Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Exam week you know !!!

Monday, 30 August 2010

Haiya......exam week la. Soalan pun boleh tahan menyakitkan hatinya.

PAI ~ OK
BI ~ OK
BM ~ Tengah2
AddMath ~ KO !
Sejarah ~ OK
Chemistry ~ KO !!!

Tu la pandangan aku pasal paper untuk exam minggu ni. Tinggal 3 subjek lagi, Physics, Bio ngan Mathematics. Hadui la, Bio ngan Fizik entah macam mana.

Tutup citer pasal exam


Don't cross the line
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Don't cross the line



Arini diadakan Majlis Khatam Al-quran melibatkan semua warga SMKDRI. Selepas 2 minggu bertadarus, majlis diadakan dengan penuh meriah sampai dapat pujian daripada jemputan kehormat, Tuan Haji Salleh bin Haji Busu, Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Adui la, panjang punye jawatan.








Lepas habis majlis, dapat sijil ngan kurma. Masuk kelas dan baca untuk kimia....(opss lupe x nak citer pasla exam dah).
Lepas solat Zohor, balik ar. Rusydan tumpang aku hari ni. Sampai kat rumah dia, cakap2 sket pasal org yg berlainan jantina. Tup2, tengok atas kat beranda tumah dia, aish, abang dia tengok da. Abang dia sengih2 je. Ha ha, tak tau la dia dengar tak perbualan aku ngan adiknya tu....

Akhir kata,
Skrang ni dah 31 Ogos. Merdeka ?? Hurm.....takde maknenye. Kepala otak tak bebas dari ke"tension"an. Rumah aku pun takde kibar2 bendera. Jiran2 pun takde. Boleh kata kampung kat aku, satu rumah pun tak de kibar bendera.

Peace no war.

"My beloved season called me, because I always feel you in me"ditujukan kepada seseorang yang aku sendiri tak tahu siapa.

Emosi dan Kaca....

Monday, 23 August 2010


Hei, exam hari Khamis ni la. PAI ngan BI. Heh. Antara target untuk dapat A. Dapat A- pun da cukup bagi aku. Pasal "Emosi dan Kaca" tu sebenarnya tajuk artikel motivasi. Dah tangan gatal sangat nak post, ambil je la. Tapi, korang try ar baca. Memang best.....


"Emosi dan Kaca"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Emosi kita ni macam kaca. Senang pecah. Rapuh. Oleh kerana kaca tu senang pecah, kena jaga selalu. Bila travel atau sedang dalam perjalanan, barang-barang diperbuat dari kaca kena di jaga rapi, dibungkus, diletak di tempat tinggi supaya tak mudah pecah sebab tertindih atau terhentak barang lain.

Begitu juga dengan emosi kita. Kena bijak menjaganya. Barang-barang kaca ni bila kita pandai menjaga, makin cantik dan kekal cantik selama ia dalam jagaan kita. Untuk emosi kita kekal cantik, bersinar seperti kaca, kita juga kena pandai menjaga emosi. Emosi kena digilap selalu.

Cara nak menggilap emosi adalah dengan membersihkannya dengan lafaz istighfar, minta ampun pada Yang Maha Esa atas kesalahan-kesalahan lalu atau memberi kemaafan pada sesiapa jua yang anda rasa bersalah pada anda dari dulu sampai sekarang. Teknik lain, rajinkan diri selalu mengucap rasa bersyukur atas pemberian Tuhan pada diri anda, ucapkan syukur atas apa saja.

Orang-orang cemerlang, salah satu sikap mereka adalah cekap mengawal emosi. Setiap kali minda diorang respon pada masalah atau dugaan, mereka tak cepat beremosi.

Emosi orang cemerlang adalah emosi-emosi positif. Mereka bertenaga, ceria, selalu tersenyum, kaya dengan idea, berwawasan dan paling ketara, optimis.

Mereka tahu emosi-emosi positif ini boleh pecah, boleh rapuh diancam oleh emosi-emosi negatif yang mungkin menyerang bila-bila masa.

Tetapi, mereka mengambil keputusan untuk menjaganya sebaik mungkin. Mereka tekad untuk menjaga emosi positif yang ada dalam diri mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata-kata semangat daripada

~Yoichi Hiruma~
(Deimon Devil Bat American Football Captain)



********************************************
"Never give up even if your chance is below than 0.001 %"
****************************************
"Give up now or you'll never win"

**********************************************



Minggu pertama puasa....(-_-)"

Wednesday, 18 August 2010

Puasa memang buat aku mengantuk. Selalu tidur dalam kelas nak2 kalau tengah hari. Tadarus Al-Quran lancar je. Exam pun dah dekat. Huh......kena fokus betul2 beb...

Aku kurang bercakap ngan kawan2 aku terutama perempuan. Diorang ingat aku ade masalah, tapi serius aku cakap, aku cuma nak fokus untuk exam + mengantuk + malas nak bercakap. Itu je, jadi jangan la korang risau ye.



Selamat berpuasa untuk korang.

Tepi sungai ade buaya,
Panggil bomba terus cekup,
Jangan sibuk nak beraya,
Kalau puasa tak cukup.