Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

My first endurance drive...(^_KELANTAN_^)

Sunday, 9 December 2012


Assalamalaikum.
Dah lama tak post kat blog ni, takde citer menarik, 
my friends pun masing-masing dah balik ke tempat belajar diorang.

Anyway,
Khamis lepas(6/12/12), my family and I went to Kelantan.
And, my first endurance drive begin.
First place, Lata Tembakah.
Tak ramai orang pun tempat ni, tambah pulak hari tu hari bekerja.
So, agak sunyi, dalam 3-4 kelompok manusia je time tu.
And, I took some pictures...........

 


Sampai Kelantan,
round-round bandar Kota Bharu jap,
terperasan banyak kereta-kereta mahal di jalan, surely milik orang
Kelantan bedasarkan first letter pada plat, "D".
Bangunan pulak cantik-cantik, tinggi-tinggi, jalan bertingkat pun dah
dalam pembinaan, macam KL plak, KT ketinggalan...
................
~Ini la yang dikatakan negeri termiskin oleh sesetengah pihak.
Tak sangka negeri "termiskin" kat Malaysia maju camni....
#tangan ke dada, mata ke atas#

Petangnya,
kitorang menuju ke Wakaf Che Yeh.
Check-in hotel, hotel plak dalam kawasan gerai. Memang kecoh la sket kawasan tu.
Tak sempat nak ambil gambar.
Best la jugak tempat tu, banyak gerai bukak dari petang sampai tengah malam.
Found a few interesting things.


~(NEXT DAY)~

Bertolak ke Rantau Panjang.
Singgah jap kat Jalan Kuala Krai untuk sarapan.



Seperti yang dah diagak,
Rantau Panjang memang ramai pengunjung,
malangnya, cuaca haritu agak panas, takde mood nak jalan-jalan sangat.
Buying some food, adik-adik beli baju, dolls, flowers and then blah from the places.

Next mission,
drive to home.
Memandangkan kitorang tak nak masuk bandar, so kitorang guna
jalan kampung untuk balik.
Then, baru patah balik ke jalan pantai bila dah masuk Terengganu.

Singgah jap kat Pantai Rhu Sepuluh, Setiu.
Bestnya dapat jejak pantai, tak ramai sangat orang, nyaman je.
Here some pictures.....


Edited by Fariz Huzaini


Kitorang sampai kat rumah
dalam pukul 6 petang hari Jumaat.
Letih giler.
First day, dari Setiu sampai Wakaf Che Yeh.
Second day, dari Wakaf Che Yeh ke Rantau Panjang, then, Rantau Panjang ke Kuala Terengganu.

Hasilnya, belakang aku sakit and aku tidur awal haritu.
Hurm, I'm wondering when will be my next endurance drive ? And where ?

See all of you later,
Assalamualaikum....(^_^)

Tahukah anda tentang "Boycott Law" ?

Wednesday, 21 November 2012


Assalamualaikum w.b.t.
Seperti ramai yang sudah tahu, sekarang zionis sedang giat menyerang Gaza.
Korang boleh melihat banyak gambar yang dipaparkan, fakta berkaitan,
terutam di laman FB >Aqsa Syarif<

Boycott Law
''''''''''''''''''''''''''

"Boycott Law" atau "Law for Prevention of Damage to State of Israel through Boycott" ialah satu rang undang-undang anti-boikot yang diluluskan oleh Knesset Parlimen Israel pada 11 Julai 2011.

Undang-undang ini diperkenalkan untuk menghukum mana-mana individu atau organisasi yang menyeru untuk memboikot Israel, baik dari segi ekonomi, kebudayaan atau akademik.

Jadi, siapa kata memboikot tidak memberi kesan? Ternyata memboikot apa-apa yang berkaitan dengan Zionis Israel sangat memberi kesan, sehinggakan Israel sendiri mewujudkan undang-undang anti-boikot.

"You must be the change you wish to see in the world." - Mahatma Gandhi

Apa kata anda?

Rujukan:
1) Wikipedia, "Law for Prevention of Damage to State of Israel through Boycott" http://en.wikipedia.org/wiki/Law_for_Prevention_of_Damage_to_State_of_Israel_through_Boycott


sumber: >klik sini<


Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan kepada anda.






قصة عن الرواية

Monday, 19 November 2012


Qissah an ar-riwaayat >>> Cerita pasal novel

Sejak melangkah ke alam U ni, bilangan novel yang dibaca amatlah kurang kalau 
nak dibandingkan dengan alam sekolah.
Walaupun MPH kat Midvalley tu ada berlambak novel, yang aku beli tak sampai 10 kot sepanjang 
5 bulan aku kat KL. 

Anyway, sebagai perkongsian inilah novel-novel dan buku motivasi yang sempat aku baca sepanjang 6 bulan lepas
(Novel)
Hilal Asyraf
 >Sinergi<

 
(Novel)
Hilal Asyraf
 >Terasing<
.. 
(Buku Motivasi)
Fatimah Syarha
>Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul<
 (Novel+Motivasi)
Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi
>Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu<
...
(Novel) 
Ramlee Awang Murshid
>Rayyan Fantasi<

(Buku Motivasi)
Hilal Asyraf
>Bahtera Menuju Ke Syurga<

..................................
6 buah buku kat atas ni yang dah habis baca.
Currently reading, Unidentified, my first english novel.
Try novel english, lots of word dalam tu memang tak tau maksud, memang high level vocab punya novel, tu tak sampai separuh lagi tu.

Buku yang tak baca lagi ada lebih kurang 6 kot, novel+buku ilmiah+novel sejarah.
Nanti ada la update tu ea.

Hilal Asyraf & Fatimah Syarha memang dah lama masuk dalam list favourite author aku disamping Bahrudin Bekri & Hani Ismail. Ramlee Awang Murshid pulak first time aku baca karyanya. Best. Dan aku baru je beli novel lain karya beliau, "Mikhail" lalu dengan gear autonya Ramlee Awang Murshid tersenarai dalam list favourite author aku.

That all for this post,
Assalam.....