Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sleeping..? The best holiday's activity..?

Sunday, 24 April 2011


Hari ni, SMKDRI cuti.
Tapi, tak best langsung.
Aktiviti aku sepanjang hari,
makan, tidur, online.
Bosan siot.
Baik tak payah cuti kalau camni.

Homework ?
Malas giler nak buat.
Tengok buku, dah macam kuih lapis dah den tengok,
Tinggi pulak lapis dia.
Tapi, aku takde kemahuan langsung nak buat semua tuh.

Hari ni aku rasa aku tidur lebih dari 12 jam.
Bosan sesangat, tak tau nak buat apa.
Akhir sekali terlelap.
Tapi, bagus jugak.
Cover balik waktu tidur yang lepas2.
Homework punya pasal la aku biasanya tak cukup tidur.




*******************************************
Eh, budak ni.
Salahkan homework pulak.


Apa hal ngan kome ni ?
Betul apa.
Biasanya pukul 2 pagi baru tidur sebab buat homework.

Tu tandanya kome tak pandai rancang waktu pembelajaran.
Bukannya sebab homework.

Suka hati hangpa la.
Ni teman punya pendapat. Kome nak sibuk apehal ?

Memanglah teman nak sibuk sebab
AKU adalah KAU !!!

Eh, ya tak ya jugak.
Rupa2nya aku bercakap ngan diri aku sendiri.

*******************************************************
#Cerita di atas tiada kaitan ngan semua makhluk kat dunia ni kecuali aku sendiri#
*******************************************************

Okay lah yep.
Aku nak buat homework pulak ni,
Entah pukul berapa pulak tidur nanti.
...(^_~)"...

0 comment(s):