Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

1st and 2nd Raya

Monday, 21 September 2009

Raya Pertama:

Pagi raya pertama agak meriah. Lepas solat raya, keluarga sebelah ayah aku berkumpul kat rumah tok aku. Sesak rumah tok aku dibuatnya. Susah2 mereka datang dari jauh untuk berkumpul, keluarga aku pulak senang je sebab rumah aku sebelah rumah tok aku je. Petang raya pulak keluarga aku bertolak ke Sungai Kerak, Marang untuk ke rumah tok sebelah mak aku. Kebetulan jumpa tok saudara aku kat sana. Pukul 6.00 petang, keluarga aku balik dan tok saudara aku tadi datang rumah aku. Malam pulak, kawan2 ngan pekerja ayah aku datang rumah.


Raya kedua:

Paginya saudara-mara aku datang. Lebih kurang pukul 4.00, keluarga aku bertolak ke Manir untuk menghadiri rumah terbuka kakak kepada ayah aku. Masa dalam perjalanan, gile sesak. Mengalahkan Kuala Lumpur. Perjalanan yang sepatutnya tak sampai sejam, menjadi 2 jam. Masa sampai pulak, memang best. Jumpa saudara2 aku, makan sate, kuih lapis dan banyak lagi. Lepas tu pergi rumah kawan ayah aku. Dan masa balik, OMG!!!!!. Kereta ayah aku terbabit dalam kemalangan kategori ringan. Lebih kurang pukul 6.30-6.40 petang waktu tempatan, kereta ayah aku dilanggar oleh seekor manusia yang membawa motorsikal tanpa memakai topi keledar. Suspek menaiki motorsikal bewarna hitam dengan nombor pendaftaran TR 2831 tetapi jenis motorsikal tidak dapat dikenalpasti. Mungkin RXZ Legenda, atau Legenda Z. Ini disebabkan suspek memecut dengan laju mengalahkan Valentino Rossi selepas tergolek di atas jalan. Mungkin suspek cedera sebab masa aku tengok dia tergolek, kepalanya sedang mencium jalan raya. Padan muka dia. Walau bagaimanapun, nombor plat motorsikal suspek patah dan tercampak ke tepi jalan. Plat tersebut diambil oleh ayah aku untuk dijadikan bukti untuk claim insurans dan report polis. Akibat kemalangan tersebut, bumber belakang kereta ayah aku kemik dan terdapat kesan calar berhampiran plat kereta sepanjang 10-11 sentimeter. Giler !!! Bumper kereta ayah aku bernilai lebih kurang RM 3000 seunit. Tapi, mungkin insurans dapat menyelamatkannya. Dan sekarang, ayah aku dengan bantuan kawannya mungkin sedang berada di balai polis untuk membuat report atau berada di pejabat insurans Toyota untuk claim insurans.



Kesan daripada kemalangan tersebut.



Nombor plat suspek.


0 comment(s):