakap.
Syukur sangat-sangat.

Aku anggap ni sebagai peluang kedua yang dikurniakan oleh-Nya 
untuk tebus balik kesilapan ketika SPM.
Walaupun SPM aku tak cemerlang seperti kebanyakan orang yang layak untuk
courses asasi ni, aku still dapat tawaran tu.  

Dan, Teacher Sally, pun tak sangka aku akan dapat tawaran ni.
Cg Naza siap ucap tahniah lagi.
Happy giler kentang !!!


 (klik untuk besarkan gambar)


Dah tengok gambar ?
Tu la tawaran yang aku maksudkan.

~Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer - UIAM~

Seriously, hari sebelum tu memang bimbang sangat. 
Takut-takut kalau apa yang aku dah rancang tidak menjadi.
Hari ni, segala-galanya terjawab.
Doa aku termakbul.

Mungkin aku dapat pilihan kedua,
tapi aku tak kisah sangat sebab pilihan pertama aku
Asasi Sains Fizikal kat UM.

Sebab apa tak kisah pasal tu ?
Takde sorang pun student sekolah aku yang dapat UM.

Untuk course ni,
selain aku,
Adi, Arif, Muslim, dan Azim dapat jugak.
So, kitorang berlima memang jumpa kat sana la.
Syukur, Alif, Syukri, dan Akhi pun dapat UIAM,
tapi course lain.

Lastly,
aku nak ucap tahniah kepada semua kawan-kawan yang
dapat tawaran,
termasuk rakan-rakan blogger yang satu generasi ngan aku.
Belajar rajin-rajin.

Kepada yang masuk form 6,
good luck. 
Mungkin korang masih dengan gelaran "budak sekolah",
tapi, exam yang korang hadapi tahun depan adalah antara yang paling sukar
kat Malaysia iaitu, STPM.
So, fokus, study smart, and work hard.
Semoga anda berjaya di jalan anda.

Selamat tinggal "Night Step"

Monday, 7 May 2012


 Wahhh !!!
Lama betul tak update blog ni. 
Serius takde benda nak citer kat sini. 

Cuma,
aku dah habis baca novel "Perangkap Ajal".
Habis baca yang tu,
aku sambung ngan "Planet-Planet Cinta".
Novel ni aku beli bulan lepas.
Lama jugak terperap kat atas rak buku tu.
Plastik pun tak buka lagi.
Minggu ni la first time aku baca novel tu.

Dan sekarang, agenda utama,
blog ni akhirnya bertukar wajah setelah sekian lama.

Terima kasih diucapkan kepada template "Night Step"
yang telah berkhidmat sebagai wajah blog ni daripada
9 November 2010 hingga 6 Mei 2012.

Selama lebih kurang 1 tahun 6 bulan beliau berkhidmat, 
banyak kisah suka duka dah berlaku, 
perlbagai cerita aku dah post.
Kisah-kisah tu membawa aku kepada hari ni.
Menjadi teman catatan hidup aku.
Selamat tinggal "Night Step".

Secara rasminya kontrak anda sebagai
wajah blog Dunia Ilusi Hidupku tamat
pada 6 Mei 2012.

Setelah beberapa jam, 
usaha untuk memberi wajah baru kepada blog ni berbayar jugak.
Pening melihat kod-kod CSS yang selama ni aku tak ambil tahu pun.
Setelah beberapa ujian saringan dan "medical chek up" dilakukan,
pemlik blog ni telah menemui pengganti kepada "Night Step".

Pengganti kepada beliau,
"SUVGames" telah dilantik sebagai wajah baru untuk blog ni.
Mengikut kontrak,
beliau akan mula berkhidmat tepat jam 0001
pada 7 Mei 2012.
Selamat bertugas diucapkan.


Selamat tinggal "Night Step"
Jasamu dikenang.

Tak lupa juga pada "i-Blog"
yang pernah berkhidmat sebagai wajah blog
Dunia Ilusi Hidupku
ketika blog ni 
baru setahun jagung di dunia blogger.