Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Janji & Puisi.(Cantik seorang wanita itu).....

Sunday, 27 February 2011


Tak sempat nak rehat selepas hari sukan yang diadakan selama 4 hari.
Hari Sabtu, kelmarin, aku sertai team sekolah untuk sukan petanque pulak.

Sayang sekali, first match, menang.
Tapi, second dan third match kalah.
Walaupun jadual perlawanan macam tak adil, tapi biarlah.
Dah Allah tak izin, nak buat macam mana lagi.

Walaupun petanque kurang berjaya,
masih ada 3 sukan lagi yang akan aku sertai,
-lempar cakera -lontar peluru -badminton


Latihan untuk semua wakil sekolah dijangka start minggu ni,
yang badminton pulak entah bila.
Kejohanan Olahraga MSSMKTS akan bermula selepas cuti sekolah bulan 3 ni,
lebih kurang 3 minggu lagi untuk berlatih.

Sekarang ni aku memang betul2 perlukan seorang coach,
setakat ni,
video2 instructional kat Youtube yang jadi jurulatih aku.

Persoalannya,

Mampukah aku lepasi jarak 13 meter untuk lontar peluru ?
Mampukah aku lepasi jarak 35 meter untuk lempar cakera ?

Semuanya terpulang kepada diri aku sendiri dan keizinan-Nya,
seperti kata bekas pengetua SMKDRI, Cg. Mat Bakar,

"Usaha yang BIASA memberikan hasil yang BIASA,
usaha yang LUAR BIASA akan memberikan hasil yang LUAR BIASA"




(Gambar time 2009)
First time mewakili SMKDRI.
Team SMKDRI kat tengah2 tu.
Pakai jaket hijau.
Time ni stadium tak runtuh lagi.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Janji.....

Bukan tentang janji rock,
bukan tentang perjanjian dengan British,~(akulah belajar sejarah)~
juga bukan tentang penjanjian damai Palestin-Israel,
cuma,
janji antara kawan,
aku mengaku,
memang itu untuk kebaikan aku jugak,~(mengaku jugak aku akhirnya)~
dan,
thanks sebab nak tengok aku berjaya,
aku akan patuhi janji tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Puisi ni aku jumpa dalam novel
Perang Dunia ke-3
karya Ashadi Zain & Moh Dat Molok
terbitan PTS
yang aku baru habis baca tadi.
############################################
~~~~~~~~~~~~
Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai gadis,
bukan kerana merah kilau gincu ataupun pada bibir mekar senyum kosmetik.

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai remaja,
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai Hawa,
tidak kerana bijak meruntuhkan iman kaum Adam.

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai anak,
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai isteri,
sanggup menempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai menantu,
menjauhi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai ibu,
membuai anak dikala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai mertua,
telus hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai nenek,
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai warganegara,
menghitung hari dengan selembar mushaf.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai intelektual,
menyala obor mewangi setanggi profesioalis.

Cantik seorang wanita itu,
sebagai akidah solehah,
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
#########################################

0 comment(s):