Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Emosi dan Kaca....

Monday, 23 August 2010


Hei, exam hari Khamis ni la. PAI ngan BI. Heh. Antara target untuk dapat A. Dapat A- pun da cukup bagi aku. Pasal "Emosi dan Kaca" tu sebenarnya tajuk artikel motivasi. Dah tangan gatal sangat nak post, ambil je la. Tapi, korang try ar baca. Memang best.....


"Emosi dan Kaca"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Emosi kita ni macam kaca. Senang pecah. Rapuh. Oleh kerana kaca tu senang pecah, kena jaga selalu. Bila travel atau sedang dalam perjalanan, barang-barang diperbuat dari kaca kena di jaga rapi, dibungkus, diletak di tempat tinggi supaya tak mudah pecah sebab tertindih atau terhentak barang lain.

Begitu juga dengan emosi kita. Kena bijak menjaganya. Barang-barang kaca ni bila kita pandai menjaga, makin cantik dan kekal cantik selama ia dalam jagaan kita. Untuk emosi kita kekal cantik, bersinar seperti kaca, kita juga kena pandai menjaga emosi. Emosi kena digilap selalu.

Cara nak menggilap emosi adalah dengan membersihkannya dengan lafaz istighfar, minta ampun pada Yang Maha Esa atas kesalahan-kesalahan lalu atau memberi kemaafan pada sesiapa jua yang anda rasa bersalah pada anda dari dulu sampai sekarang. Teknik lain, rajinkan diri selalu mengucap rasa bersyukur atas pemberian Tuhan pada diri anda, ucapkan syukur atas apa saja.

Orang-orang cemerlang, salah satu sikap mereka adalah cekap mengawal emosi. Setiap kali minda diorang respon pada masalah atau dugaan, mereka tak cepat beremosi.

Emosi orang cemerlang adalah emosi-emosi positif. Mereka bertenaga, ceria, selalu tersenyum, kaya dengan idea, berwawasan dan paling ketara, optimis.

Mereka tahu emosi-emosi positif ini boleh pecah, boleh rapuh diancam oleh emosi-emosi negatif yang mungkin menyerang bila-bila masa.

Tetapi, mereka mengambil keputusan untuk menjaganya sebaik mungkin. Mereka tekad untuk menjaga emosi positif yang ada dalam diri mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata-kata semangat daripada

~Yoichi Hiruma~
(Deimon Devil Bat American Football Captain)



********************************************
"Never give up even if your chance is below than 0.001 %"
****************************************
"Give up now or you'll never win"

**********************************************



1 comment(s):

Anonymous said...

perghhhh.....
ayat drp zack bamna (mochizoki kotaro) lak:
"kalah tidak bermaksud anda kalah.. tetapi kalah bermaksud anda perlu berusaha lebih lagi.......... org yg berjaya ialah org yg x takowt pada kekalahan kerana kekalahan menyebabkan diri lebih semangat & berusaha...... If you don't even try to fight, you will never win !!!