Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu ke-31

Saturday, 13 February 2010

panjang bebenor tajuk post ni. So, ni la cerita kali ni. Anugerah kecemerlangan untuk pelajar cemerlang PMR dan UPSR bagi Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri.

Pergi ke sana dalam pukul 1. Masa tu tak ramai lagi orang. Lepas daftar nama, terus masuk dewan. Then, mencari-cari kerusi bernomor 836 lalu ternampak kelibat lelaki berbaju ungu yang melambangkan pengawas pusat sumber SMKDRI, iaitu Muhamad Syukri bin Muda yang ketika itu sedang duduk di kerusi bernombor 834 sambil memegang senaskah surat khabar.(ayat macam nak buat karangan je). Aku terus menuju ke tempat duduk aku dan berbual ngan Syukri. Then, Syahirah yang kini telah menjadi pelajar SMK(A) Sheikh Abdul Malik memunculkan diri. Tak lama lepas tu, Dayah ngan Akhi sampai tapi membawa berita pelik, Emma ditahan urusetia yayasan. Apa ke halnya ?

Lepas menjalankan siasatan, kitorang dapat tahu Emma kena tahan sebab dia jadi wakil untuk SMKDRI. Lepas tu Ariff sampai. Dalam pukul 1.30, aku ngan Syukri pergi ke surau. Oleh kerana surau yang 'besar punya'(fikirkan kata lawan bagi perkataan 'besar') penuh dengan manusia, kitorang terpaksa la tunggu, masa tu jugak jumpa Sir Hamzah. Dah lama tak jumpa ngan beliau. After talking2 about the SMKDRI, aku ngan Syukri masuk balik dalam dewan.

Dalam 2.40 petang, barulah T.S Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mununjukkan batang hidungnya. Lepas, ucapan demi ucapan, speech demi speech, sampai la masa D.S Mat Said, Menteri Besar Terengganu berucap. Malangnya, ucapan beliau di hadapan 985 orang pelajar telah membabitkan perkara yang tidak sepatutnya iaitu politik. Aku tulis macam tu sebab politik tidak sepatutnya diperkatakan@dibincangkan@dipromosikan di kalangan pelajar sekolah. Sepatutnya, D.S. Mat Said bersikap profesional dalam hal ni.(malas la nak cakap pasal hal ni, tak jejas hidup aku pun).

Lepas tu, T.S. Muhyiddin Yasin menyampaikankan speechnya. Lepas beliau menghabiskan speechnya, pelajar mula menyibukkan diri untuk berebut mengambil sijil dan habuan masing2 lalu bertemu beberapa orang rakan lama dan kemudian, bersurai. Then, keluarga aku menuju ke A&W untuk makan.

*Farisk Hazani a.k.a Faris Husaini melaporkan dari Stadium Negeri Terengganu untuk blog Dunia Ilusi Hidupku*

0 comment(s):