Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

STA Project....

Saturday, 19 February 2011


Result teruk betul. Rasanya aku akan dapat nombor terakhir dalam kelas.
Tapi, orang cakap aku rilex je.

Maybe sebab, aku tau itu bukan prestasi sebenar aku, lagipun, aku tak study pun untuk TOV.
Aku malas nak study sebab jadual TOV hari tu padat sangat.
3 paper/subjek dalam masa sehari, tak tau nak study yang mana dulu, last2 tak study, tidur terus.
Next try, peperiksaan pertengahan tahun.

Target, dapat seberapa banyak A- yang boleh. A- cukuplah.

**********************************************************
STA Project dah dirancang.
Lepas semua benda pasal TOV selesai, aku akan mulakan STA Project aku.
Kepada sahabat2 aku, kalau nak join, jom la. exam mid-year tinggal 3 bulan lagi ni.
Setakat ni, jiran sebelah kiri aku dalam kelas, Fathi dah setuju nak join project ni.
*************************************************************
Minggu ni, hari sukan.
Untuk lontar peluru, aku letak target pingat gangsa je.
Tapi, untuk lempar cakera, aku target pingat emas. Power position aku dah mahir sepenuhnya.
So, takkanlah aku nak lepas peluang macam tu je.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MARIKH @ MERAH


========================================

#####################################
Tahun lepas, aku kalah mengejut dengan mamat ni.
Nama dia Azim. Tahun ni dia dah jadi classmate aku.
Aku akan tebus balik kekalahan aku tahun lepas.


**************************************************
Mungkin sekarang ni aku sedikit terpengaruh dengan cerita jepun,
aku selalu teringat pasal ni;

MADNESS + HATRED + STRATEGY + STRUGGLE + NO EMOTION= SUCCESS

Hatred, Strategy, Struggle, No Emotion.
Aku setuju pasal ni. Empat benda ni menjadi antara faktor kejayaan 2 tahun lepas(2009).
Tapi, bab Madness, aku tak beberapa setuju sebab aku tak sanggup biarkan diri aku dikuasai dengan kegilaan.

*****************************************
Akhir kata,
kepada pembaca post ni,
doakanlah kejayaan aku time hari sukan nanti.
Amin.

Apabila seseorang muncul mengubah hidupmu.....

Sunday, 13 February 2011


Dah dua minggu berlalu, akhirnya TOV tamat jugak.
Lepas ni, giliran homework dan kelas tambahan pulak untuk peningkan kepala.

Selagi SPM tak tiba, selagi itu la aku dan pelajar2 lain tak akan ada masa untuk main2 lagi.

The best thing minggu ni,
Latihan rumah sukan dah start, hari yang aku nanti kan hampir tiba. Ni tahun akhir aku kat sekolah menengah.
So, takkan la nak buat bo
doh je. Mesti la nak ambik peluang
The worst thing minggu lepas,
Aku berubah jadik budak jahat, asyik mempermainkan orang je.
Minggu ni InshaAllah aku nak berubah balik jadi budak baik.
Terima kasih kepada seseorang yang telah menyedarkan aku.
Aku mintak maaf kepada semua orang yang aku telah permainkan sepanjang minggu lepas.


*^*^*^^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^

Tengok langit macam dalam gambar atas ni selalu buat aku berfikir tentang kehidupan aku.
Mungkin aku patut sentiasa melihat langit supaya aku lebih banyak berfikir.
*^*^^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^

Disebabkan exam dah habis, jadi lebih banyak masa terluang di malam hari.
Aku baru je menamatkan novel 'Penyiasat Masjid'
Sekarang ni, aku dalam proses menamatkan novel ke-7 aku, 'Sindrom VX'


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Happy Birthday
to:

Siti Nadia
a.k.a
Kak Nadia

Semoga
panjang umur,
cemerlang dalam SPM,
dan
bahagia disisi orang 'tersayang'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terhenti di persimpangan.........(-_-)

Saturday, 5 February 2011


Dah seminggu lebih aku tak tulis blog.
Nak kata disebabkan exam tak jugak. Hari exam pun aku main game bolaaku tu.
Mungkin sebab tak berselera untuk online. Dalam sehari, aku online tak sampai pun setengah jam.
Hari ini, aku online lama sket sebab menunggu seseorang untuk online sama. Tapi, dia tak online jugak.
Takpe la. Maybe lain kali dia online lagi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Terhenti di persimpangan jalan"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Berbalik kepada topik utama.
Minggu lepas, salah seorang kawan baik aku, 'P', memberitahu aku satu rahsia berkaitan orang yang aku pernah suka tak lama dulu. Nama dia, 'D'.
Aku terkejut dengan apa yang 'P' cakap.
Sejak hari tu, aku macam terhenti di persimpangan jalan. Terhenti di hadapan dua pilihan.
Perlu ke aku cakap dengan dia ? Atau tak pedulikan pasal tu ?
Terus terang aku cakap, aku dah tak suka dia
dan aku kembali suka kat seseorang yang aku suka dulu, orang tu ialah 'A'.

"Couple" aku, 'L', pernah cakap,
"kalau aku betul-betul suka kat seseorang, cuba ikhlaskan diri dan jangan ubah perasaan tu kecuali kalau sesuatu yang membuatkan aku tak suka dia berlaku.
Kak 'N' pun ada nasihat sket.
'P' pulak bagi nasihat tahap expert lagi. Siap suruh cakap terus-terang dengan 'A'. Tapi, dalam masa yang sama 'P' jugak bagitau satu rahsia berkaitan dengan 'D'. Rahsia tu kalau diketahui aku dari awal lagi, mungkin perjalanan hidup aku tak seperti sekarang.


Kesimpulannya,
sekarang aku terhenti di hadapan persimpangan,
dihadapan 2 cabang jalan,
antara
'A' dan 'D'

Mungkin aku patut buat2 tak peduli je tentang ni.
Buat apa nak fikir2 tentang n kalau result exam macam tak beberapa layak
nak masuk SPM, kan ?