Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu ke-31

Saturday, 13 February 2010

panjang bebenor tajuk post ni. So, ni la cerita kali ni. Anugerah kecemerlangan untuk pelajar cemerlang PMR dan UPSR bagi Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri.

Pergi ke sana dalam pukul 1. Masa tu tak ramai lagi orang. Lepas daftar nama, terus masuk dewan. Then, mencari-cari kerusi bernomor 836 lalu ternampak kelibat lelaki berbaju ungu yang melambangkan pengawas pusat sumber SMKDRI, iaitu Muhamad Syukri bin Muda yang ketika itu sedang duduk di kerusi bernombor 834 sambil memegang senaskah surat khabar.(ayat macam nak buat karangan je). Aku terus menuju ke tempat duduk aku dan berbual ngan Syukri. Then, Syahirah yang kini telah menjadi pelajar SMK(A) Sheikh Abdul Malik memunculkan diri. Tak lama lepas tu, Dayah ngan Akhi sampai tapi membawa berita pelik, Emma ditahan urusetia yayasan. Apa ke halnya ?

Lepas menjalankan siasatan, kitorang dapat tahu Emma kena tahan sebab dia jadi wakil untuk SMKDRI. Lepas tu Ariff sampai. Dalam pukul 1.30, aku ngan Syukri pergi ke surau. Oleh kerana surau yang 'besar punya'(fikirkan kata lawan bagi perkataan 'besar') penuh dengan manusia, kitorang terpaksa la tunggu, masa tu jugak jumpa Sir Hamzah. Dah lama tak jumpa ngan beliau. After talking2 about the SMKDRI, aku ngan Syukri masuk balik dalam dewan.

Dalam 2.40 petang, barulah T.S Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mununjukkan batang hidungnya. Lepas, ucapan demi ucapan, speech demi speech, sampai la masa D.S Mat Said, Menteri Besar Terengganu berucap. Malangnya, ucapan beliau di hadapan 985 orang pelajar telah membabitkan perkara yang tidak sepatutnya iaitu politik. Aku tulis macam tu sebab politik tidak sepatutnya diperkatakan@dibincangkan@dipromosikan di kalangan pelajar sekolah. Sepatutnya, D.S. Mat Said bersikap profesional dalam hal ni.(malas la nak cakap pasal hal ni, tak jejas hidup aku pun).

Lepas tu, T.S. Muhyiddin Yasin menyampaikankan speechnya. Lepas beliau menghabiskan speechnya, pelajar mula menyibukkan diri untuk berebut mengambil sijil dan habuan masing2 lalu bertemu beberapa orang rakan lama dan kemudian, bersurai. Then, keluarga aku menuju ke A&W untuk makan.

*Farisk Hazani a.k.a Faris Husaini melaporkan dari Stadium Negeri Terengganu untuk blog Dunia Ilusi Hidupku*

Minggu ni punye cerita

Tuesday, 9 February 2010

Waarrhhhh........letih betul minggu ni. Minggu lepas dah start latihan sukan. Esok pulak pemilihan untuk wakil rumah. So, aku mesti buat yang terbaik supaya tahun ni sekurang-kurangnya dapat 2 pingat gangsa masa bertanding nanti. Maybe peluang untuk dapat pingat emas tu kurang sket sebab ramai form 5 yang kuat2 dan kebanyakannya berbadan besar(bukan nak mengata okay) berbanding aku yang berbadan kurang besar. So, aku berlatih kat rumah dengan beberapa peralatan yang ada kat rumah aku.

OMG, lupa !!! Minggu depan dah start exam. Aku tak study pun lagi. 'Maybe' hari jumaat ni baru start ulangkaji kot. Tengok ar keadaan.(nak study pun kena tengok keadaan ke?). Apa2 pun aku mesti study bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik untuk exam ni.

Tak lupa juga minggu ni terjadi beberapa khabar angin di kalangan kawan2 terutama di kalangan ahli2 kiosk berkaitan c _ n t _ (isi tempat kosong). Dalam beberapa minggu ni jugak ramai kawan2 seangkatan aku dah berpindah ke sekolah2 pilihan mereka. Rasa kehilangan la jugak terutama yang pindah mengejut@tak beritahu.

Rasanya tu je la untuk minggu ni. Minggu depan baru update blog lagi. Untuk bulan ni tak boleh nak post kat blog banyak2 sebab PC masuk ICU untuk 3-4 minggu. Homework pun tak siap lagi. Rasa malas je nak buat. Huhhhhhh..............

~blablablablabla~

Monday, 1 February 2010

lama bebenor aku tak update blog ni. Bukan tak sempat sebab homework, tapi sebab pc aku yang rosak. Kalau ada homework pun, aku tetap akan online. Cooling system dalam pc aku rosak, nasib baik warranty masih ada.

Today kat skolah tak de ape2 yang menarik. Tapi, ari ni jugak proses mengecat siap. Yang mengecat cuma empat orang je. Yang lain cakap je lebih nak stayback, lubang hidung pun tak nampak. Ketua stayback jugak, tapi membebel tak tentu arah. Cepat2lah pindah ketua oii.

Start kelmarin, jadual untuk AJK koperasi siap dan berkuatkuasa serta-merta. Aku menjadi salah seorang dari kumpulan 1 dan bertugas untuk hari Ahad, Isnin dan Khamis. PUM pulak dah nak start bulan ni. So, maybe setiap hari aku kena bertugas lepas.

Paling membimbangkan untuk bulan ni iaitu TOV. Harap2 boleh ar jawab. Dah kali pertama periksa, kalau fail tak tau ar.

So, ni je untuk post kali ni. Akau facebook aku pun dah deactive sebab jarang online masa komputer aku dalam pembaikian. Maybe, aku akan update blog ni seminggu skali je. Novel aku pun terpaksa dihentikan sementara waktu. See you soon.