Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Janji & Puisi.(Cantik seorang wanita itu).....

Sunday, 27 February 2011


Tak sempat nak rehat selepas hari sukan yang diadakan selama 4 hari.
Hari Sabtu, kelmarin, aku sertai team sekolah untuk sukan petanque pulak.

Sayang sekali, first match, menang.
Tapi, second dan third match kalah.
Walaupun jadual perlawanan macam tak adil, tapi biarlah.
Dah Allah tak izin, nak buat macam mana lagi.

Walaupun petanque kurang berjaya,
masih ada 3 sukan lagi yang akan aku sertai,
-lempar cakera -lontar peluru -badminton


Latihan untuk semua wakil sekolah dijangka start minggu ni,
yang badminton pulak entah bila.
Kejohanan Olahraga MSSMKTS akan bermula selepas cuti sekolah bulan 3 ni,
lebih kurang 3 minggu lagi untuk berlatih.

Sekarang ni aku memang betul2 perlukan seorang coach,
setakat ni,
video2 instructional kat Youtube yang jadi jurulatih aku.

Persoalannya,

Mampukah aku lepasi jarak 13 meter untuk lontar peluru ?
Mampukah aku lepasi jarak 35 meter untuk lempar cakera ?

Semuanya terpulang kepada diri aku sendiri dan keizinan-Nya,
seperti kata bekas pengetua SMKDRI, Cg. Mat Bakar,

"Usaha yang BIASA memberikan hasil yang BIASA,
usaha yang LUAR BIASA akan memberikan hasil yang LUAR BIASA"




(Gambar time 2009)
First time mewakili SMKDRI.
Team SMKDRI kat tengah2 tu.
Pakai jaket hijau.
Time ni stadium tak runtuh lagi.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Janji.....

Bukan tentang janji rock,
bukan tentang perjanjian dengan British,~(akulah belajar sejarah)~
juga bukan tentang penjanjian damai Palestin-Israel,
cuma,
janji antara kawan,
aku mengaku,
memang itu untuk kebaikan aku jugak,~(mengaku jugak aku akhirnya)~
dan,
thanks sebab nak tengok aku berjaya,
aku akan patuhi janji tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Puisi ni aku jumpa dalam novel
Perang Dunia ke-3
karya Ashadi Zain & Moh Dat Molok
terbitan PTS
yang aku baru habis baca tadi.
############################################
~~~~~~~~~~~~
Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai gadis,
bukan kerana merah kilau gincu ataupun pada bibir mekar senyum kosmetik.

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai remaja,
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai Hawa,
tidak kerana bijak meruntuhkan iman kaum Adam.

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai anak,
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai isteri,
sanggup menempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai menantu,
menjauhi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai ibu,
membuai anak dikala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai mertua,
telus hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai nenek,
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai warganegara,
menghitung hari dengan selembar mushaf.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai intelektual,
menyala obor mewangi setanggi profesioalis.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai akidah solehah,
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
#########################################

Too Happy for Two Days coz' of Two Golds........

Tuesday, 22 February 2011


Too happy now, tak sangka pulak boleh dapat 2 pingat emas dalam masa 2 hari.

==========
Hari pertama,``````````````````
Aku relax je pagi tu. Ingatkan tak ada acara, rupanya silap tengok jadual, gelabah giler aku time tu. Acara start pukul 8.00, tapi pukul 7.50 aku masih berada kat kelas. Nombor peserta untuk aku pun tak ambik lagi, kasut pun tak tukar lagi masa tu. Memang gelabah gila2 ar. Cari2 Cg. Din, akhirnya jumpa jugak. Nombor aku tahun ni adalah "M 211".....ada maksud tersirat tu, "bulan 2 tahun 2011".

Lontar peluru start lewat sket. Dalam 8.30 baru start. Nasib baik. Sebelum start, dah ada kena DQ(disqualify). Badrul dari rumah hijau dengan sorang lagi budak form 4 dari rumah biru kena DQ sebab pakai seluar sekolah.

Rekod tak rasmi aku 11.1 meter, tapi sayangnya lontaran aku time acara tu tak sampai pun 11 meter.
Lontaran paling jauh cuma 10.90 meter.
Walaupun tak sampai 11, pingat emas tetap dalam tangan.
Pingat perak pulak dimenangi oleh Arif. Lontaran dia 10.85 meter.
Beza antara lontaran kitorang cuma 5 cm !!
Nasib baik lontaran seterusnya yang dia buat semakin turun.
Pingat gangsa dimenangi oleh Awang@Hilmi.
Yang paling best, aku berjaya pecahkan rekod sekolah, 10.05 meter.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Hari kedua,``````````````
Lempar cakera. Tahun ni, Azim tewas di tangan aku.
Aku berjaya buat lemparan sejauh 25.05 meter.
Jarak tu berjaya menewaskan lemparan Azim dengan beza lebih kurang 5 meter.
Sekali lagi aku berjaya dapat pingat emas.
Pingat perak untuk Azim dan,
pingat gangsa untuk Arif.

Semua pemenang pingat bagi acara lempar cakera U-18 adalah pelajar dari kelas 5 Al-Kindi.
Bangga betul guru kelas 5 Al-Kindi tadi.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
***************************************************
Count Of Medals
##############

Latihan aku yang bermula sejak bulan Disember tahun lepas membuahkan hasil.
Hasilnya, 2 pingat emas dan KE-LE-TI-HAN.
Aku sikit kecewa sebab tak dapat pecahkan rekod untuk lempar cakera. :(...


Next level,
................
MSSMKTS
**********Semestinya aku nak menang di peringkat daerah
dan
latihan yang biasa tak cukup untuk bertanding di level tu.
So, I will train hard and study smart.

STA Project....

Saturday, 19 February 2011


Result teruk betul. Rasanya aku akan dapat nombor terakhir dalam kelas.
Tapi, orang cakap aku rilex je.

Maybe sebab, aku tau itu bukan prestasi sebenar aku, lagipun, aku tak study pun untuk TOV.
Aku malas nak study sebab jadual TOV hari tu padat sangat.
3 paper/subjek dalam masa sehari, tak tau nak study yang mana dulu, last2 tak study, tidur terus.
Next try, peperiksaan pertengahan tahun.

Target, dapat seberapa banyak A- yang boleh. A- cukuplah.

**********************************************************
STA Project dah dirancang.
Lepas semua benda pasal TOV selesai, aku akan mulakan STA Project aku.
Kepada sahabat2 aku, kalau nak join, jom la. exam mid-year tinggal 3 bulan lagi ni.
Setakat ni, jiran sebelah kiri aku dalam kelas, Fathi dah setuju nak join project ni.
*************************************************************
Minggu ni, hari sukan.
Untuk lontar peluru, aku letak target pingat gangsa je.
Tapi, untuk lempar cakera, aku target pingat emas. Power position aku dah mahir sepenuhnya.
So, takkanlah aku nak lepas peluang macam tu je.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MARIKH @ MERAH


========================================

#####################################
Tahun lepas, aku kalah mengejut dengan mamat ni.
Nama dia Azim. Tahun ni dia dah jadi classmate aku.
Aku akan tebus balik kekalahan aku tahun lepas.


**************************************************
Mungkin sekarang ni aku sedikit terpengaruh dengan cerita jepun,
aku selalu teringat pasal ni;

MADNESS + HATRED + STRATEGY + STRUGGLE + NO EMOTION= SUCCESS

Hatred, Strategy, Struggle, No Emotion.
Aku setuju pasal ni. Empat benda ni menjadi antara faktor kejayaan 2 tahun lepas(2009).
Tapi, bab Madness, aku tak beberapa setuju sebab aku tak sanggup biarkan diri aku dikuasai dengan kegilaan.

*****************************************
Akhir kata,
kepada pembaca post ni,
doakanlah kejayaan aku time hari sukan nanti.
Amin.