Khamis, 20/9/2009
"Kepada semua pelajar 3 tiga yang mendapat nombor 1 hingga 30, sila ke bilik Ibn Khaldum selepas perhimpunan"
Pengumuman itu membuatkan aku terfikir, mungkin akan ada kem atau kelas tambahan masa cuti. Sampai saja di bilik Ibnu Khaldum, Cikgu Ramlah bertanya,
"Kenapa lambat, kan cikgu suruh mari lepas perhimpunan,"
Selepas duduk, cikgu memulakan ucapan. Ternyata sangkaan aku meleset. Bukan tentang kelas tambahan atau kem tetapi TARGET TRIAL PMR. Selepas beberapa minit, Pengetua, dan PK 1 masuk.
Sebelum itu, Cikgu Ramlah bertanya,
"Mana lencana jihad awak ?"
Macam2 alasan yang diberi oleh pelajar yang tidak memakainya seperti pin tercabut, hilang dan sebagainya. Lepas tu, Cikgu Ramlah meneruskan topik utama dan bertanyakan target trial PMR dengan subjek yang dirasakan tak dapat A dalam trial seorang demi seorang. Aku pulak tak tahu nak bagitahu sama ada 8A atau 7A 1B. Akhirnya aku memilih 7A 1B dan subject yang aku rasa tak dapat A adalah BI. Aku ni bukannya pelajar high level sangat, nama je kelas 'Al-Kindi' tapi..........(fikir-fikirlah sendiri)
Lepas tu Cikgu Ramlah bertanya lagi,
"Apa masalah sebenar awak semua sampai tak ade seorang pun yang target 8A atau 9A ?"
Mula-mula Fikah mengkritik cara pengajaran Cikgu Azman. Disebabkan kritikan itu, Cikgu Ramlah bertanya kepada pelajar kelas 3 Al-Razi yang Sejarahnya diajar oleh Cikgu Nazaraly,
"Cikgu awak okey mengajar ?"
"Okey," jawab sebahagian pelajar kelas 3 Al-Razi.
"Jadi ini melibatkan dua orang cikgu," kata Cikgu Ramlah dengan nada perlahan kepada Pengetua dan PK 1.
Aku dapat menjangkakan mungkin akan ada perubahan berkaitan dengan guru Sejarah. Tapi kalau nak buat perubahan pun aku rasa dah terlambat. Lepas tu Pengetua pulak buat ucapan. Pengetua kritik sikap belajar form 3 yang agak teruk terutama kelas 3 Al-Kindi. Mana taknya. Kelas tu dipenuhi oleh orang-orang yang tak sepatutnya(faham-faham je la). Disebabkan kritikan itu, Aima bersuara,
"Cikgu, kalau kita nak belajar org lain bising," kata Aima.
"Suruh dia senyap cara lembut. Kita jangan lawan." balas Pengetua pula.
"Tapi kita suruh cara baik, dia meng'anjing' pulak," kata Fikah.
"Kalau gitu, nok buat gane doh," kata Pengetua.
"Gini ar. Kita buat satu kelas khas untuk mata pelajaran yang awak rasa tak boleh A. Dalam kelas tu kita akan fokus mata pelajaran tu saja." kata Cikgu Ramlah.
Lepas tu, PK 1 bagi nasihat tentang selsema babi atau bahasa lembutnya H1N1. Memang mengejutkan, Thailand yang lebih besar dari Malaysia baru cecah 20 orang terkorban. Malaysia dah cecah 70 orang. Kerajaan Malaysia tak buat kerja ke? Kerajaan tido? Atau kerajaan Malaysia memang lembab? Entahlah.
Lebih kurang pukul 9, semua pelajar balik ke kelas.
Finally, I wany to say good luck to all form 3 students except the students that I hate. I want to say bad luck for them( guest who). And for the top 3 Al-Kindi students, I will chase you.
(Tetiba je aku rase nak speak Inggeris kat perenggan akhir)
P/S: Kesemua dialog yang ada bukannya 100% tepat. Mungkin ada yang aku tak ingat.
Cornflakes Madu ! :)
8 years ago




0 comment(s):
Post a Comment